Apandi Ali Bebas Pergi Ke Luar Negara


foto sumber internet 
KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kini bebas pergi ke luar negara selepas sekatan perjalanannya ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia pada 8 Mei lepas.

Peguam M Visvanathan, yang mewakili Mohamed Apandi berkata, anak guamnya juga telah menarik balik permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkannya bagi mencabar keputusan Jabatan Imigresen yang tidak membenarkannya ke luar negara.

Loading...
Peguam itu berkata, permohonan itu ditarik balik berikutan surat yang diberikan oleh Jabatan Imigresen kepada pemohon (Mohamed Apandi) bertarikh 8 Mei lepas yang menarik balik larangan perjalanannya ke luar negara.

"Dengan ini, tidak ada apa-apa halangan atau sekatan terhadap anak guam saya ke luar negara. 

Saya bagi pihak anak guam amat berterima kasih kepada Pakatan Harapan, yang merupakan kerajaan sekarang kerana hak untuk pergi ke luar negara adalah hak kepada mana-mana rakyat Malaysia selagi orang itu tidak dituduh di mahkamah atau tidak mempunyai apa-apa sabitan berkenaan apa-apa kes jenayah.

"Sekiranya tidak ada apa-apa sekatan daripada pihak mahkamah, tiada alasan atau sebab kenapa mana-mana pihak perlu disekat perjalanan mereka," katanya ketika pemberita selepas kes disebut di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya hari ini.


Peguam itu berkata tiada kos diberikan oleh mahkamah berhubung penarikan balik permohonan anak guamnya. Sepatutnya, hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Mohamed Apandi bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman.

Sementara itu, Peguam Persekutuan Istisyhad Ismail, bertindak bagi pihak Pengarah Jabatan Imigresen, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia selaku responden, yang hadir dalam prosiding itu mengesahkan bahawa Jabatan Imigresen telah menarik balik sekatan perjalanan pemohon ke luar negara dan perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 8 Mei lepas.

Pada Mac lepas, Mohamed Apandi selaku pemohon memfailkan permohonan itu bagi mendapatkan perintah certiorari untuk membatalkan arahan yang menghalangnya daripada mendapatkan pasport serta sekatan perjalanan oleh kesemua responden terhadap pemohon yang dimaklumkan secara lisan kepadanya pada 22 Februari lepas.

Mohamed Apandi juga memohon perintah deklarasi bahawa kesemua responden tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya ke luar negara selain memohon perintah mahkamah untuk menghalang responden daripada menyenarai hitam pemohon daripada keluar masuk negara.

Turut dipohon deklarasi bahawa arahan yang menghalangnya sekatan yang dikenakan terhadapnya melanggar Perkara 5(1), Perkara 8 dan/atau Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu ia tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak sah.

Menerusi afidavit sokongan yang difailkan bersama permohonan itu, Mohamed Apandi berkata pada 22 Februari lepas, beliau pergi ke Jabatan Imigresen Jalan Dutamas bagi memohon pasport baharu untuk tujuan perjalanan ke United Kingdom pada Julai ini bagi melawat anak lelakinya yang belajar jurusan undang-undang di situ.

Dakwanya, sewaktu berada di Jabatan Imigresen itu, beliau telah dimaklumkan secara lisan oleh seorang daripada pegawai yang bertugas bahawa beliau tidak boleh membuat apa-apa permohonan atau memperbaharui pasport dan mendakwa beliau tidak diberi penjelasan mengenai perkara itu. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/apandi-ali-bebas-pergi-ke-luar-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

Timbang Semula Sekatan Peminjam Ptptn Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 439 hits
SHAH ALAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional wajar menimbang semula cadangan menyekat perjalanan untuk ke luar negara bagi individu yang culas membayar hutang PTPTN Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Muhamad Nur ...
4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1186 hits
SEMASA Pada selasa Peguambela dan Peguamcara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pihak polis juga katanya...
Bpn Bantah Isu Prabowo Hendak Kabur Ke Luar Negeri Ini Tujuan Pergi Ke Brunei

Bpn Bantah Isu Prabowo Hendak Kabur Ke Luar Negeri Ini Tujuan Pergi Ke Brunei

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 456 hits
Koordinator BPN Dahnil Anzar Simanjuntak menjelaskan agenda calon presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto ke Brunei Darussalam pada 16 Mei 2019 hanyalah silaturahmi biasa
Ptptn Tpm Bantah Cadangan Sekatan Ke Luar Negara

Ptptn Tpm Bantah Cadangan Sekatan Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 436 hits
Sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah tidak wajar kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail Beliau berkata setakat ini kerajaa...
Beli Telefon Pintar Vivo Dan Menangi Percutian 6h5m Ke Luar Negara Atau Hadiah Yang Bernilai Sehingga Rm40 000

Beli Telefon Pintar Vivo Dan Menangi Percutian 6h5m Ke Luar Negara Atau Hadiah Yang Bernilai Sehingga Rm40 000

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 507 hits
Sempena dengan sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi Vivo Malaysia telah mengumumkan dimana mereka bermula hari ini telah menganjurkan satu peraduan yang cukup menarik dinamakan sebagai Travel Around the World...
Azizah Ptptn Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Tidak Wajar

Azizah Ptptn Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Tidak Wajar

papar berkaitan - pada 21/5/2019 - jumlah : 407 hits
KUALA LUMPUR Sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah tidak wajar kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Beliau ber...
Beri Peluang Graduan Teroka Potensi Kerja Di Luar Negara Bayar Semula Ptptn

Beri Peluang Graduan Teroka Potensi Kerja Di Luar Negara Bayar Semula Ptptn

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 479 hits
foto sumber internetKOTA KINABALU 22 Mei Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang gagal membayar balik pinjaman tidak seharusnya disekat ke luar negara kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick Beliau ...
Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

Cadangan Sekat Peminjam Ptptn Ke Luar Negara Armada Bersatu K Tan Desak Mastura Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 426 hits
Mastura Mohd Khalid Pemuda Bersatu Kelantan hari ini mendesak Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Mastura Mohd Khalid untuk meletak jawatan Ini berikutan susulan dengan kenyataannya berhubung cadangan sekata...
Barat Harus Terima Penyelidikan Dan Pembangunan Telah Tingkatkan Keupayaan Negara Timur

Barat Harus Terima Penyelidikan Dan Pembangunan Telah Tingkatkan Keupayaan Negara Timur

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 299 hits
foto oleh BernamaTOKYO Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barat harus menerima bahawa penyelidikan dan pembangunan selama bertahun tahun telah meningkatkan keupayaan negara Timur yang tidak lagi meniru produk dari Barat Pada mu...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau