Apakah Maksud Social Distancing
APAKAH MAKSUD SOCIAL DISTANCING?
APAKAH MAKSUD SOCIAL DISTANCING?
APAKAH MAKSUD SOCIAL DISTANCING?. Maksudnya menjarakkan diri dari tempat orang awam berkumpul dan menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter antara 1 sama lain. Ini adalah pendekatan terbaru kesihatan awam untuk kawal jangkitan Covid-19 dari terus merebak di Malaysia.
CONTOH AMALAN SOCIAL DISTANCING
1.Menjauhi tempat yang padat
2.Mengelakkan daripada berhimpun beramai-ramai
3.Mengekalkan jarak 2 meter antara individu.
4.Tidak perlu bersalam dan berpeluk
Social Distance sangat penting. Kita mahu kurangkan kemuncak (peak) wabak ke paras yang lebih rendah. Sebagai contoh, jika semua orang masih teruskan dengan aktiviti mass gathering, tidak membasuh tangan dengan sabun dan air dan tidak gunakan hand sanitizer, mungkin jumlah kes boleh capai hingga 1000 kes.
Tapi bila kita bersama-sama mengamalkan ‘social distance’ dan membasuh tangan mengikut aturannya, sebaran virus akan jadi makin perlahan. Barulah jumlah kes baru pun sama ikut jadi lebih perlahan. Ini yang kita mahukan.
Walaupun nampak kecil perbuatan Social Distance ini, namun besar impaknya jika kita buat bersama. Kita mungkin secara tak sedar, sedang menyelamatkan nyawa mereka yang ada di sekeliling kita. Kita sendiri yang tentukan tindakan kita.
ELAKKAN / JANGAN BUAT
1.Semua perhimpunan keagamaan,korporat,rasmi atau bersifat peribadi. Contohnya market/pasaraya,pawagan,mesyuarat/persidangan,majlis perkahwinan,parti/berkelah,tuisyen,gim/yoga, menari dan lain-lain yang melibatkan orang ramai dan bergerak setempat.
2.Pelawat sosial atau pekerja yang tidak penting datang ke rumah anda
3.Pelawat yang tidak penting datang ke tempat kerja.
4.Penggunaan pengangkutan awam untuk perjalanan yang tidak penting.
LAKUKAN DENGAN BERHATI-HATI
1.Menghadiri perhimpunan peribadi terhad kepada beberapa ahli keluarga atau kawan yang dikenali sahaja.
2.Membuat perjalanan menggunakan kenderaan sendiri
3.Makan di restoran tempatan tetapi pilihlah tempat terbuka dan duduk dengan jarak sekurannya 1 meter. Jika boleh (bungkus makanan adalah pilihan bijak)
4.Membeli di kedai runcit atau pasaraya semasa orang tidak ramai
5.Mengambil ubat di farmasi semasa orang tidak ramai
6.Bersukan di tempat yang terbuka dengan keluarga atau beberapa kawan yang diketahui sahaja
SELAMAT UNTUK DILAKUKAN
1.Berjalan-jalan atau berjoggin di taman terbuka
2.Berbasikal
3.Bermain di halaman rumah
4.Membaca atau mendengar muzik secara peribadi
5.Bermain atau menonton televisyen di rumah
6.Memasak dan makan di rumah
The post APAKAH MAKSUD SOCIAL DISTANCING? appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/apakah-maksud-social-distancing.html