Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan? | Selepas bersalin, pasti setiap ibu akan ditanya oleh doktor atau nurse kaedah merancang kehamilan seterusnya. Mulalah memikirkan apakah kaedah yang paling berkesan untuk rancang kehamilan...

Walau bagaimanapun kena tau juga apa alasan merancang kehamilan... Adakah perlu rancang kehamilan.. Hukum merancang di sisi agama Islam... Ada yang mengatakan dengan ekstrem bahawa merancang kehamilan boleh menyebabkan syirik... Atas alasan itu, setiap tahun mengandung aje... Betul ke macam tu...

Sebenarnya, ada dua hukum... Boleh merancang dengan alasan untuk menjaga kesihatan, tapi haram merancang kehamilan atas faktor takutkan kemiskinan.

[Baca] Hukum Merancang Kehamilan
Jadi, bagi yang nak merancang kehamilan ni, mesti fikir kaedah yang berkesan dan tak mendatangkan kesan sampingan. Kebanyakan kaedah yang dicadangkan oleh nurse atau doktor zaman sekarang ialah pil perancang, implan, suntikan dan masukkan alat dalam rahim. Namun, sejak akhir-akhir ni, ramai pula berkongsi kesannya dalam jangka masa panjang...



Apakah Kaedah Rancang Kehamilan Yang Paling Berkesan?

Apa pun, setiap kaedah merancang kehamilan moden ada kesan sampingannya.

Kondom untuk lelaki Pilihan yang baik untuk:
Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:
Wanita yang alah kepada getah atau lateks (cari kondom yang diperbuat daripada plastik atau membran haiwan)

Keberkesanan: 97 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Kondom untuk wanita Pilihan yang baik untuk:
Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:
Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang alah kepada getah (lateks) atau pembasmi sperma (walaupun kondom wanita diperbuat daripada poliurethina, bukannya lateks, anda mungkin mengalami reaksi alahan juga)

Keberkesanan: 95 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Diafragma atau penutup serviks Pilihan yang baik untuk:
Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang tidak kisah memasukkan alat ke dalam badan mereka sebelum seks Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa memasukkan sebarang alat ke dalam badan mereka sebelum seks Wanita yang alah kepada lateks atau pembasmi sperma (perlu untuk berkesan) Wanita yang tidak suka menggunakan jeli atau krim pembasmi sperma (perlu untuk berkesan)

Keberkesanan: 80-90 peratus berkesan jika diguna dengan betul.

Pil Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang selesa mengambil hormon Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu Wanita yang mengalami senggugut teruk ketika datang haid Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa pada badannya sebelum itu Wanita yang bermasalah jerawat Bukan perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan Perokok yang berumur lebih 35 tahun Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya Wanita yang sering terlupa atau malas untuk makan pil setiap hari Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati Wanita yang menghidap diabetes Wanita yang mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks) Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil) Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing

Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Pil mini Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang selesa mengambil hormon Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil pada waktu yang sama setiap hari Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati Wanita yang mempunyai sejarah sista ovari Wanita yang pernah hamil di luar rahim (kehamilan ektopik) Wanita yang pernah mengalami pendarahan faraj yang tidak diketahui sebabnya (di antara waktu haid atau selepas seks) Wanita yang tidak dapat menangani sebarang perubahan terhadap kitaran haid mereka

Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Implan Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang mahukan pencegahan kehamilan jangka panjang Ibu-ibu yang memberi susu badan

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak dapat menangani perubahan pada kitaran haid mereka Wanita yang pernah menghidap penyakit berkaitan hati Wanita yang menghidap kanser payudara atau kanser pada mana-mana organ pembiakan Wanita yang pernah hamil di luar rahim

Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Tampalan Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang selesa mengambil hormon Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak menentu Wanita yang mengalami senggugut yang teruk semasa haid Wanita yang mengalami tekanan sebelum haid (premenstrual tension - PMT) Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari Bukan perokok


BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan Perokok yang berumur lebih 35 tahun Wanita yang pernah mengalami thrombosis (darah beku) dalam salur darahnya Wanita yang mengalami tekanan darah tinggi Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara, endometria, ovari, serviks atau hati Wanita yang mempunyai sejarah strok atau penyakit jantung Wanita yang mengalami migrain yang teruk, atau migrain yang disertai aura Wanita yang menghidap penyakit hati (terutamanya jika anda pernah mengalami jaundis semasa hamil) Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan pundi kencing Wanita yang mempunyai berat badan 90 kg atau lebih Wanita yang mempunyai kulit sensitif

Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika digunakan dengan betul.

Suntikan Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan. Walaupun sejumlah kecil hormon progestogen akan sampai kepada bayi, kajian telah menunjukkan bahawa ia tidak membahayakan. Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari Wanita yang pasti bahawa mereka tidak mahu hamil dalam masa setahun lagi Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Wanita yang tidak suka mengambil suntikan Wanita yang mahu hamil lagi dalam masa setahun Wanita yang mempunyai sejarah mengalami darah beku atau strok Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati

Keberkesanan: 99 peratus berkesan jika anda mengambil suntikan tepat pada masanya.

Sistem intrauterin (IUS) Ketika ini terdapat satu sahaja jenama IUS di UK iaitu Mirena. Ia membebaskan hormon progestogen secara berkala.

Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari Perokok

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Wanita yang menghidap penyakit kelamin yang tidak dirawat Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid atau masalah serviks Wanita yang mempunyai sejarah penyakit berkaitan hati

Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal Wanita yang mempunyai sejarah kanser payudara atau hati

Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Alat intrauterin (IUD) Pilihan yang baik untuk:

Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang sering lupa atau malas untuk makan pil setiap hari


BUKAN pilihan yang baik untuk:

Wanita yang alah kepada kuprum (gangsa) Wanita yang mempunyai ketaknormalan pada uterus mereka, termasuk fibroid Wanita yang berdarah dengan banyak atau mengalami senggugut yang teruk ketika haid Wanita yang baru membuat calitan serviks yang tak normal Wanita yang mempunyai injap jantung palsu atau yang berpenyakit


Keberkesanan: 98-99 peratus berkesan.

Pemandulan lelaki (Vasektomi) Pilihan yang baik untuk:

Pasangan yang 100 peratus pasti mereka tidak mahu mendapat anak lagi Ibu-ibu yang memberi susu badan Pasangan yang mahu bebas bersama tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi


BUKAN pilihan yang baik untuk:

Pasangan yang mahukan anak lagi Lelaki yang tidak mahu menjalani pembedahan Wanita yang tidak selesa mengambil hormon

Keberkesanan: 99 peratus berkesan. Terdapat 1 dalam 1,000 kemungkinan seorang lelaki yang telah menjalani vasektomi membuat seorang wanita hamil.

Pemandulan wanita (oklusi tiub) Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang 100 peratus yakin mereka tidak mahukan anak lagi Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang mahu bebas bersama suami tanpa perlu memikirkan tentang pengawalan kehamilan lagi

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Pasangan yang mahukan anak lagi Wanita yang tidak mahu menjalani pembedahan Wanita yang tidak selesa mengambil hormon

Keberkesanan: Kira-kira satu dalam 400 wanita akan hamil dalam masa 10 tahun selepas tiub mereka diikat.

Kaedah perancang keluarga semula jadi (NF) Kaedah ini mengenal pasti hari-hari subur anda.

Pilihan yang baik untuk:

Wanita yang tidak selesa mengambil hormon Ibu-ibu yang memberi susu badan Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap dan boleh dijangka Wanita yang sanggup meluangkan masa dan tenaga membuat carta kitaran haid mereka Wanita yang mahu bebas beresama suami tanpa perlu memasukkan atau mengenakan apa-apa ke badan mereka sebelum itu

BUKAN pilihan yang baik untuk:

Ibu-ibu baru yang sibuk dan tidak mempunyai masa dan tenaga untuk membuat carta Wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap Mereka yang mencari kaedah pengawalan kehamilan yang sangat berkesan

Keberkesanan: Bergantung kepada kaedah yang anda pilih dan disiplin anda, anda boleh mengelak kehamilan sehingga 98 peratus. Jika anda serius mengenai NFP, anda perlu belajar mengenainya daripada seseorang yang berkelayakan.

Kaedah Azal Kaedah azal atau pengeluaran (ejakulasi) air mani di luar tubuh dikenali juga sebagai coitus interuptus, memerlukan pasangan suami menarik atau menolak keluar zakarnya dari faraj wanita. Aspek utama kaedah ini adalah supaya air mani pasangan tidak memasuki faraj wanita atau bersentuhan dengan kemaluan luar, supaya sperma tidak dapat mensenyawakan telur.

Kelemahan Pasangan kita perlu mempunyai kawalan diri yang sangat baik dan harus sedar bila tiba masanya yang tepat untuk dia bertindak semasa berada betul-betul pada puncak orgasma

Terdapat juga kemungkinan bahawa cecair praejakulasi, yang boleh bocor keluar sebelum mereka menarik keluar zakar, mungkin mengandungi sperma
 
Jika pasangan terdedah kepada ejakulasi pramatang, kaedah ini mungkin tidak akan berkesan sama sekali kerana pasangan kita tidak dapat mengawal ejakulasi

Suami juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga jika merancang untuk mengadakan hubungan seks sekali lagi dalam tempoh masa yang singkat

Suami harus membuang air kecil dan membersihkan hujung zakarnya, ini dapat membantu bagi mengeluarkan sebarang baki daripada ejakulasi sebelumnya.

Keberkesanan Dijangkakan sebanyak 73 peratus daripada kaedah pengeluaran ini berkesan jika diikuti dengan betul. Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh suami. 
Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat menarik zakar kerana cecair praejakulasi juga mengandungi sedikit sperma. Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks. Peratus kegagalan ialah 20 peratus.

Kaedah Menyusu Badan Penyusuan badan yang kerap dan berterusan sebagai satu kaedah pencegah kehamilan dikenali sebagai kaedah “lactational amenorrhoea” (LAM).

Walau bagaimanapun, LAM hanya berkesan jika:
bayi anda berusia kurang daripada enam bulan; anda masih belum datang haid sejak bersalin; anda menyusukan bayi anda secara eksklusif berdasarkan permintaan, malam dan siang.
Penyusuan badan secara eksklusif berdasarkan permintaan biasanya bermakna anda menyusu badan minimum enam kali setiap 24 jam. Jika anda mahu LAM berkesan bagi anda, jangan biarkan jarak di antara dua sesi penyusuan lebih lama daripada empat jam pada waktu siang atau enam jam pada waktu malam. Dan jangan beri minuman lain atau makanan pejal kepada bayi anda.

Sebaik sahaja bayi anda berhenti menyusu badan secara eksklusif, penyusuan akan jadi kurang efektif sebagai pencegah kehamilan. Anda mungkin perlu menggunakan jenis pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.

Keberkesanan Jika dilakukan dengan betul, LAM dikatakan berkesan sehingga 98 peratus.

Sumber: Baby Center
Jadi, pilihan adalah hasil perbincangan bersama... Pendapat MF, wajib merancang kehamilan demi kesihatan isteri... suami jangan pentingkan diri sendiri... Bukan sebab takut miskin, tapi wanita ni badannya bukan mesin..untuk beranak je... 
Kena fikirkan kesihatan fizikal, emosi isteri bila anak ramai... Tak kira lah bagi isteri yang bekerja atau suri rumah sepenuhnya. Apa pun, jika dah merancang dengan salah satu kaedah di atas tapi Allah nak bagi juga... terimalah seadanya... itulah dikatakan betul-betul rezeki... Tapi kalau tak rancang, bukan rezekilah... agaknya itu saja cari penyakit... lepas bersalin 2 bulan mengandung lagi... bukan rezeki bagi MF, itu memang sengaja menguji sunnatullah...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2017/11/apakah-kaedah-rancang-kehamilan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hawa Rizwana Terima Tepukan Paling Gemuruh Di Majlis Konvokesyen Hasrat Nak Sambung Phd

Hawa Rizwana Terima Tepukan Paling Gemuruh Di Majlis Konvokesyen Hasrat Nak Sambung Phd

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 138 hits
Hari konvokesyen adalah hari paling bermakna dan ditunggu tunggu oleh pelajar di universiti Bahkan pada hari tersebut pasti akan menjadi memori terindah dalam hidup untuk dikenang Berkongsi detik bahagia tersebut Hawa Rizwana Redzuan turut ...
Wilhelm Scream Suara Orang Menjerit Paling Popular Di Hollywood

Wilhelm Scream Suara Orang Menjerit Paling Popular Di Hollywood

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 100 hits
Bagi yang pernah menonton filem Hollywood pastinya akan terasa seperti ada suara jeritan yang nampak sama diantara semua filem Stock audio jeritan ini dikenali sebagai Wilhelm scream ataupun jeritan Wilhelm Ianya ialah stock audio yang cuku...
Tempat Paling Bahaya Untuk Sa

Tempat Paling Bahaya Untuk Sa

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 197 hits
Assalamualaikum Hi korang Tempat ni bahaya sebenarnya especially untuk kaki novel dan ulat buku macam SA kalau masuk x jumpa jalan keluar serius selalu jadi mangsa dah nasib masih sedar diri ada sekotak besar kat rumah masih blom habis baca...
Raja Viral Rancangan Paling Pempengaruh Di Tiktok Aeon Retail Malaysia

Raja Viral Rancangan Paling Pempengaruh Di Tiktok Aeon Retail Malaysia

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 198 hits
Raja Viral Inilah rancangan medium digital interaktif No 1 paling ditunggu oleh rakyat seluruh Malaysia Bagi anda yang suka menonton video di Tiktok jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan siaran paling pempengaruh dari kalan...
Resipi Buat Kuih Talam Gula Melaka Paling Mudah

Resipi Buat Kuih Talam Gula Melaka Paling Mudah

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 150 hits
Kuih talam adalah sejenis kuih yang memang menjadi kegemaran ramai individu di tanah air kita Cita rasa lemak manis ditambah dengan teksturnya yang lembut amat enak dijadikan sajian ketika minum petang Jom kita lihat resipi untuk membuatnya...
Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

Selebriti Hollywood Yang Memandu Kereta Paling Mahal

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 211 hits
Dunia hiburan dan selebriti saling berkait dengan kemewahan apalagi bila membabitkan bintang bintang terkenal Hollywood Sesetengah artis sanggup menghabiskan berjuta juta dolar semata mata untuk memiliki kereta mewah terbaik yang ada di pas...
Berlian Paling Mahal Didunia Terjual Rm65 9 Juta

Berlian Paling Mahal Didunia Terjual Rm65 9 Juta

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 102 hits
Berlian besar yang diperoleh dari lombong Golconda India dijual dalam satu majlis lelongan di Geneva pada harga 20 355 juta Swiss francs Batu berwarna yang jarang ditemui seberat 76 02 karat dan sebesar kira kira sebiji strawberi itu sebelu...
Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Flexibility In Business Operations



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Sbdj Siri 201 Tak Dapat Kawal Perasaan

Panduan Pilih Ketam Segar

Perbanyakkan Niat Yang Baik

Sambut Birthday Maira

Declutter Your Life Minimalist Cabinetry Solutions

Zubir Khan Feat Ezra Kairo Omk Chord