Apakah Jaminan Mp Diberi Jawatan Kekal Sokong Muhyiddin


ULASAN

MENURUT Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Takiyuddin Hassan, semua ahli parlimen kerajaan PN yang tidak dilantik jadi menteri, timbalan menteri atau duta akan dilantik memegang jawatan sebagai pengerusi GLC. Pelantikan itu menurutnya, berasaskan kelayakan mereka sebagai ahli parlimen.

Beliau tidak menyebut apakah pelantikan tersebut berdasarkan pengalaman, kebolehan atau hanya kerana mereka adalah ahli parlimen kerajaan (PN) semata-mata?

Kalaulah pelantikan itu kerana mereka hanya ahli parlimen bukan berasaskan apa-apa kebolehan atau aset, atau track record dalam bidang professional masing-masing selaras dengan GLC dipegang, perlantikan itu meragukan apakah ia dapat memberi dampak dan membantu kerajaan khasnya dengan keberadaan mereka di GLC berkenaan.

Mungkin jadi pengerusi itu GLC itu tidak sepenting menteri. Tetapi dari segi kedudukannya perlu difahami pengerusi adalah nadi kepada sesebuah GLC atau syarikat berkenaan. Apa lagi kalau tarafnya sebagai Pengerusi Eksekutif, ia penting.

Justeru lantikan itu bukan boleh dibuat main-main tetapi perlu ada signifikan tersendiri, dan jika ia dilantik sembarangan hanya sekadar untuk memenuhi kehendak politik ia memberi kemalangan dan kerugian besar kepada GLC itu sendiri.

Tidak jelas dalam kenyataan Takiyuddin yang dipetik dari laporan portal berita itu, apakah MP dimaksudkan daripada Pas atau kesemua MP yang mendukung Muhyiddin untuk rampas kuasa tempoh hari. Kalau ia membabitkan kesemua MP bermakna ia termasuk sama MP daripada Umno juga.

Jika ini berlaku ia sedikit memelikkan dan canggung. Kerana sebelum ini Muhyiddin dalam penyusunan kabinetnya menegaskan beliau mahu orang yang bersih dan seperti beriya-iya mahu mengkesampingkan MP Umno daripada menyertai kabinetnya. Alasan kerana setengahnya tidak bersih, masih dalam siasatan polis atau sedang menunggu keputusan pendakwaan di mahkamah.

Mereka seperti ahli parlimen Bagan Datuk, (Ahmad Zahid Hamidi), Pekan, (Najib Razak), Putrajaya Teuku Adnan Mansor, Benut, (Ahmad Maslan), Kinabatangan (Bung Mokhtar Raden), Abdul Azeez Rahim (Baling) dan lain-lain. Mereka ini tidak berada dalam kabinet Muhyiddin kerana mereka "terleset" terkait dengan kes mahkamah.

Tetapi apabila mendengar kenyataan Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas itu ia memberi gambaran seolah-olah semua MP termasuk yang tidak lepas dari saringan polis dan SPRM itu akan diberi kedudukan dan hak serupa menjadi pengerusi kepada GLC?

Kalau ini benar ia akan mencemarkan kerajaan Muhyiddin dan diri Muhyiddin sendiri. Selama ini Muhyiddin dilihat bersih dan "bersinar banar", anak Tuan Guru tiba-tiba sanggup pula untuk menerima atau mengambil semula mereka yang dilihat najis sebelum ini. Apakah yang menyebabkan Muhyiddin "mengonar balik" dan terdesak untuk melakukan itu?

Apakah pemberian itu untuk memastikan mereka tidak merajuk kerana tidak diberikan sebarang kedudukan dan akan menarik balik sokongan kepada Muhyiddin? Begitukah? Kalau begitu ertinya pemberian jawatah itu ada unsur rasuah atau ugutan. Ia sesuatu yang tidak bermoral.

Mungkin apa yang dilakukan itu PM berkenaan mula rasa terdesak. Beliau amat faham akan keadaan dirinya dan juga kerajaan PN, bahawa beliau naik jadi Perdana Menteri kerana sokongan yang tipis. Justeru untuk memastikan kedudukannya utuh dan kerajaannya tidak tumbang, beliau kena lakukan sesuatu walaupun tidak bermoral.

Salah satu ialah menjaga hati dan sokongan semua 113 MP menyatakan sokongan kepadanya. Dan cara mengekalkan sokongan itu mereka perlu diberi habuan. Mungkin tidak untuk Zahid dan Najib, tetapi habuan bentuk lain pasti ada?

Jika inilah realiti nampak betapa bangsatnya cara Muhyiddin berpolitik. Pelantikan dan pemberian jawatan kepada semua MP itu sebagai meneruskan politik tidak bermoral Muhyiddin semasa beliau bersetuju untuk mengkhianati Mahathir dengan merampas kuasa kerajaan PH. Apa erti dan maknanya beliau serang Najib sebelum ini kerana terbabit dengan skandal 1MDB yang kemudian dia juga melakukan hal sama?
Soalnya apakah Muhyiddin boleh bertahan dengan cara itu dan apakah jaminan MP itu akan setia kepadanya. Selama manakah MP itu setia bersamanya? Kesetiaan seseorang bukan berasaskan kepada kebendaan, wang ringgit dan jawatan tetapi kerana prinsip. Melainkan kesemua MP kerajaan itu itu sudah tandus dengan prinsip.

Kesimpulannya tidak syak lagi pemberian jawatan kepada MP itu untuk menyelamatkan Muhyiddin dan kerajaan PN selain tindakan tidak bermoral ia seolah-olah Muhyiddin sudah tidak ada cara dan kaedah lain lagi bagi menguatkan sokongan kepadanya. Tindakan itu juga menjelaskan bahawa Muhyiddin tidak kuat dan kedudukannya sebagai PM bak telur di hujung tanduk.

Jadi sama ada pengagihan jawatan seperti pengerusi GLC seperti dinyatakan Takiyuddin itu sesuatu yang praktikal atau tidak, bermoral atau tidak, tidak perlu dihiraukan yang penting Muhyiddin terselamat daripada digulingkan. Dan tindakan tanpa memikir soal moral itu meletakkan Muhyiddin dalam kubang politik tidak bermoral yang merosakkan reputasinya selama ini. [wm.kl.8:12 pm 12/04/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/04/apakah-jaminan-mp-diberi-jawatan-mereka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reezal Merican Tidak Disenangi Diberi Sampai 3 Jawatan

Reezal Merican Tidak Disenangi Diberi Sampai 3 Jawatan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 354 hits
UMNO Pulau Pinang kini dikatakan sedang diselubungi perasaan tidak puas hati terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berikutan pemberian jawatan yang terlalu banyak kepada Reezal Merican Naina Merican Selain dilantik sebagai Menteri Belia...
Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

Umno Sabah Tuntut Muhyiddin Lantik Pemimpin Mereka Ke Jawatan Penting

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 410 hits
INI SURAT TUNTUTAN Umno Sabah terhadap Muhyiddin Yassin yang sedang VIRAL di media sosial ketika ini Elok Muhyiddin ikut cakap mereka ini walaupun pun Bung Mokhtar Radin ada kes mahkamah Tan Sri jangan peduli Kalau Tan Sri buat tak peduli n...
Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

Mahathir Letak Jawatan Muhyiddin Tawar Diri Pm Mana Ada Pengkhianatan Rupanya Memang Ada

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 438 hits
catatan ini sangat PENTING bagaimana langkah Sheraton bermula dari SEBUAH gerakan penderhakaan terancang mungkin tepat Dan sesuai pada Masa itu tetapi hilang sopan Dan susilanya akhlak liar ini tidak akan berhenti di sini sahaja
Selepas Covid19 Muhyiddin Jangan Pula Bawa Masuk Satu Lagi Penyakit

Selepas Covid19 Muhyiddin Jangan Pula Bawa Masuk Satu Lagi Penyakit

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 331 hits
Jangan tiada batu beban pula nak digalas Kalau bukan niat politik Anwar takkan merangkak jumpa Muhyiddin Usaha itu tidak mungkin berjaya selagi Azmin ada di situ Anwar hanya maklumkan pada PH selepas sudah kecoh dan viral di media
Does Muhyiddin Want To Make A Difference

Does Muhyiddin Want To Make A Difference

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 187 hits
The problem with Malaysia is the rakyat We don t question enough We rarely scrutinise We are happy to accept politicians answers at face value We choose sides and then fail to see the wrong committed by our side When someone does question a...
Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

Pertemuan Bersama Muhyiddin Tuntut Sidang Parlimen Disegerakan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 284 hits
Menjelaskan pertemuan DS Anwar Ibrahim dan PM Tan Sri Muhyiddin Yasin Sebelum pertemuan pemimpin PH dimaklumkan selepas mesyuarat juga dimaklumkan Tidak timbul mengiktiraf kerajaan pintu belakang Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini tel...
Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

Sikap Dan Tindak Tanduk Muhyiddin Ke Atas Pengerusi Bersatu Dan Calon Presiden Yang Menentangnya Sedang Diperhatikan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 304 hits
Politik busuk Politik wang Politik beli Politik ugut Sedang diperhatikan Langkah terbaik ialah Mukhriz tarik diri dan ditawarkan jawatan TPM sebagai langkah penyelesaian politik dalaman dan survival parti BERSATU Yang nak meroyan pun ada la...
Rentasan Mingguan 066 Panas Majlis Presiden Ph Dedah Agenda Pertemuan Anwar Muhyiddin

Rentasan Mingguan 066 Panas Majlis Presiden Ph Dedah Agenda Pertemuan Anwar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 348 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 066 1 BERANIKAH KERAJAAN KUDETA ADAKAN SIDANG PARLIMEN KHAS 2 GLC YANG TIADA AHLI PARLIMEN TIDAK WAKILI RAKYAT 3 TANAM BULUH TERESA BELASAH PAS 4 COVID 19 JADI PERANGKAP EKONOMI
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda