Apakah Bersatu Bakal Ditelan Kleptokrat Terbesar


Penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu terlalu dukacita, sedih dan kecewa. Perjuangan belum selesai sehingga badan dikandung tanah.

Dr Mahathir adalah insan perjuangan. Calar-balar politik adalah manifesti komitmen beliau kepada prinsip dan idelisme. Beliau hilang jawatan Perdana Menteri tetapi tidak hilang harga diri.

Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengganti walaupun timbul pertikaian mengenai majoriti Ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau.

“Saya dikhianati,” isytihar Dr Mahathir di sidang media di Yayasan Albukhary pagi tadi. Dan tanpa bersembunyi, beliau berkata Muhyiddin telah menghianatinya berulang kali.

Pakatan Harapan (PH) yang menang Pilihan Raya Umum ke-14 dipinggirkan dan parti-parti yang kalah direstui oleh Raja untuk menubuhkan kerajaan.

Demokrasi dilarikan. Mandat rakyat jelata dipersetankan.

Maaf cakaplah kalau saya kata inilah kemuncak persekongkolan feksyen Muhyiddin dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melancarkan operasi kilat di mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu.

Gerakan yang membelakangkan Dr Mahathir itu adalah bagi membawa Bersatu keluar daripada PH yang sekali gus menyebabkan Kerajaan PH jatuh dan Dr Mahathir tersingkir daripada jawatan Perdana Menteri.

Dan dalam masa lapan hari, dengan kelancaran sebuah jam (clockwork precision), Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri mewakili feksyen beliau, Umno dan Pas.

Kalau ini bukan konspirasi yang terancang, apa lagi?

Bayangkanlah rayuan Dr Mahathir kepada MPT tidak diendahkan dan semalam, permohonan beliau kepada Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, tidak dilayan.

Jadi bukan lagi keanehan atau ledakan emosi apabila dalam sidang media itu beliau menyifatkan dirinya dikhianati dan mandat rakyat jelata dilacurkan.

Malah Dr Mahathir dan PH sejak semalam mempertikaikan bilangan sokongan kepada Muhyiddin berbanding Dr Mahathir yang ada 114 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat.

Jadi, ke manakah arah tujuan kita? Mari kita pertimbangkan hal-hal berikut:

1. Dr Mahathir masih Pengerusi Bersatu kerana peletakan jawatan beliau daripada jawatan itu tidak diterima oleh MPT. Tetapi pada masa yang sama Muhyiddin mengisytihar dirinya Pemangku Pengerusi;

2. Enam orang ahli Dewan Rakyat Bersatu, iaitu Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik dan Edin Syazlee Shith tidak menyokong pencalonan Muhyiddin sedangkan pihak Muhyiddin mendakwa semua 36 ahli Dewan Rakyat Bersatu menyokong beliau. Ada dua pertikaian di sini. Pertama, memberi maklumat yang mungkin tidak tepat dan kedua, sokongan sebenar yang ada kepada Muhyiddin;

3. PH bersama feksyen Dr Mahathir boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin apabila sidang Dewan bermula 9 Mac ini. Tetapi sebagai Perdana Menteri Muhyiddin berhak meminta supaya sidang ditunda ke satu tarikh lain;

4. Beliau boleh menggunakan kuasa eksekutif yang ada di tangannya untuk menarik sokongan daripada feksyen Dr Mahathir dengan menawarkan mereka jawatan dan kedudukan;

5. Walaupun gagal menubuhkan kerajaan, PH masih mempunyai bilangan ahli yang besar dalam Dewan Rakyat. Kekuatan ini boleh digunakan untuk mengawal kuasa kerajaan, khususnya dalam memerangi rasuah dan membicarakan para pemimpin Umno yang melakukan rasuah serta jenayah-jenayah berat lain;

6. Apakah yang akan terjadi kepada feksyen Muhyiddin dalam Bersatu apabila berdepan dengan Umno dan Pas? Harus diingatkan yang ramai ahli Dewan Rakyat Bersatu sekarang adalah wakil rakyat Umno/BN yang melompat masuk Bersatu. Ada kemungkinan Bersatu akan bersatu dengan Umno atau ditelan oleh parti kleptokrat itu; dan

7. Kalau Dr Mahathir keluar Bersatu, sama ada secara sukarela atau disingkir, kemungkinan besar ramai ahli akar umbi akan mengikut jejak beliau. Tetapi kalau beliau kekal, feksyen Muhyiddin akan mendapati sukar dan tidak selesa berhadapan dengan beliau setelah menikamnya dari belakang.

Kesimpulannya, suka atau tidak, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 berlaku dalam suasana yang penuh persoalan dan ini akan mencetuskan isu keyakinan kecuali di kalangan pelaung slogan “demi agama, bangsa dan negara” serta oportunis.

Tulisan : KadirJasin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/apakah-bersatu-bakal-ditelan-kleptokrat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Bakal Kembali Jadi Pengerusi Bersatu

Dr M Bakal Kembali Jadi Pengerusi Bersatu

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 154 hits
Dr Mahathir Mohamad dilaporkan bakal kembali menjadi pengerusi Bersatu Beliau melepaskan jawatan itu pada Isnin lalu tidak lama selepas meletakkan jawatan sebagai perdana menteri Menurut Bernama Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya menges...
Apakah Bersatu Akan Berpecah

Apakah Bersatu Akan Berpecah

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 233 hits
Sangat MALANG jika terus berlaku sekadar ingin mempertahan sedikit perbezaan Tun dan Muhyiddin perlu bersemuka mencari titik persamaan
Bersatu Bn Melaka Bakal Bentuk Kerajaan Baharu

Bersatu Bn Melaka Bakal Bentuk Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 506 hits
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Melaka memutuskan untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu bersama Barisan Nasional Ia sekali gus bakal menyaksikan Pakatan Harapan kehilangan satu lagi negeri selepas Johor susulan kemelut politik yang me...
Baju Nikah Percuma Untuk Bakal Pengantin 2020 Wow

Baju Nikah Percuma Untuk Bakal Pengantin 2020 Wow

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 1015 hits
Salam dan Hi PERHATIAN Kepada semua bakal bakal pengantin tahun 2020 Korang semua berpeluang untuk memiliki BAJU NIKAH PERCUMA dari team sempena ulangtahun ke 5 mereka Tawaran ini khas untuk semua yang buat tempahan bermula 20 Februari 2020...
Bank Dki Bakal Terlibat Pendanaan Mrt Jakarta Rute Ujung Menteng Kalideres

Bank Dki Bakal Terlibat Pendanaan Mrt Jakarta Rute Ujung Menteng Kalideres

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 133 hits
Dia menyebut pendanaan ini merupakan bentuk kolaborasi antar Badan Usaha Milik Daerah DKI Jakarta Seperti halnya dengan BUMD lainnya PT LRT Jakarta dan PT Transjakarta dalam hal transaksi non tunai kepada penumpang
Istana Bakal Sibuk Lagi Pagi Ini

Istana Bakal Sibuk Lagi Pagi Ini

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 157 hits
KUALA LUMPUR Istana Negara dijangka akan sibuk sekali lagi apabila desas desus menyatakan akan ada peristiwa besar berlaku sekali lagi hari ini Pihak media dijangka akan berkampung di sini sekali lagi Menurut sumber selepas KDYMM Yang di Pe...
Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua Siti Nurhaliza Jalani Rawatan Ivf Selepas Aidilfitri

Bakal Menimang Cahaya Mata Kedua Siti Nurhaliza Jalani Rawatan Ivf Selepas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 236 hits
Siapa jer yang tak mengenali penyanyi terkenal nombor satu negara ni kan iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sehingga kanak kanak juga pasti mengenali beliau Dikatakan Siti bakal menjalani sesi rawatan persenyawaan in vitro selepas sambutan Har...
Terkini Steven Spielberg Berundur Dari Indiana Jones 5 James Mangold Bakal Ganti

Terkini Steven Spielberg Berundur Dari Indiana Jones 5 James Mangold Bakal Ganti

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 211 hits
Selepas bertahun tersangkut di fasa pembangunan Indiana Jones 5 menerima satu lagi kejutan besar apabila individu penting francais Steven Spielberg dilaporkan berundur dari projek akan datang Menurut sumber keputusan Spielberg berundur dari...
Ridwan Kamil Bakal Batalkan Agenda Ke Turki Untuk Meninjau Banjir

Ridwan Kamil Bakal Batalkan Agenda Ke Turki Untuk Meninjau Banjir

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 111 hits
Setelah merampungkan jadwal kunjungan ke Australia Ridwan Kamil membatalkan agenda lanjutan pertemuan bisnis di Turki Ia segera pulang ke Jawa Barat untuk meninjau dan berkoordinasi permasalahan banjir
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura