Apakah Bentuk Ujian Yang Diterima Baginda Saw


Insan hebat di sisi Allah SWT yang diangkat namanya di dalam al-Quran, semuanya pernah merasai ujian dihina, difitnah, ditertawakan dan dikeji.
Tiada siapa suka diri diperlekehkan. Itu ragam dunia kerana dunia ini pentas ujian.
Apabila kita bersabar dan semakin dekat dengan Allah SWT, maka darjat kita akan diangkat di sisi-Nya.
Sifat dunia, semuanya bersifat sementara. Setiap kesusahan, pasti akan datang kesenangan.
Hidup berputar bagaikan roda. Selagi bernyawa, begitu putarannya. Andai kita merasakan hidup terlalu teruk diuji, mungkin itu perjalanan untuk menjadi insan hebat.
Lihat bagaimana besarnya ujian dihadapi insan semulia Rasulullah SAW saat menyampaikan Islam di Makkah.
Apakah bentuk ujian yang diterima Baginda SAW?
• Ajaran diprotes.
Bukan orang lain, bapa saudara Baginda sendiri, Abu Lahab antara tukang protes paling dahsyat.
Ketika Baginda menyampaikan dakwah secara terang-terangan kepada kaum kerabatnya, Abu Lahab menjaja pelbagai kisah penghinaan mengenai Baginda.
Protes Abu Lahab itu kononnya mewakili kaum kerabat Nabi dan mewakili masyarakat Quraisy yang digambarkan menolak ajaran berkenaan.
Kedudukan Abu Lahab sebagai pembesar Quraisy pada masa itu sangat mudah mempengaruhi setiap tetamu yang berkunjung ke Makkah.
• Sering diancam.
Wakil kaum Quraisy menggunakan insan paling kuat membela Nabi SAW iaitu Abu Talib supaya memujuk Baginda menghentikan kegiatan dakwah.
Namun, Baginda tetap komited pada tugas dakwah. Wakil Quraisy mendatangi Abu Talib sekali lagi.
Mereka menganggap Baginda mencela tuhan ukiran tangan mereka. Abu Talib diberi kata dua, sama ada menyekat dakwah itu atau menyerahkan Baginda kepada mereka.
Rentetan itu, Abu Talib cuba memujuk Baginda. Namun, Baginda menyatakan pendirian tidak meninggalkan dakwah sekalipun diletakkan matahari di tangan kanannya dan bulan
di tangan kirinya.
Abu Talib tidak terkata apa-apa lagi melainkan terus melindungi Baginda daripada sebarang ancaman.
• Sering ditohmah dan difitnah.
Baginda ditohmah sampaikan dituduh sudah gila. Allah SWT menceritakan kepada kita dalam al-Quran maksudnya: “Dan mereka yang ingkar berkata (kepada Nabi Muhammad): ‘Wahai orang yang kepadanya diturunkan al-Quran, sesungguhnya Engkau adalah orang gila.” (Surah Al-Hijr, ayat 6)
Bukan itu sahaja, Nabi Muhammad SAW juga dikatakan seorang ahli sihir. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: ‘Hanya mata kami sudah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang disihirkan (oleh Muhammad).” (Surah Al-Hijr, ayat 15)
Al-Quran yang diajar Baginda juga dianggap rekaan dan dicipta dengan bantuan tokoh tertentu.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan orang-orang yang kafir itu berkata: ‘(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.” (Surah Al-Furqaan, ayat 4)
• Dipersenda serta diaibkan.
Antara tokoh di Makkah yang kuat mengaibkan keperibadian serta menjatuhkan integriti Baginda ialah Abu Jahal ‘Amru bin Hisham bin al-Mughirah, al-Nadr bin al-Harith, al-Aswad bin Abd al-Muttalib bin Asad, al-Aswad bin Abd Yaghuth bin Wahb al-Zuhri, al-As bin Wail al-Sahmi, Umayyah bin Khalaf dan Ubay bin Khalaf.
Abu Jahal pernah meminta didatangkan azab ke atasnya dengan tujuan mengejek.
Mereka mentertawakan Baginda yang pada awalnya kelihatan hanya diikuti golongan Muslim miskin dan lemah seperti Khabbab, Ammar, Suhayb al-Rumi dan Bilal al-Habashi.
Ada meminta Nabi SAW menukarkan Bukit Safa menjadi emas dan mencabarnya menghidupkan Qusay bin Kilab yang sudah mati.
Selain itu, ada meminta Baginda meratakan bukit yang mengelilingi Makkah dan menjadikannya kawasan sungai untuk bercucuk tanam.
Mereka bukan mahu beriman, tetapi untuk mempersendakan. Muhammad Abu Shuhbah mengatakan, hikmah di sebalik permintaan mereka tidak dilayan ialah kerana mereka tetap tidak beriman meskipun perkara sedemikian dibuktikan.
• Ditawarkan harta, kuasa dan wanita.
Meskipun tawaran itu menarik, namun ia satu bentuk penentangan terhadap dakwah. Ibn Kathir melaporkan, tawaran itu diajukan ‘Utbah bin Rabi’ah yang berjumpa Baginda di rumahnya.
Namun, ada riwayat lain menyebut tawaran itu diajukan al-Walid bin al-Mughirah dan al-‘As bin Wa’il.
Bagaimanapun, memperkenalkan masyarakat kepada Allah SWT lebih berharga di hati Baginda berbanding semua tawaran itu.
• Pengikut yang miskin, lemah dan berstatus hamba diseksa.
Siapa tidak sedih melihat kawan rapat diseksa. Namun, dakwah tidak terhenti kerana halangan itu.
Antara sahabat daripada golongan hamba yang diseksa ialah Bilal bin Rabah, Amir bin Fuhayrah dan ‘Ammar bin Yasir serta keluarganya.
Bilal diseksa tuannya, Umayyah bin Khalaf. Dadanya ditindih batu besar dan diletakkan di bawah terik matahari.
Keluarga ‘Ammar bin Yasir ada yang dibunuh dan dipaksa menukar penyaksian syahadahnya. Bagaimanapun, semakin diseksa, iman mereka semakin bertambah kuat.
Diboikot, bahkan seluruh Bani Hashim dan Bani Al-Mutalib turut diboikot.
Pihak Quraisy bimbang kedudukan ekonomi dan politik mereka apabila melihat kemaraan dakwah Islam semakin sukar disekat.
Bahkan, ia mula menawan hati tokoh masyarakat seperti ‘Umar al-Khattab dan Hamzah bin ‘Abd al-Mutalib.
Mereka geram apabila tidak berjaya menyekat golongan berhijrah ke Habsyah. Muhammad bin Sa’ad melaporkan, pihak Quraysh mengadakan perancangan untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.
Apabila perancangan itu sampai ke pengetahuan Abu Talib, beliau mengumpulkan Bani Hashim dan Bani ‘Abd al-Mutalib untuk mempertahankan Baginda.
Perhimpunan itu dilakukan di Shi’b Bani Hashim. Pihak Quraisy semakin geram, lantas mereka mengadakan satu perjanjian untuk memboikot keluarga Bani Hashim dan Bani ‘Abd al-Mutalib.
Dalam perjanjian itu, mereka dilarang menjalankan urusan perniagaan dengan Bani Hashim dan Bani Abd al-Mutalib.
Mereka juga dilarang mengahwini mana-mana individu daripada Bani itu dan tidak menerima sebarang bentuk perdamaian sehingga Baginda diserahkan kepada mereka.
Menurut sesetengah riwayat, perjanjian itu ditulis Mansur bin ‘Ikrimah. Ia digantung di Kaabah pada pertengahan bulan Muharam, tahun ketujuh kenabian.
Pemulauan itu dikatakan berlaku selama tiga tahun dan berakhir apabila kertas yang memuatkan isi perjanjian itu dimakan anai-anai.
Begituh hidup insan yang hebat ujiannya. Bagaimanapun, pertolongan Allah SWT yang datang juga sangat hebat. Maka, bersabar ketika dilanda musibah dan bersyukur ketika mendapat nikmat. Apabila tepat cara respon kita, semuanya menjadi indah belaka di hati. Sungguh ajaib urusan mukmin!
Penulis ialah pendakwah dan penulis buku
Sumber : myMetro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/06/apakah-bentuk-ujian-yang-diterima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Denmark Mansuh Syarat Ujian Bahasa Denmark Sebagai Keperluan Jadi Jururawat

Denmark Mansuh Syarat Ujian Bahasa Denmark Sebagai Keperluan Jadi Jururawat

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 172 hits
DENMARK bakal memansuhkan syarat ujian bahasa Denmark untuk jururawat dari atau dilatih di negara Kesatuan Eropah dan bukan EU untuk bekerja di negara itu Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Pesakit Denmark perubahan syarat peratur...
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Spesifikasi Format

Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru Spesifikasi Format

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 203 hits
Ujian Penguasaan Bahasa Melayu Guru atau UPBMG merupakan satu ujian yang baru diperkenalkan pada tahu 2022 dimana ujian ini dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia Ujian ini telah dicadangkan dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Me...
Video Sindiran Pedas Kapolri Sulitnya Ujian Sim C Motor Lulus Bisa Main Sirkus

Video Sindiran Pedas Kapolri Sulitnya Ujian Sim C Motor Lulus Bisa Main Sirkus

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 161 hits
Kapolri Jenderal Listyo Sigit Prabowo menghadiri Wisuda Sekolah Tinggi Ilmu Kepolisian di Gedung PTIK Jakarta Selatan Rabu kemarin Salah satu poin dibahas terkait ujian SIM C motor yang dirasa sulit dan dinilai tidak lagi relevan
Apa Itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama

Apa Itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 460 hits
Apa itu Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama Assalamualaikum Hi korang Apa khabar harini Semoga perjalanan korang hari ini dan hari hari seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT InsyaAllah Perkongsian harini KakYa nak kongsi sikit mengenai U...
Tiga Anak Keluar Beli Aiskrim Maut Terbabit Kemalangan Bapa Akui Ujian Terlalu Berat

Tiga Anak Keluar Beli Aiskrim Maut Terbabit Kemalangan Bapa Akui Ujian Terlalu Berat

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 151 hits
Sukar bagi seorang bapa menerima hakikat bahawa tiga daripada lima anaknya meninggal dunia apabila motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Benta Lamir Kampung Langgar Pekan tengah hari semalam Menu...
Hiburan Dia Ada Pendidikan Tinggi Bukan Calang Calang Anak Terlibat Dadah Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

Hiburan Dia Ada Pendidikan Tinggi Bukan Calang Calang Anak Terlibat Dadah Noralbaniah Terima Ujian Dengan Reda

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 271 hits
Pelakon menyifatkan penglibatan anaknya Syarra Sudarman dalam najis dadah adalah satu episod hitam dan satu ujian buatnya sebagai seorang ibu Kata Noralbaniah dia menerima ujian tersebut dengan lapang dada meskipun agak sukar untuk berhadap...
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Spa Pegawai Imigresen Pembantu Makmal

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Spa Pegawai Imigresen Pembantu Makmal

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 222 hits
Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pegawai Imigresen Gred KP19 Pembantu Makmal Gred C19 Assalamualaikum and hi korangg Haa siapa yang dapat email daripada pihak SPA9 yang memaklumkan bahawa anda adalah calon bertuah dapat menduduki peperik...
Ujian Saringan Hiv Done

Ujian Saringan Hiv Done

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 108 hits
Assalamualaikum Alhamdulillah Ujian saringan HIV settled HIV test meruakan salah satu syarat untuk pasangan berkahwin ye ni procedure kat mana mana pun so hari ni SA cuti semata mata nak ambil HIV test ni pergi la SA sensorang hari ni ke kl...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda