Apakah Akan Ada Lantikan Fasa Ke 2 Glc Melibatkan Ketua Ketua Bersatu




Harus disedari, cabaran politik yang mesti dihadapi oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam waktu yang terdekat ini adalah melibatkan dua perkara.Cabaran pertama, usul undi tidak percaya di Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 18 Mei akan datang.Cabaran kedua, mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu yang akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir.Berikutan ancaman wabak Covid-19, Pendaftar Pertubuhan atau RoS telah memberi arahan bahawa semua parti politik hanya dibenarkan mengadakan perhimpunan selepas 30 Jun 2020.Ini bermakna, pemilihan Bersatu sepatutnya diadakan pada Jun dijangka akan dilangsungkan sekitar Julai atau Ogos tahun ini.Melewatkan lagi daripada tempoh itu tentu saja dianggap tidak wajar kerana Bersatu tidak pernah mengadakan pemilihan parti sejak ditubuhkan pada 2016 lalu, kecuali jika wabak Covid-19 benar-benar memberi ancaman yang terus berpanjangan.Kedua-dua cabaran ini bukan saja mesti dihadapi, malah wajib dimenangi oleh Muhyiddin bagi memastikan survivalnya sebagai Perdana Menteri dapat dipertahankan sehingga PRU15 akan datang.Untuk mendepani cabaran pertama, sebagaimana yang disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah dan akan melantik lebihan Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak berjawatan menteri atau timbalan menteri sebagai pengerusi GLC atau syarikat berkaitan kerajaan.Sehingga ini beberapa Ahli Parlimen Pas dan UMNO sudah pun dilantik mengetuai GLC dan Muhyiddin pasti akan membuat lantikan lagi sehingga sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen masing-masing ada jawatan bergaji lumayan, termasuk kemudahan kereta dan pemandu, sebelum 18 Mei ini.Jika gagal berbuat demikian, risiko untuk Muhyiddin ditewaskan dalam usul undi tidak percaya adalah sangat terbuka.Dalam hal ini, silap-silap Zahid Hamidi, Najib Razak, Ahmad Maslan, Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bung Mokhtar Radin yang sedang berdepan pertuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram di mahkamah pun tidak mustahil akan dilantik sama mengetuai mana-mana GLC yang bersesuaian.Yang penting bagi Muhyiddin, kedudukannya sebagai Perdana Menteri melalui tebuk atap mesti diselamatkan, walau dengan apa cara sekali pun.Sehingga ini bermakna, walaupan lantikan Ahli-Ahli Parlimen mengetuai GLC mendapat kecaman ramai kerana dianggap mempertaruhkan untung rugi syarikat untuk kepentingan jawatan, ia dijangka tidak akan dapat mengubah fikiran Muhyiddin dan apa yang beliau lakukan adalah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukannya.Lagi pula, berbanding jawatan Perdana Menteri yang disandangnya dengan untung rugi GLC, tentulah Muhyiddin jauh lebih sayang dan mahu memastikan nikmat kedudukannya dapat diselamatkan.Selepas cabaran pertama itu dan katalah beliau mampu melepasinya, Muhyiddin perlu pula berdepan cabaran kedua iaitu pemilihan dalam Bersatu.Walaupun rekod Mukhriz tidak pernah cemerlang sebelum ini dan dalam UMNO sendiri, beliau pernah kalah bertanding jawatan Ketua Pemuda Bahagian UMNO Kubang Pasu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Naib Presiden UMNO, tetapi pertandingan dalam Bersatu menentang Muhyiddin kali ini tentulah berbeza.Ini kerana pengurus kempen bagi Mukhriz untuk berlawan dengan Muhyiddin nanti adalah Tun Mahathir sendiri yang telah pun diumumkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu.Sementara ketika dalam UMNO dulu, pengurus kempen Mukhriz hanyalah Peja atau Ahmad Faizal Azumu yang sekarang adalah Menteri Besar Perak.Dengan kedudukan lebih 60 peratus ahli Bersatu adalah anti UMNO dan pro Tun Mahathir, kelebihan sokongan kepada Muhyiddin dalam barisan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi pula hanya sekitar dua orang serta majoriti Ketua-Ketua Bahagian parti itu seperti “wiper” iaitu kiri sapu dan kanan pun sapu, usaha Muhyiddin untuk memenangi pertandingan dengan Mukhriz tidaklah sebegitu mudah sebenarnya.Jika kena gayanya, tidak mustahil Mukhriz mampu membuat kejutan dan kemudian Bersatu dapat dikuasai secara majoriti atau sepenuhnya oleh Tun Mahathir.Apakah dalam hal ini, demi untuk memastikan kemenangannya, akan berlaku lantikan fasa kedua dalam GLC oleh Muhyiddin tidak lama selepas ini yang melibatkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ketua-Ketua Bahagian Bersatu pula? (ShahbudinHusin 14/04/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/apakah-akan-ada-lantikan-fasa-ke-glc.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Glc Lantikan Politik

Glc Lantikan Politik

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 255 hits
1 Antara lantikan politik atau teknokrat professional yang manakah sesuai untuk mengetuai GLC Kita bicara mengenai logik terlebih dahulu sebelum kaitkan dengan sentimen politik 2 GLC memerlukan kepakaran teknokrat dan professional untuk men...
Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

Isu Lantikan Politik Dalam Glc Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 351 hits
Perkara asas yang kita kena faham adalah dalam negara membangun kerajaan merupakan watak utama yang menggerakkan ekonomi Dan kerajaan melakukannya melalui GLC dan GLIC GLC GLIC ini berperanan menyambut dan melaksanakan segala polisi ekonomi...
Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

Siapa Tekan Muhyiddin Lantikan Ahli Parlimen Umno Jadi Pengerusi Glc

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 702 hits
APABILA melihat poster ucapan TAHNIAH kepada Mahdzir Khalid di atas perlantikan sebagai Pengerusi Telekom Malaysia terkenang kepada perbicaraan kes SOLAR di mahkamah apabila Mahdzir di soal oleh Peguam Rosmah Mansor Jagjit Singh Ia seperti ...
Rafidah Bidas Kerajaan Pecat Lantikan Dalam Glc Badan Berkanun

Rafidah Bidas Kerajaan Pecat Lantikan Dalam Glc Badan Berkanun

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 246 hits
Rafidah bidas kerajaan pecat lantikan nbsp dalam GLC badan berkanun nbsp Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 9
Bagaimana Muhyiddin Perkukuh Kuasa Melalui Lantikan Glc Terence Gomez

Bagaimana Muhyiddin Perkukuh Kuasa Melalui Lantikan Glc Terence Gomez

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 420 hits
Telah lebih sebulan sejak Perikatan Nasional mengambil alih kuasa namun skala serta skop perubahan di kalangan pengarah dan pengurusan kanan syarikat berkaitan kerajaan cukup membingungkan Kadar perubahan pantas lebih mengejutkan memandangk...
Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 271 hits
Hari telah masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan setelah dua minggu fasa pertama kita jalani Ketua Pengarah Kesihatan berkata tempoh fasa kedua PKP ini lebih kritikal dan mustahak kerana tempoh ini penentu bagi Malaysia ...
Terpaksa Minum Air Gula Campur Air Mentah Bapa Strok Ibu Tiada Anak Jadi Ketua Keluarga

Terpaksa Minum Air Gula Campur Air Mentah Bapa Strok Ibu Tiada Anak Jadi Ketua Keluarga

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 380 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya Begitulah nasib seorang bapa yang menghidap strok dan lima anaknya terpaksa hidup dalam serba kekurangan selepas bapa tidak boleh bekerja dan hanya terlantar saja Anak sulung berusia 15 t...
India Tuduh Ketua Tabligh Homisid Kerana Berhimpun Semasa Wabak

India Tuduh Ketua Tabligh Homisid Kerana Berhimpun Semasa Wabak

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 211 hits
India memfailkan tuduhan homisid salah tidak menyamai pembunuhan terhadap ketua kumpulan Islam kerana menganjurkan suatu himpunan bulan lepas yang menurut pihak berkuasa membawa kepada peningkatan jangkitan koronavirus kata polis hari ini I...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo