Apabila Ultra Kiasu Mengkritik Dan Mengutuk Heboh Satu Dunia Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah


BILA menteri mungkin tersalah cakap (fakta) agar banyak minum air suam bagi menangani COVID-19, heboh satu dunia, sedangkan banyak lagi perkara lebih penting untuk dibincangkan dalam berhadapan wabak ini.
Bukan main lagi ultra kiasu mengkritik dan mengutuk, seolah-olah menteri melakukan dosa besar. Isunya, pendapat beliau mengenai minum air suam banyak untuk bunuh virus COVID-19 sahaja. Memang fakta itu salah. Namun, galakan minum air itu betul. 
Dalam amalan seharian, memang kita digalakkan minum air banyak, supaya kerongkong sentiasa basah. Kecualilah beliau berkata jangan minum air. Itu baharulah isu besar.Tidak ketinggalan, isu air suam ini juga mendapat perhatian, anak gadis kita jurusan perubatan di luar negara, yang dahulunya bertudung, kini tidak lagi, bila belajar dan berkhidmat di sana, turut membetulkan fakta Menteri Kesihatan.



Baguslah tuh. Nasihat saya kepada anak gadis tersebut, baliklah berkhidmat. Curahkan tenaga dan idea yang bernas, untuk membangunkan negara ini. Rasai apa yang kami rasai di sini.

Bukan hanya memandang daripada jauh. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.

Ultra kiasu mengambil kesempatan ini, untuk hentam kaw kaw Menteri Kesihatan. Sehingga ada yang mendesak Menteri Kesihatan dipecat, menjadi pelawak dan berbagai kutukan lagi. Ini sindrom orang hilang kuasa.

Bapak ultra kiasu turut mencadangkan supaya bekas Menteri Kesihatan mereka perlu dibawa kembali dalam kerajaan untuk menangani wabak ini. Sudah macam tidak ada orang lain dah.

Kalau dia ada idea yang hebat, buat dahulu di negeri Selangor. Bukankah beliau sudah dilantik untuk menangani wabak ini di Selangor. Sehingga kini, tidak nampak pula solusi terbaik. Semua masih mengikut arahan dan strategi Kerajaan Pusat.
Pun begitu, jika ada idea yang bernas dan memberansangkan, cakap sahaja atau tulis dalam media sosial. Pihak kerajaan akan ambil cakna, jika benar-benar bagus. Setakat ini, tidak nampak apapun lagi.

Justeru, ultra kiasu tidak payahlah bapak ultra kiasu suruh bekas menteri mereka masuk balik dalam Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan yang sedia ada, tidak kurang hebatnya berbanding dengan bekas menteri tersebut.

Saya cukup teruja dengan cara Ketua Pengarah Kesihatan berbicara dalam menangani COVID-19.

Kadang-kala idea menteri yang bercakap, bukan idea beliau yang sebenar. Tetapi setelah mendapat pandangan dan nasihat daripada kementerian terbabit.

Sebab itu, perhatikan, apabila menteri bercakap, sebenarnya bukan idea menteri itu semua, tetapi setelah melalui nasihat pakar dan think thank di kementeriannya.

Sejak dahulu saya katakan, kerajaan walaupun tanpa menteri, masih boleh berfungsi. Orang politik atau menteri datang dan pergi. Tetapi perkhidmatan awam tetap berada di sisi kerajaan. Tetap berada di hadapan.

Buktinya , siapakah yang berada di hadapan, berhadapan dengan wabak COVID-19? Benar, tidak dinafikan, pemimpin kerajaan sentiasa peka dan mengeluarkan arahan. Namun, siapa yang melaksanakan?

Sudah tentu perkhidmatan awam. Lihatlah dengan mata terbuka, bagaimana warga perubatan terutama doktor perubatan dan jururawat berada di hadapan. Sehinggakan nyawa menjadi gadaian. Orang politik dan ultra kiasu berada di mana? Duduk di rumah mendengar berita sahajakan?

Sebenarnya mereka inilah yang layak dan wajar diberikan pangkat dan gelaran, bukan orang politik seperti ultra kiasu.

Jika nak cari salah orang, kita pun boleh cari salah juga.



Dahulu, ketika COVID-19 mula merebak, ramai mencadangkan supaya tutup pintu negara ini daripada kunjungan warga atau pelancong asing, tetapi ultra kiasu yang memerintah tidak mahu dengar.

Mereka lebih pentingkan warga China, wang ringgit China. Akhirnya, apa jadi?

Saya nak sebutkan, isu minum air suam ini bukanlah besar sangat, berbanding dosa ultra kiasu yang degil tidak mahu menerima nasihat awam. Inilah kejahatan ultra kiasu yang sukar untuk dimaafkan. Justeru, jangan jadikan isu air suam untuk menutupi kesalahan kamu.

Sebab itu, berpada-pada ultra kiasu, bila nak kutuk orang. Bapak ultra kiasu sifatkan Menteri Kesihatan sebagai pelawak. Pelawak atuk kau? Kau ultra kiasu yang tua itu yang pelawak. Suka sangat pada pelancong China.

Saya bukanlah pakar bidang ini, tetapi berpada-padalah nak mengutuk. Kerajaan hari ini sedang berhempas pulas untuk menangani wabak ini, termasuk menggunakan khidmat tentera.

Ultra kiasu seperti cacing kepanasan, apabila khidmat tentera digunakan. Takut nanti, tentera menyekat kebebasan ultra kiasu seperti negara yang dikuasai junta.

Jika nak dituduh sebagai pelawak, pada saya, ketika Menteri Pertahanan ultra kiasu berkata, kapal perang kita tidak boleh mengejar kapal perang China dalam persidangan antarabangsa, itu paling lawak.

Tidak pernah dalam dunia ini seorang Menteri Pertahanan membuka pekung akan kemampuan pertahanan negara berbanding negara lain.

Sebenarnya, banyak lagi pelawak-pelawak menteri-menteri PH yang pecah perut kalau saya nak tulis di sini, seperti menoreh getah di musim hujan, tanam buluh sementara menunggu hasil sawit dan banyak lagi.

Kenapa bapak ultra kiasu dan pemuda ultra kiasu tidak berkata, menteri mereka pelawak. Kena pada dia senyap, kena pada orang lain, heboh satu dunia. Dahlah ultra kiasu, sekali kamu buka mulut sahaja, kita dah tahu siapa kamu yang sebenar.

Sama juga bila kamu mencadangkan saringan besar-besaran dilakukan dengan kos ditanggung oleh kerajaan seperti yang Kanada dan Australia, sama ada sudah dijangkiti atau belum. Senang kamu cakap, bila tidak lagi memerintah. Kenapa kamu tidak sediakan semua peralatan itu, ketika berada ditampuk kuasa?



Dalam keadaan yang terdesak ini, barulah nak mencadangkan perkara memang sukar untuk dilaksanakan.

Pada saya, jika perintah kawalan pergerakan dapat dilaksanakan dan dipatuhi, itu dah kira cukup bagus, selain daripada segala iktiar dan inisiatif yang dilakukan kerajaan. Kementerian Kesihatan telah lakukan pada tahap terbaik.

Kepada yang kehilangan orang tersayang, akibat COVID-19 ini, takziah. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi. Moga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT.

Khas kepada pasukan perubatan, Kementerian Kesihatan, marilah kita sama-sama berdoa, semoga Allah SWT memberikan mereka kekuatan dan semangat, untuk berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Yakinlah, bahawa ganjaranNya pasti akan datang. 
[
ismaweb.net]
Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2020/03/apabila-ultra-kiasu-mengkritik-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Pagar Satu Dunia Daripada Virus Covid19

Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin Pagar Satu Dunia Daripada Virus Covid19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 648 hits
Rakyat Malaysia mesti masih ingat dengan Ibrahim Mat Zin Raja Bomoh yang sentiasa muncul bila ada masaah negara Dulu dia pernah mencetuskan fenomena menerusi buah kelapa dan teropong ajaibnya Kali ini dia muncul kembali mendakwa sudah memag...
Vaksin Covid 19 Khas Untuk Warga Amerika Sahaja Trump Tamak Gila Mahu Satu Dunia Mati Kecuali As

Vaksin Covid 19 Khas Untuk Warga Amerika Sahaja Trump Tamak Gila Mahu Satu Dunia Mati Kecuali As

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 637 hits
Perusahaan bioteknologi Jerman CureVac dilaporkan sedang dalam proses penghasilan vaksin virus corona yang telah mendorong Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ingin membeli hak eksklusif ke atas penggunaan vaksin tersebut Kontroversi ter...
Biodata Syafi Tee Anak Pendakwah Terkenal Ridhuan Tee

Biodata Syafi Tee Anak Pendakwah Terkenal Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 4880 hits
Original Content Syafi Tee adalah seorang pelakon baru kelahiran Drama Festival Kuala Lumpur 2019 Beliau merupakan anak kepada pendakwah dan tokoh akademik terkenal negara Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Jejaka berwajah chinese look ini pernah...
7 Fakta Kopi Java Preanger Pernah Jadi Kopi Nomor Satu Di Dunia

7 Fakta Kopi Java Preanger Pernah Jadi Kopi Nomor Satu Di Dunia

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 193 hits
Kopi sudah lama dikenal di Indonesia sebagai minuman yang digemari oleh berbagai kalangan Namun tahukah Anda bahwa terdapat satu jenis kopi di Jawa Barat bernama Java Preanger Kopi tersebut konon pernah menjadi nomor satu di dunia pada masa...
Pelopor Ultra Kiasu Diam Membisu

Pelopor Ultra Kiasu Diam Membisu

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 204 hits
Wan SidekHidup lagi mamat niMana suara kau bila kerajaan PN teruskan pemgambilan IPG untuk pelajar UECSebelum ni kau lah mengelumpur tak tentu pasal dan mainkan isu perkauman ini dengan salahkan DAP masa zaman PHSekarang bila MCA tunjuk tar...
Italia Laporkan 475 Kematian Akibat Corona Dalam Satu Hari Tertinggi Di Dunia

Italia Laporkan 475 Kematian Akibat Corona Dalam Satu Hari Tertinggi Di Dunia

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 375 hits
Otoritas Italia melaporkan 475 kasus kematian akibat virus corona dalam 24 jam terakhir Kasus ini merupakan tingkat kematian tertinggi di dunia sejak kasus pertama terdeteksi di China Dilansir AFP pada Kamis total kematian di Italia pada Ra...
Covid 19 Amerika Syarikat Kini Nombor Satu Di Dunia Dengan Lebih 82 000 Kes Positif

Covid 19 Amerika Syarikat Kini Nombor Satu Di Dunia Dengan Lebih 82 000 Kes Positif

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 354 hits
Diterjemahkan oleh Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID 19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82 404 kes keseluruhan BILANGAN kes positif jangkitan COVID 19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka sete...
Covid 19 Satu Bilion Penduduk Dunia Berkurung

Covid 19 Satu Bilion Penduduk Dunia Berkurung

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM 22 MAC Hampir satu bilion penduduk di serata dunia terpaksa berkurung di kediaman masing masing susulan kebimbangan penularan wabak Covid 19 yang setakat ini meragut 13 022 nyawa Berdasarkan penjumlahan dibuat agensi berita antara...
8 Pasien Positif Corona Di Rshs Bandung Satu Orang Meninggal Dunia

8 Pasien Positif Corona Di Rshs Bandung Satu Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 206 hits
Data terbaru pada hari Jumat pukul 18 00 WIB total jumlah orang dalam pemantauan berjumlah 189 orang
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip