Apa Pulak Gantung Pecat Terus Sajalah Sembilan Ahli Parlimen Tu




https://wrlr.blogspot.com/2025/07/patut-la-tak-ada-peluang.html?m=0
APA PULAK GANTUNG…PECAT TERUS SAJALAH SEMBILAN AHLI PARLIMEN TU?


12 July 2025


Seramai 19 Ketua Cabang PKR daripada Johor dilaporkan mendesak agar Rafizi Ramli dan lapan Ahli Parlimen parti itu  yang mengadakan sidang media mendesak kerajaan menubuhkan RCI berkaitan isu kehakiman baru-baru ini diambil tindakan disiplin.


Kumpulan itu menyifatkan tindakan sembilan wakil rakyat berkenaan – termasuk bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi – sebagai langkah di luar saluran parti, terutama ketika Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sedang dalam lawatan kerja luar negara.


“Tindakan mereka itu bukan sahaja melanggar disiplin dan etika parti malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan Perdana Menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan.


“Sebarang isu berkaitan dasar atau keprihatinan terhadap pentadbiran negara seharusnya disalurkan melalui platform dalaman parti seperti Biro Politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP),” kata mereka pada satu kenyataan.


Kumpulan 19 Ketua Cabang terbabit juga menganggap tindakan sembilan Ahli Parlimen itu sebagai “melangkaui batas disiplin parti dan bercanggah dengan kod tataetika anggota PKR”, sekali gus mencemarkan nama baik serta perpaduan dalaman parti.


“Sehubungan itu, kami dengan tegas menyeru Setiausaha Agung parti,  Fuziah Salleh, agar segera menggantung sementara keahlian kesemua sembilan Ahli Parlimen terlibat serta memulakan siasatan tatatertib menyeluruh melalui Jawatankuasa Disiplin Parti,” tambah mereka lagi.


Bermula dengan tampilnya Kumpulan 19 ini, adalah dipercayai selepas ini lebih ramai lagi pemimpin PKR yang tampil dengan desakan yang sama.


Lagi pun, sebagaimana Rafizi dilaporkan ditolak oleh hampir 200 Ketua Cabang PKR ketika pemilihan Mei lalu, maka tentulah mustahil jika suara 19 Ketua Cabang PKR itu tiada sambutan daripada pemimpin lain.


Tambahan lagi Rafizi sudah tiada jawatan dalam kerajaan dan tiada apa-apa  lagi dapat diharap daripadanya berbanding mempelihatkan sokongan kepada parti dan Perdana Menteri yang masih banyak ghanimah boleh diagih-agihkan.


Selain itu, kiranya tindakan diambil terhadap sembilan Ahli Parlimen PKR itu, peluang juga nantinya akan terbuka untuk pemimpin-pemimpin parti yang lain untuk bertanding pula di tempat mereka itu pada PRU16 akan datang.


Cumanya, alang-alang nak ambil tindakan disiplin, lebih baik sembilan Ahli Parlimen berkenaan dipecat terus saja daripada PKR berbanding sekadar hanya digantung keahlian.


Sama ada gantung atau pecat, kesannya tiada banyak pun bezanya.


Yang pasti, Rafizi dan lapan lagi Ahli Parlimen terbabit boleh dikata 120 peratus tidak lagi akan dicalonkan oleh PKR pada PRU16 akan datang berikutan tindakan mengadakan sidang media yang secara politiknya menggambarkan hilangnya kepercayaan mereka kepada Anwar selaku Perdana Menteri.


Dengan itu, buat apa digantung keahlian mereka?


Jangan dera mereka dengan hukuman yang menyiksa, lebih munasabah pecat terus agar Rafizi dan rakan-rakannya itu dapat mencari hala tuju baru dengan kebebasan yang mutlak.


Bila dipecat, ia semacam keputusan “win-win” juga dan selepas ini kedua-dua pihak bebas untuk bertarung semula.


 Itu barulah reformasi!! – ShahbudinHusin 12July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/apa-pulak-gantungpecat-sajalah-sembilan-ahli-parlimen-tu/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/apa-pulak-gantungpecat-terus-sajalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Simbah Minyak Pada Api Mantan Ketua Cabang Keadilan Desak Isu Gantung Ahli Parlimen Dihentikan

Jangan Simbah Minyak Pada Api Mantan Ketua Cabang Keadilan Desak Isu Gantung Ahli Parlimen Dihentikan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 386 hits
Sekumpulan mantan Ketua Cabang dan mantan Ahli Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor hari ini mengeluarkan kenyataan bersama membantah tindakan 19 Ketua Cabang KEADILAN Johor yang mendesak supaya keanggotaan sembilan Ahli Parlimen digantung...
Rafizi Pkr Tinggal 22 Kerusi Jika Gantung 9 Ahli Parlimen

Rafizi Pkr Tinggal 22 Kerusi Jika Gantung 9 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 325 hits
ZULKIFLI MANZORPETALING JAYA Menggantung keahlian sembilan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat akan menyebabkan parti itu tinggal 22 kerusi Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli berkata menggantung keahlian beliau dan lapan ...
19 Ketua Cabang Pkr Mahu Rafizi Ahli Parlimen Sekutu Digantung

19 Ketua Cabang Pkr Mahu Rafizi Ahli Parlimen Sekutu Digantung

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 291 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sebanyak 19 ketua cabang PKR Johor seru penggantungan sembilan Ahli Parlimen yang mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja mengenai pelantikan hakim dan dakwaan campur tangan dalam institusi kehaki...
Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

Rafizi Nik Nazmi Tak Hadir Perjumpaan Ahli Parlimen Ph Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 403 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Dua wakil rakyat PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menghadiri mesyuarat antara Ahli Parlimen Pakatan Harapan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Rafizi dipetik Malaysiakini sebagai berkata beliau sud...
Kerajaan Ph Tetap Stabil Walaupun 9 Ahli Parlimen Pkr Umum Keluar Parti

Kerajaan Ph Tetap Stabil Walaupun 9 Ahli Parlimen Pkr Umum Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 342 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap stabil walaupun sembilan Ahli Parlimen PKR mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan b...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Colours Of Life Tekken 8 Season 8 15 Dis Ghost Jalan Ranked Pun Jalan

Apple Chooses Samsung As The Main Memory Supplier For Iphone 18

Ready 2026 Sesi Refleksi Persediaan Akhir Tahun Bersama Tuan Fazrul Ismail

Tajuk Menghayati Konsep Separuh Masa Dalam Ilmu Nuklear

Pihak Berkuasa Turki Menahan 115 Individu Berkait Is Dalam Operasi Terbaru

Treler Hilang Kawalan Hempas Bumbung Stesen Minyak Pelanggan Cemas Elak Tragedi