Apa Presiden Nak Dia Dapat


 

Apabila Shahrizat Jalil gagal merampas jawatan ketua Wanita Umno daripada Noraini Ahmad tempoh hari, seorang anggota kumpulan sembang WhatsApp menghantar komen berikut: “Zahid in control. Don’t play-play with president.”
Apa yang saya faham daripada komen itu ialah si penghantar beranggapan dengan menangnya Noraini, Presiden Ahmad Zahid Hamidi dapat apa yang dihajati – lantas menguasai penuh parti. Lalu jangan “main-main dengan presiden”.
Pada hemat saya, berdasarkan itu individu yang membuat catatan berkenaan berpendapat Shahrizat datang mencabar ‘orang Zahid’ untuk membuat perubahan tetapi gagal.
Namun kata seorang bekas aktivis Umno, ada penulis politik pernah meluahkan pandangan bahawa Shahrizat lah yang sebenarnya ‘orang Zahid’. Malah Shahrizat dikatakan makan malam bersama presiden Umno beberapa hari sebelum mengumumkan hasrat mencabar Noraini.
Jika benar apa yang dizahirkan si penulis politik itu, maka Zahid tidak dapat apa yang dihajati kerana orangnya kalah? Waullahualam.
Yang nyata suatu yang sememangnya Zahid mahu dan membuatnya bangga dan gembira ialah agar anaknya Nuruhidayah dipilih sebagai ketua Wanita Umno Bagan Datuk. Hajat itu tidak kesampaian. Anaknya tewas pada pemilihan jawatan itu Ahad lalu. Memeranjatkan kerana Bahagian Umno Bagan Datuk dipimpin Zahid untuk sekian lama dan beliau Ahli Parlimen kawasan berkenaan sejak 1995.
Nurulhidayah bagaimanapun mendakwa wujud pelanggaran etika dalam pemilihan jawatan yang beliau tandingi dan sudah membawa dakwaannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Umno.
Pun begitu hakikatnya buat waktu ini Nuruhidayah tewas. Lantas Zahid tidak dapat apa yang diidamkan. Adakah beliau sudah hilang kuasa atau tidak dihormati di Umno bahagiannya sendiri?
Akan tetapi Nurulhidayah berjaya mendapat tempat dalam barisan exco Wanita. Ketika artikel ini ditulis beliau memperolehi 132 undi, berada di kedudukan kedua dalam kalangan 61 calon yang bertanding. Keputusan rasmi belum diumum pada waktu ini.
Bolehkah diertikan beliau ditolak di bahagian ayahnya tetapi diterima di peringkat kebangsaan? Yang nyata apa yang Zahid tidak dapat di bahagiannya beliau dapat di peringkat pusat.
Bagaimana pula keadaannya dalam Pemuda Umno? Jawatan ketua Pemuda dimenangi Muhamad Akmal Salleh, Adun Merlimau Melaka. Beliau menang besar ketika menewaskan tiga lagi calon termasuk Mohd Shahar Abdullah, bekas timbalan menteri kewangan, dan Armand Azha Abu Hanifah, ahli Majlis Tertinggi Umno. Keduanya ‘orang lama’ berbanding Akmal. Adakah ‘orang lama’ boleh dikaitkan dengan ‘orang presiden’?
Namun kata Akmal kemenangannya dengan majoriti besar secara tidak langsung menafikan dakwaan wujud beberapa kem dalam parti.
“Jika ada kem, sudah tentu pecahan undi (yang besar) berlaku, tetapi ini tidak berlaku dan yang ada hanyalah kem Umno,” katanya.
Mengambil kira kenyataan itu tidak boleh atau tidak perlulah ditanya sama ada Zahid dapat apa yang beliau hajati atau tidak. Kerana tidak ada kem si polan dan si anu. Kerana yang ada “hanya kem Umno” seperti dikata si ketua Pemuda.
Namun mungkin (atau pasti?) beliau bercakap pada aspek pergerakan Pemuda Umno. Bagaimana pula Umno keseluruhannya? Wujudkah kem presiden dan sebagainya?
Bolehkah diintepretasi ‘kem Umno’ bermaksud ‘kem presiden’? Kerana suara presiden suara Umno. Begitu? Dewasa ini bolehlah diyakini tidak ada kem anti-presiden kerana semua seteru Zahid sudah sama ada dinyah atau ditempangkan. Setuju?
Tetapi wujudkah dalam Umno golongan yang mahu perubahan? Yang mahu parti direformasikan walaupun dipimpin orang lama (baca Zahid dan timbalannya Mohamad Hasan)? Bak kata Akmal, hasrat perwakilan di peringkat bahagian dan cawangan ialah satu suara yang padu kerana ia penting “demi melihat Umno bergerak ke hadapan sekali gus mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti.”
Sebenarnya ramai penganalisis dan pemerhati politik malah orang Ummo yang berpendapat Umno mesti membuat ‘sumbangan’ besar kepada kerajaan perpaduan dengan membantu mendapatkan sokongan orang Melayu. Dalam lain perkataan mereka mahu Umno menjadi ‘parti Melayu’ dalam rangka kerjasama dengan Pakatan Harapan. Ini menurut mereka hanya boleh dilaksakankan jika Umno kembali kuat. Ringkasnya Umno tidak boleh sekadar ‘tumpang tui’ diam-diam dalam kerajaan.
Realitinya, persoalan sama ada Umno pimpinan Zahid boleh bergerak ke arah perubahan terus diapungkan. Bagi saya persoalan atau kesangsian sedemikan tidak akan ditimbulkan jika pertandingan “top two” dalam Umno dilangsungkan.
Ramai yang percaya Zahid khususnya tidak akan menghadapi masalah mengekalkan jawatan presiden. Cuma yang ingin dilihat umum ialah bukti terhadap apa yang sememangnya dijangka.
Namun kenyataannya, Umno (atau sebahagian dalam Umno) memilih untuk tidak diadakan pertandingan jawatan presiden dan timbalannya. Itu cerita lama meskipun isunya masih panas dan ada ahli parti yang membawanya ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. Sesuatu yang boleh menyukarkan Umno.
Jika itu cerita lama, cerita baharu ialah Zahid menyatakan beliau sedia menerima “siapa sahaja pemimpin yang dipilih perwakilan dalam pemilihan Umno (kali ini)”.
Oleh itu, soal siapa dan apa yang Zahid hajati tidak perlu ditanya lagi? Adakah persoalan siapa beliau mahu bukan persoalan?
Pemilihan Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno sudah selesai. Terpulanglah untuk diterjemah orang siapa yang menang atau memang sudah tidak ada “orang dia orang kita” dalam Umno. Kata seorang penyokong kuat Zahid sebelum pemilihan ketiga sayap Umno itu diadakan baru-baru ini: “Ada kita menang, ada kita kalah itulah politik, itulah kehidupan”.
Sabtu ini 18 Mac 2023, pemilihan semua jawatan Umno akan diadakan – daripada naib presiden hinggalah AJK bahagian. Adakah apa yang dikata orang kuat Zahid yang disebut tadi boleh diulangi? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/apa-presiden-nak-dia-dapat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korang Nak Tahu Tak Amalan Amalan Orang Kaya Kaya Baca Sini

Korang Nak Tahu Tak Amalan Amalan Orang Kaya Kaya Baca Sini

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 189 hits
Ok Hari ni saya nak CERITA serba ringkastentang EBOOK KAYA SEBELUM 40 3 Kaya Sebelum 40 Ebook apa ni Ebook Kaya Sebelum 40 ni merupakan ebook yang menceritakan tentang 10 Orang Kaya yang mana mereka kaya sebelum umur mereka sebelum ni cecah...
Anak Pergi Umrah Dia Hantar Nak Balik Tunggu Kat Airport Warganet Puji Sharnaaz Ahmad Gelar Bapa Mithali

Anak Pergi Umrah Dia Hantar Nak Balik Tunggu Kat Airport Warganet Puji Sharnaaz Ahmad Gelar Bapa Mithali

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 150 hits
Siapa boleh tahan bila kena berjauhan dari orang yang tersayang kan Lebih lebih lagi orang itu d4rah daging kita Kalau sehari tak jumpa pun dah terasa apatah lagi makan masa dua minggu Itulah yang dipamerkan oleh ikatan anak dan ayah antara...
Penat Nak Melayan Traumatic Memories Orang Kena Pukul Farid Kamil Cakap Pasal Siapa

Penat Nak Melayan Traumatic Memories Orang Kena Pukul Farid Kamil Cakap Pasal Siapa

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 321 hits
Baru baru ini pelakon Farid Kamil telah memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story miliknya meluahkan kekecewaannya terhadap seorang individu Menerusi hantaran tersebut suami kepada Diana Danielle itu memaklumkan ada seseorang yang te...
Mana Anwar Nak Cekau Duit

Mana Anwar Nak Cekau Duit

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 166 hits
Mampukah team PMX menepis segala persoalan tohmahan atok atau mereka akan cuba sedaya upaya supaya atok didiamkan Kita semua tahu setiap gerakan atok akan ada impaknya Tambahan lagi sokongan melayu terhadap PN masih tidak berganjak dan hany...
Lempeng Pisang Kampung Sedap Wangi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Lempeng Pisang Kampung Sedap Wangi Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

papar berkaitan - pada 8/3/2023 - jumlah : 276 hits
Adunan Lempeng Pisang perkongsian saudari Eniza M Salim nampak sedap dan gebu Makan panas panas di waktu pagi atau petang memang terbaik Bahan bahannya ringkas sahaja malah nak masaknya pun cukup mudah Boleh guna pisang emas Namun jika tiad...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow