Apa Pengajaran Yang Wabak Covid 19 Berikan Kepada Kita Untuk Direnungkan
Dua perkara utama yang membunuh manusia dalam jumlah yang besar.
Pertamanya peperangan.
Anda boleh rujuk senarai peperangan dan jumlah kematian yang disebabkan olehnya kat sini.
Perang dunia ke-2 saja dianggarkan seramai 84 juta orang terbunuh.
Tapi, kes manusia mati beramai-ramai, sebab berperang dan bunuh sesama sendiri ni, makin lama makin pupus. Walaupun masih ada tumpahan darah yang mengalir akibat manusia bergaduh sesama mereka di sana sini.
Yang masih lagi berperang adalah di negara Tok Arab. Peperangan antara Yaman dengan Arab Saudi dah membunuh lebih dari 370 ribu orang. 60% dari kematian adalah akibat dari kesan peperangan seperti masalah kesihatan, makanan dan minuman.
Sebelum di Yaman, perang di Iraq membunuh lebih dari 195 ribu orang. Sebelum Iraq pula, perang di Syria dah meragut lebih dari 570 orang.
Perang kat Syria dan Yaman ni masih berlarutan sampai sekarang. Samada ada atau tak ada covid bagi mereka mungkin lansung tak relevan.
Anda boleh lihat senarai terkini negara yang berhadapan dengan peperangan sekarang di pautan sini.
Wabak penyakit pembunuh manusiaSelain dari kes perang yang saya sebut di atas, satu lagi perkara yang membunuh manusia secara beramai-ramai adalah wabak penyakit.
Jika anda masih ingat tentang wabak HIV, semua orang takut dengan AIDS masa tu. Kalau tak silap, paling ketara dalam era tahun 2005 ke tahun 2012.
Masa tu, nak potong rambut pun rasa risau. Takut luka kena pisau cukur yang dah dipakai oleh pengidap HIV.
HIV bermula pada tahun 1976 di Congo. Sejak itu terus merebak dengan pantas.
Sejak tahun 1981 hingga sekarang, seramai 36 juta orang telah maut akibat HIV/AIDS ni.
Sekarang saja masih ada seramai 31 ke 35 juta orang yang menghidapi HIV/AIDS. Sampai sekarang masalah ini masih ada. Tapi lebih mudah untuk dibendung dan orang tak berapa risau sangat sekarang pasal HIV ni.
Satu lagi wabak yang sangat besar impak kematiannya adalah Bubonic Plague. Disebarkan oleh kutu yang ada pada tikus di panggil Oriental rat flea tropical rat flea.
Dalam istilah saintifik di panggil Xenopsylla cheopis. Ia membunuh seramai antara 75 ke 200 juta orang. Berlaku sekitar tahun 1347-1351. Rujuk sini untuk maklumat.
Serangan Covid-19 seluruh duniaSekarang kita masih lagi hadap Covid-19.
Dah reda tapi masih terus memberikan kesannya di seluruh dunia, kecuali pada sesetengah negara yang miskin atau yang sedang berperang.
Setakat 22 May 2022 , jumlah kematian di seluruh dunia adalah seramai 6.28 juta orang dari 526 juta kes covid-19 di seluruh dunia.
Alhamdulillah Vaksin untuk covid 19 dah berjaya dihasilkan dan proses suntikan, memberi vaksin kepada seramai mungkin manusia di setiap negara berjalan dengan lancar termasuklah di negara kita, Malaysia.
Covid-19 sengaja dirancangSamada covid 19 ini sengaja di rancang oleh mereka yang berkepentingan atau tidak, kita tolak ke tepi sebentar. Jika benarpun ianya dirancang, tak ada apa yang boleh dibuat.
Negara dan para pemimpin kita sendiri hanya ikut saja telunjuk WHO, apalah sangat kita rakyat marhaen ni.
Banyak perkara yang memang direncanakan sebenarnya sejak dari dulu lagi.
Selama ini, yang kita lihat kebanyakannya perkara baik. Contohnya sistem eletrik, kenderaan, teknologi maklumat, komputer dan paling terkini adalah telefon pintar.
Kita bayar, pakai dan terima kesemua itu sehingga tidak sedar telah terikat dengan semua teknologi dan kebendaan yang dipersembahkan.
Berapa ramai manusia membuang masa berjam-jam sehari hanya sekadar melayan media sosial?
Berapa ramai manusia yang suka layari portal porno sampai merosakkan akal fikiran?
Untuk makluman, negara kita menduduki tempat ke-4 dunia dalam bab layan portal porno. Sangat mengejutkan!.
Semua perubahan yang berlaku itu adalah kerja atau rekaan manusia.
Sengaja dibuat sebab semuanya mampu hasilkan duit. Berikan kekayaan kepada mereka yang menguasainya.
Selagi dunia masih ada, maka akan sentiasa ada orang yang suka hubungan sesama sejenis, bebas seks diluar perkahwinan, ambil harta hak orang, tawarkan hiburan yang melalaikan, perjudian, pelacuran, kecurian dan seribu satu macam benda jahat lagi.
Tidak sesekali akan hilang semua itu.
Point yang nak saya beritahu di sini adalah, samada sengaja atau tidak, benda jahat yang merosakkan manusia, menyusahkan hidup manusia akan sentiasa berlaku samada suka atau tidak.
Begitu juga benda yang kita anggap baik tapi akhirnya merosakkan manusia juga, akan sentiasa direka dan ditawarkan untuk tujuan mengaut harta kekayaan dan kuasa.
Jika anda sendiri tidak berusaha menghindari semua itu, maka salah kan diri sendiri saja. Jangan nak salahkan orang jahat atau baik yang menawarkan segala keseronokkan dunia sehingga melekakan.
Memang begitu kehidupan di muka bumi ini. Anda buat pilihan demi keselamatan diri sendiri. Bukan salahkan orang lain.
Apa yang saya faham rumusan dari mentelaah Al-Quran sejak dahulu adalah, orang yang paling banyak menyalahkan orang lain, adalah mereka yang memang mahu ke neraka.
Dalam Quran ada cubaan golongan ini cuba mengheret salahkan syaitan atas salah laku mereka. Tapi syaitan sendiri berkata dia hanya beri pilihan. Mereka yang setuju. Jadi terimalah balasannya. [Rujuk Surah ke-14, Ibrahim, ayat 22.]
Syaitan pun pesan jangan salahkan dia, apatah lagi jika anda cuba letakkan kesalahan pada manusia biasa.
Sebaliknya, orang yang ambil tanggung jawab penuh, berusaha memelihara dirinya sendiri dari segala kerosakan, adalah mereka yang benar-benar menyerahkan dirinya kepada Tuhan.
Memang sukar sebaik saja kita berniat mahu ambil tanggung jawab penuh kepada diri sendiri. Tapi Tuhan janji dia akan bantu dan selesaikan masalah hidup kita seandainya kita benar-benar yakin dan istiqamah mengamalkannya.
Panjang pulak ceramah. Itu sekadar pendapat saya. Sila buat kajian dan cuba fahamkan sendiri sebelum menerima apa saja pendapat orang lain.
Berbalik kepada apa yang berlaku pada kita semua akibat dari wabak covid-19 ..
Perkara yang berlaku akibat Covid-19Apa yang berlaku sejak covid-19 mula membuat serangan terhadap manusia sejagat?
Saya buat senarai pantas sekali lalu di mana yang saya ingat dan lihat.
Mungkin ada banyak lagi.
Tapi ni yang saya punya versi. Anda boleh tambah kat ruang komen di bawah ni untuk buat versi anda sendiri dan kongsikan kat sini ya.
Jangkitan dan kematianSejak ia merebak, jumlah orang dijangkiti covid-19 bertambah hari ke hari. Begitu juga jumlah orang mati bertambah hari ke hari.
Tapi jumlah kematian dah berkurangan sejak vaksin di berikan di kebanyakan negara di seuruh dunia. Walaupun kes tetap ada seperti biasa masih tak berhenti.
Walau bagaimanapun seteruk manapun kes covid 19 dalam membunuh manusia, masih teruk lagi ke manusia mati akibat serangan jantung.
Tahun 2017 punya data, iaitu sebelum adanya covid, lebih kurang 150 ribu orang mati sehari di seluruh dunia. Dari jumlah itu, hampir 50 ribu mati akibat serangan jantung dan 26 ribu akibat canser dan 11 ribu akibat masalah pernafasan.
Tak ada covid 19 pun manusia tetap mati juga.
Cuma kebanyakan negara mencatatkan kenaikan hampir 50% jumlah kematian dari biasa ketika masalah covid sedang mengamuk sebelum ini.
Secara ringkas, covid hanya cepatkan lagi kematian terhadap mereka yang memang lambat atau cepat akan mati juga akibat berbagai masalah kesihatan lain.
Oleh itu, jangan leka dalam bab jaga kesihatan sesibuk manapun anda berniaga atau kerja cari duit.
Kesan ekonomi sejagatMasa mula tercetusnya covid 19, semua orang yang berniaga terutamanya sangkakan semua kesukaran hanya bersifat sementara sahaja. Paling ama mungkin 3 ke 6 bulan saja dan keadaan akan kembali pulih. Itu lah yang saya sendiri sangkakan.
Tapi jangkaan itu ternyata meleset sama sekali. Makin lama jumlah bisnes tutup kedai makin bertambah. Makin banyak yang bungkus terus.
Saya tengok dalam 2 tahun sudah di laporan WSJ jumlah usahawan yang failkan muflis makin hari makin ramai.
Orang yang bisnesnya sebelum tercetusnya covid memang dah pun teruk, ambil keputusan untuk tamatkan saja riwayat bisnes mereka bila kes covid-19 berlanjutan.
Ramai yang terpaksa fikirkan semula tentang ekonomi untuk hidup. Jumlah pengangguran meningkat. Orang kena buang kerja bertambah hari ke hari. Ia selari dengan jumlah usahawan tutup kedai.
Yang tak tutup kedai juga ambil kesempatan untuk cantas overhead agar tekanan kewangan lega. Out source atau part-time lebih menarik berbanding kerja makan gaji samada untuk majikan atau untuk pekerja.
Yang paling teruk adalah industri yang berkaitan dengan pelancongan. Banyak hotel gulung tikar. Syarikat penerbangan juga tewas. Siapa sangka akan jadi begitu.
Itulah kehidupan atas dunia ini. Tiada satupun yang akan kekal. Jangan lupa daratan bila duduk di atas. Akan ada saja kejadian tak terduga berlaku yang tarik sesiapa saja turun ke bawah.
Hebat bagaimanpun, pakar ekonomi ke, pakar strategi ke, tewas juga dengan kesamaran masa hadapan. Tak ada sesiapa yang dapat telah masa depan dan apa yang bakal berlaku.
Tuhan naikkan dan turunkan siapa saja yang Dia mahu. Harta dan kuasa hanya sekadar pinjaman sementara. Akhlak dan keperibadian diri saja yang akan kekal dalam apa keadaan sekalipun.
Oleh itu, jangan sesekali gadaikan akhlak dan keperibadian kita hanya untuk meraih kuasa atau harta yang bersifat sementara.
Aktiviti persekolahan terhenti satu duniaDalam banyak-banyak kesan, ini yang saya rasa sangat penting untuk diperhatikan. Rata-rata, persekolahan terbantut dan pelajar ketinggalan ke belakang dalam mengejar silibus mata pelajaran yang perlu diikuti.
Paling kurang setahun terbantut. Lagi pendalaman, lagi teruk rencatannya di mana akses internet makin teruk. Di tambah lagi oleh mereka yang bertanggung jawab terhadap isu pendidikan tidak pantas bertindak untuk tangani masalah ini.
Bagi ibu bapa yang peka, perlu fikir balik tentang medium pendidikan. Tak boleh lepaskan 100% hanya kepada kerajaan sahaja. Mak bapak kena biasakan diri jadi cikgu. Mereka perlu belajar cara mendidik anak-anak dirumah sebagaimana amalan orang barat yang dipanggil 'Homeschooling'.
Rasanya, kerajaan perlu sediakan program asas bagaimana nak latih ibubapa agar mampu mengajar anak-anak 3 perkara asas penting iaitu, Membaca, Menulis dan Mengira.
Program kebudayaan terhenti satu duniaHasil dari larangan keluar rumah ini membuatkan saya nampak akan kaitan antara aktiviti kebudayaan dengan berkumpul ramai-ramai.
Baru sedar bahawa kebudayaan adalah aktiviti bersosial. Kena fikir semula tentang kebudayaan nampaknya. Semua kelab, persatuan dan seumpamanya wujud atas landasan berjumpa dan berkumpul.
Macam mana nak berbudaya tanpa berkumpul?
Aktiviti mengasingkan diri menguasai duniaSelama ini, orang yang suka bersendiri, tak hadir majlis dan keramaian di pandang negatif sebagai anti-sosial.
Orang akan gelar mereka yang tak berkawan dengan orang lain sebagai kera sumbang. Satu gelaran yang buruk.
Tapi nampaknya covid mengajar kita lihat semula semua persepsi itu. Amalan yang dipandang buruk itu sebenarnya resepi mujarab untuk menyelamatkan dunia dari jangkitan covid.
Kera sumbang jika kena caranya adalah baik. Jadi jangan terus labelkan orang negatif sebegitu sebelum terlebih tahu kenapa seseorang itu asingkan dirinya dari orang ramai.
Streaming media jadi satu ketagihanSaya baru kenal IFlix ketika PKP ni. Ada banyak cerita hantu yang anak-anak suka.
Dari situ saya tahu tentang Neflix dan lain-lain lagi dari Unifi dan sebagainya. Semua itu telah berjaya legakan ramai orang yang dah mula kebosanan.
Kalau saya tak rajin buat pemeriksaan mengejut anak-anak dalam bilik mereka, berkemungkinan mereka akan layan semua itu sampai ke siang dan tak tidur.
Dalam apa hal sekalipun, perlu ikut cara makan. Iaitu makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jangan sumbat sampai nak pecah perut.
Ertinya, sedap macam manapun sesuatu aktiviti itu, layan ala kadar sahaja dan jangan berlebih-lebihan. Perlu ada disiplin waktu mula dan bila perlu berhenti.
Basuh tangan jadi amalan biasaCovid buatkan orang yang cerewet, kaki was-was, mudah geli, yang tolak pintu dengan bahu, buka pintu dengan siku dan tekan butang dengan pensil jadi betul dan benar.
Pembersih nampaknya menang dan pengotor sudah kalah.
Disinfectant mendapat permintaan yang tinggi. Pembuat bahan pembersih anti kuman dan anti virus jadi usahawan kaya baru.
Saya tak pasti samada orang yang angkat sabun pembersih dulu sebelum covid, ke hulu hilir cuba jual produk mereka, sempat merebut ambil peluang keemasan ini atau tidak.
Ada kawan yang selama ini buka kilang buat bahan pembasuh mendapat lonjakan bisnes yang sangat baik sampai tak menang tangan.
Pakai mask jadi fesyen atas jalanAda seorang jiran berbangsa cina di taman tempat saya tinggal. Saya rasa dia bukan warga negara Malaysia. Dia kawin dengan lelaki orang Malaysia.
Sejak dari dulu sebelum covid-19 lagi, 24 jam asyik pakai mask bila keluar. Saya rasa pelik kenapa dia suka sangat pakai mask bila berada diluar. Rasa meluat pun ada juga.
Tapi itu dulu. Sekarang saya sendiri pakai mask setiap kali keluar. Aliff Shukri pun jual mask!
Pak Guard tak lagi halang orang yang nak masuk ke bilik ATM suruh buka mask untuk cam identiti dan rupa orang yang masuk.
Paling ketara, saya baru perasan bahawa semua orang perempuan sebenarnya cantik apabila dilihat hanya pada paras mata mereka sahaja. Nampak sangat manis bila mereka tutup mulut.
Tapi sebaik saja buka mulut, terus nampak tak cantik!
Jadi, untuk pastikan anda kelihatan sentiasa cantik, wanita hendaklah sentiasa tutup mulut.
Terima kasih orang yang reka internetKalau anda tak berterima kasih pada manusia yang reka internet sekarang saya tak tahulah.
Bayangkan jika tak ada internet. Pakai telefon biasa saja macam T29 Ericsson yang top dulu. Telefon banking memang ada, tapi sangat tak selesa.
Sekarang, transaksi bank, belian online, bayar bil, nonton TV, Main games, aktiviti learning, reading, asking, news dan sebagainya lancar dengan adanya internet. Syukur.
Ada seorang kawan yang jual tudung secara online sejak dari dulu sebelum covid lagi. Sebelum ini, jualan tudungnya sekitar RM300 ribu sebulan. Tapi bila PKP, orang tak keluar rumah, jualannya melonjak naik sehingga ke RM800 ribu sebulan.
Ramai yang tak ada kerja duduk depan komputer membeli barang yang tak diperlukan seanjang PKP.
Secara umumnya, masih banyak urusan yang dapat dilakukan secara talian dengan adanya internet ini. Terima kasih kepada orang yang reka internet!
Tele/video conference, Zoom dan seumpamanya meletupSecara tiba-tiba kemudahan ini diadaptasikan oleh semua orang. Sampai boleh kahwin secara video conference
Begitu juga meeting. Saya setiap minggu pakai Zoom untuk meeting dengan ramai orang. Ada yang pakai untuk belajar, bersembang dan lain-lain.
Mungkin jika dibiarkan lama lagi aktiviti berkurung dalam rumah ni, talkin, khutbah dan sebagainya akan pakai zoom.
Zoom bukanlah teknologi barupun. Video call atau conference ni dah lama da di pasaran. Tapi kebetulan bila PKP berlaku di seluruh dunia, zoom jadi pilihan sekelip mata.
Zoom ditubuhkan pada 2011. Masa kemuncak wabak, zoom punya nilai naik sehingga mencecah ke USD54 billion
Sekarang nilai dia turun menjunam sehingga 83% berkurangan dari nilai tertingginya. Bukan zoom saja menjunam sekarang. Banyak lagi syarikat berasaskan teknologi sebegitu turut sama menjunam
Wabak dah hampir selesai dan orang masuk semula ke pejabat dan aktiviti jalan seperti sebelum berlakunya wabak. Ternyata seronok macam manapun ber-zoom, seronok lagi berhadapan secara fizikal
Sebab itu kot bila keadaan kembali lega, semua teknologi tu kurang popular semula. Nilainya malah lebih teruk dari nilai sebelum wabak dahulu
Pelajarannya dalah, benda teknologi ni kemunculannya macam cendawan hujan. Dan kehilangan atau kemerosotannya juga pantas sama macam dia muncul
Digital doktor dan peralatan remote check
Sekarang, semua rekaan yang berkaitan dengan doktor digital dan pemeriksaan dari jauh secara talian itu terpaksa di guna pakai untuk pesakit.
Ini banyak berlaku di luar negara sebenarnya
Tapi kalau anda buka internet, portal seumpamanya dah mula wujud dengan banyak kat Malaysia pun. Terima kasih kepada wabak covid yang percepatkan lagi proses penerimaan cara baru tersebut
Tak payah tunggu lama. Lepas ni, anda boleh duduk dan gunakan smarphone saja untuk hantar semua maklumat kepada doktor yang duduk jauh
E-Commers memang meletup
Jeff Bezos pegang share amazon 11%. Dia ada share dengan platform e-commers runcit lain.
Ketika wabak kekayaannya naik mendadak macam roket. Keuntungan amazam meningkat sehingga melebihi 200% semasa wabak
Jika anda masih ingat, portal online Ali Baba juga meletup jadi giant dunia selepas wabak SARS dulu. Banyak lagi platform online lain yang ambil faedah dari wabak
Tapi sekarang, keadaan amazon agak membimbangkan. Nilai sahamnya sedang jatuh macam Bungee Jumping. Jualan dan keuntungannya juga terkesan sampai mencatatkan kerugian
Mereka salahkan wabak juga sekarang.
Sebenarnya, banyak aktiviti perniagaan terbantut akibat covid sebelum ini dan kesannya datang sekarang. Masalah tenaga kerja yang berkurangan dan masalah bekalan bahan mentah serta masalah logistik masih belum kembali kepada keadaan stabil.
Jualan barang dapur pasaraya naik mencanak
Ketika PKP, orang masih boleh pergi beli barang dapur. Sebab PKP juga orang beli secara tak waras. Takut dan panik lalu beli lebih dari keperluan
Orang beli stok lebih dari biasa dan ini menguntungkan pasaraya yang saya tengok semua barang cepat habis
Wabak membantu hidup dan meriahkan semula pasaraya tempatan yang ada di sekitar kawasan perumahan. Larangan lintas sempadan membantu hidupkan semula kedai mini market dan kedai runcit kecil di serata tempat
Keadaan itu nampak macam berterusan sekalipun wabak dan terkawal dan larangan keluar sempadan dah tiada.
Data perbadi bukan lagi peribadi
Wabak membuatkan kita semua dah mula kena track sejarah perjalanan. My sejahtera diperlukan ada pada semua handphone jika nak mudahkan urusan keluar masuk premis orang
Sekalipun dah tak perlu scan sekarang, masih ada premis yang mahu lihat bukti ada vaksin dalam aplikasi mysejahtera tu. Jadi jangan buang dulu
Ada negara yang pakai gadget trace n track ni lebih awal dari dulu dan mereka lebih cekap kawal wabak covid-19. Kemudahan itu boleh track jika anda ada bersama cluster yang bawa covid-19.
Ada isu Privacy
Tapi kat Malaysia ni siapa yang peduli
Rider jadi hero
Rider atau Mat Dispatch, Food Panda, Grab food dan seumpamanya jadi penting ketika wabak menggila
Sebelum ini mungkin ada yang pandang mereka rendah. Ada yang perlekeh kerajaan juga sebab macam backup mereka sedangkan itu tanda kegagalan kerajaan sediakan peluang pekerjaan
Gig ekonomi kata mereka tak stabil dan tak bagus untuk negara. Tapi katalah apapun, mereka jadi hero sepanjang wabak. Banyak cerita kehebatan mereka di kongsikan. Banyak cerita sedih mereka juga di viralkan
Sekarang, walaupun dah stabil tanpa PKP dan seumpamanya, rider masih tetap jadi pilihan utama anak-anak muda untuk cari duit
Ramai tokeh yang perlukan tenaga kerja mengeluh sebab anak muda tak sudi kerja tetap. Mereka boleh dapat duit lebih banyak dengan jadi rider. Lagipun kerja sebagai rider sangat fleksibel
Rasa malas, sambung tidur. Tak payah buka aps. Bila dah puas tidur, terasa nak cari duit, buka aps semula dan terus dapat jana duit
Siapa yang tak mahu kerja bebas sebegitu!
Kenduri tak ada ! Syukur jimat berlambak
Dalam banyak-banyak mungkin ini yang paling melegakan ibu bapa yang anak nak kahwin tapi tak ada duit yang cukup.
Mak bapak tak payah nak topup. Jimat ya Allah!.
Ia juga selamatkan pasangan yang berkahwin, dari terlajak berbelanja benda tak perlu dari awal. Berapa ramai agaknya pasangan nikah tanpa kenduri sepanjang hampir 3 tahun wabak ya
Sekarang pun kenduri masih dalam keadaan terkawal. Panggil tuju-tuju saja. Jika tak perpanggilpun, orang tak marah. Tak perlu pefgi lebih bagus dari pergi dan terdedah dengan covid yang memang masih ada di man-mana
Ternyata budaya perabih duit sekalipun tak diperlukan sangat ketika kahwin boleh dikawal sebenarnya. Tak perlu rasa malu takut 'apa orang kata', jika kenduri kahwin tak buat besar-besaran.
Tak payah salam
Masa mula saya tengok ada orang di barat sana tak mahu salam tangan ketika bermesyuarat saya rasa pelik dan biadap.
Tapi sekarang saya nampak itu amalan yang betul
Dulu sebelum covid, saya akan bergegas awal keluar masjid atau surau sebab tak mahu buang masa beratur salam semua orang. Saya lebih suka salam orang tepi kiri kanan saja yang orang kampung ajar sejak kecil
Banyak lagi masa solat lain nanti nak salam orang lain pulak
Bila covid, nampaknya tak payah nak salam sesiapa. Sekarang pun masih berlaku. Kecuali kenal baik sangat baru huurkan tangan bersalam
Best atau tak best
Itu sangat subjektif sebenarnya.
Solat jemaah
Antara petua viral yang saya lihat paling ramai kawan-kawan suka kongsikan adalah untuk buat orang Melayu kuasai ekonomi dan dunia, hanya perlu usahakan agar semua masjid penuh macam solat jumaat pada waktu subuh.
Ketika wabak, bukan saja solat subuh, jumaat pun tak boleh pergi
Sekarang baru rasa rindu untuk ke masjid dan surau. Memang ada kedamaian solat berjemaah di masjid dan surau.
Masalah tak boleh solat berjemaah ni sebenarnya tak timbul pada majoriti orang ramai. Sebab memang selama ini hanya minoriti saja yang ke masjid dan surau
Cuma bagi yang dah biasa berjemaah di masjid atau surau, boleh lihat samada dia buat begitu sebab dah terbiasa atau berdasarkan suruhan agama. Jika dia faham ia adalah anjuran agama, maka dia tak akan bising mengamuk bila keadaan tidak mengizinkan berkumpul
Mengelak dari bencana juga adalah suruhan agama. Hanya orang yang beramal akibat kebiasaan sahaja yang gagal kawal emosi. Amalannya selama ini hanyalah untuk kepuasan emosi sahaja dan bukannya atas dasar fakta
Cuba lihat sekarang samada masjid atau surau penuh melimpah. Setakat ni nampamnya tidak. Tak ada covid atau ada, memang tak ramaipun.
Kembara, hotel, pelancongan, kena teruk
Apa berlaku pada negara atau negeri yang bergantung pada pelancongan
Apa jadi kepada taikun yang pegang share dan buat bisnes hotel besar-besaran
Hotel biasanya akan buat untung jika tahap isi bilik melebihi 70%, memang sukar nak capai angka semenjak tahun 2020 yang lalu
Sekarang orang dah mula berjalan semula. Saya ada di Langkawi baru-baru ini, hotel kelam kabut cari pekerja yang sangat berkurangan
Mereka sampai tawarkan part time pada penduduk Langkawi yang berminat
Dalam banyak-banyak industri, yang berkaitan dengan pelancongan adalah paling teruk kena cubaan ketika wabak. Rata-rata penganalisis ekonomi berpendapat industri itu adalah yang paling akhir dan paling lambat untuk dipulihkan selepas covid
Peluang untuk orang baru masuk ke dalam industri itu adalah lebih baik sebab padang dah sama rata sekarang samada anda dah lama atau baru nak masuk industri pelancongan
Aktiviti hiburan lumpuh
Hiburan, sukan, konsert, teater, wayang, bolasepak, pusat beli belah dan seumpamanya terus lingkup sepanjang wabak
Ini sangat ketara. Seluruh dunia berlaku. Syarikat yang bergantung pada semua aktiviti ini teruk diuji ketika wabak. Merekajadi keliru terhadap masa depan
Tapi ramai juga artis dah biasa sebab selama inipun mereka hanya guna media sosial saja untuk popular
Bagi yang popular disebabkan peminat live concert dah tentu sangat terasa. Semua yang megah dengan aktiviti hiburan fizikal selama ini perlu buang ego untuk teruskan hidup.
Servis kehendak kacau bilau
Bisnes yang berdasarkan kehendak dan bukan keperluan seperti servis kecantikan, potong rambut, dandan, saloon, fitness centre, pelacuran, mengurut, snooker, dan seumpamanya termenung panjang sepanjang wabak
Wabak membuatkan ramai yang terfikir betapa bisnes kehendak sangat mudah terkesan bila ada masalah wabak atau krisis ekonomi. Saya juga terfikir begitu
Teringin untuk beralih arah pindah balik ke kampung dan hidup secara berdikari. Dalam bahasa inggeris 'self-sustain'.
Duduk di kampung yang jauh dari kesibukan bandar. Tanam sayur dan buah-buahan sendiri. Bela itik ayam kambing dan lembu sendiri. Usahakan pertanian secara organik dan menyeluruh
Mungkin itu lebih relevan dan melegakan dalam apa keadaan sekalipun
Pengangkutan awam merudum
Industri ni memang dah tak ada pihak swasta yang berani nak masuk sebelum covid-19 lagi
Bila berlaku wabak, keadaan jadi lebih teruk. Pengangkutan bas terutamanya lansung tak ada pihak swasta yang berminat melainkan jika kerajaan sanggup berkan subsidi
Bukan sebab bas tak bagus, tapi sebab sistem jalanraya kita memang hancus seperti tak ada perancangan.
Pengangkutan keretapi, komuter dan seumpamanya nampak lebih berjaya dan dapat sambutan hangat.
Selepas wabak reda, pengangkutan komuter dan keretapi kembali sesak. Manakala bas tetap lesu
Tambahan pula dengan adanya e-hailing, pengangkutan bas jarak dekat lebih tidak menjadi pilihan berbanding train.
Bas jarak jauh masih kekal relevan
Kilang tutup tak ada orang pi kerja
Untuk tahu samada kilang tempat anda kerja masuk dalam industri perlu atau tidak, boleh lihat sepanjang wabak yang lalu
Kalau kilang itu ditutup tak buka masa wabak, ertinya anda berada dalam industri yang tak perlu. Tak ada pun tak apa
Jika ketika wabak pun masih kekal beroperasi, anda boleh rasa lega kerana ia masuk dalam industri perlu. Anda orang penting yang banyak berjasa untuk negara dan rakyat.
Opis tutup tak ada orang pi kerja
Ini juga membuatkan anda tahu kepentingan kerja anda selama ini samada penting atau tak penting.
Kalau anda tak perlu kerja selama PKP, tak payah nak seronok sangat.
Ia hanya satu indikasi nak bagi tahu bahawa anda tidak menyumbang kepada industri yang menjadi keperluan penting
Kes dera meningkat
Wabak buat ramai duduk rumah sekali dalam masa yang lama sangat. Tak pernah berlaku selama ini.
Mungkin ada bersama paling lama seminggu sebab travel atau jalan makan angin sekali. Itupun mungkin tak full house.
Masa wabak, duduk berminggu-minggu
Masa itu baru tahu samada orang sekeliling termasuk anda sendiri, seorang penyabar atau tidak
Kunci mulut tu tak payah nak bagi tahu pada orang. Stop update kat media sosial. Sabar bukan kat situ. Sabar ada dalam dada dan anda dah tahu sekarang
Wabak juga buat ramai yang berhadapan dengan masalah duit. Ramai juga yang bunuh diri. Tentu tak tahan deraan emosi dari pasangan yang tuntut duit macam tak faham apa sedang berlaku
Jika dia jenis agresif, dia akan naik tangan. Jika dia jenis tak agresif, dia akan naik kerusi dan gantungkan diri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hidupringkas.com/2022/05/apa-pengajaran-yang-wabak-covid-19.html