Apa Masalahnya Sesi Persekolahan Bermula Mac


Imej hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan menyatakan secara prinsipnya kementerian bersetuju untuk mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari.

Ramai yang menyambut baik perkara itu, ada juga yang tertanya-tanya apa masalahnya jika sesi persekolahan bermula pada Mac atau adakah ia hanya kenyataan bersifat populis daripada pihak Menteri?

Jika ditinjau, boleh dikatakan tidak ada sebab kukuh permulaan sesi sekolah harus dikembalikan ke awal tahun. Yang ada hanya keluh kesah segelintir mereka mengenai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan takwim baharu.

Ada ibu bapa yang menggesa perubahan ini kerana mereka terkesan dengan pertembungan pembukaan sekolah, Ramadan dan Syawal kerana perlu mengeluarkan belanja banyak.

Namun, kita sedia maklum tarikh raya dan puasa berubah setiap tahun. Ada pula yang menyatakan kesukaran untuk menjelaskan tahun persekolahan. Misalnya anak Tahun 4 pada Januari dan Oktober tahun sama berada di Tahun 5.

Di samping itu, ada yang merungut kerana sukar untuk merancang cuti sekolah bersama anak-anak terutama pada hujung tahun.

Tetapi realitinya, sesi sekolah 2022 misalnya, ada cuti sekolah selama tiga minggu bermula 9 Disember. Adakah ini cuma sebuah manifestasi keengganan sebahagian kita untuk berubah? Terlalu sukarkah kita keluar dari zon selesa.

Sesuatu perubahan memang memerlukan masa. Harus diingat, perubahan ini baru memasuki tahun ketiga. Dikhuatiri, gesaan untuk kembalikan sesi sekolah ke awal tahun hanya mengajar anak-anak untuk tidak keluar mendepani cabaran, beradaptasi dan merangkul perubahan.

Kita sebaliknya menegaskan mereka mesti menuntut dunia untuk berubah mengikut rentak mereka. Hal ini tentu sahaja tidak benar dan sebagai orang dewasa,

Kita semua tahu bukan itu caranya dunia ini berfungsi. Dunia tidak berpaksi kepada apa yang membuatkan kita selesa atau tidak. Tarikh permulaan sesi persekolahan sebenarnya tidak memberi makna apa-apa.

Ia hanya sebuah simbol permulaan sesuatu tahun persekolahan yang baharu. Yang lebih bermakna adalah bagaimana kita dapat menyediakan anak-anak bagi menghadapi cabaran dunia masa depan dengan ilmu pengetahuan secara mandiri, agar mereka lebih berani dan yakin untuk mengubah dunia, tanpa mengharapkan dunia berubah untuk mereka.

Mohamad Syafiq Ya Shak | Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak
Sumber Kosmo!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/04/apa-masalahnya-sesi-persekolahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Op Bersepadu Jpj Sempena Aidilfitri Bermula 18 Hingga 27 April Kata Loke

Op Bersepadu Jpj Sempena Aidilfitri Bermula 18 Hingga 27 April Kata Loke

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 651 hits
JABATAN Pengangkutan Jalan akan mengadakan Op Bersepadu sempena perayaan Aidilfitri bermula dari 18 hingga 27 April ini kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Beliau berkata sebanyak 231 lokasi di seluruh negara dikenal pasti sebagai kawasa...
Pdrm Beri Kadar Khas Bayaran Saman Bermula 21 April Sehingga 21 Mei 2023

Pdrm Beri Kadar Khas Bayaran Saman Bermula 21 April Sehingga 21 Mei 2023

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 264 hits
PDRM beri Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM Setiap saman dengan kadar harga RM50 PM Anwar Mohd Redzuan Abdul Manap PDRM beri Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei...
Woww Projek Pertama Daripada Komitmen Pelaburan Rm170 Bilion China Akan Bermula Bulan Depan

Woww Projek Pertama Daripada Komitmen Pelaburan Rm170 Bilion China Akan Bermula Bulan Depan

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 432 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata salah satu projek daripada rekod komitmen pelaburan bernilai RM170 bilion dari China itu dijangka dimulakan seawal bulan depan Anwar berharap pelaksanaan projek projek itu akan menjadi galakan kepada pe...
Firma Korea Selatan Tamatkan Perkhidmatan Lebih 10 000 Pekerja Mulai Januari Mac

Firma Korea Selatan Tamatkan Perkhidmatan Lebih 10 000 Pekerja Mulai Januari Mac

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 173 hits
KEMENTERIAN Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan mengurangkan bilangan pekerja di sektor awam melebihi 10 700 pekerja dari Januari hingga Mac melalui persaraan secara sukarela di tengah tengah ketidaktentuan ekonomi lapor Sputnik Syarikat mil...
Menang Cabaran Pengomen Tegar Bulan Mac Blog Zukidin Com

Menang Cabaran Pengomen Tegar Bulan Mac Blog Zukidin Com

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum Entry Cik Nor memang asyik berkaitan dengan pengomen tegar jer ke Haha Kebetulan tak ada idea Cik Nor tulis la pasal kemenangan Cik Nor Susah weh nak jadi pengomen tegar mana mana blog Asal nampak kita kat atas sekali mesti ...
Perfomance Blog Bulan Mac 2023

Perfomance Blog Bulan Mac 2023

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 309 hits
Tak berapa nak ada mood ni sebab tetiba dapat berita terkejut petang semalam tapi tak apa nak bagi lupa sikit berita tu kita ketuk papan kekunci membebel kat sini hehe K fiezz nak kongsi perfomance blog untuk bulan Mac 2023 Walaupun k fiezz...
Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Meingankan Beban Ibu Bapa

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Meingankan Beban Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 547 hits
Syukur kepada Allah swt apabila Furqan yang berada di tahun 1 kini mendapat Bantuan Khas Awal Persekolahan 2023 Rezeki anak anak yang bersekolah tahun 1 bagi sesi 2023 Apa yang bezanya sesi persekolahan diberikan wang bantuan sebanyak satu ...
Kalendar Sesi Akademik 2023 2024

Kalendar Sesi Akademik 2023 2024

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 275 hits
Berikut kami kongsikan kalendar yang telah disesuaikan dengan takwim sesi persekolahan 2023 2024 yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia Muat turun
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Makan Kerap Untuk Elak Perut Buncit Ada Ke

5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi