Apa Maksud Akuan Bersumpah Atau Akuan Berkanun


Akuan bersumpah atau akuan berkanun adalah pengakuan bersumpah yang kandungan faktanya diketahui benar oleh orang yang mengikrarkan dan dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 (Pindaan 1969), dan seseorang yang mengikrarkan akuan bersumpah mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kandungan berkenaan.


Mana-mana hakim Mahkamah Seksyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada Seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115) adalah sah untuk mengambil dan menerima akuan bersumpah daripada seseorang yang membuat akuan itu.

Sesuatu akuan itu dibuat dengan sukarela dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, mengikut borang akuan.

Sekiranya akuan bersumpah yang dibuat didapati PALSU setelah siasatan dijalankan, maka orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh di DAKWA di mahkamah di bawah Seksyen 1999 dan 2000 Kanun Keseksaan.

Hakim akan membuat keputusan sama ada perakuan yang dibuat itu benar atau palsu berdasarkan bukti dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Jika didapati bersalah, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen itu adalah penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Bagaimanapun, hukuman itu hanya berkaitan akuan bersumpah yang dibuat untuk digunakan sebagai keterangan di mahkamah.

Sebaliknya, sekiranya akuan bersumpah itu digunakan untuk tujuan lain (selain daripada keterangan di mahkamah) orang yang membuat akuan bersumpah itu boleh dipenjara tiga tahun dan dikenakan denda jika didapati akuan itu palsu.

AKTA AKUAN BERKANUN 1960 (AAB)

Mengapakah Akta ini sangat berkait rapat dengan Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah?

AAB merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi membuat dan mengambil Akuan Berkanun dan bagi maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.

Borang akuan

Sah bagi mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari Awam 1959 (Akta 115), bagi mana-mana Notari Awam yang dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, mengambil dan menerima akuan mana-mana orang yang membuat akuan dengan SUKARELA dalam bahasa melayu atau inggeris mengikut borang dalam jadual.

Persoalan

Mengapakah kita semua perlu mengangkat sumpah?

Kebanyakan urusan-urusan harian semada dipihak kerajaan maupun swasta menghendaki kita membuat sesuatu pengakuan yang mengatakan bahawa pengakuan tersebut adalah betul.

Jika kita berurusan dengan Jabatan Kerajaan, contohnya di Jabatan Pendaftaran Negara, maka kebanyakan borang yang perlu diisi menghendaki kita membuat akuan sumpah.

Begitu juga di Jabatan Imigresen, JPJ, Kementerian Luar (Sijil Kelakuan Baik), KWSP, dan banyak lagi.

Jika diswasta pula contohnya pengesahan laporan audit kewangan, laporan setiausaha syarikat dan sebagainya, maka sepatutnya kita tahu bahawa Akuan Sumpah adalah begitu penting dalam hidup kita.

Bagaimana sesuatu Akuan Sumpah boleh dibuah secara sah?

Sesuatu akuan sumpah akan menjadi sah dan diterima pakai dimahkamah apabila deponen (orang yang mengangkat sumpah) telah melaksanakan perkara seperti dibawah:
menyediakan dokumen akuan sumpah secara kendiri.dokumen tersebut mestilah mengikut format yang dikhaskan dalam akta Akuan Berkanun 1960.membawa sendiri dokumen dihadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah melaksanakan tugas-tugasnya seperti didalam Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dimana:Deponen mestilah menandatangani dokumen sumpah dihadapan pegawai-pegawai tersebut di atas.
Peringatan:

Anda boleh memastikan seseorang Pesuruhjaya Sumpah yang sah apabila anda melayari web Mahkamah Persekutuan atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Ada juga Pesuruhjaya Sumpah yang menjalankan perkhidmatan dengan tanpa lesen yang sah, waspadalah.

Apakah akibatnya apabila kita membuat sesuatu akuan sumpah secara palsu?

Menurut akta ini bahawa sesuatu akuan palsu boleh dihukum dibawah Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawaw Seksyen 199 dan Seksyen 200.

Seksyen 199 KK, menyatakan bahawa, kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

"Barang siapa membuat satu kenyataan palsu hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberikan keterangan palsu."

Seksyen 200 KK, pula menyatakan bahawa menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu, hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu."

Maka hukuman berkaitan keterangan palsu adalah dibawah Seksyen 193 KK, Siksa bagi keterangan palsu; antara lain, hendaklah disiksa dengan PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 7 TAHUN DAN BOLEH DIDENDA.

Anda semua perlu merujuk sendiri Seksyen 199, 200 dan 193 Kanun Keseksaan.

Maka amat besar impaknya kita membuat sesuatu akauan palsu dalam Akuan Sumpah tersebut.

Dimanakah tempat untuk kita mengangkat Akuan Sumpah yang sah?

Anda semua boleh pergi ke Tempat Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara dan tanda-tanda adalah seperti di bawah:
Premis yang khas dan dipapan tanda PESURUHJAYA SUMPAH.Apabila anda masuk ke dalam, terdapat seorang PJS yang dipoket kirinya tertera Pesuruhjaya Sumpah dan nombor pengenalanya.Mereka akan mencatitkan nama anda, kad pengenalan dan melihat dokumen yang anda bawa.Seterusnya beliau akan membaca dokumen dan memahamkan anda dan anda disuruh menandatangani dokumen sumpah itu.PJS akan mencatitkan bitir-butir identiti anda dibuku daftarnya dan anda disuruh menandatangani dibuku tersebut.Akhirnya PJS akan mengecopkan sealnya keatas dokumen yang anda bawa.Bagaimana jika anda was-was semada PJS itu ada lesen atau atau tidak? Anda boleh memeriksanya dilaman web Mahkamah Persekutuan Malaysia atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
INFO LANJUT AKUAN BERSUMPAH

Semua Kaedah yang disebut di sini adalah dari Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah, 2018.

Semua Pekeliling yang dirujuk di sini adalah Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia.

1. Apakah tugas seorang Pesuruhanjaya Sumpah?

[Perkara 11(2)] Asasnya, Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan identiti orang yang membuat pengakuan / dokumen dan Pesuruhjaya Sumpah memastikan bahawa orang itu memahami isi pengakuan / dokumen itu.

2. Apa yang Pesuruhanjaya Sumpah boleh laksanakan?

Kebiasaannya, Pesuruhanjaya Sumpah boleh mengesahkan afidavit dan akuan berkanun. Pesuruhjaya Sumpah juga boleh membuktikan Kuasa Peguam.

[Perkara 9 (1)] Kuasa seseorang peguambela dan peguamcara yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah adalah seperti berikut:–
menerima pengakuan perempuan yang sudah berkahwin sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang yang akan diambil sebelum pegawai awam;menerima pengakuan keatas ikat jamin atau jaminan;menjalankan sumpah untuk yang berikut: –justifikasi untuk jaminan;mengambil apa-apa afidavit atau ikrar;menerima dan mengambil jawapan, pengakuan, bantahan, penafian, tuduhan atau pemeriksaan keatas mana-mana pihak untuk apa jua tindakan;pemeriksaan keatas mana-mana saksi terhadap mana-mana penyiasatan atau kebaikan atau apa-apa jenis peristiwa yang lain;pelaksana dan pentadbir sumpah; danmana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang sedang dalam perbicaraan atau yang akan dimulakan di mana-mana mahkamah; danmengambil dan menerima pengakuan sumpah berkanun.
3. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah mengesahkan dokumen yang sudah terlanjut tarikh?

Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan untuk mengesahkan mana-mana dokumen tersebut. Pesuruhjaya Sumpah mestilah memasukkan tarikh semasa dan ia mestilah tarikh yang sama apabila orang itu menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

4. Bolehkah Pesuruhanjaya Sumpah enggan memberikan perkhidmatannya?

[Perkara 11(2)(e)] Ya, Pesuruhjaya Sumpah boleh menolak dari memberikan perkhidmatannya apabila ia mempunyai sebab yang boleh dipercayai seperti mengesyaki bahawa orang yang sebelumnya terlibat dalam penipuan, frod, perdayaan, dures, pemaksaan atau apa-apa kelakuan haram.

5. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan mana-mana dokumen yang telah ditandatangani tanpa kehadiran orang yang menandatangani?

[Perkara 11(2)] Tidak. Ini adalah pelanggaran serius bagi kewajipan seorang Pesuruhjaya Sumpah. Orang itu mesti hadir dan menandatangani dokumen di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

6. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah pergi ke hospital atau pejabat saya/rumah untuk mengesahkan apa-apa dokumen?

[Perkara 15(1)(b)] Peraturan am ialah bahawa seorang Pesuruhjaya Sumpah hanya boleh menjalankan perkhidmatannya di alamat pejabat yang telah diluluskan.

[Perkara 15(1)(2)] Seorang Pesuruhjaya Sumpah boleh menjalankan perkhidmatannya di tempat yang berbeza dari alamat pejabat yang telah diluluskan hanya dalam keadaan yang tidak dapat dielakkan dan dengan kelulusan terdahulu daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia.

7. Saya diminta untuk memberikan perkhidmatan salinan dokumen yang disahkan benar (CTC). Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan dokumen sebagai salinan sebenar asal?

[Pekeliling bertarikh 13 Jun 2005] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak diberi kuasa untuk memperakui apa-apa dokumen sebagai salinan yang asal.

8. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah menjadi saksi keatas pelaksanaan seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen?

[Pekeliling bertarikh 03 November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah dilarang untuk menjadi saksi pelaksanaan keatas seseorang untuk apa-apa perjanjian, surat atau dokumen melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang iaitu:-
Borang 1 dan Borang 2 di bawah Seksyen 3 (Jadual Pertama) Akta Surat Kuasa Wakil 1949.Perjanjian Pinjaman di bawah Seksyen 27(1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.Perjanjian di bawah Seksyen 22 Akta Sewa Beli 1967.Seksyen 97 Ordinan Tanah Negeri Sabah.Seksyen 84 Akta Profesion Undang-Undang 1976.
9. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi Akta Akuan Berkanun, 1960?

[Pekeliling bertarikh 03 November 2015] Tidak. Pesuruhjaya Sumpah tidak dibenarkan mengesahkan apa-apa pengakuan berkanun yang tidak mematuhi format yang telah ditetapkan di dalam Akta Akuan Berkanun 1960. Format boleh didapati di dalam Jadual Akta Akuan Berkanun 1960.

10. Jika terdapat dua (2) atau lebih orang menandatangani satu (1) pengakuan / dokumen, adakah mereka harus menandatangani pada masa yang sama?

Ya. Semua orang yang menandatangani pengakuan / dokumen mesti hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan menandatangani akuan / dokumen pada masa yang sama.

11. Bolehkah seseorang mewakili beberapa orang atau deponen untuk membuat akuan sumpah?

Tidak. Sekiranya sesuatu surat akuan perlu ditandatangani oleh ramai deponen, maka kesemua deponen perlu hadir di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk menandatangani surat tersebut.

12. Bolehkah kanak-kanak atau orang gila mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan bahawa kanak-kanak tersebut benar-benar faham akan perkara yang ingin diikrarkan dan mereka hadir bersama waris beliau. Pesuruhjaya Sumpah juga perlu memastikan bahawa perkara yang diikrarkan tidak dilihat tidak memberi kebaikan kepada kanak-kanak tersebut; Orang gila boleh mengangkat sumpah sekiranya penyakit gila yang dihadapi oleh beliau tidak berterusan, dan beliau hendaklah dipastikan berada dalam keadaan waras dan memahami perkara yang ingin diikrarkan sebelum Pesuruhjaya Sumpah menurunkan tandatangan.

13. Bolehkah seseorang yang buta, bisu, pekak atau buta huruf mengangkat sumpah?

[Perkara 11(2)(b)] Boleh, tetapi Pesuruhjaya Sumpah perlu memastikan deponen tersebut faham setelah dibacakan dan diterangkan kandungan dokumen dan eksibit yang dikepilkan.

14. Bolehkah surat akuan diisi menggunakan dua warna pen yang berbeza?

Tidak diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 mahupun Akta Akuan Berkanun 1960. Akan tetapi, adalah dinasihatkan supaya borang akuan diisi menggunakan warna dan jenis pen yang sama supaya kandungan dokumen tersebut tidak diragui.

Dokumen-dokumen yang diikrarkan juga adalah tertakluk kepada syarat penerimaan yang ditetapkan oleh agensi atau jabatan yang memerlukan dokumen tersebut.

15. Bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membantu menyediakan sesuatu dokumen dan mengenakan caj tambahan?

Apa-apa pembantuan dalam persediaan sesuatu dokumen oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah adalah tidak dibenarkan. Justeru, bayaran terhadap bantuan tersebut juga adalah tidak dibenarkan.

16. Apakah bayaran/caj Pesuruhjaya Sumpah?

[Perkara 17 & Jadual Kedua] Semua bayaran / caj Pesuruhjaya Sumpah secara lazimnya telah ditetapkan. Pesuruhjaya Sumpah tidak boleh mengenakan apa-apa bayaran selain dari jumlah yang telah ditetapkan.

No. Jenis Dokumen Kadar Bayaran;
Afidavit Asal RM10.00 untuk setiap deponen.Eksibit yang dirujuk dalam afidavit asal RM5.00 untuk setiap eksibit.Salinan pendua atau sesalinan afidavit RM5.00 untuk setiap deponen.Salinan pendua atau sesalinan eksibit RM2.00 untuk setiap eksibit.Dokumen, pengesahan, pengakuan, surat ikatan atau sebarang instrumen lain RM10.00 untuk setiap deponen.Salinan pendua atau sesalinan dokumen, ikrar, pengakuan, surat ikatan atau mana-mana surat cara lain RM5.00 untuk setiap dokumen.
Mengikut saranan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia, bayaran/caj untuk Akuan Berkanun kekal sebagai RM4.00 bagi setiap pengakuan.

17. Apa yang perlu saya bawa ketika saya bertemu Pesuruhjaya Sumpah?

Selain dari dokumen yang anda perlukan Pesuruhjaya Sumpah untuk pengesahan, sila bawa dokumen identiti asal anda.

18. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi dokumen saya untuk disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah?

Bergantung kepada jenis dan sifat dokumen, ia biasanya mengambil masa kira-kira lima (5) minit.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Itu Notis Merah Interpol?Jean Perera Sinnappa, Misteri Pembunuhan Miss Malaysia 1971
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/12/akuan-bersumpah-dan-akuan-berkanun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akuan Bersumpah Azilah Terdesak Atau Dipaksa Atau Memang Secara Sukarela

Akuan Bersumpah Azilah Terdesak Atau Dipaksa Atau Memang Secara Sukarela

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 560 hits
Kes pembunuhan Altantuya tiba tiba timbul balik Tiba tiba mahacai mahacai terlompat lompat bila dikatakan Azilah buat Akuan Bersumpah yang DS Najib beri arahan pada dia secara lisan untuk bunuh Altantuya Tak cukup dengan fitnah sebagai pero...
Pembunuhan Altantuya Akuan Bersumpah Dari Seorang Dijatuhkan Hukuman Mati

Pembunuhan Altantuya Akuan Bersumpah Dari Seorang Dijatuhkan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 435 hits
Pembunuhan Altantuya telah berlaku 13 tahun dahulu Telah melalui ratusan hari perbicaraan selama bertahun tahun di Mahkamah Tinggi Mahkamah Rayuan sampai ke Mahkamah Persekutuan yang memutuskan hukuman mati lima tahun dahulu Sudah 19 bulan ...
Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

Akuan Bersumpah Azilah Buka Cerita Tentang Pembunuhan Altantuya Namun Kesahihannya Diragui

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 734 hits
Sumber gambar dari GoogleFirst Ohmedia baca cerita ni bercampur baur rasanya macam baca novel penyiasatan Hampir 10 minit juga Ohmedia baca nak hadam satu persatu cerita atau akuan bersumpah dari seorang Unit Tindakan Khas SD Azilah Hadri m...
Inilah Maksud Mimpi Gigi Patah Tercabut Atau Tertanggal

Inilah Maksud Mimpi Gigi Patah Tercabut Atau Tertanggal

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 1004 hits
Mimpi gigi patah dikatakan membawa satu petanda yang tidak baik atau buruk Itu adalah menurut daripada pandangan orang alim tentang mimpi gigi patah Mimpi gigi itu ada dua takwilnya Mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat melambangkan ...
Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

Antara Sumpah Laknat Ds Najib Dengan Akuan Bersumpah Azilah Yang Mana Kita Mesti Yakin Ingat Allah Swt Ada

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 580 hits
Ini bukan kali pertama DS Najib buat sumpah laknat untuk menafikan pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Ini adalah kali ketiga DS Najib melakukan sumpah laknat atas isu yang sama Kali pertama pada tahun 2007 di Ijok Selangor ketika ...
Altantuya Akuan Bersumpah Azilah Hadri

Altantuya Akuan Bersumpah Azilah Hadri

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 1365 hits
SAYA Azilah bin Hadri seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut Saya telah dibicarakan dan disabitkan bersal...
Akuan Bersumpah Azilah

Akuan Bersumpah Azilah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 345 hits
AKUAN BERSUMPAHSaya Azilah bin Hadri seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan merupakan seorang banduan akhir di Penjara Kajang dengan sesungguhnya dan sebenarnya berikrar dan menyatakan seperti berikut Saya telah dibicarakan dan di...
Lihat Kucing Ini Sedang Naik Atau Turun Tangga

Lihat Kucing Ini Sedang Naik Atau Turun Tangga

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 348 hits
Berbeza dengan pakaian yang muncul dengan 2 foto berwarna kali ini netter dunia digemparkan dengan gambar hitam putih Dalam foto tersebut kelihatan seekor kucing sedang berada di tangga Yang menjadi pertanyaan umum adalah adakah kucing ini ...
Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

Hentikan Gutter Politik Atau Letak Jawatan Pengerusi Perda

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 357 hits
1 Umum mengetahui bahawa perlantikan jawatan Pengerusi PERDA Dato Mohamed Hanif Khatri Abdula adalah lantikan YAB Menteri KPLB Rina Harun setelah dipersetujui oleh PM Tun Mahathir 2 Sebagai seorang profesional tentulah beliau faham akan tug...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization