Apa Khabar Nafas Masih Sempuk Lagi Ke


PENDAPAT

Daun kalendar 2024 akan gugur berapa jam sahaja lagi sebelum ia diganti dengan tunas daun kalendar 2025. 
Mesti kita semu sudah bersedia dengan cita-cita dan azam baru. Sebelum itu elok kalau kita menjengok menoleh ke belakang melihat apa yang telah kita lakukan disepanjang 365 hari lepas sepanjang tahun 2024, disamping kita memasang niat dan azam untuk tahun hadapan

Untuk itu kita sama-sama menilai apa yang berlaku dalam kehidupan kita secara peribadi atau pun kehidupan secara umum (bernegara). Pencpaian atau kegagalan perlu dinilai untuk menambah-baikkan nilai hidup ini

Kerana kita sangat obses kepada perjalanan kerajaan Madani, elok kalau kita memberi sedikit penilaian terhadap kerajaan Madani ini, mudah-mudahan dengan penilaian ini ia akan menjadi papan tanda untuk setahun akan datang. Penilaian diri sendiri biarlah ia menjadi rahsia peribadi

Disini saya tidak bemaksud untuk memprihalkan setiap apa yang berlaku dalam kerajaan, disetiap kementerian, sebaliknya akan cuba mengulas kepada suatu isu atau perkara yang menjadi perhatian umum yang menimbulkan sedikit kontrovesi dalam sebuah kemnterian sahaja, yakni Kemeterian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkaitan isu Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas). 
Kenapa dipilih kementerian ini, kerana ianya sangat dekat dengan rakyat bawahan, kebetulan pula dibawah seliaan menteri yang saya kenali, Datuk Seri Mohamad bin Sabu.Senoga Mat ikhlas menerima pandangan ini

Apa sudah jadi dengan Nafas, bagaimana keadaan pertubuhan itu untuk tahun hadapan selepas mengalami sedikit kesempukan nafas di akhir tahun ini apabila berlaku pergolakan dalam pertubuhan itu. 
Pertubuhan Peladangan Kebangsaan (Nafas) yang ditubuhkan tahun 1973 menjadi nadi kepada lebih 700,000 peladang itu riuh sedikit apabila berlaku kemelut dalaman, pergaduhan atau apa dinamakan "ketidak harmonian" diantara jemaah pengurusan (ahli lembaga pengarah) dengan pegawai eksekutif atau Pengurus Besar

Ekoran perbalahan itu menyebabkan perlembagaan Nafas digantung menyebabkan pengurusan Nafas tergendala dan urusan pentadbiran dilakukan oleh jemaah pengurusan yang dibentuk khas. Ertinya kuasa pertubuhan itu seperti diperuntukan dalam perlembagaan dibatalkan

Penggantungan Nafas itu disebut sendiri oleh menterinya Mohmad bin Sabu ketika berucap dalam parlimen. Penggantungan itu sedikit sebanyak mencalarkan maruah kementerian berkenaan. Mat ada juga menjelaskan penggantungan itu bukan kerana masalah politik. Kenyataan ini menyebabkan timbul persepsi apakah isu Nafas ini ada elemen politik

Alasan penggantungan itu dibuat kerana ingin membaiki tatakelola dalam pertubuhan berkenaan. Mohamad bin Sabu cuba menutupi hal itu dengan menyebut sebelum ini perlembagaan Nafas pernah digantung, semasa Allahyarham Sallhauddin Ayub dan Anwar Ibrahim jadi menteri. Apa yang hendak disampaikan oleh Mat penggangungan Nafas itu dibawa pengawasannya perkara biasa sahaja dan tidak perlu digusarkan

Alasan dan hujah diberikan Mat bin Sabu itu agak simplistik. Sepatutnya sebagai menteri beliau kena pastikan perkara buruk, tidak diingini dan negatif seperti penggantungan itu daripada berlaku. Sebagai menteri beliau seharusnya menyelesaikan kemelut itu secara senyap, penuh diplomasi bukan terbuka ke luar kerana ia sedikit sebanyak menggusarkan anggota pertubuhan itu. 
Mat seharusnya menunjukkan karismatiknya sebagai menteri, bukan sebagai penceramah yang aroggant. Menceritakan yang Nafas pernah digantung seolah-olah Mat tidak ada hujah untuk mempertahankan tindakannya

Dan jangan kerana ia berlaku sebelum ini maka penggantungan kali ketiga itu dianggap sebagai biasa, apa lagi dijadikan sebagai alasan. Mat sebagai menteri perlu cari jalan menuntaskannya disamping menunjukkan wibawanya selaku menteri, elakkan Nafas digantung, itu baru orang tengok Mat bijak dan mampu sebagai seorang menteri

Kalau setakat tindakan itu, dimanakah kebijaksanaan seorang menteri kalau perkara lama masih berulang. Penggantunagn atau tindakan stereotaip bukan solusi. Seboleh-bolehnya Mat berusaha untuk mengekang penggantungan daripada dilakukan, atau setidak-tidaknya pendekkan tempoh penggantungan
 
Bukan bermakna standarad Mat akan sama dengan Sallahuddin atau Anwar apabila dia juga melakukan hal sama menggantungkan Nafas. Seharusnya Mat bertindak lebih baik daaripada Sallahuddin dan Anwar, baru Mat dikatakan menteri pertanian dan keterjaminan makanan yang cemerlang

Kini sudah dua bulan pelembagaan Nafas digantung, yang bermula pada 1 November. Orang ramai masih menanti penyelesaiannya, khasnya di kalangan anggota pertubuhan itu. Tidak elok untuk digantung tanpa tali lama-lama. Disebabkan penggantungan itu menyebabkan Nafas gagal untuk mengadakan mesyuarat tahunan yang dijadual berlangsung Disember ini dan banyak perkara lain turut terjejas. Implikasi dari itu Nafas juga gagal menyusun program atau rancangan untuk memajukan peladang pada tahun hadapan

Kesan daripada penggantungan itu juga membawa mudarat kepada para peladang di seluruh negara. Ini sesuatu yang malang bagi orang Melayu kerana lebih 90 peratus ahli pertubuhan itu pemegang sahamnya terdiri orang Melayu B40

Tidak bolehkah Mohamad bin Sabu gunakan kuasa dan budibicaranya sebagai menteri memanggil kedua belah pihak berjumpa, membincangkan bagaimana hendak menyelesaikan apa yang berlaku. 
Tidak ada kekusutan yang tidak boleh diselesaikan kerana setiap kekusutan itu ada puncanya. Dalam menyelesaikan sesuatu itu langkah berunding lebih baik daripada menyerang di antara satu sama lain. Tampaknya Mat tidak menggunakan kaedah ini tetapi lebih percaya kepada nasihat daripada orang keliling berkepntingan

Mungkin Menteri sibuk dan tidak dapat memberi tumpuan kepada Nafas, kerana banyak masalah dibawa kementeriannya yang masih belum tuntas. Isu ketiadaan beras tempatan, kegiatan kartel belum dapat dibenteraskan ke akar umbi sehingga ia disebut oleh PM. Kerana kesibukan itu menteri tidak sempat untuk bertanya khabar tentang Nafas yang sempuk itu. 
Dalam hal kita difahamkan kemelutan itu berlaku di antara jemaah pengurusan (ahli lembaga pengarah) dengan ketua eksekutif (Pengurus Besar), kedua mereka ini adalah kepala entiti dalam Nafas. Panggil keduanya bersemuka kemudian bincang secara anak beranak dan menteri memberi solusi terbaik.

Kita harap dengan terselaknya mentari 2025, Muhammad bin Sabu akan memberi tumpuan khas menyelesaikan masalah kemelut dalam Nafas ini. Mat jangan melihat ia perkara remeh atau isu semulagi jadi yang klise, tetapi ia patut dilihat sesuatu yang serius. Seboleh-bolehnya sebelum Februari 2025 isu Nafas ini sudah memberi nafas lega kepada 700,000 anggotanya

Apa berlaku di bawah di kalangan peladang harus dirasai oleh Mat. Gelodak dibawah kena dihayati sebaik mungkin. Isu Nafas ini jangan sampai meletup dan meledak kerana yang terkena nanti bukan sahaja batang hidung Mat bin Sabu tetapi kerajaan Madani dan Anwar bin Ibrahim sendiri. Ingat pembangkang sedang menunggu peluang sahaja
 
Apakah kata kalau peladang berhimpun mendesak kerajaan menangani segera kemelut dalam pertubuhan itu. Semisalnya mereka mengadakan himpunan di Putrajaya masing-msing membawa sabit dan parang. Ketika itu nanti Mat tidak akan dapat berbuat apa-apa lagi, jerit pekik lawak dangkal dan lucunya tidak akan dihiraukan lagi. Ingat kuasa peladang ada kuasa rakyat bawahan yang bukan kecil-kecil anak, suara mereka ada suara latar rakyat. Justeru Mat perlu peka kepada kemungkinan ini

Atau kalau tidak berdemostrasi pun macam mana kalau para peladang mengadakan konvensyen kemudian mengemukakan memorandum agar Mat ditukar ke kementerian lain atau digugurkan. Suara dalam konvensyen itu boleh dianggap rasmi dan Anwar selaku PM tidak boleh memandang enteng perkara itu. Jika boleh elakkan kejadian seperti ini

Kerajaan pimpinan Tuan Razak suatu masa dahulu goyang apabila berlaku tunjuk perasaan petani dan pekebun getah di Baling Kedah. Jangan pula berlaku tunjuk perasaan oleh peladang yang boleh menggugatkan kerajaan Madani dan mencalarkan imej Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
PM, harus memberi time line kepada Mat bin Sabu untuk menyelesaikan isu Nafas dan paling penting memberi jaminan tidak ada himpuan oleh para peladang dan ahli pertubuhan itu berkaitan isu Nafas ini. Trims. [wm.kl.12:48 pm 31/12/2024]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/12/apa-khabar-nafas-masih-sempuk-lagi-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

Tak Lupa Diri Juara Program Nyanyian Masih Tebar Roti Canai Di Kedai Mentua

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 99 hits
Bukan senang untuk masuk industri seni apatah lagi bila terpaksa bersaing dengan ramai lagi bakat bakat daripada anak muda lain Disebabkan itu juara Gimme The Mic 2024 Farhan Mustapha tetap meneruskan kerjaya asal menebar roti canai di keda...
Bot Karam Di Kuching Seorang Nelayan Masih Hilang

Bot Karam Di Kuching Seorang Nelayan Masih Hilang

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 78 hits
Bot nelayan dengan enam kru warga asing yang bertolak dari jeti Tanjong Bako 17 Dis lalu karam di perairan Pulau Burong PETALING JAYA Operasi mencari dan menyelamat gagal mengesan seorang lagi nelayan masih hilang dalam kejadian bot karam d...
Ingat Kes Najib Masih Banyak

Ingat Kes Najib Masih Banyak

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 79 hits
Zainuddin Omar Jika Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan maka Najib Razak akan menjalani hukuman penjara di rumah Jangan lupa Najib masih ada beberapa kes di Mahkamah dan jika didapati bersalah akan berpatah balik ke penjara Ps Tetapi ada ora...
Masih Tebar Roti Canai Farhan Mustapha Akui Tidak Rasa Malu

Masih Tebar Roti Canai Farhan Mustapha Akui Tidak Rasa Malu

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 80 hits
KUALA LUMPUR Meskipun sudah bergelar penyanyi selepas meraih gelaran juara program Gimme The Mic anjuran Astro baru baru ini Farhan Mustapha 28 mengakui masih bekerja sebagai penebar roti canai jika mempunyai kelapangan waktu Menurut Farhan...
Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

Kim Seri Masih Di Korea Selatan Nafi Larikan Diri Ke Jepun

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 107 hits
PETALING JAYA Pempengaruh media sosial Kim Seri menafikan dakwaan bahawa dirinya melarikan diri ke Jepun sebaliknya mendakwa masih berada di Korea Selatan Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina tular baru baru ini dengan dakwaan kes peni...
Penyanyi Dikir Barat Berhasrat Teruskan Karier Nyanyian Pengasas Produk Masih Tunggu Saya Nyanyi Lagu Produk Mereka

Penyanyi Dikir Barat Berhasrat Teruskan Karier Nyanyian Pengasas Produk Masih Tunggu Saya Nyanyi Lagu Produk Mereka

papar berkaitan - pada 22/12/2024 - jumlah : 80 hits
Penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan yang ditahan bersama 6 000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok 1 November yang lalu berhasrat untuk meneruskan karier nyanyiannya selepas keluar dari penjara nanti Menurut Harian Metro pen...
Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

Kalau Rasa Terancam Di Malaysia Banyak Negara Lain Lalu Bandingkan Nilai Barangan Pula Anda Rasa Masih Terancam

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 101 hits
Zainuddin OmarSetiap kali pemilihan negara terbaik untuk bersara hanya satu negara yang numero uno iaitu PANAMA Kerana curious saya membuat beberapa kajian dan pembacaan kenapa Panama kerap jadi negara nombor satu untuk bersara dan apakah b...
Dah 3 Tahun Tak Ajar Dia Ke Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap Ini Respon Watie

Dah 3 Tahun Tak Ajar Dia Ke Anak Bongsu Shuib Dikritik Masih Tak Pandai Bercakap Ini Respon Watie

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 76 hits
Seorang individu tampil meluahkan rasa simpati melihatkan anak bongsu pelawak Shuib Ayash Affan yang dirasakan tidak lagi boleh bercakap meskipun sudah berusia 3 tahun Difahamkan individu tersebut meninggalkan komen tersebut di ruangan Inst...
Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

Beg Bagasi Rosak Norman Hakim Luah Rasa Kesal 30 Saat Saya Istighfar Dan Kawal Nafas

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 69 hits
Pelakon Norman Hakim telah berkongsi pengalaman buruk berdepan dengan situasi tiga daripada lapan beg bagasinya rosak setelah mendarat di tanah air Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon meluahkan rasa kesal terhadap perkara te...
Tapestry Of Talent Weaving Together Most In Demand Engineering Disciplines

4 Who Died After Pinkfish Concert Believed To Have Taken Ecstasy Say Cops

Navigating Intellectual Property

Syndicate Forging Immigration Documents Stamps Smashed

Adakah Hadi Awang Halalkan Pembunuhan Dan Fitnah Atas Dasar Menentang Sekularisma

Lirik Lagu Urai Elliza Razak

Penat Dengan E Invois

Mampukah Umno Memujuk Ahlinya Sekiranya Gagal Bersolidariti Pada 6 Januari


echo '';
Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Pusingan Kerja Staf It Kerajaan Tak Masuk Akal

Resepi Kek Swiss Roll Tapak Kuda

5 Tax Moves To Boost Your Refunds Before 2024 Ends

Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Public Caning For Shariah Offences Unlikely In Sarawak Says State Minister

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote