Apa Khabar Kawan Kehadiran Lee Jaewook Di Malaysia Sebagai Duta Pelancongan Korea Raih Sambutan Hebat
Cukup meriah ya perjumpaan bersama peminat Lee Jae-wook semalam!
ARTIKEL BERKAITAN
Lee Jaewook Bakal Hadiri Acara 'Korea Fest 2022' Di Malaysia November Ini
Rasanya, mesti korang dah tengok kan gambar atau video yang tular di media sosial mengenai acara perjumpaan peminat bersama Lee Jae-wook yang berlangsung di PJ Pac, 1 Utama, Petaling Jaya semalam.
Acara perjumpaan peminat itu berlangsung sempena pelantikan Lee Jae-wook sebagai duta bagi kempen “Annyeong Kawan” bersama Organisasi Pelancongan Korea, “Korea Tourism Organization (KTO).
Kimchi Daily juga berpeluang untuk menyertai sesi temu bual yang diadakan selebriti tersebut. Ada beberapa soalan yang diajukan kepada Lee Jae-wook dan dia juga berkongsi pandangan sebagai seorang duta dan juga pendapat peribadinya sendiri mengenai kesedaran untuk menarik lebih ramai pelancong ke Korea terutamanya rakyat Malaysia.
Pada awalnya Lee Jae-wook berkongsi bahawa dia sangat terkejut dengan kehadiran 500 orang peminat di lapangan terbang menantikannya dan dia sangat terharu. Dia juga menjawab beberapa soalan berikut:
Soalan: Apakah perkara yang awak akan ingati bila perkataan Malaysia terlintas di fikiran awak?
Sebelum saya datang ke Malaysia, saya ada buat sedikit kajian tentang negara ini. Saya rasa Malaysia dan Korea jadi saya sangat teruja untuk datang ke Malaysia.
Soalan: Ada tak beberapa ucapan yang awak ingin sampaikan setelah dilantik menjadi duta pelancongan bagi kempen kali ini?
Saya berasa sangat berbangga dan terharu untuk berada di sini pada hari ini. Tambahan pula, saya dengar ada ramai peminat “Alchemy Of Souls” di Malaysia, jadi saya makin bertambah teruja untuk berjumpa dengan semua.
Soalan: Apakah yang membuatkan anda bersetuju untuk menjadi duta kehormat bagi Organisasi Pelancongan Korea?
Sebenarnya saya sangat terkejut pada awalnya apabila mendapat tawaran untuk menjadi duta. Tapi, saya juga berharap dengan cara ini, saya dapat terus menyebarkan lebih banyak lagi perkara menarik mengenai Korea kepada anda semua.
Soalan: Apakah persamaan yang awak dapati antara Malaysia dan juga Korea?
Saya rasa antara Malaysia dan Korea ada banyak persamaan dari segi landskap dan pemandangan yang indah dan cantik. Tapi apabila saya tiba di Malaysia, saya sempat merasa beberapa makanan di Malaysia dan semuanya sedap.
Soalan: Apakah waktu terbaik untuk melawat Korea Selatan?
Saya cadangkan untuk datang ketika musim sejuk kerana ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan ketika waktu musim sejuk. Malah, makanan ketika musim sejuk adalah makanan yang paling enak untuk dinikmati di Korea.
Soalan: Kalau awak sendiri, secara peribadi, apakah cadangan terbaik awak untuk orang Malaysia melawat di Korea?
Saya cadangkan untuk anda semua pergi ke Sungai Han kerana ianya nampak berbeza di waktu siang dan juga waktu malam. Ia mempunyai dua pemandangan yang berbeza dan cantik. Saya juga kerap ke Sungai Han. Jadi, mana tahu kita boleh berjumpa?
Soalan: Boleh tak awak bercakap apa-apa perkataan dalam bahasa Melayu?
Um, mungkin Kawan? Apa khabar kawan?
Soalan: Berikan 3 sebab kenapa kami, rakyat Malaysia perlu melawat Korea?
Saya rasa yang pertama adalah makanan, aktiviti di sini serta pemandangan siang dan malam di sini.
Wah, banyaknya Lee Jae-wook berkongsi pandangan!
Siapa yang pergi jumpa Lee Jae-wook semalam?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/apa-khabar-kawan-kehadiran-lee-jaewook-di-malaysia-sebagai-duta-pelancongan-korea-raih-sambutan-hebat/