Apa Khabar Amanah



Mohsin Abdullah, FMT
Apa peranan Amanah dalam konteks Pakatan Harapan? Menurut penganalisis serta pemerhati politik, Amanah atau nama penuhnya Parti Amanah Negara memikul tanggungjawab mengimbangi koalisi berkenaan. Ia dilihat sebagai pemberi ‘wajah Islam dan Melayu’ kepada gabungan yang dianggotai parti berbilang agama dan bangsa. Ertinya mereka lah yang sepatutnya menjadi ‘parti Islamik’ dan ‘parti Melayu’ buat PH. Dengan itu Amanah berperanan menarik sokongan orang Melayu-Islam untuk PH dan berdepan secara langsung dengan PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional.
Lebih PAS daripada Bersatu kerana Amanah asal PAS, lantas tahu selok-belok dan taktik PAS di samping boleh bercakap tentang agama. Sebagai parti berfahaman ‘progresif dan reformis’, Amanah disifatkan bersedia to give the other side of Islam dalam menentang fahaman ‘keras dan provokatif’. Apatah lagi dengan konsep Rahmatan Lil Alamin yang menjadi pegangannya.
Lutfi Othman, penulis politik berpengalaman pernah memberi tahu saya Amanah parti berdisiplin, stabil, mempunyai fokus, serta berada pada landasan betul dan bebas skandal juga kontroversi. Ini kata beliau membolehkan ia menjalankan peranan secara senyap tanpa heboh atau menarik perhatian umum terutama media. Perbualan saya dengan Lutfi pada 2019. Amanah dilancarkan pada 2015.
Benar Amanah berjaya sedikit sebanyak meraih sokongan orang Melayu yang disifatkan ‘progresif’. Juga apabila ia bercakap mengenai Islam, orang bukan Islam tidak berasa takut. Tidak seperti apabila PAS berbuat demikian. PAS bukan sahaja menakutkan masyarakat bukan Islam tetapi berjaya melukai perasaan mereka. Ringkasnya Amanah moderate tanpa terpaksa berkrompromi akan ajaran agama, menurut pemerhati politik.
Pada konvensyen 2019, Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam ucapannya berkata amat penting partinya memberi perhatian terhadap tuntutan extreme kumpulan ultra ethno-nasionalis dan hyper-liberal. Namun pada tahun sama penganalisis politik, Azmi Hassan dipetik Malay Mail Online berkata dari segi politik Amanah gagal mengambil alih daripada PAS. Empat tahun kemudian kita tidak perlu jadi pakar politik untuk lihat Amanah tidak (atau jika guna istilah lembut ‘belum’) berjaya menggantikan PAS sebagai parti pilihan majoriti Melayu, sekali gus tidak dapat mengekang kemaraan PAS yang ketara pada PRU15 lalu dan PRN enam negeri tidak lama kemudian.
Mengapa? Biarlah pakar kaji selidik mencari jawapannya jika kajian belum diadakan. Pada 26 Sept lalu, Malaysiakini menyiarkan laporan yang memetik sumber mendakwa kedudukan Mohamad tidak begitu kukuh dan ada kemungkinan beliau dicabar pada pemilihan parti tidak lama lagi. Dilaporkan juga ada sumber mendakwa rasa tidak puas hati terhadap Mohamad mula dikesan secara ketara di peringkat bawah.
Bagi saya yang melihat daripada luar parti, ini memeranjatkan kerana Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu amat disenangi sama ada dalam mahupun luar parti. Bukankah jasa dan pengorbanan beliau untuk parti amat besar? Ini rasanya tidak boleh dinafikan. Namun mungkinkah rata-rata ahli Amanah merasakan parti memerlukan seorang panglima perang untuk menentang PAS yang mempunyai panglima perangnya sendiri, dan menghalang ‘Gelombang Hijau’ daripada terus bergelombang? Persoalan paling penting betul ke Mat Sabu sudah tidak disenangi?
“Saya rasa betul. Beliau tidak dapat kembang dan majukan parti. Pemimpin gagal,” kata penulis politik veteran, Mohamad Sayuti Omar yang seterusnya berkata “bagi saya Amanah wajar punyai pimpinan baharu untuk menyegarkan parti.”
Bagaimanapun Mohamad tentu ada penyokongnya dan jika presiden dicabar tidakkah mungkin parti akan berpecah? “Perpecahan tidak dapat dielakkan jika ada pertandingan tetapi Amanah tidak layak atau tidak wajar berpecah sebab ia parti kecil,” menurut Sayuti.
Mungkin juga pihak yang mahu jawatan tertinggi dicabar berlandaskan pendapat demi menghidupkan amalan demokrasi, tidak seperti PAS yang top five dalam parti tidak dipertandingkan dan dilihat tidak mengizinkan proses demokrasi dilangsungkan. Untuk berlaku adil perlu diingat Umno juga tidak ada pertandingan untuk jawatan tertinggi pada pemilihan parti tidak lama dulu tetapi untuk top two.
Apa pun jika jawatan presiden Amanah dipertandingkan, siapa yang akan mencabar Mohamad? “Yang diuar-uarkan ialah Dr Mujahid Yusof. Beliau lebih berkualiti dari segi political knowledge berbanding Mat Sabu tetapi kelebihan Mat ialah di akar umbi. Dalam politik kita, populis dilihat lebih hebat berbanding seseorang yang educated,” menurut Sayuti.
Mujahid sekarang naib presiden Amanah. Beliau bekas menteri dan bekas Ahli Parlimen Parit Buntar. Pada usia 59 boleh dianggap pemimpin muda dan berpendidikan. Ayah beliau ialah mursyidul am PAS yang pertama, Yusof Rawa, dan pernah menjadi presiden parti itu. Pemimpin politik dan agamawan yang dikagumi ramai. Kesimpulannya credential Mujahid agak meyakinkan. Lapor Malaysiakini pula ada sumber berkata Mujahid antara pemimpin yang bersungguh-sungguh memperkenalkan konsep Rahmah yang menjadi antara teras visi Amanah.
Perlu dinyatakan perlembagaan Amanah menetapkan seseorang hanya boleh menjadi presiden selama tiga penggal berturut-turut. Bermakna jika Mohamad terpilih sekali lagi atau diizinkan mengekalkan jawatan ini merupakan penggal terakhirnya. Bermakna Mohamad terus jadi presiden sehingga 2026. Mungkinkah pihak yang mahu mencabarnya boleh dipujuk untuk tidak meneruskan hasrat dan membiarkan Mohamad meneruskan agendanya sepanjang penggal terakhirnya untuk kesinambungan?
Atau mereka yakin Amanah perlukan perubahan sekarang lantas tidak boleh tunggu lama-lama. Lagipun bak kata Inggeris, a week is a long time in politics – apa lagi empat tahun.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/01/apa-khabar-amanah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penganalisa Ramal Amanah Peroleh Lebih Banyak Jawatan

Penganalisa Ramal Amanah Peroleh Lebih Banyak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 303 hits
HarapanDaily comK PRAGALATH Para penganalisa politik meramalkan AMANAH akan memperoleh lebih banyak jawatan kabinet di dalam rombakan kabinet Jika berdasarkan peruntukan kerusi kepada parti politik ia harus kembali kepada AMANAH memandangka...
Pm Anwar Ibrahim Melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia

Pm Anwar Ibrahim Melancarkan Minggu Saham Amanah Malaysia

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 247 hits
Hari ini saya telah merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia 2023 yang pada tahun ini diadakan di Bertam Pulau Pinang tatkala diapit oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad YM Raja Tan ...
Amizar Ikrar Jalankan Amanah Dengan Baik

Amizar Ikrar Jalankan Amanah Dengan Baik

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 231 hits
AMIZAR Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Johari Harun selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai Amizar 53 yang mewakili Barisan
Tiada Wakil Dari Disney Khabar Angin Disneyland Terbesar Asean Di Melaka Ternyata Salah

Tiada Wakil Dari Disney Khabar Angin Disneyland Terbesar Asean Di Melaka Ternyata Salah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 295 hits
Baru baru ini rakyat Malaysia teruja dan gembiran tentang satu berita bahawa sebuah taman tema yang lebih besar dari Genting Highlands dilaporkan akan siap dibina di Melaka pada 2026 dan semalam muncul pula laporan mengatakan bahawa taman t...
Pengarah Kongsi Mereka Bercinta Kim Sohyun Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Minhyun

Pengarah Kongsi Mereka Bercinta Kim Sohyun Jawab Khabar Angin Percintaan Dengan Minhyun

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 221 hits
Memang tidak dinafikan Kim So hyun dan Hwang Min hyun mempunyai keserasian hebat dalam My Lovely Liar ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Kim So hyun telah terlibat dengan satu temu bual selepas tamatnya drama My Lovely Liar Sebelum ini pengara...
How Weather Conditions Affect Driving Safety

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter

Tak Salah Pun Hantar Anak Ke Taska Atau Pengasuh Walaupun Bekerja Dari Rumah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Sarawakians Reject Patronising Calls For Unity On O G Rights Demand Full Respect For Ma63

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri

Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nkiss Kpm Negeri Selangor 2025

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Houston Apartment Accident Lawyer Seeking Justice And Compensation For Victims

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Cili Api

Percubaan Muhyiddin Tak Mungkin Tarik Sokongan Bukan Melayu