Apa Kata Ulama Dilantik Jadi Menteri Alam Sekitar Tuan Ibrahim



Semoga jawatan ini menambah taqwa – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: “Saya tidak menduga akan diamanahkan ke jawatan ini,” demikian kenyataan Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man setelah dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar.

Beliau menyifatkan taklifan yang diberi untuk bersama-sama dalam barisan jemaah Menteri Kabinet sangat berat.

“Ia adalah taklifan yang berat. Suatu amanah Allah yang perlu dipikul. Saya sering memohon agar Allah tidak bebankan saya dengan suatu jawatan yang menyusahkan saya nanti di akhirat, dan mengharapkan pertolongan Allah dengan amanah ini.

“Semoga jawatan ini menambahkan taqwa sebagaimana seluruh alam, samada di langit atau di bumi sentiasa bertasbih kepada Penciptanya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut memetik ayat Al-Quran yang berbunyi;  ‘Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi sentiasa mengucap tasbih kepada Allah; bagiNyalah kuasa pemerintahan, dan bagiNyalah segala pujian; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu’.

Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat yang merakamkan penghargaan dan doa, Semoga Allah membalas kebaikan anda semua. – HARAKAHDAILY 10/3/2020


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sedikit mengenai alam sekitar menurut Islam. 

Alam Sekitar sebenarnya adalah berasaskan kepada ajaran tauhid. Atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan Tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan Tuhan.

Tetapi menurut barat, alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Firman Allah: 
"Di hari ini Aku menyempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku menyempurnakan ke atas kamu nikmatKu, dan Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agama"

Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. 

Unsur alam mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan manusia disamping kesejahteraan manusia. Dengan ini, betapa kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi dan manusia mestilah memakmur, mentadbir, mengurus dan membangunkan alam ini mengikut syariat dan hukum Allah sera melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Pengurusan Alam Sekitar.

Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar.

1. Konsep Tauhid
Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak pada satu sumber sahaja.

2. Konsep Syariah
Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia

3. Konsep Ilmu
Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemulihan (pemuliharaan) alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkara penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar.

4. Konsep Khalifah
Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada alam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin

5. Konsep Akhlak
Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan alam sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifat-sifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya.

Peranan Manusia

Manusia perlulah menjaga alam sekitar kerana alam sekitar juga ciptaan AllahAlam sekitar memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan seharianTanpa alam sekitar bencana alam mudah terjadi Alam sekitar juga memberi kesempurnaan kehidupan manusiaTumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting untuk menghasilkan oksigen bagi manusiaKesimpulannya Manusia perlu memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar sebagaimana yang telah tertulis dalam al-Quran surah Al-A’raf: 56-58“Dan janganlah kamu berbuat kerusakan di muka bumi sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadanya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (56)
Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat Nya (hujan) hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu. Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu berbagai macam buah-buahan. Seperti itulah kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran. (57)
Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh dengan seizin Allah, dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami)bagi orang-orang yang bersyukur.”(58)
Allah melarang hambaNya untuk membuat kerusakan dimuka bumi ini kerana Allah telah memberikan kurnia yang banyak untuk dimanfaatkan manusia dimuka bumi ini. Hanya saja ada sebahagian kaum yang berbuat kerusakan di muka bumi. 
Kesimpulan:Alam merupakan manifestasi keagungan Allah SWT dan menjadi 'ayat' dalam memahami hakikat kewujudan dan keagungan Allah SWT.Kesejahteraan alam iniperlu dipelihara sebagai tanda kesyukuran dan demi mendapat keredaan Allah.Tugas pemeliharaan dan pemulihan alam sebenarnya merupakan tanggung jawab manusia yang mendiami alam ini, tanpa mengira batasan agama.Setiap agama dan kepercayaan di dunia mempunyai panduan tertentu dalam menyatakan perhubungan mengenai manusia dan alam sekitar.Apa yang penting adalah keupayaan dan usaha penganut setiap agama dalam merealisasikan prinsip-prinsip panduan menjadi amalan kehidupan seharian.Hasil dan kesan dari perlakuan manusia pada hari ini akan menentukan kasejahteraan alam pada masa akan datang.Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/apa-kata-ulama-dilantik-jadi-menteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Menteri Ph Tak Perlu Bising Tuntut Kredit Hargailah Pegawai Perkhidmatan Awam Kata Tuan Ibrahim

Bekas Menteri Ph Tak Perlu Bising Tuntut Kredit Hargailah Pegawai Perkhidmatan Awam Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 251 hits
Tiada seorang menteri pun yang boleh menuntut kredit ke atas dirinya dalam usaha Malaysia mengembalikan semula sisa buangan plastik yang dibawa secara haram ke negara ini menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar...
Tuan Ibrahim Tuan Man Dari Ulama Dihormati Ke Kabinet

Tuan Ibrahim Tuan Man Dari Ulama Dihormati Ke Kabinet

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 544 hits
KOTA BHARU Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam arena politik tanah air Timbalan Presiden PAS yang dilahirkan pada 27 Ogos 1960 di Kampung Batu Balai Jerantut Pah...
Menteri Hadiahkan Buku 40 Hadis Berkenaan Alam Sekitar Kepada Ketua Agensi

Menteri Hadiahkan Buku 40 Hadis Berkenaan Alam Sekitar Kepada Ketua Agensi

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 404 hits
Islam mempunyai konsep yang sangat jelas berkenaan tanggungjawab setiap individu didalam menjaga amanah Allah berkenaan pemuliharaan alam sekitar Menteri Alam Sekitar Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menghadiahkan ketua ketua Agensi buku 40 Hadis...
Sidang Media Pertama Menteri Alam Sekitar

Sidang Media Pertama Menteri Alam Sekitar

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 285 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai menteri alam sekitar yang baru ramai macai PH menyerang kononnnya mampukan Tuan Ibrahim mengurus kementerian ini Malah Presiden Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Shariffa Sabrina Syed Akil berkata pi...
Masa Mana Menteri Alam Sekitar Lawat Sisa Plastik

Masa Mana Menteri Alam Sekitar Lawat Sisa Plastik

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 242 hits
MOHD NIZAMYB Bee Yin pasukannya sanggup turun padang untuk pantau dan memeriksa kontena mengandungi sisa plastik di pelabuhan dan akhirnya Tetapi Menteri Alam Sekitar PN Tuan Ibrahim 150 kontena sisa plastik telah dihantar semula sedangkan ...
Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri

Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 359 hits
PUTRAJAYA 9 Mac Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan empat figura Terengganu Mendahului senarai tersebut ialah bekas mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang ...
Dr Zulkifli Mufti Pertama Dilantik Sebagai Menteri

Dr Zulkifli Mufti Pertama Dilantik Sebagai Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1017 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri muncul sebagai mufti pertama di negara ini dilantik menganggotai barisan jemaah Kabinet Loading Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Me...
Dato Seri Saifuddin Dilantik Menjadi Menteri Komunikasi Dan Multimedia

Dato Seri Saifuddin Dilantik Menjadi Menteri Komunikasi Dan Multimedia

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1024 hits
Bersama sama pengumuman senarai kabinet baru kerajaan turut telah mengumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu iaitu YB Dato Seri Saifuddin bin Abdullah Beliau sebelum ini pernah bertugas sebagai Menteri Luar Negeri dan Timbala...
Doa Dan Bantulah Saya Dr Zulkifli Terus Ke Masjid Lepas Dilantik Jadi Menteri

Doa Dan Bantulah Saya Dr Zulkifli Terus Ke Masjid Lepas Dilantik Jadi Menteri

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 391 hits
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri meminta doa seluruh rakyat Malaysia dalam memikul tangungjawab sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli tur...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tentang Alam Quantum

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam