Apa Hukum Menjadikan Cryptocurrency Matawangkripto Sebagai Mas Kahwin




Apa Itu CryptoCurrency. Click


Soalan
Assalamualaikum. Saya ada satu pertanyaan. Adakah boleh kita menggunakan duit Crypto Coins sebagai mas kahwin? Terima kasih.
 
Ringkasan Jawapan
Di Malaysia, Crypto Coins atau disebut sebagai matawang kripto masih belum dianggap sebagai medium pertukaran yang sah sepertimana duit ringgit (RM) kerana Bank Negara Malaysia (BNM) masih belum mengiktirafnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks semasa Malaysia wang kripto dianggap sebagai barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset. Bertitik tolak daripada konsep ini, maka seseorang boleh menjadikan matawang kripto sebagai mas kahwin dan hukumnya sah.
 
Huraian Jawapan
Mas kahwin atau mahar merupakan suatu pemberian yang wajib pihak suami tunaikan kepada pihak isteri. Dalam istilah fiqh, mahar membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya.
(Rujuk: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/109-110)
Seterusnya, tiada had yang tertentu bagi sesebuah mahar sama ada had terendah mahupun had maksimum. Sebaliknya,semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual ataupun dijadikan sewaan boleh dijadikan mahar sama ada berbentuk ‘ain (barang tersebut), hutang ataupun manfaat. Begitu juga dari segi kuantiti sedikit atau banyak sama ada sebuah kereta, wang tunai 10000 Dirham ataupun sebuah rumah. Bahkan mahar juga boleh diberikan dalam bentuk mengajarkan sesuatu ilmu seperti ilmu Al-Quran kepada isteri.
(Rujuk: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/113)
Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ
Maksudnya: “Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.”
                                                                                                              Surah al-Nisa’ (24)
Ayat ini hanya menyebut harta (المال) secara umum tanpa menetapkan bentuk atau kadar harta secara spesifik. Begitu juga, panduan Rasulullah SAW melalui hadisnya:
أَعْطِهَا وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya: “Berikanlah kepada perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi.”
Riwayat al-Bukhari (4741)
Dalam sebuah hadis Amir bin Rabi’ah RA memperihalkan pendirian sebegini dengan lebih jelas, hadisnya:
أَنَّ امْرَأَةً مِنْ بَنِي فَزَارَةَ تَزَوَّجَتْ عَلَى نَعْلَيْنِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرَضِيتِ مِنْ نَفْسِكِ وَمَالِكِ بِنَعْلَيْنِ. قَالَتْ نَعَمْ قَالَ فَأَجَازَهُ
Maksudnya: “Seorang perempuan daripada Bani Fazarah berkahwin dengan mas kahwin sepasang selipar. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu reda mendapat sepasang selipar sebagai mas kahwin?” Perempuan itu menjawab: “Ya!” Lalu Baginda membenarkannya.”
Riwayat al-Tirmizi (1113)
Berkenaan kedudukan wang kripto, kenyataan pertama Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Bitcoin dikeluarkan pada 2 Januari 2014 di laman web rasmi mereka. Dalam kenyataan ringkas tersebut, BNM menegaskan bahawa Bitcoin tidak diiktiraf sebagai satu mata wang rasmi (legal tender) di Malaysia dan BNM juga tidak mengawal selia operasi Bitcoin lantas orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dengan risiko yang muncul daripada penggunaan mata wang digital seumpamanya.
Namun begitu, walaupun wang kripto masih belum dianggap mata wang yang sah seperti Ringgit Malaysia (RM) dan lain-lain, ia tetap dianggap sebagai suatu barang komoditi yang boleh diperdagangkan dan dijadikan sebagai aset pelaburan.Bertitik tolak daripada konsep ini, maka wang kripto sah dijadikan sebagai salah satu bentuk mahar kerana dianggap sebagai suatu barangan yang bernilai sama seperti barang-barang yang lain.
Wallahu a’lam.

Kredit : muftiwp

Kongsikan artikel atau luahan kisah anda di sini => lamanqaseh/borang 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2021/12/apa-hukum-menjadikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

Persiapan Untuk Anak Di Masa Depan Kot Pengantin Nerv0us Tersasul Sebut Peralatan Sekolah Sebagai Mas Kahwin

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 372 hits
Perasaan nerv0us atau gementar mungkin merupakan antara perasaan yang tak asing bagi mana mana pasangan yang akan mendirikan rumah tangga Macam macam benda nak kena fikir lepas tu kalau boleh nak pastikan semua benda perfect lagi Fuhhh Lain...
Pas Nafi Keluar Kenyataan Tak Sokong Mas Ermieyati Sebagai Calon Km Pn

Pas Nafi Keluar Kenyataan Tak Sokong Mas Ermieyati Sebagai Calon Km Pn

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 234 hits
Sifatkan sebaran palsu sebagai fitnah yang berat MELAKA Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan parti itu membuat kenyataan tidak bersetuju dengan calon Ketua Menteri Perikatan Nasional Datuk Mas Ermieyati Samsudin ...
Hiburan Dah Sedia Nak Kahwin Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Hiburan Dah Sedia Nak Kahwin Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 1396 hits
Pelakon baru baru ini ada memberi kejutan istimewa buat kekasih hatinya Diana Nasimuddin 5 bulan laluKini Bercinta Dengan Diana Nasimuddin Mas Khan Dah Jumpa Wanita Dicarinya Selama IniAdvertisementBakal melangkah ke fasa perhubungan yang s...
Setelah Setahun Kahwin Rapper Giant Pink Umum Mengandung Anak Pertama

Setelah Setahun Kahwin Rapper Giant Pink Umum Mengandung Anak Pertama

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 287 hits
Rapper Giant Pink atau nama sebenar Park Yun ha akan menjadi seorang ibu Pada 6 Disember Giant Pink mengumumkan melalui media sosial bahawa dia hamil anak pertamanya Dia telah berkahwin dengan teman lelakinya yang bukan selebriti pada musim...
Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 226 hits
Pelawak Jang Dong min akan berkahwin Pada 6 Disember dilaporkan bahawa Jang Dong min akan berkahwin akhir bulan ini dengan seorang wanita bukan selebriti Kemudian agensinya LD Story mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan berita itu Helo in...
Kalau Sampai J0doh Esok Lusa Pun Boleh Kahwin Lima Tahun Menduda Along Cham Tak Tutup Pintu Hati Cari Pasangan

Kalau Sampai J0doh Esok Lusa Pun Boleh Kahwin Lima Tahun Menduda Along Cham Tak Tutup Pintu Hati Cari Pasangan

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 310 hits
LIMA tahun jalani kehidupan sebagai seorang duda pelawak Along Cham memberitahu pintu hatinya masih terbuka untuk mendirikan rumah tangga Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad 37 berkata dia tidak pernah menetapkan tempoh mas...
Katrina Kaif Kahwin Lelaki Muda

Katrina Kaif Kahwin Lelaki Muda

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 215 hits
Katrina Kaif kahwin lelaki muda New Delhi Katrina Kaif antara bintang Bollywood paling berjaya melangsungkan perkahwinannya pada Khamis dua dekad selepas beliau datang ke India dari Britain Hanya kasih sayang dan rasa syukur untuk segala ga...
Adik Penggal Kepala Kakak Kerana Kahwin Lari

Adik Penggal Kepala Kakak Kerana Kahwin Lari

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 206 hits
Adik penggal kepala kakak kerana kahwin lari Seorang remaja di India dilaporkan membunuh kakaknya yang hamil dengan memenggal kepalanya demi menjaga maruah keluarga selepas gadis itu didakwa kahwin lari Lapor Daily Star menurut jiran remaja...
Dia Ni First Last Lepas 7 Tahun Terpisah Wanita Akhirnya Kahwin Dengan Crush Sekolah

Dia Ni First Last Lepas 7 Tahun Terpisah Wanita Akhirnya Kahwin Dengan Crush Sekolah

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 418 hits
Kalau dah jodoh cuba elak macam mana sekalipun pasti akan bersama lebih indah kalau si jodoh tu adalah crush kita Siapa sangka lepas 7 tahun terpisah dan dah cuba nak move on wanita yang dikenali sebagai Rinaraa ini bertemu jodoh dengan lel...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Asyik Beri Contoh Pengurusan Dan Kejayaan Usahawan Luar Negara Ja Kenapa Bukan Syed Mokhtar

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel