Apa Cerita Projek Pembekal 5g Negara




Apa cerita projek pembekal 5G negara?Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 01, 2022
ShareRundingan saham dalam inisiatif 5G bersama syarikat-syarikat telekomunikasi dan pemborong tunggal Digital Nasional Berhad (DNB) berakhir pada hari ini, 30 Jun 2022.
Namun menurut Jurucakap Telekomunikasi KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh, hanya 2 syarikat setakat ini dilaporkan telah terlibat dalam perjanjian bersama syarikat pemborong tunggal 5G negara. Sedangkan syarikat syarikat telekomunikasi lain yang menjalankan perkhidmatan telefon mudah alih masih menyepikan diri.
“Dalam sebuah wawancara baru-baru ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul menyebut rundingan saham dalam inisiatif 5G bersama syarikat-syarikat telekomunikasi akan berakhir hari ini
“Bagaimanapun setakat awal Mei 2022, hanya dua syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM) dan YTL sahaja yang terlibat dalam perjanjian bersama DNB.
“Menurut sesetengah laporan hanya syarikat YTL yang telah memperkenalkan perkhidmatan 5G manakala syarikat TM masih belum berbuat demikian.
“Perkara ini menimbulkan tanda tanya mengapakah syarikat telekomunikasi lain dilihat teragak-agak untuk menyertai DNB dalam menyediakan perkhidmatan 5G?” tanyanya dalam kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Ledang itu juga menyatakan kehairanannya mengapakah dua syarikat gergasi telekomunikasi negara seperti Celcom dan Maxis tidak menyertai inisiatif itu.
Beliau bertanya sama ada nilai yang ditawarkan oleh DNB dilihat tidak realistik atau wujud kebarangkalian kerugian dan keraguan dalam perjanjian yang dicadangkan.
“Saya difahamkan sehingga kini, terdapat pemain-pemain industri telekomunikasi yang masih tidak yakin dan kurang selesa dengan model Rangkaian Pemborong Tunggal (Single Wholesale Network – SWN) yang digunapakai oleh kerajaan. Perkara ini juga menjadi kebimbangan ramai pihak, termasuk saya dan rakan Ahli Parlimen lain sehingga dibawa berulang kali dalam sidang Dewan Rakyat.
“Terkini, melihat kepada kurangnya sambutan daripada pihak syarikat telekomunikasi, kerajaan menawarkan pula peratus saham dalam DNB kepada syarikat telekomunikasi yang menandatangani perjanjian bersama DNB.
“Maka timbul persoalan, adakah ini sebahagian daripada perancangan awal DNB? Adakah perkongsian saham ini akan mengangkat soal ketelusan, kelestarian dan keselamatan inisiatif 5G?
“Ada pihak yang mengatakan ini adalah strategi pihak syarikat telekomunikasi yang hanya melihat untung-rugi syarikat, bukan manfaat pada rakyat. Ada benarnya. Namun, ia juga terkait dengan kebimbangan terhadap halatuju strategi DNB dan unjuran kos perbelanjaan yang terlibat,” katanya.
Syed Ibrahim juga mendakwa kos pelaksanaan inisiatif 5G yang diunjurkan sebelum ini tidak memadai untuk membiayai perkembangan inisiatif pada masa hadapan.
Katanya, kos jangkaan RM16.5 bilion untuk tempoh 10 tahun dijangka akan membengkak kepada lebih RM20 bilion antara tahun 2025 ke 2030.
Justeru, beliau khuatir akibat teruja untuk meletakkan kos yang rendah dan menarik akhirnya inisiatif 5G berisiko tergendala dan hutang membengkak
“Oleh itu dalam hal ini saya menggesa kerajaan lebih telus, berhati-hati dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut dengan tatakelola yang baik tanpa ketirisan.
“Saya mengesyorkan agar perkara yang melibatkan kepentingan ekonomi, negara dan awam ini dibawa secara menyeluruh dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PAC) serta dibentang dalam Parlimen secara berkala,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/apa-cerita-projek-pembekal-5g-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bukan Nak Tadbir Negara Kata Dr Mahathir

Umno Bukan Nak Tadbir Negara Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 218 hits
agendaily com28 06 2022Tun Dr Mahathir Mohamad semasa diwawancara dengan Agenda Daily baru baru ini di pejabatnya Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya Bekas Perdana Menteri dua kali Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kepemimpinan UMNO yang ha...
Bank Negara Is Giving Ismail Sabri Yaakob A Bad Name

Bank Negara Is Giving Ismail Sabri Yaakob A Bad Name

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 247 hits
Ismail Sabri must be made aware that Najib Razak and Umno were brought down in May 2018 because Bank Negara the MACC the AGC Bukit Aman and so on were playing an important role in hurting the government If Ismail Sabri allows all these Litt...
Niaga Awani Sinergi Memperkasa Sekuriti Makanan Negara

Niaga Awani Sinergi Memperkasa Sekuriti Makanan Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 225 hits
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff Nina Rozman dan Harits Asyraf Hasnan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub ...
Raih Wtp 9 Kali Berturut Turut Kapolri Komitmen Transparan Gunakan Uang Negara

Raih Wtp 9 Kali Berturut Turut Kapolri Komitmen Transparan Gunakan Uang Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 167 hits
Lebih dalam Sigit menekankan dengan capaian WTP kesembilan kalinya ini kedepan Polri akan terus mengawal seluruh kebijakan Pemerintah hingga mendorong pemasukan atau peningkatan anggaran APBN
Video Peran Eks Bos Garuda Emirsyah Satar Di Kasus Korupsi Rugikan Negara Rp8 8 T

Video Peran Eks Bos Garuda Emirsyah Satar Di Kasus Korupsi Rugikan Negara Rp8 8 T

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 159 hits
Salah satunya Eks bos Garuda Indonesia Emirsyah Satar Garuda Indonesia alami kerugian Rp8 8 triliun
Sepuluh Negara Terkaya Di Dunia Dua Negara Dari Asia Tenggara

Sepuluh Negara Terkaya Di Dunia Dua Negara Dari Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 26/6/2022 - jumlah : 236 hits
KDNK atau Keluaran Dalam Negara Kasar ialah ukuran kekayaan dalam negara yang datang daripada pelbagai sumber termasuk hasil eksport pendapatan penggunaan nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah negara dalam tempoh set...
Dengarkanlah Dan Yakinkanlah Ianya Boleh Dilakukan Di Negara Kita

Dengarkanlah Dan Yakinkanlah Ianya Boleh Dilakukan Di Negara Kita

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 238 hits
KEADAAN DALAM NEGARA DIMANA EKONOMI SEDANG GAWAT NILAI MATAWANG SEDANG JATUH NAMUN PARA PENGUASA SEDANG MEMAHARAJALELA MENAMBAH GAJI PENGUASA RAKYAT DIMINTA BERTENANG SEDANGKAN HARGA BARANGAN MELAMBUNG TINGGI
Presiden Jokowi Dorong Negara G7 Investasi Sektor Energi Bersih Di Indonesia

Presiden Jokowi Dorong Negara G7 Investasi Sektor Energi Bersih Di Indonesia

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 220 hits
Risikonya bukan hanya mengganggu kesehatan namun membuat petani dan nelayan dalam kesulitan
Penampakan Kereta Luar Biasa Bawa Jokowi Ke Ukraina Biasa Dipakai Pemimpin Negara

Penampakan Kereta Luar Biasa Bawa Jokowi Ke Ukraina Biasa Dipakai Pemimpin Negara

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 242 hits
Presiden Jokowi melakukan lawatan ke Ukraina dalam rangka misi perdamaian Kemarin malam Jokowi beserta rombongan berangkat menuju Kyiv Ukraina dengan menggunakan kereta Di sana Jokowi akan menemui presiden Volodymyr Zelenskyy Berikut penamp...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Merancang Jadual Aktiviti Harian Yang Berkesan

Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew