Apa Anda Lakukan
Apa Anda Lakukan?Asalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Tiba-tiba tersedar dari peraduan, lalu berfikir jam dah masuk jam 5 pagi, seperti biasa. Arh!! rupanya baru jam 3.10 minit pagi. Bila dah sedar dari lena tidak dapat lah pula lelap semula. Elok buat sesuatu. Jika anda dalam situasi terbangun awal pagi sekitar jam 3 pagi apa anda buat? Alamak mohon maaf ya pertanyaan cepu emas ke tu?
Setiap kita ni ada bezanya, cara menangani kehidupan meneruskan kehidupan semestinya kita mahu yang terbaik. Dalam hal tidur, selalunya kita tahu perlu 6 jam tidur yang cukup. Namun jika kita katakan tidur 6 jam tetapi tiada kualiti satu hal yang perlu difikirkan. Tidur kualiti ertinya bagi Etuza biar berapa jam lama anda tidur walau tidak sampai 6 jam tetapi tidur yang cukup kualiti pasti memberikan impak menyihatkan badan dan minda kita, badan terasa segar dan kita rasakan ceria dalam kehidupan kita. InshaAllah.
Apa anda lakukan bila tersedar dari lena seawal pagi. Mudah sahaja, apabila sudah tidak lena, elok bangun dan ambil air sembahyang dan solat lah anda. Berdoa kepadaNya. InshaAllah anda akan merasa tenang sekali. Tidak juga lena, masa semakin hampir ke jam 5 pagi. Ha ambil komputer buka lah line internet. Janji online berhemah klik blog anda baca semula apa juga catatan anda. betulkan ejaan yang salah..ha kan ada manfaat tu.
Selain itu, jika anda kakitangan kerajaan ambil lah stereka dan mulai lah sterika pakaian hari itu yang nak di pakai. InshaAllah isteripun suka hati kurang lah kerjanya kan, bertambah lah sayang sidia pada suami tersayang.
Ha ada lagi ke nak buat apa bila bangun seawal pagi. Mudah ja hiburkan hati tengok anak kucing bermain awal pagi, ha pasti rasa gembira, hilang tekanan dan anda merasakan sungguh hebat kuasa Allah menghidupkan makhluk comel seperti anak-anak kucing anda di rumah. Tips ini sekadar cetusan minda Etuza. Cara hebat paling hebat kala bagun awal ialah KITA MEMBACA AL QURAN NU KARIM. InshaAllah rahmatnya memayungi kehidupan kita. Bye.InshaAllah semoga membantu membuka minda masing-masing apabila berlaku situasi terbagun awal pagi dan tidak lagi lelap. Baca bolt merah tu.
Anak-anak kucing ada masanya amat memberikan kita ceria. main sorok-sorokdalam poket beg lah si miau ni..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/10/apa-anda-lakukan.html