Apa Agaknya Langkah Pn Sekarang


 

Ada masalah orang politik terutama pemimpin. Mereka suka dengar dan percaya apa yang mereka suka dan mahu percaya. Sama ada pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.
Sekarang yang ketara ialah pemimpin Perikatan Nasional (PN) dalam konteks kekalahan PRK Kuala Kubu Baharu Sabtu lalu. Khususnya Azmin Ali, selaku pengarah pilihan rayanya.
Begini. Sehari sebelum pilihan raya diadakan badan penyelidik Ilham Centre mengeluarkan dapatan kaji selidiknya bahawa walaupun saingan sengit diberikan PN, sedikit kelebihan memihak kepada Pakatan Harapan (PH). Sekali gus menggambarkan PH akan mengekalkan kerusi KKB. Huraian dapatan berkenaan tidak perlu saya ulangi.
Yang ingin saya sampaikan ialah respons Azmin kepada dapatan itu. Kata beliau kemenangan ditentukan rakyat bukan kaji selidik. Jelas merujuk dapatan Ilham Centre. Dengan berkata sedemikian Azmin hanya menyatakan apa yang nyata. ‘Stating the obvious’. Tentulah dalam pilihan raya rakyatlah yang menjadi penentu kerana sememangnya mereka pengundi.
Azmin sebenarnya menolak dapatan Ilham Centre yang semua faham tidak menyenangkannya. Sebaliknya beliau menampilkan kajian PN sendiri yang katanya menunjukkan sambutan pengundi terhadap calon PN ‘sangat positif dan ia memberi peluang baik untuk memenangi PRK ini’. Panjang lebar beliau bercakap dan memberi contoh apa yang beliau lihat ‘sambutan positif’. Ini pun saya tidak perlu ulangi.
Saya setuju dengan wartawan FMT Nicholas Chung kegagalan merampas Kuala Kubu Baharu adalah tamparan buat Azmin dalam usaha mengejar aspirasi politiknya menerusi pemilihan Bersatu yang dijadual tidak lama. Azmin ialah ketua Bersatu Selangor dan selaku ‘panglima perang’ PN di KKB bertanggungjawab atas strategi jentera PN untuk PRK ini.
Realitinya rakyat sudah membuat penentuan. Ramalan Ilham Centre tepat. Cuma ‘saingan sengit’ dijangkakan tidak berlaku. Lantas PH menang selesa. Tindak balas Azmin ialah dengan berkata meskipun gagal, sokongan pengundi berusia kepada calon PN meningkat. Dan kata beliau lagi undi PH ‘lebih teruk merosot’ berbanding PN.
Apa pun kegagalan PN merampas kerusi KKB menimbulkan persoalan sama ada gabungan itu cukup meyakinkan dalam memainkan peranan sebagai blok pembangkang utama walaupun ‘sokongan kepadanya tidak merosot’. Ini kata penganalisis Anis Anwar Suhaimi yang dilapor portal berita dilihat pro-PN. Laporan yang boleh dianggap tidak menyenangkan PN disiar portal pro-PN suatu perkembangan menarik.
Anis seterusnya dilapor berkata keputusan itu menunjukkan kepegunan sokongan pengundi dan ketidakmampuan PN untuk menarik sokongan tambahan rakyat, walaupun ia masih mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengundi.
Saya rasa kalangan pengundi yang dimaksudkan ialah pengundi Melayu. “Sokongan pengundi Melayu kepada PN masih kuat tetapi sebahagian kecil mula memberi kepercayaan kepada PH,” kata Yusri Ibrahim ketua penyelidik Ilham Centre sebaik keputusan pilihan raya diumum.
Kata Yusri lagi pertambahan kecil itu sudah dijangka kerana Umno bekerja keras memujuk pengundi terasnya memilih calon PH daripada DAP. Berdasarkan itu bukan sahaja PN tidak mampu menarik sokongan tambahan rakyat seperti dikatakan Anis, PN juga kehilangan undi Melayu yang diperoleh pada PRU15 dan PRN sebelum ini.
Kali ini juga undi anggota keselamatan dan keluarga mereka banyak berpindah kepada PH. Majoriti mereka orang Melayu. Kesimpulan terbaik dibuat oleh Anis: “Walaupun PN meletakkan calon Melayu ia tidak cukup untuk menarik tambahan pengundi Melayu.”
Kata Hisomuddin Bakar pengarah eksekutif Ilham Centre pada laporan yang juga disiar portal pro-PN isu dan naratif dibawa PN kurang bersesuaian untuk pengundi Melayu Selangor dan juga kawasan kerusi bercampur seperti Kuala Kubu Baharu.
Kata beliau sehari sebelum pengundian: “Pengundi Melayu Selangor berbeza dengan pengundi di jajaran majoriti Melayu seperti Kedah, Terengganu atau Kelantan. Kurang cermat dengan asakan perkauman dan agama dengan harapan pengundi Melayu kekal tetapi dalam masa yang sama pengundi bukan Melayu makin menjauh.”
Itulah yang terjadi pada 11 mei lalu. Itulah pengalaman perit PN di Kuala Kubu Baharu. Undi protes yang PN harapkan daripada pengundi masyarakat India juga tidak berlaku. Lalu PH mengekalkan trend penguasaannya daripada undi bukan Melayu dan meraih sedikit undi Melayu untuk mencipta kejayaan.
“Faktor keluar mengundi dan politik identiti juga menyumbang kepada pola pengundian kali ini kerana dikatakan peratusan pengundi bukan Melayu agak ketara berbanding pengundi Melayu,” menurut penganalisis politik Sivamurugan Pandian.
(Perlu dinyatakan juga PH tidak boleh ‘take the non Malay votes for granted’ selepas ini. Bagi Umno pula kata Yusri, banyak yang perlu dilakukan untuk meyakinkan ahli mereka menerima konsep perpaduan. Izin saya menambah. Kerja keras juga perlu untuk mendapat sokongan Melayu keseluruhan. Ini kita cerita di lain hari).
Dalam bahasa mudah setiap parti atau gabungan politik memerlukan sokongan semua kaum jika mahu memerintah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia. ‘This is not rocket science’. PN tahu hakikat ini. Persoalannya boleh atau mahukah ia berubah? Atau mahu tetap ‘menjual’ retorik politik identiti serta naratif garis kaum yang membentuk polarisasi undi?
Di KKB PN menggunakan kos sara hidup dan apa yang dilihatnya sebagai kepincangan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim sebagai modal berkempen. Tetapi tidak dinafikan juga bak kata Ahli Parlimen Bangi daripada DAP Syahredzan Johan PN memainkan isu ‘sekolah vernakular, agama, etnik calon dan sentimen konon Melayu hilang kuasa’.
Kata seorang pemerhati politik ada yang dijadikan isu ialah mengaitkan DAP dengan ‘bintang tiga dan komunis’. Rujuk pula ucapan Presiden PAS Hadi Awang pada satu ceramah PN. Beliau bercakap mengenai DAP, PAP dan Lee Kuan Yew. Tidak tergamak saya ulanginya di sini. Sekadar menyatakan sedih kata-kata seperti itu dilafaz seorang ahli politik veteran dan bergelar ulama.
Politik identiti yang dianjurkan ditolak rakyat sekurang-kurangnya di Kuala Kubu Baharu dua hari lalu ini. Saya hargai penolakan itu ketika saya mengenang peristiwa berdarah yang berlaku 55 tahun lalu. Kebetulan hari ini 13 Mei. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/apa-agaknya-langkah-pn-sekarang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapor Sekarang Kenapa Tunggu Selepas Prk

Lapor Sekarang Kenapa Tunggu Selepas Prk

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 94 hits
Kalau betul kita buat kesalahan patutnya dilaporkan sekarang bukan tunggu selepas pilihan raya Maksudnya kalau dia menang tak ada masalah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mencabar pemimpin Perikatan Nasional melaporkan kepada pihak berkuas...
Apa Aku Buat Sekarang Ni

Apa Aku Buat Sekarang Ni

papar berkaitan - pada 18/5/2024 - jumlah : 194 hits
Jarang jarang aku nak update kehidupan aku sekarang di blog Malah blog ni makin sendu dengan cerita Tak sama macam zaman kegemilangannya dulu Meriah dengan entri entri baru setiap hari Orang kata blog dah tak relevan sekarang tapi jiwa seor...
Dunia Alami Krisis Air Bersih Pemerintah Indonesia Ambil Langkah Begini

Dunia Alami Krisis Air Bersih Pemerintah Indonesia Ambil Langkah Begini

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 122 hits
Situasi di Gaza Yaman Ukraina dan beberapa bagian dunia lain juga memperburuk krisis air yang terjadi
Peresmian Rumah Bumn Pekanbaru Langkah Pasti Erick Thohir Berdayakan Umkm Lokal

Peresmian Rumah Bumn Pekanbaru Langkah Pasti Erick Thohir Berdayakan Umkm Lokal

papar berkaitan - pada 29/4/2024 - jumlah : 65 hits
Peresmian Rumah BUMN Pekanbaru ini merupakan upaya relokasi agar UMKM dapat terfasilitasi lebih baik
Luahan Kita Sekarang Sebab Dah Kenal Dap Kata Amar

Luahan Kita Sekarang Sebab Dah Kenal Dap Kata Amar

papar berkaitan - pada 11/5/2024 - jumlah : 121 hits
Mohd Amar Abdullah berkata mereka tidak akan mengetahui pendekatan sebenar DAP jika tidak berkawan dan hanya mendengar dari luar HULU SELANGOR Seorang pemimpin PAS berkata pandangan mereka terhadap DAP ketika ini termasuk mendakwanya sebaga...
Sudah Bercerai Sejak Setahun Lalu Hisyam Hamid Akhirnya Bersuara Hubungan Saya Dan Isteri Sampai Sekarang

Sudah Bercerai Sejak Setahun Lalu Hisyam Hamid Akhirnya Bersuara Hubungan Saya Dan Isteri Sampai Sekarang

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 144 hits
Pelakon berasal dari Singapura Hisyam Hamid akui masih belum bersedia untuk memberi komen berkenaan dakwaan bahawa dia dan isterinya Rosmawati Hanafi atau Mel sudah bercerai Menerusi satu temu bual aktor berusia 38 tahun tersebut berkata di...
Dunia Berubah Sekarang Banyak Persaingan Yoo Jaesuk Akui Bimbang Tentang Masa Depan Sebagai Penghibur

Dunia Berubah Sekarang Banyak Persaingan Yoo Jaesuk Akui Bimbang Tentang Masa Depan Sebagai Penghibur

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 136 hits
Sudah bertahun tahun dalam industri Yoo Jae suk pastinya mempunyai kerisauan tentang masa depannya Artikel Berkaitan Terbaru ahli IVE telah muncul dalam program Yoo Jae suk Pinggyego di YouTube di mana mereka ada bercerita tentang pelbagai ...
Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy

papar berkaitan - pada 30/4/2024 - jumlah : 214 hits
Pelakon sensasi Ruhainies dilihat ada melayan peminatnya di media sosial Instagram meskipun teruk dihentam dan dikecam warga maya gara gara isu khalwat dan hubungan sulitnya bersama Aliff Aziz pada ketika ini Apa yang mencuri tumpuan adalah...
Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Resipi Kek Pandan Layer

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Resepi Ikan Bakar Sambal

Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha

Lirik Sayang Sampai Mati Repvblik

10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

Limau Mandarin Buah Kegemaranku

Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku