Anzalna Terima Mesej Minta Bantuan Setiap Hari


Pelakon, Anzalna Nasir, 32, bersama ahli keluarga menghulurkan keperluan asas seperti susu dan lampin pakai buang buat mereka yang tidak berkemampuan disebabkan sering menerima mesej langsung (DM) menerusi Instagram (IG) memohon bantuan.

Memahami penderitaan keluarga yang menanggung anak pada saat tiada pendapatan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Anzalna sudah menjalankan kerja kebajikan, sejak beberapa bulan lalu.

“Jujurnya, saya terdetik mengambil inisiatif ini kerana menerima mesej langsung mereka memerlukan bantuan kewangan hampir setiap hari. Saya bukanlah kaya raya, tetapi dengan rezeki dikurniakan, saya cuba membantu apa termampu dengan memberi bantuan susu dan lampin pakai buang.

“Saya percaya ramai tiada duit dan tidak boleh keluar bekerja sejak arahan PKP. Saya umum dalam laman IG untuk berkongsi rezeki dengan insan tidak bernasib baik.

“Saya memahami dilema keluarga terutama golongan ibu yang kehabisan dua keperluan penting untuk anak kecil,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Memori Cinta Suraya itu bersimpati nasib mereka yang menderita berikutan terputus makanan dan barangan keperluan apabila gaji tidak dibayar. Ada antaranya bergaji hari dan tidak boleh keluar mencari rezeki, sejak pelaksanaan PKP, dua minggu lalu.

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkata, dia percaya susu dan lampin adalah dua keperluan penting buat ibu bapa yang memiliki anak kecil sepertinya.

“Sebagai seorang ibu, saya tahu resah hati apabila dua barangan penting untuk si kecil kehabisan. Sebab itu, saya pilih menawarkan bantuan dua barangan berkenaan.

“Jadi, kepada mereka yang memerlukan bantuan, boleh menghantar mesej langsung kepada saya. Bagaimanapun, saya akan terlebih dahulu melihat dan menilai kemampuan, sebelum menghulurkan bantuan. Saya kena pastikan individu berkenaan tidak berkemampuan dan memerlukan pertolongan.

“Saya mohon mereka yang memerlukan bantuan tidak ‘private’ akaun IG kerana saya perlu memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang susah. Bantuan akan terus dimasukkan dalam akaun bank, memandangkan sekarang masih dalam tempoh PKP,” katanya.

Wanita kacukan Melayu, Cina, Pakistan dan Bugis itu berkata, dia mengharapkan mereka yang memohon bantuan bersikap jujur.

“Apa yang penting, saya sudah menjalankan tanggungjawab membantu mereka yang memerlukan. Wang diberikan khas untuk membeli susu dan lampin. Namun, sekiranya ada yang ingin meminta memberi barangan keperluan lain, insya-Allah, saya akan berusaha menunaikannya.

“Ini hanya sebahagian bantuan kecil yang dapat dilakukan bersama keluarga. Saya sentiasa berfikir apa yang boleh dilakukan bagi meringankan kesempitan hidup mereka yang memerlukan, setiap hari.

“Kami sepakat menghulurkan bantuan berbentuk dua keperluan ini untuk meringankan bebanan, atas persetujuan ahli keluarga,” katanya.

Pelakon filem Sepah The Movie dan Kahwin 5 itu berkata, dia hanya membantu apa yang termampu.

“Ini sahaja yang dapat saya dan keluarga hulurkan pertolongan dalam keadaan kritikal seperti ini,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kakipalu.blogspot.com/2020/04/anzalna-terima-mesej-minta-bantuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelanggan Celcom Digi Maxis Umobile Terima 1gb Percuma Setiap Hari Mula 1 April

Pelanggan Celcom Digi Maxis Umobile Terima 1gb Percuma Setiap Hari Mula 1 April

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 465 hits
Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi nyata membuatkan rakyat menarik nafas lega Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April ini sehingga tempoh Perintah K...
Pm Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Pm Seru Pusat Zakat Setiap Negeri Supaya Aktif Segera Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 243 hits
DALAM Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini Muhyiddin Yassin turut menyeru kepada semua pusat pungutan zakat di setiap negeri agar lebih proaktif untuk membantu para asnaf ketika waktu kritikal ini Berilah bantuan kepada mereka Mungkin se...
Doktor Dedah Kelebihan Nanas Makan Setiap Hari

Doktor Dedah Kelebihan Nanas Makan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 614 hits
Sebenarnya banyak kelebihannya bila kita makan buah nenas malah disarankan diambil setiap hari Terutama dari segi kesihatan otak emosi serta kecantikan kulit Pendedahan kelebihan nenas oleh Dr Rizal Abu Bakar ini Nenas adalah superfood Pent...
Nabila Huda Berazam Baca Al Quran Setiap Hari Ketika Pkp

Nabila Huda Berazam Baca Al Quran Setiap Hari Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 311 hits
Masih ada sepuluh hari lagi Perintah Kawalan Pergerakan Nabila Huda memilih untuk mengisi masa terluang dengan membaca Al Quran yang diberikan oleh The post appeared first on
Lalu Dan Ambil Saja Zul Yahya Buat Drive Thru Lauk Percuma Setiap Hari Untuk Orang Ramai

Lalu Dan Ambil Saja Zul Yahya Buat Drive Thru Lauk Percuma Setiap Hari Untuk Orang Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2020 - jumlah : 266 hits
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid 19 ketika ini ternyata turut memberi kesan ekonomi kepada ramai pihak Ada yang terpaksa mengikat perut kerana perbelanjaan keperluan yang tidak mencukupi ditamb...
Covid 19 Hishammuddin Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Bantuan Perubatan Uae

Covid 19 Hishammuddin Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Bantuan Perubatan Uae

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 256 hits
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu yang menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia hari ini Menerusi catatannya di laman Facebook rasmi Hish...
Covid 19 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan

Covid 19 750 Warga Felda Kemaman Terima Bantuan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 214 hits
KEMAMAN 1 April 750 warga felda di daerah ini teruja apabila menerima sumbangan berupa barangan dapur daripada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dato Dr Khairuddin Aman Razali semalam Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid yang mew...
Lokap Di Seluruh Negara Dibersihkan Setiap Hari

Lokap Di Seluruh Negara Dibersihkan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 259 hits
Semua pihak perlu faham tugas polis KPNKUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengambil langkah melaksanakan proses pembersihan atau sanitasi di semua lokap di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak COVID 19 Ketua Polis Negara Tan Sri Ab...
Salut Salah Satu Orang Terkaya Di Indonesia Bagikan 1 000 Makanan Gratis Setiap Hari

Salut Salah Satu Orang Terkaya Di Indonesia Bagikan 1 000 Makanan Gratis Setiap Hari

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 215 hits
Salah satu orang terkaya di Indonesia pendiri Grup Mayapada Dato Sri Tahir membagikan 1000 makanan gratis setiap hari Tahir mengungkapkan bantuan ini diberikan kepada para pekerja sektor informal seperti ojol sopir taksi hingga pelaku UMKM ...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing

Perak Civil Servants To Get Rm1 500 Hari Raya Bonus