Anwar Usah Buang Masa


 
Muhyiddin Yassin sudah bersuara bahawa pembangkang ada maruah dan pendirian. Atas pertimbangan itu, pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menolak pembentukan sebuah jawatankuasa khas untuk berunding dengan kerajaan berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Makna kata kepada presiden Bersatu itu, maruah sebagai pembangkang – yang enggan tunduk kepada syarat-syarat kerajaan – adalah lebih utama daripada kebajikan rakyat yang kononnya mahu mereka perjuangkan melalui peruntukan sama rata buat semua Ahli Parlimen.
“Kita ada maruah, kita ada pendirian. Peruntukan itu untuk rakyat, bukan kegunaan peribadi. Masa saya jadi perdana menteri, saya beri semua (Ahli Parlimen) peruntukan.
“Persoalan sekarang sama ada mereka (kerajaan perpaduan) ikhlas ke tak? Kalau mereka tak nak beri (peruntukan), tak apa. Lebih dua tahun berlalu. Terpulang kepada perdana menteri,” katanya dalam sidang media di ibu negara 28 Feb lalu.
Keras betul pendirian Muhyiddin berbanding Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan yang mahu berbincang dahulu dengan Ahli Parlimen pembangkang sebelum memutuskan langkah selanjutnya, manakala ketua pembangkang Hamzah Zainudin berkata pihaknya bersetuju menghantar surat seperti yang dipinta oleh kerajaan sebelum jawatankuasa berkenaan ditubuhkan.
Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof yang diberi mandat oleh Jemaah Menteri untuk berbincang dengan pembangkang memaklumkan pada 26 Feb lalu bahawa kerajaan bersetuju dengan cadangan menubuhkan satu jawatankuasa bagi membincangkan kehendak pembangkang untuk mendapatkan peruntukan.
Jawatankuasa itu, tambahnya, adalah untuk meneliti sebarang cadangan daripada pembangkang dan seterusnya menyelesaikan isu tersebut secara permuafakatan.
Untuk rekod, cadangan mewujudkan jawatankuasa khas itu mula dibangkitkan Takiyuddin selepas mendakwa tiada ruang perbincangan diberikan kepada pihak pembangkang. Hamzah pula menokok kerajaan juga tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan isu itu, malah tidak pernah menjemput Ahli Parlimen pembangkang ke meja rundingan.
Pelik. Sesudah mereka sendiri menolak untuk berbincang dan enggan mengemukakan cadangan balas kepada satu memorandum persefahaman (MoU) yang dikemukakan kerajaan pada Ogos lalu, kini mereka mengungkit kononnya kerajaan bersikap dingin terhadap mereka.
Sebarang rundingan di antara kedua-dua pihak terhenti selepas PN pada 15 Sept lalu sebulat suara menolak MoU berkaitan peruntukan pembangkang atas empat sebab utama, iaitu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, dengan beberapa syaratnya didakwa boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Namun, beruntung buat mereka apabila Fadillah kurang seminggu lalu menghulurkan pelawaan: “Kalau ada apa-apa kita kena bincang. Kalau ada cadangan bagi kepada saya, kita akan bentuk satu jawatankuasa untuk kita (kerajaan dan pembangkang) duduk bersama berbincang.”
Sebagai reaksinya kepada kenyataan itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar jawatankuasa itu ditubuhkan dahulu, dengan cadangan pembangkang berkaitan peruntukan boleh menyusul kemudian.
“Kerajaan tidak perlu menunggu pembangkang mengusulkan cadangan kerana perkara itu boleh dikemukakan dalam jawatankuasa itu nanti. Jika cadangan itu diusulkan dalam jawatankuasa terbabit, ia akan memudahkan kesepakatan. Kita harapkan jawatankuasa ini dapat dimuktamadkan pada bulan Ramadan ini,” katanya pada Ahad.
Nampak sangat yang menjadi batu penghalang ketika ini ialah Muhyiddin – yang berdalih kononnya ketika menjadi perdana menteri kelapan (1 Mac 2020-16 Ogos 2021) beliau beri peruntukan kepada semua Ahli Parlimen.
Rekod menunjukkan Muhyiddin pada 28 Jun 2021 hanya meluluskan RM300,000 kepada semua Ahli Parlimen termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan bantuan bakul makanan untuk rakyat terjejas akibat Covid-19 – dan bukannya peruntukan pembangunan kawasan.
Berlawanan dengan dakwaan presiden Bersatu itu, pembangkang ketika Anwar Ibrahim menjadi ketuanya tidak pernah mendapat peruntukan sepanjang PN menjadi kerajaan sehinggalah mereka menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik sewaktu Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri pada 13 Sept 2021.
Ismail Sabri ketika itu berkata MoU tersebut yang ditandatanganinya bersama Presiden PKR merangkap ketua pembangkang Anwar Ibrahim merangkumi enam perkara – Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran serta Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.
“Kerajaan yakin MoU yang dizahirkan ini bukan saja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif. Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan ketika itu.
Jika pembangkang dan kerajaan boleh bersetuju dengan Mou untuk membolehkan mereka mendapat peruntukan empat tahun lalu, apa masalahnya dengan Muhyiddin melainkan seperti ditimbulkan sesetengah pihak, beliau masih bercita-cita untuk menubuhkan kerajaan dengan cara “tebuk atap”.
Andailah benar seperti didakwa, jelas Muhyiddin lebih pentingkan diri berbanding wakil rakyat pembangkang yang diwakilinya.
Bukannya beliau tidak tahu bahawa kerajaan tidak wajib memberi peruntukan kepada pembangkang – sama seperti ketika beliau menjadi perdana menteri kelapan – kerana perkara itu tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Rujuk juga kenyataan Fadillah pada 21 Sept 2024 ketika kerajaan tidak berhasrat membincang lanjut draf MoU peruntukan Ahli Parlimen pembangkang selepas ia ditolak kerana nasib rakyat akan terus terbela.
“MoU itu tidak memberi kesan kepada rakyat kerana peruntukan di bawah kerajaan pusat tetap akan disalurkan melalui pelbagai agensi kerajaan.
“Sama ada MoU itu ada atau tidak, kerajaan perpaduan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihak, tak kira di kawasan pihak kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Muhyiddin menyoal kerajaan perpaduan ikhlas ke tak untuk memberi peruntukan. Soalan yang sama patut dikembalikan kepada beliau sama ada ikhlas atau tidak untuk membantu rakyat?
Anwar sepatutnya tidak lagi membuang masa menanti pembangkang untuk berbincang atau bersetuju dengan syarat-syarat mendapatkan peruntukan. Ada banyak kerja lain lebih berfaedah yang menuntut pertimbangannya selaku perdana menteri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/03/anwar-usah-buang-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

Pm Anwar Tiba Di Hanoi Hadiri Forum Masa Depan Asean Ke 2

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 82 hits
Pesawat khas membawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai Hanoi jam 7 10 malam waktu tempatan pada 25 Februari 2025 Foto Pejabat Perdana Menteri HANOI 25 Feb Perdana Menteri Datuk Seri A...
Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 167 hits
freemalaysiatoday com 22 Feb 2025 11 45 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata berbincang untuk mendapatkan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang bukanlah perkara baharu BANGI Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan tidak pernah ada s...
Anwar Lies Every Time He Opens His Mouth Dr M

Anwar Lies Every Time He Opens His Mouth Dr M

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 85 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad railed against Anwar Ibrahim accusing his once right hand man of being a serial liar In a post on social media he said the prime minister kept repeating incomplete facts about the net worth of his c...
Tak Perlu Saya Dah Bagi Mandat Penuh Kepada Fadillah Anwar

Tak Perlu Saya Dah Bagi Mandat Penuh Kepada Fadillah Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 96 hits
bharian com myOleh Februari 22 2025Anwar pada sidang media Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Pusat Kepimpinan Petronas Turut hadir Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Setiausaha N...
Perluas Skop Perdagangan Dengan Negara Benua Afrika Amerika Latin Pm Anwar

Perluas Skop Perdagangan Dengan Negara Benua Afrika Amerika Latin Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 99 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada hari kedua Sesi Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI 2025 di Petronas Leadership Centre Bangi pada pada 22 Februari 2025 BANGI 22 Feb Peranan Malaysia sebagai sebuah negara perdaganga...
Dr M S Century Old Ego Working Overtime To Oust Anwar Says Dap Mp

Dr M S Century Old Ego Working Overtime To Oust Anwar Says Dap Mp

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 114 hits
As Dr Mahathir Mohamad approaches his 100th birthday he remains fixated on undermining Prime Minister Anwar Ibrahim relentlessly seeking ways to bring him down said Kepong MP Lim Lip Eng ADSAccording to the DAP lawmaker the root of Mahathir...
Discuss Not Accuse Says Anwar On Opposition Allocations

Discuss Not Accuse Says Anwar On Opposition Allocations

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 94 hits
BANGI Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has dismissed claims that the government is imposing conditions on the Opposition for allocations He said that discussions should take place without baseless accusations They have already accuse...
No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

No Need To Support Me To Get Allocations Anwar Tells Pn

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 88 hits
Anwar Ibrahim said discussions on opposition funding are not new as he himself had gone through them when Ismail Sabri Yaakob was the prime minister BANGI Prime Minister Anwar Ibrahim says there has never been any condition for opposition M...
Anwar Tidak Berdegis Dengan Usaha Anjing

Anwar Tidak Berdegis Dengan Usaha Anjing

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 124 hits
MSOSaya ada tertenguk satu posting menyenaraikan 100 sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim kena melepas jawatan Begitu melihat itu saya teringat kepada sebuah buku picisan yang menyenaraikan 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Buku itu diha...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Jam Tangan Pintar Beteknologi Kesihatan Dan Kecergasan Amazfit Active 2

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Semua Negeri Sudah Ada Stokis Untuk Membantu Anda

Explainer What Is Opr And How Bank Negara S Decision Affects You

Ramkarpal Wants Preacher S Offensive Post Against Hindus Removed

Madani Gov T Sending Palestinian Kids To International School Are The Expenses Borne By M Sian Taxpayers

Mat Sabu Menteri Gagal

Hari Kelepasan Am Negeri Selangor Tahun 2025