Anwar Tak Mungkin Khianati Ph Demi Mengejar Jawatan




Walaupun Presiden PKR, Anwar Ibrahim sudah menjelaskan intipati perbincangannya dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin baru-baru ini adalah berkaitan usaha menangani wabak Covid-19 serta perlunya sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkannya, nampaknya masih ramai yang tidak mempercayainya.
Ramai yang membuat tuduhan, terutama mereka yang pro UMNO bahawa Anwar didakwa telah membincangkan soal penyertaan PKR ke dalam PN dalam pertemuan dengan Muhyiddin itu.
Seterusnya, Anwar juga diheboh-hebohkan menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri jika penyertaan PKR ke dalam PN itu menjadi kenyataan.
Mereka mendakwa, itulah sebenarnya yang menyebabkan pertemuan Anwar dengan Muhyiddin itu berlanjutan sehingga 45 minit lamanya.
Kalau sekadar bercakap soal Covid-19 dan sidang khas Parlimen, paling-paling pertemuan itu hanya perlu selama 15 minit saja, kata mereka lagi.
Keinginan Muhyiddin mengajak Anwar bersama dalam PN turut diperkuatkan lagi dengan teori pihak lain berdasarkan rungutan tak sudah-sudah pihak dalam UMNO yang seolah-olah masih tak puas hati dengan kedudukan mereka dalam kerajaan.
Mereka masih meniupkan sentimen bahawa Muhyiddin tidak berlaku adil kepada UMNO berbanding kumpulan Azmin Ali dan Bersatu, walaupun parti itu menyumbang paling banyak kerusi dalam PN.
Lantaran merasakan UMNO hanyalah penumpang semata-mata, mereka mengatakan sebab itulah hanya kementerian-kementerian yang kurang penting diperuntukkan kepada parti itu.
Dari segi Muhyiddin, memang tidak mustahil untuk beliau mengajak Anwar dan PKR untuk bersamanya dalam kerajaan, lebih-lebih lagi jika difahami kedudukannya yang tidak stabil dalam Bersatu serta jika tiba-tiba UMNO buat hal terhadapnya.
Tetapi, harus juga difahami tentang pendirian Anwar yang sentiasa komited kepada PH dan tidak sesekali akan meninggalkan DAP dan Amanah dalam sebarang keputusan yang bakal dibuatnya.
Dalam konteks ini, Muhyiddin mungkin perlukan Anwar dan PKR, tetapi barangkali masih tidak bersedia untuk menerima DAP, tambahan lagi kerana ingin putus hubungan dengan DAPlah yang dijadikan asas ketika beliau beria-ia membawa Bersatu keluar daripada PH sebelum ini.
Maka, jika kerjasama itu menjadi keinginan Muhyiddin, pertembungan yang berlaku ialah berkenaan kedudukan DAP.
Anwar bukan saja tidak mungkin meninggalkan DAP serta Amanah, bahkan tentu saja sukar untuk berada di dalam kerajaan tebuk atap Muhyiddin yang ada kumpulan Azmin dan Pas di dalamnya.
Untuk itu, kerjasama politik antara Muhyiddin dengan Anwar dan PKR sebenarnya sangat sukar untuk menjadi kenyataan.
Anwar adalah pemimpin yang berpegang kepada setiakawan dan tidak akan sebegitu mudah meninggalkan rakan-rakan atau menggadai prinsipnya semata-mata kerana jawatan.
Lagi pula, kerajaan PN ini adalah kerajaan tebuk atap dan mustahil Anwar juga masuk melalui atap untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Laluan Anwar dan PH untuk kembali menjadi kerajaan ialah sama ada melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau bersabar sikit melalui kuasa rakyat dalam PRU15 akan datang.
Melihat kepada caca-marba kerajaan PN dan hakikat bahawa sokongan UMNO kepada Muhyiddin hanya sementara tibanya PRU15 saja, selepas itu di mana Bersatu akan bertanding masih menjadi misteri tanpa jawapan, realitinya cahaya di hujung terowong pilihanraya akan datang adalah cerah buat Anwar dan PH.

 (ShahbudinHusin 17/04/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/anwar-tak-mungkin-khianati-ph-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Apakah Mungkin Kerajaan Pn Tidak Mahu Adakan Sesi Parlimen Khas

Anwar Ibrahim Apakah Mungkin Kerajaan Pn Tidak Mahu Adakan Sesi Parlimen Khas

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 239 hits
Tidak ada penjelasan Pimpinan majlis Presiden meminta dan mengusulkan agar membahasakan hanya isu Covid 19 bincang dan tidak ada isu dan usul lain Tetapi tidak diterima Sidang hanya di adakan cadangannya pada 18 mei titah diraja dan balik K...
Tak Ada Sapa Nak Cemburu Dan Bukan Pun Mengejar Jawatan

Tak Ada Sapa Nak Cemburu Dan Bukan Pun Mengejar Jawatan

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 147 hits
Baca laporan Malaysiakini tadi Ada Pemimpin Ulama PAS kata Serangan kepada Haji Hadi disebabkan cemburu dia dilantik sebagai Duta tugas khas ke asia Barat Tak betul tu Kalau dia dilantik Menteri Agama sekalipun takda yang menghairankan mema...
Anwar Ibrahim Berikan Jawatan Glc Tiap Ahli Parlimen Yang Sudah Gaji Besar Ini Bukan Munasabar

Anwar Ibrahim Berikan Jawatan Glc Tiap Ahli Parlimen Yang Sudah Gaji Besar Ini Bukan Munasabar

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 333 hits
Ini tentang ahli parlimen Pas yang ditawarkan GLC bagi pantau syarikat tapi janji bagi kepada ahli perlimen Jawatan GLC kalau orang itu ada kelayakkan luar biasa itu wajar tapi untuk beri gaji ribu itu keterlaluan masa ni patut beri balik p...
Perseteruan Hadi Dan Anwar Sesuatu Yang Mungkin Tidak Fikirkan

Perseteruan Hadi Dan Anwar Sesuatu Yang Mungkin Tidak Fikirkan

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 473 hits
RENCANA KHASDI pagi yang cerah dan cuaca panas 28 darjah celcius dalam penantian dan doa bilakah wabak Covid 19 akan berakhir ingin saya mencungkilkan akal dengan sesuatu yang sudah lama terpendam di lautan minda saya tetapi tidak pula dibe...
Lim Kit Siang Kalau Parlimen Tak Bersidang Mungkin Dia Jadi Giler

Lim Kit Siang Kalau Parlimen Tak Bersidang Mungkin Dia Jadi Giler

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 219 hits
DALAM tempoh 12 hari 6 kali Lim Kit Siang meratib Sidang Khas Parlimen Sidang Khas Parlimen Sidang Khas Parlimen Secara puratanya ratiban Lim Kit Siang supaya diadakan Sidang Khas Parlimen ini akan dibunyikan selang sehari sekali Bila dihen...
Virus Covid 19 Mungkin Kembali Aktif Dalam Pesakit Yang Pulih

Virus Covid 19 Mungkin Kembali Aktif Dalam Pesakit Yang Pulih

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 343 hits
SEOUL COVID 19 boleh kembali aktif semula pada pesakit sudah sembuh menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Kira kira 51 pesakit dikategorikan sembuh di Korea Selatan kembali positif sama ada dijangkiti atau virus itu kembali ak...
Hangouts Meet Mungkin Akan Dijenamakan Sebagai Google Meet

Hangouts Meet Mungkin Akan Dijenamakan Sebagai Google Meet

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 199 hits
Tiga tahun lalu Google telah mengemaskini perkhidmatan Hangouts mereka kepada dua 8211 Hangouts Chat dan Hangouts Meet Google memfokuskan kepada pengguna perusahaan bagi bersaing dengan Microsoft Teams dan Slack Akan tetapi sehingga hari in...
Bahaya Kekurangan Kalsium Pada Tubuh Yang Perlu Diketahui Deteksi Sedini Mungkin

Bahaya Kekurangan Kalsium Pada Tubuh Yang Perlu Diketahui Deteksi Sedini Mungkin

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 152 hits
Untuk mengetahui secara lebih rinci berikut kami rangkum 10 tanda kekurangan kalsium pada tubuh
Haram Khianati Perjanjian Mengapa Dr Maza Mendiamkan Diri

Haram Khianati Perjanjian Mengapa Dr Maza Mendiamkan Diri

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 341 hits
USTAZ ALI MUDA Berikut adalah jawapan balas saya terhadap jawapan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kepada persoalan pendiriannya yang dikatakan menyokong al ghadr atau pengkhianatan perjanjian Yang bernombor adalah tulisan Dr M...
Thaipusam Hormati Perbezaan Budaya Tunjang Kekuatan Rakyat Malaysia Pm

I Eulogised Augustine Paul But Almost Lost My Christmas Lunch

Siti Kasim Exposes 3 Political Stooges Who Make Non Muslims Look At Islam In Bad Light

Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trump Release All Gaza Hostages By Saturday Or Hell Will Break Out

Khutbah Jumat Kemajuan Teknologi Dan Harga Yang Harus Dibayar

Yung Kai Wildflower Chord


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Meronda Ahad

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Kurangkan Hukuman Dnaa Jejas Skor Indeks Persepsi Rasuah Negara