Anwar Kecam Tentera Myanmar Hukum Mati 4 Aktivis Pro Demokrasi



Anwar kecam tentera Myanmar hukum mati 4 aktivis pro demokrasiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 28, 2022
ShareHukuman mati ke atas empat aktivis pro demokrasi Myanmar oleh junta tentera yang merampas kuasa awal tahun lalu menggelapkan masa hadapan demokrasi di negara itu.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam hukuman yang dijatuhkan ke atas empat lelaki penentang rampasan kuasa tentera yang menyaksikan tunjuk perasaan aman berbulan bulan lamanya.
“Keempat-empat mereka telah dinafikan lawatan oleh keluarga mereka, tertakluk kepada perbicaraan tertutup dan butiran telah ditahan mengenai kaedah dan masa pelaksanaan hukuman mati mereka.
“Keluarga mereka bahkan telah dinafikan mayat orang tersayang dan upacara pengebumian tradisional. Ini adalah hukuman mati pertama yang dijalankan di Myanmar selama hampir 50 tahun.
“Penggunaan amalan kejam seperti itu bukan sahaja satu kemunduran bagi demokrasi di Myanmar, tetapi memalukan malah penjajah (British) bekas tuan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Pengerusi Pakatan Harapan itu, untuk mendakwa para aktivis tersebut sebagai ‘tindakan pengganas’ tanpa bukti adalah sesuatu yang keji.
Katanya, perbicaraan yang tidak adil menjadikan mereka mangsa yang dinafikan hak dan mengundurkan kemajuan dalam hak asasi manusia yang telah dicapai oleh Myanmar sebelum ini.
“Junta tentera ini bertentangan dengan semangat demokrasi, menghormati hak asasi manusia dan maruah serta penerapan tradisi dan nilai Asia yang menyatukan benua sebagai komuniti kejiranan dan yang menjadi asas bagi ASEAN sepanjang sejarahnya.
“Walaupun saya menggesa masyarakat antarabangsa mengecam bersama saya atas tindakan pembunuhan yang keji ini, kami dari ASEAN dan dalam semangat perpaduan serantau serta antarabangsa mesti menjelaskan kepada rejim tentera autoritarian di Myanmar bahawa tindakan sedemikian merupakan perampasan hak rakyat. Ianya tidak boleh diterima,” katanya.
Menurut Anwar lagi, di tengah tengah trauma pandemik Covid 19 dan malapetaka ekonomi, keadaan politik yang menimbulkan penindasan amat tidak diinginkan.
Beliau berharap akan ada penyelesaian kepada konflik dan penindasan di Myanmar pada masa hadapan.
Junta tentera Mynamar telah melaksanakan hukuman mati ke atas aktivis Kyaw Min Yu, bekas MP NLD Phyo Zeya Thaw, Hla Myo Aung, dan Aung Thura Zaw. Empat lelaki tersebut adalah sebahagian daripada kumpulan 117 orang yang dijatuhi hukuman mati kerana peranan mereka dalam protes anti-rampasan kuasa dan aktivisme pelajar sejak junta merampas kuasa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/anwar-kecam-tentera-myanmar-hukum-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktivis Pembela Oku Mati Dibakar

Aktivis Pembela Oku Mati Dibakar

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 148 hits
AFPGuadalajara Seorang aktivis yang juga ibu kepada kanak kanak autistik maut selepas dibakar sehingga mencetuskan rusuhan yang mahu keadilan kepada mangsa menurut pihak berkuasa Mexico Orang ramai bersama ahli keluarga Luz Raquel Padilla d...
Tatmadaw Tentera Kejam Myanmar Menembak Siapa Saja Melintas Kanak Kanak Orang Tua Tidak Terkecuali

Tatmadaw Tentera Kejam Myanmar Menembak Siapa Saja Melintas Kanak Kanak Orang Tua Tidak Terkecuali

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 341 hits
Sekumpulan askar Myanmar membuat pengakuan kali pertama bahawa tentera negara itu yang dikenali sebagai Tatmadaw bertanggungjawab membunuh menyeksa dan merogol orang awam lapor akhbar Saudi Gazette Pengakuan mereka dibuat dalam wawancara ek...
Tentera Israel Tembak 2 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

Tentera Israel Tembak 2 Rakyat Palestin Di Tebing Barat

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 337 hits
Tentera Israel tembak 2 rakyat Palestin di Tebing Barat Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 24 Jul 2022 6 30PM
Parti Veteran Tentera

Parti Veteran Tentera

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 266 hits
VETERAN BANGUN MELAWAN MAHKAMAH AKAN DENGAR MERIT KES VETERAN TENTERAISU DAFTAR PARTI POLITIKHakim Ahmad Kamal Md Shahid pagi ini memberi kebenaran kepada permohonan pengasas Parti Kemakmuran Negara untuk meneruskan semakan kehakimannya Mah...
Filipina Kerah Tentera Sertai Operasi Menyelamat Di Kawasan Gempa

Filipina Kerah Tentera Sertai Operasi Menyelamat Di Kawasan Gempa

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 313 hits
Filipina kerah tentera sertai operasi menyelamat di kawasan gempa Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jul 202
Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

Perdana Menteri Lari Tentera Ambil Alih Pemerintahan Sri Lanka

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 477 hits
Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe memberi keizinan kepada tentera Sri Lanka untuk melakukan apa sahaja yang perlu bagi mengembalikan ketenteraman selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabatnya kelmarin lapor stesen penyiaran BBC Wickremes...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku