Anwar Hentam Kegagalan Nyata Pn Menangani Krisis Covid 19


 
FMT Reporters -April 18 , 2021 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan bahawa rakyat sudah melalui 395 hari bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari bawah perintah darurat.PETALING JAYA: Di kala jangkitan Covid-19 semakin menular kebelakangan ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengecam apa yang disifatkan beliau sebagai kegagalan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional mengekang wabak itu.
“Sejujurnya pelaksanaan PKP adalah kegagalan yang nyata. Darurat hanya helah pemerintah untuk terus berpaut pada kuasa. Rencana vaksinasi juga tidak jelas dan lembab,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga mengingatkan bahawa rakyat sudah melalui 395 hari bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) dan hampir 100 hari bawah perintah darurat.
Sebanyak 2,551 kes baharu Covid-19 dicatatkan di seluruh negara semalam, manakala hari ini, 2,331 kes baharu serta lima kematian dilaporkan.
Anwar, yang juga presiden PKR, meminta kerajaan menjawab persoalan berhubung ketidaktelusan dalam perolehan vaksin dan kadar pengagihan vaksin yang perlahan, di kala negara-negara berpendapatan sederhana yang lain berlumba-lumba untuk memvaksinasi rakyat mereka.
Beliau menyifatkan alasan bekalan vaksin kurang sebagai mengecewakan ketika Malaysia kini sedang berusaha menjadi negara yang maju dan berpendapatan tinggi.
Baru-baru ini, menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata, bekalan vaksin untuk Malaysia kurang kerana ia telah didominasi negara-negara berpendapatan tinggi.
Namun, Anwar mempertikaikan alasan Khairy dengan berkata, ini mustahil untuk disahkan “kecuali terdapat ketelusan dalam proses pemerolehan”.
Berkenaan kadar vaksinasi yang perlahan, Anwar juga mempersoalkan kemampuan logistik negara, termasuk koordinasi dengan hospital, fasiliti rawatan, klinik kesihatan awam, pengamal perubatan am dan farmasi, untuk menguruskan 210,000 dos sehari, yang diperlukan untuk memvaksinasi 80% daripada populasi negara menjelang akhir tahun.
Kata beliau, pelan koordinasi ini sepatutnya dikongsi dengan jawatankuasa bipartisan Covid-19, sekalipun tidak didedahkan kepada umum.
Beliau juga bertanya tentang rancangan kerajaan untuk meyakinkan rakyat menerima vaksin, memandangkan jumlah pendaftaran masih rendah.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengapa strain virus yang berbahaya masih dikesan di negara dengan walaupun sempadan ditutup dan kuarantin pada tahap yang ketat.
“Penutupan sempadan telah memberi kesan yang sangat besar pada ekonomi dengan alasan untuk menyelamatkan nyawa.
“Sekiranya penutupan sempadan ini tidak diuruskan dengan baik, maka kita sedang mengorbankan ekonomi kita tanpa manfaat yang munasabah,” kata beliau.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/anwar-hentam-kegagalan-nyata-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Teringin Jadi Pm Perlu Nyata Rancangan Keluar Dari Pendemik Covid 19

Yang Teringin Jadi Pm Perlu Nyata Rancangan Keluar Dari Pendemik Covid 19

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 147 hits
Dr Mohamad Khir Toyo SEJARAH telah terukir negara kita telah melalui tujuh darurat yang sangat berbeza setiap satunya Darurat pertama darurat persekutuan Tanah Melayu di istiharkan oleh kerajaan British pada tahun 1948 hingga 1960 Ianya ber...
Akui Kegagalan Ubah Pendekatan Kekang Covid 19 Badan Pemikir Beritahu Kerajaan

Akui Kegagalan Ubah Pendekatan Kekang Covid 19 Badan Pemikir Beritahu Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 382 hits
PETALING JAYA Sudah tiba masanya kerajaan mengakui mereka gagal dalam pendekatan satu dasar untuk semua dalam mengawal penularan Covid 19 sebaliknya perlu merangka pendekatan bersasar kata Pusat Pendidikan Pasaran Badan pemikir itu berkata ...
30 Ribu Lebih Tenaga Kesehatan Yang Menangani Covid 19 Terima Insentif

30 Ribu Lebih Tenaga Kesehatan Yang Menangani Covid 19 Terima Insentif

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 249 hits
Plt Kepala Badan PPSDM Kesehatan Kirana Pritasari mengatakan pembayaran insentif sudah mulai disalurkan sejak 14 April lalu Setelah pengajuan anggaran Kemenkes terhadap Kemenkeu disetujui serta merujuk hasil review dari BPKP
Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 268 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2 148 kes positif baharu Covid 19 pada Khamis 15 April 2021 iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti ter...
Covid 19 2 551 New Cases Sarawak Erupts

Covid 19 2 551 New Cases Sarawak Erupts

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 420 hits
COVID 19 The Health Ministry reported 2 551 new Covid 19 cases with Sarawak setting a new daily record of 960 East Malaysia reported more infections with 43 28 percent of today s total cases compared to the Klang Valley The number of active...
Covid 19 Kes Baharu Harian Melonjak 2 551 Kes Sarawak Paling Tinggi

Covid 19 Kes Baharu Harian Melonjak 2 551 Kes Sarawak Paling Tinggi

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 293 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID 19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya Foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Kes baharu harian Covid 19 terus melaporkan tr...
Covid 19 Five Shuttlers Test Positive Academy Badminton Malaysia Shuts Down

Covid 19 Five Shuttlers Test Positive Academy Badminton Malaysia Shuts Down

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA The Academy Badminton Malaysia has been forced to shut down as five national shuttlers have tested positive for Covid 19 In a circular on Friday the Badminton Association of Malaysia said the five stayed at the Academy adding ...
Covid 19 In Schools Mp Urges Education Ministry To Be Transparent

Covid 19 In Schools Mp Urges Education Ministry To Be Transparent

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 816 hits
The Education Ministry has been urged to provide daily updates on new Covid 19 cases involving schools In a statement today Kulai MP Teo Nie Ching said many schools have been reporting Covid 19 cases on their own The Education Ministry must...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Makan Malam Di Rodakafe Kulai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal