Anwar Angkuh Pertahan Penggunaan Helikopter Kerajaan Untuk Berkempen Kata Peguam


malaysianow.com
MalaysiaNow
Ogos 7, 2023

Rafique Rashid berkata Anwar Ibrahim sememangnya berhak menggunakan helikopter itu atas kapasitinya sebagai perdana menteri, tetapi ini mungkin memberi tanggapan yang salah kepada orang ramai.
Penduduk kampung di Sik, Kedah, berpusu-pusu ke arah helikopter yang membawa Anwar Ibrahim yang mendarat berhampiran padang menjelang lawatan kempennya di kawasan itu pada 4 Ogos.
Seorang peguam menyelar tindakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang hadir ke program di Kedah menaiki helikopter kerajaan, mengatakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sekali lagi jelas menunjukkan sisi keangkuhannya.

Rafique Rashid berkata bukan itu sahaja, perbuatan Anwar turut memaparkan satu lagi “langkah sumbang" oleh kerajaan pimpinannya.

"Keangkuhan PM10 jelas terpacul dari mulutnya apabila menyindir lawan mengenai haknya menggunakan helikopter milik kerajaan," katanya kepada MalaysiaNow.

Pada Jumaat, kehadiran Anwar mencuri perhatian penduduk kawasan luar bandar negeri Kedah apabila beliau memilih helikopter sebagai pengangkutan untuk hadir program di Jeneri dan Kupang.

Sabtu lalu, Anwar menegaskan, beliau berhak menggunakan kemudahan itu berikutan kedudukannya sebagai perdana menteri.

"Saya naik heli ke Jeneri mereka marah, kenapa naik heli? Sekarang ini heli kerajaan, yang hang nak sakit hati kenapa?

"Kerajaan punya, bukan aku punya. Hang tak boleh pakai, perdana menteri boleh pakai," katanya seperti dilaporkan media dalam program di Felda Teloi Timur pada Jumaat.

Kawasan Felda itu, sebahagian dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri dan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kini dalam usaha mempertahankan kerusinya menentang Ketua Umno Bahagian Sik Muhamad Khizri Abu Kassim.

Menurut Rafique, Anwar sememangnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk menggunakan helikopter itu atas kapasitinya sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, menjadi satu kebimbangan apabila sejak kebelakangan ini dilihat hampir setiap hari jenis pengangkutan yang sama dikesan turut digunakan bagi menjelajah seluruh enam negeri yang bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) semata-mata untuk beri ceramah politik.

Ketika hadir ke dua program itu, Anwar dilaporkan menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW139 dengan nombor pesawat 9M-JPM.

Helikopter itu digunakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) khusus untuk kegunaan pimpinan utama negara sejak dua tahun lalu, apabila ia mula dijejaki sejak September 2021.

Selain helikopter dinaiki Anwar, dua lagi helikopter lain turut dilihat mendarat di padang awam berhampiran lokasi majlis itu berlangsung.

Mengulas lanjut, Rafique mempersoalkan pendirian Anwar dan PH yang sebelum ini ketika berada di blok pembangkang bersuara lantang mengkritik kerajaan dari gabungan Umno-Barisan Nasional (BN) daripada menggunakan aset kerajaan.

Ini termasuk juga penyalahgunaan aset kementerian-kementerian semasa tempoh berkempen pada musim pilihan raya.

"Kos ditanggung oleh rakyat tetapi yang untung adalah parti politik yang diketuai PM10 sendiri.

"Mengapa tiada teguran dari parti-parti gabungan lain?" soalnya.

Menurut Rafique, meskipun Anwar tetap dengan jawapannya menggunakan helikopter itu bagi menghadiri program-program kerajaan, persepsi dan tanggapan negatif bokeh timbul dalam benak fikiran masyarakat.

Ini terutamanya rakyat boleh berfikir tindakan Anwar seolah-olah menyalahgunakan aset di ambang PRN yang pada masa sama dilabel sebagai referendum kepada prestasi kerajaan campuran pimpinan beliau sendiri.

Selain itu badan pemantau pilihan raya, Bersih turut memberi ingatan bahawa sikap “angkuh” dan “bongkak” seperti yang ditunjukkan oleh perdana menteri mungkin akan memakan diri sendiri kerana rakyat tidak akan bersetuju dengan salah guna jentera kerajaan untuk berkempen.

"Reformasi yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan perlu dilaksanakan tanpa mungkir, dan tidak sekadar menanam tebu di bibir sebagai janji pilihan raya,” kata Bersih dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/08/anwar-angkuh-pertahan-penggunaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perpaduan Ada Idea Misi Kembang Potensi Ekonomi Di Terengganu Kata Zahid

Kerajaan Perpaduan Ada Idea Misi Kembang Potensi Ekonomi Di Terengganu Kata Zahid

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 163 hits
KERAJAAN Perpaduan mempunyai idea misi dan visi yang jelas untuk terus mengembangkan potensi ekonomi di Terengganu kata Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata ini bagi mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada gene...
Kita Patut Kesian Pada Pas Kata Anwar

Kita Patut Kesian Pada Pas Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 222 hits
Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata perbezaan dalam kalangan rakyat bukan untuk dihina PORT DICKSON Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim berkata rakyat patut berasa kasihan pada PAS kerana menyokong ahli politik yang pernah menuduhnya par...
Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

Mana Ada Anwar Dan Riza Mohon Lombong Ree Saifuddin Kata Sanusi Merapu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 174 hits
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata Riza Chalid hanya menemani Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah PETALING JAYA Saifuddin Nasution Ismail berkata Sanusi Nor merapu apabila mendakwa Anwar Ibrahim bersama ahli perniagaan ...
Anwar Enggan Terima Badan Kajian Kata Tiada Sokongan Orang Melayu

Anwar Enggan Terima Badan Kajian Kata Tiada Sokongan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 365 hits
satuberita myBy August 11 2023Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR Warta RakyatDatuk Seri Anwar Ibrahim enggan menerima laporan satu tinjauan pendapat yang mendakwa beliau hanya mendapat 24 sokongan orang Melayu Perdana Menteri t...
Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

Tidak Setuju Dengan Saya Tidak Mengapa Tapi Jangan Fitnah Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 204 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak kisah dengan mana mana pihak yang tidak bersetuju dengan pendapatnya namun meminta agar dirinya tidak difitnah Anwar mengakui dirinya bukanlah Tok Guru justeru jika ada sebarang kesalahan b...
Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

Ketua Sprm Kata Kes Rasuah Menantu Pemimpin Pn Besar Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 203 hits
Kes rasuah menantu kepada Pengerusi Bersatu Mahiaddin Yassin yang kini melarikan diri dianggap kes besar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hal itu dalam ceramah mega Jelajah Perpaduan Madani Negeri Sembilan di DUN Paroi m...
Kerajaan Perpaduan Kukuh Sukar Dijatuhkan Anwar

Kerajaan Perpaduan Kukuh Sukar Dijatuhkan Anwar

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 153 hits
hemtro com myDatuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika ceramah Arus Merah Kuning bersama PMX di Padang Letak Kereta Subang Bestari FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALIShah Alam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan Kerajaan Per...
Kekal Mb Ns Untuk Kerjasama Rapat Ph Bn Kata Anwar

Kekal Mb Ns Untuk Kerjasama Rapat Ph Bn Kata Anwar

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 284 hits
Anwar Ibrahim berkata usaha mempertahankan Aminuddin dapat memudahkan urusan menyelesaikan masalah rakyat PORT DICKSON Kedudukan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun wajar dipertahankan bagi memudahkan kerjasama antara gabungan par...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization