Anugerahnya Ini Milik Bersama
AnugerahNya Ini Milik Bersama بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Asalamualaikum & Selamat sejahtera, ke udara lagi awal pagi ini, menanti azan subuh bergema dan menunaikan solat hadap dan menadah tangan kepadaNya.
Ya Allah syukur atas kurniaMu memberikan kami pagi hari ini dan kesihatan serta kesempatan dalam apa juga rezeki hari ini.
Pertamanya hendak sekali lagi BERSYUKUR kerana kini impian hendak memiliki kereta baru telahpun terkabul pada 08 Nov 2018. Kita merencanakannya tetapi Allah yang menentukannya. Setelah memilik memang ada perasaan amat gembira kerana tidak sangka begitu cepat kehadirannya. Dan kegembiraan itu kami seisi keluarga merasakannya, namun pada Etuza bukan mudah untuk setiap bulan menyelesaikan bayaran di Bank demi menyahut pembayaran selama 108 bulan. Hanya memohon pada Allah semoga ada sumber rezeki dan dapatlah menlaksanakan tanggungjawab melunaskan bayaran bulanan TRITON MITSUBISHI INI.
Memang memiliki kereta ini hanyalah sandaran kepada kami tetapi sesungguhnya kereta ini milik bersama, kerana ada masa-masa dan keadaan tertentu akan ada orang lain selain keluarga yang akan menumpang dan manfaatkan kereta ini. Paling selalu ada kawan-kawan sebelajar anak-anak Etuza menumpang pergi balik ke asrama dan meminta tumpang semula apabila ada kepulangan dari asrama. Inilah dia keadaan kereta yang kita ada itu adalah milik bersama dengan orang lain. Kita adalah pemandunya sahaja buat semetara.
Bercakap tentang kuasa kehebatan kereta ini, memang banyak kelebihannya dari segi kuasa engin 2.4 dan memang power naik bukit yang tinggi. Terasa tidak penat memandu kereta ini kerana gear automatik, tidak bergoyang walaupun pada jalan berbatu disebabkan roda yang lebar dan tinggi. Dalam keadaan sangat baru memang semua dalam keadaan masih mantap, pit dan power. Jauh perjalanan kereta baru ini sudah pun mencapai 200 kilo metar dengan kuasa minyak Disel Hijau.
Inilah dia dalaman kereta baru ini..nampak semua cantik danmasih berbalut plastik..
Gambar hiasan - Ya Allah syukur kepadaMu diberi anugerah initetapi sesungguhnya anugerahMu ini milik bersamadan kami pemiliknya buat semetara, semuanya nanti akan kembali padaMu jua.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2018/11/anugerahnya-ini-milik-bersama.html