Antara Pulai Penipu Bukit Dan Manusia Tidak Bercakap Benar


Oleh ARIF ATANAugust 19, 2020 Meor Razak di lokasi sebahagian Hutan Simpan Segari Melintang yang musnah akibat aktiviti kuari
Debu berterbangan menyergah kami sekitar jam 10.30 pagi pada 15 Ogos lalu. Pokok dan tumbuhan renek di kiri kanan jalan sudah habis dibedak tanah
Mereka berselimut debu sehingga ke paras setinggi hampir tingkat tiga bangunan. Sepanjang perjalanan, kami berselisih dengan sejumlah lori menderu garang membawa muatan tanah
Ironinya, kami bukan menyusuri jalan di tengah kota sebaliknya di rimba belantara yang dipanggil ‘hutan simpan’ jika dilihat di atas peta
Pelitup separuh muka yang dipakai musim Covid-19 sudah ada fungsi tambahan apabila berada di lokasi yang sedang dibunuh kepelbagaian ekosistemnya
Kami berada dalam kawasan Hutan Simpan (HS) Segari Melintang yang merupakan baki hutan bukit pesisiran pantai yang masih ada di negara ini
Semasa taklimat oleh Penyelidik Lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman di perkarangan Masjid Al-Khairiah, Kampung Sungai Batu di Jalan Changkat Jering-Pantai Remis, saya ditunjukkan keratan peta tahun 1970 yang memperlihatkan luasnya HS Segari Melintang
Namun, hanya 50 tahun selepas itu, litupan HS Segari Melintang yang awalnya seluas 4,700 hektar sudah semakin mengecil dan terputus akibat pembukaan kuari, perternakan dan tanaman kelapa sawit
Aktiviti kuari dalam Hutan Simpan Segari Melintang memusnahkan ekosistem alam semulajadi
Habuan taukeTinjauan Malaysia Dateline di HS Segari Melintang di mukim Pengkalan Baru kali ini turut disertai Timbalan Pengerusi Persatuan Aktivis Sahabat Alam Malaysia (KUASA), Noor Ismady Ahmad Radzuan
Beliau yang juga digelar Otai Manjung membawa dron yang memudahkan lagi cerapan dari angkasa secara lebih menyeluruh dalam menyelami malang menimpa HS Segari Melintang
Dalam perjalanan menuju ke lokasi sebahagian kompartment HS itu yang sedang digasak dengan aktiviti kuari, kami singgah sebentar meninjau dua alur anak sungai yang sudah kontang
Hanya dari fizikalnya dengan dasar tanah berlekuk dan beberapa tumbuhan yang lazimnya ada di kawasan sungai masih tersisa. Dari segi ekosistemnya sudah mati diganti pokok akasia yang sifatnya mendominasi
Meor Razak memberitahu kunjungannya tiga tahun lalu mendapati anak sungai itu masih ada. Sekarang, aliran jernih itu sekadar tinggal kenangan
Bagi Meor Razak, usaha untuk memulihkan kembali kawasan itu amat sukar tanpa kesungguhan pihak berwajib
‘Kembara kemusnahan’ kemudiannya diteruskan ke kawasan kompartmen 13, 14, 15 dan 16 yang sedang ditarah bagi tujuan pembukaan kuari
Sepohon Pulai Penipu Bukit (Alstonia macrophylla) tampak sihat berdiri menyambut kami yang keluar dari kenderaan yang diparkir. Mungkin belum sempat tua, pokok itu bakal diranapkan jentolak syarikat kuari apabila menyaksikan agresifnya kerja-kerja yang sedang berjalan
Tidak jauh dari kami, dua pengawal di pintu utama tapak kuari itu hanya memerhati sambil memantau lori yang sibuk keluar masuk
Pulai Penipu Bukit saksi yang boleh bercakap benar tentang nasib menimpa HS Segari Melintang sekarang ketika desakan pewartaan sebagai Taman Negeri Perak sejak dua tahun lalu masih tidak dilunaskan kerajaan negeri
Sebaliknya, satu demi satu kompartment HS di kawasan hijau itu telah dan sedang musnah ekosistem hutannya jadi habuan tauke kuari batu granit dan pengambilan tanah merah
Aliran air terjun sudah mati manakala bukit ini menanti masa untuk diletup

Noor Ismady dari KUASA merenung kemusnahan Segari Melintang yang sebelum ini indah dilitupi kehijauan
Menyembah bumiDari mata dron dengan paling maksimum dari ketinggian 461 meter menyerlahkan apa yang dibimbangi selama ini. Kerja-kerja kuari sedang mengganas dengan tumbuhan hijau termasuk spesies kayu keras musnah menyembah bumi
Timbul persoalan bagaimana aktiviti kuari boleh diluluskan dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) walaupun bercanggah dengan ketetapan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-70 pada 2014
Ketetapan ketika itu agar semua negeri mengambil inisiatif mengelakkan sebarang kelulusan kegiatan perlombongan dan kuari dalam kawasan HSK jelas dilanggar jika kita lihat keadaan Segari Melintang
Hampir sejam kami bertiga menatap kemusnahan di kawasan HS Segari Melintang yang cedera parah ditarah dengan beberapa lori pengangkut tanah sibuk menjarah
Dari puncak bukit yang sudah gondol sehingga ke alur sungai kontang mencerminkan rakusnya manusia mengeksploitasi hutan serta pada masa sama cuainya penguasa negeri memelihara khazanah alam semulajadi kurniaan Ilahi
Kelihatan sejumlah bongkah batu besar tersusun di dua lokasi yang saling berdekatan membayangkan wujudnya aliran air terjun sebelum ini
Malah, ada bongkah batu yang masih basah menandakan punca air masih lagi nazak bernyawa. Namun, dengan persekitarannya yang sudah bertanah merah, semuanya bakal tamat riwayatnya dalam masa terdekat
Dari puing kemusnahan air terjun itulah mengalir longlai sedikit air yang kemudiannya bergenang tohor akibat disekat laluannya untuk terus mengalir ke laut. Dapat dilihat jejak Landak Raya atau Malayan Porcupine yang dipercayai baharu sahaja singgah di situ
Maklumat dari rakan saya seorang bekas tentera memberitahu melihatkan saiznya hampir sepanjang pen, berat Landak Raya (Hystrix brachyura) itu dianggarkan 15 hingga 20 kilogram
Tentunya perit koloni landak raya di kawasan itu mahu mencari kulit kayu, serangga, buah dan biji hutan yang gugur sebagai makanannya di kawasan yang sudah berubah menjadi padang jarak padang terkukur
Masih selamatkah sarang mereka di lubang yang digalinya atau di kawasan berbatu atau di lubang pokok dan jaringan akar ketika HS Segari Melintang bukan lagi syurga buat mereka
Penulis dan Meor Razak di kawasan yang asalnya merupakan badan sungai yang mengalir dari air terjun

Tapak haiwan dipercayai Landak Raya ditemui berdekatan takungan air tohor
Menggaru pipiMenyaksikan kemusnahan terpampang di mata, Meor Razak meluahkan rasa kecewa terhadap tahap pengurusan hutan dan pemantauan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan dalam memelihara kelestarian saki-baki belantara yang ada
“Ini hanya kesan buruk yang kita dapat lihat pada alur sungai. Kalau kita lihat di bukit ini, aliran air terjunnya sudah mati. Tiada zon penampan untuk melindungi alur dan badan air
“Kita belum lihat lagi keseluruhan keadaan kerja-kerja penyediaan tapak kuari ini. Di sini ada saki baki aliran air semulajadi yang malangnya akan dikambus seperti yang kita lihat sebelum ini,” keluhnya
Beliau turut mempersoal sejauh mana Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau langkah-langkah mitigasi sebelum projek pembukaan kuari itu diluluskan
“Setiap projek mesti ada EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar) yang lengkap dengan langkah-langkah mitigasi. Tapi adakah JAS memantau kerja-kerja mitigasi yang telah dilakukan
“Saya rasa tidak. Kalau kita lihat ekosistem sungai sudah hancur. Itu yang kita minta sangat JAS ambil tindakan,” tegasnya
Tidak cukup dengan aktiviti kuari di Kompartmen 13, 14, 15 dan 16, Meor Razak memberitahu sudah ada lagi permohonan untuk tujuan sama di Kompartmen 19, 20 dan 21 yang terletak dalam HS Tanjung Hantu
Beliau bimbang kelulusan di tiga Kompartmen seluas kira-kira 122 hektar di HS Tanjung Hantu itu akan memusnahkan spesies Balau Laut (Shorea glauca) yang terkaya di Malaysia selain merosakkan kelestarian kawasan semulajadi pesisiran pantai yang menjadi lokasi pendaratan penyu
Dari bukit HS Segari Melintang yang gondol diteres itu, kami dapat melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) semakin menghampiri kami
“Apa buat?” tanya ringkas pemandu kenderaan itu yang tampak seperti tauke berusia mungkin berusia lewat 40-an
Kami hanya beralasan mahu mencari air terjun tetapi individu itu sambil menggaru pipi tembamnya seketika bersahaja menjawab tidak pernah nampak air terjun di kawasan itu
Sekali lagi, Pulai Penipu Bukit, Landak Raya serta segala khazanah flora dan fauna di Hutan Simpan Segari Melintang tidak akan menipu tentang musibah yang sedang meragut nyawa mereka
Hanya manusia yang tamak dengan restu penguasa yang culas sahaja berterusan menipu rakyat Malaysia bahawa ‘kesihatan’ hutan simpan di negara kita baik-baik sahaja
Keratan peta tahun 1970 memaparkan keluasan Hutan Simpan Segari Melintang

Kawasan Hutan Simpan Segari Melintang yang masih hijau bakal ditarah rakus jika kerajaan negeri tidak menghalang eksploitasi hutan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/antara-pulai-penipu-bukit-dan-manusia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rehatkan Sementara Ocpd Sungai Buloh Biar Bukit Aman Buat Siasatan Jamal Yunos

Rehatkan Sementara Ocpd Sungai Buloh Biar Bukit Aman Buat Siasatan Jamal Yunos

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 474 hits
By Datuk Seri Jamal Yunos KUALA LUMPUR Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa aton Abu Bakar perlu direhatkan sementara bagi memberi jalan Bukit Aman menyiasat isu premis perjudian Itu cadangan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ...
Bukit Aman Sahkan Terdapat Pegawai Dan Anggota Polis Lindungi Kedai Judi

Bukit Aman Sahkan Terdapat Pegawai Dan Anggota Polis Lindungi Kedai Judi

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 482 hits
Mengenai isu pembongkaran kedai kedai judi yang beroperasi di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh oleh pemilik perniagaan Burger Hot Malaysia pihak Bukit Aman mengesahkan bahawa menerima maklumat terdapat segelintir pegawai dan anggota polis d...
Hina Polis Tentera Bukit Aman Siasat Asri Janggut

Hina Polis Tentera Bukit Aman Siasat Asri Janggut

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 397 hits
Mior Faridalathrash Wahid KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seolah olah menghina polis dan Angkatan Tentera Malaysia menerusi video t...
Kenyataan Hina Polis Tentera Asri Janggut Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

Kenyataan Hina Polis Tentera Asri Janggut Akan Dipanggil Ke Bukit Aman

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seumpama menghina Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Asri membuat kenyataan yang d...
Hina Pdrm Atm Asri Janggut Akan Di Panggil Bukit Aman Untuk Di Siasat

Hina Pdrm Atm Asri Janggut Akan Di Panggil Bukit Aman Untuk Di Siasat

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan memanggil pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut berhubung kenyataannya yang seumpama menghina Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia menerusi sebuah video tular d...
Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

Bukit Aman Terima Maklumat Polis Disyaki Lindungi Premis Judi Haram Di Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima maklumat berhubung segelintir pegawai dan anggota polis disyaki melindungi premis judi haram di sekitar Sungai Buloh dekat sini Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Buki
Bukit Aman Viral Video Of Boy Being Hit With Rubber Hose Is From China Not Malaysia

Bukit Aman Viral Video Of Boy Being Hit With Rubber Hose Is From China Not Malaysia

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 468 hits
PETALING JAYA The police have confirmed that a disturbing video of a boy being hit with a rubber hose was not taken in Malaysia as the incident happened in China Bukit Aman CID deputy director Deputy Comm Mior Faridalathrash Wahid rubbished...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta