Antara Majalah Kegemaran Saya Dulu Dulu Selamat Tinggal Komik Kreko
Akhirnya undur diri..1999 to 2019
Zaman digital, banyak majalah dan komik dah mengundur diri. Sebelum ini majalah Apo? Ujang, Mastika dll. Kini giliran manga Kreko. Antara manga yang.menjadi kolekso saya sekitar 2001 hingga 2006..
KREKO/ KOMIK REMAJA - Memorial Manga Yang Tidak Terhingga kepada Peminat Manga di Malaysia
Konsep Terbitan
-sejak 1999,mereka menghiburkan peminat manga dinegara kita melalui konsep himpunan beberapa manga yang dijadikan sebuah majalah.Setiap helaian mukasuratnya terdapat komik 4 petak.Konsep ini sebenarnya diambil sepertimana majalah komik paling popular diJepun iaitu Majalah SHONEN JUMP
Walaupun hanya beberapa episod diambil untuk setiap siri manga,namun konsep ini diterima oleh orang ramai kerana dalam masa yang sama kita dapat membaca serta mengenali seluruh manga yang ada.Konsep ini telah mendapat sambutan yang amat baik
Ia juga telah ditambahkan slot2 menarik seperti info artist Jepun,figura hobi2,artwork,anime,games dan lain2
Majalah manga ini boleh kita katakan setaraf Otai mereka iaitu syarikat pengeluar utama manga dinegara kita,Comics House dan Tora Aman yang telah pun pergi awal sejak beberapa tahun yang lalu.3 pegeluar manga ini begitu komited bersiaran hingga berpuluh tahun memberi jasa kepada peminat manga
Cetakan Awal dan Harga Mampu Milik
-Vol 1 dipasarkan sekitar 1999 iaitu pada harga Rm2.Pada asalnya ia dinamakan Komik Remaja.Harga ini dilihat berbaloi dengan ketebalan majalah ini.Serta kena dengan ‘faktor belanjawan’ pembaca ketika itu yang usia remaja.Memang pun nama Komik Remaja dipakai pada awal,ini kerana ia ketika itu 100% menumpukan kepada golongan remaja,malah komik2nya juga diambil daripada manga genre shonen (remaja).Jika diikutkan Majalah SHONEN JUMP diversi Jepun adalah tebalnya seperti buku teks sejarah..ada juga segemuk buku Yellow Pages.Ha,lau versi tebal gedabak camtu..harganya mungkin dah jadi tak mampu milik.
Manga Terbaik Pembuka Hati
-Majalah Komik Remaja tidak perlu menunggu masa yang lama untuk membuka hati pembaca dinegara kita.Antara komik bagus yang diterbitkan awal ialah City Hunter,Shiao dengan Sang Harimau,Kisah Ahlil Bomba,GTO,Hareluya 2 Boys,Kajika,Pembunuh Tempahan Jesus,Senjata Alam Manusia dan Pemerintah Udara Z.Pengeluaran awal menampakkan tajuk manga ini banyak diterjemah kedalam Bahasa,Mungkin kerana kesukaran penterjemah untuk mengetahui tajuk asal cerita ini seperti Shiao & Harimau (Ushio & Tora),Kisah Ahli Bomba (Megumi No Daigo)..Tajuk2 ini boleh dikatakan manga generasi pertama dinegara kita seusia dengan Dragon Ball (mutiara naga).Iaitu manga yang dikeluarkan di Jepun sekitar awal 80an.
Disinilah kita belajar tentang semangat tidak mengaku kalah Daigo siahli bomba,semangat setiawan manusia dengan syaitan (shio & sang harimau),buku lima waja yang stylo iaitu Hareluya dan pelbagai watak lagi.Dalam banyak2 tajuk kat situ,mestinya kita xleh lupa manga paling legend iaitu Senjata Alam Manusia..haha..nama Katsuo sentiasa diingati hingga hari ini..nama asal manga ini ialah Ningen Kyouki Katsuo (dalam englishnya tajuk Human Weapon Katsuo)
Manga Popular Penerus Legasi
Setelah kejayaan tajuk2 tersebut..manga generasi kedua pula dibawa masuk iaitu Yugioh,Samurai Deeper Kyo,Naruto,Death Note,Fullmetal Alchemist,Eye Shield 21,Saiyuki,Bleach dll.Semasa ini tajuk Komik Remaja sudah ditukarkan kepada Kreko.Boleh kata Kreko semakin ‘top’ bila membawa masuk manga generasi kedua .ini adalah kerana manga2 tersebut adalah manga2 yang popular di negara matahari terbit tersebut
Dizaman tersebut boleh kita simpulkan manga Samurai bemata iblis (kyo) dan manga larian kilat (ES21) antara ‘best ever’ dan paling ditunggu peminat disetiap keluaran
Hingga ke hari ini,yakni 2019,Kreko tanpa gagal membawakan manga top2 daripada Jepun.Boleh dikatakan hampir 100% manga popular dan terkini diterbitkan mereka.Antaranya One Piece,One Punch Man,Dr Stone,Attack On Titans,Haikyuu!,My Hero Academia dll
Terimakasih..
Disini,2019...bila dapat berita ini...ramai yang sedih..terutamanya yang follow majalah ini sejak dari awal..mana tak sedihnya majalah ini sudah dianggap seperti teman/kawan sejak kecil selama 20tahun..20 tahun kenal adalah tempoh yang agak lama walaupun ia nak meninggalkan kita sekelip mata..Budak berhingus satu ketika dahulu yang mintak duit kat mak nak beli majalah ni sudah ada yang telah beranak pinak ..
Akhir kata kami mewakili semua pembaca di Malaysia mengucapkan berbanyak jutaan TERIMAKASIH kepada Kreko dan Selamat Maju Jaya.Terimakasih sekali lagi atas memori indah ini
Artikel dan kredit gambar : schibukaihafizal
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/12/antara-majalah-kegemaran-saya-dulu-dulu.html