Antabax Dan Kpj Healthcare Ampang Puteri Jalin Kerjasama Untuk Tingkatkan Kesedaran Tentang Kebersihan Tangan


Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pencegahan dan kawalan terhadap jangkitan perlu untuk kekal sihat. Di seluruh dunia, seramai 30,000 wanita dan bayi maut setiap tahun akibat jangkitan yang biasanya disebabkan oleh kekurangan air, sanitasi dan amalan membasuh tangan yang tidak sempurna. 

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC), kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit disebarkan menerusi sentuhan. Kanak-kanak perlu dididik mengenai kebersihan untuk mengurangkan risiko mereka menyebar dan mendapat penyakit berjangkit daripada batuk, selsema, Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut, Influenza serta banyak lagi.



Membawakan kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health kepada murid pra-sekolah di Ampang untuk meningkatkan kesedaran mengenai aspek jangkitan, pencegahan dan kawalan 
Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri dan Antabax, jenama rangkaian penjagaan diri antibakteria Halal nombor satu menjalin kerjasama untuk mengadakan kempen demi meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah di kawasan Ampang.

Kempen dengan tema Antabax Always Be Clean (ABC) for Health yang bermula dari Oktober hingga November ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan tangan dalam kalangan murid pra-sekolah.


Enam buah sekolah di Ampang dengan anggaran 600 orang murid dan ibu bapa dijangka mengambil bahagian dalam bengkel amali yang dijalankan oleh pasukan perubatan profesional KPJ Ampang Puteri. Ia memberi fokus kepada langkah-langkah membasuh dan membersihkan tangan dengan betul.

  
Antabax pula menyumbangkan produk-produk seperti krim mandian, sabun tangan dan pembersih tangan kepada murid serta guru.
“Kami percaya bahawa mendidik tabiat kesihatan yang baik perlu bermula dari usia muda. Objektif kami menerusi acara ini adalah untuk mencipta satu budaya dalam kalangan kanak-kanak dan berharap apa yang dipelajari hari ini akan diamalkan sepanjang hidup mereka. Ini merupakan sebahagian daripada program jangkauan komuniti dan kami berbangga kerana Antabax turut sama dalam usaha ini dengan menyediakan produk-produknya,” kata Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dato Dr Abdul Wahab Abdul Ghani.
 
Pengurus Kanan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Peribadi Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Mandy Lee memberitahu jenama ini komited untuk membantu meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan tangan dalam kalangan masyarakat melalui program interaktif.

“Antabax mendidik tentang amalan kebersihan yang baik menerusi pelbagai kempen yang kreatif. Kami dapati asas mengenai amalan kebersihan perlu dipupuk sejak kecil kerana kanak-kanak ini akan mengamalkannya sehingga mereka dewasa. Kempen Antabax Always Be Clean (ABC) for Health dibangunkan untuk membuatkan konsep kebersihan tangan lebih mudah buat kanak-kanak, terutama kenapa dan bagaimana mereka patut membasuh tangan. Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan KPJ Healthcare serta melibatkan pelatih dan jururawat mereka untuk sama-sama mendidik kanak-kanak tentang teknik membasuh tangan yang betul,” kata Mandy Lee.
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.cekgunorazimah.com/2019/11/antabax-dan-kpj-healthcare-ampang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangan Digigit Lipas Ketika Tidur Kerana Mangsa Tak Jaga Kebersihan

Tangan Digigit Lipas Ketika Tidur Kerana Mangsa Tak Jaga Kebersihan

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 343 hits
Seorang wanita berkongsi gambar tangannya yang mengalami kesan kesan gigitan yang dipercayai digigit oleh lipas ketika tidur nbsp Menurut laporan Ettoday wanita itu mengambil pil tidur pada malam kejadian dan langsung tidak merasa anggota b...
Korea Selatan Asean Jalin Kerjasama Baharu Di Sidang Kemuncak Busan

Korea Selatan Asean Jalin Kerjasama Baharu Di Sidang Kemuncak Busan

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 396 hits
Korea Selatan Asean jalin kerjasama baharu di Sidang Kemuncak Busan Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 26 Nov 201
70 Juta Peruntukkan Untuk Kebersihan Terengganu

70 Juta Peruntukkan Untuk Kebersihan Terengganu

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 322 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan PAS Negeri Terengganu memperuntukkan RM 70 juta bagi menjaga kebersihan dan keceriaan Timbalan Pesuuruhjaya PAS negeri Dr Alias Razak berkata peruntukkan berkenaan adalah untuk kos angkut sampah dan bersih kawasan ...
Puluhan Pegawai Jasa Raharja Jadi Relawan Kebersihan Di Pulau Pramuka

Puluhan Pegawai Jasa Raharja Jadi Relawan Kebersihan Di Pulau Pramuka

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 218 hits
Pegawai Jasa Raharja terlibat dalam kegiatan bersih bersih dasar laut dan pantai di Pulau Pramuka Kepulauan Seribu
Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

Wanita Ini Kongsi Info Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Tentang Carseat Setelah Hadir Taklimat Jpj

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 443 hits
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian bermula Januari 2020 Menerusi Facebook Wana Abas wanita ini berkongsi
Kementerian Pastikan Tiada Manipulasi Kontrak Keselamatan Kebersihan Makanan

Kementerian Pastikan Tiada Manipulasi Kontrak Keselamatan Kebersihan Makanan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 479 hits
PUTRAJAYA Kementerian Pendidikan tidak akan bertolak ansur bagi memastikan tiada sesiapa boleh memanipulasi proses perolehan bagi 3 perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan serta Bekalan Makanan Be...
Kenapa Wanita Islam Tidak Berjabat Tangan Dengan Lelaki

Kenapa Wanita Islam Tidak Berjabat Tangan Dengan Lelaki

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 401 hits
Para sahabat para ulama salaf dan ulamak kontemporeri telah berselisih mengenai hukum bersalaman antara lelaki dan perempuan ajnabiah Perselisihan yang terbit daripada masalah ini berpunca daripada perbezaan dalam nas hadis serta al athar J...
Poin Poin Penting Pp 7 Tahun 1977 Tentang Gaji Pns

Poin Poin Penting Pp 7 Tahun 1977 Tentang Gaji Pns

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 405 hits
PP 7 Tahun 1977 berisi tentang Peraturan Gaji Pegawai Negeri Sipil PP yang dikeluarkan pemerintahan presiden ke 2 RI Soeharto ini dikeluarkan dengan pertimbangan jika penggajian PNS seperti yang ditetapkan di PP No 12 Tahun 1967 mengenai Pe...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka