Anniversary Kami 16 Tahun Yang Manis Untuk Dikenang


Anniversary kami 16 tahun. Alhamdulillah dah 16 tahun kami bersama-sama mengharung suka, duka, pahit, manis, masam, kelat, susah dan senang. 16 tahun ea, huishh lama .
16 tahun kahwin dapat rezeki 5 anak. Ok dahla ni, masa untuk membesarkan bebudak ni. Dah tak larat rasanya nak mengandung lagi. Hihi mulut ni bukan boleh cakap taknak mengandung, kang tau-tau je buat test keluar 2 line .
Moga Allah berkati hubungan ini sehingga syurga
Throwback kisah cinta monyet Kami ni kenal dari zaman sekolah menengah, lepas tu terpisah. Sambung lagi bercinta masa zaman U pulak dan Alhamdulillah ke jinjang pelamin. Mak dan arwah ayah suruh pergi sekolah belajar, dah saya bercinta pulak dah kan.
Masa tu saya Form 2 dan cik abang Form 5. Pertama kali kami terjumpa masa meeting Ketua Kelas. Masa tu ternampak dan tersukalah kot kan gituuu. Aah saya dulu Ketua Kelas , tak caya?
Hahaha camnelah cikgu boleh percaya saya kan?? Hahaha aku pun sama naik je tanduknya bising bila cikgu takde dalam kelas. Boleh plak jadi Ketua Kelas kan.
Tapi itulah tandanya cikgu percaya kat aku. Agaknyalah. Mungkin juga salah satu sebab masa sekolah saya nampak macam budak baik. Lurus membendul. Cikgu suruh semua saya buat.
Giler nak melawan cikgu? Kena tibai baru tau. Cikgu dulu garang sangat tapi bebudak hormat giler cikgu. Tak macam sekarang, cikgu marah dan rotan, besok parents datang sekolah. Parents dulu kalau ko bagitau cikgu rotan, memang nahaslah lepas tu mak ayah tambah dos sakit lagi hahaha.
Dah tu bila saya punya nak fokus PMR dan SPM, saya minta break off. Frust gilerlah husband sebab dia ingat saya ada boyfriend lain. Kakaka Alhamdulillah result PMR 6A 2B, SPM Pangkat 1 Aggregat 11. Alhamdulillah.
Lepas SPM sambung Matrikulasi kat KPYP Perak setahun dan lepas tu sambung Degree kat UKM. Ha masa tulah husband cari saya semula.
Terima kasih kat kawan baik saya yang tolong bagi nombor handphone. Dapatlah jejak kasih selepas 5 tahun terpisah kot. Allahuakbar, ada jodoh kita kan bang.
Suka duka 16 tahun Sepanjang 16 tahun bersama banyak yang saya belajar dari suami. Sabar, sentiasa positif dan bila kita cerita pasal si polan tu begitu begini. Dia akan jawab dengan nada cool, dan bagitau jangan fikir begitu begini. Mana tahu si polan tu macam tu macam ni.
Dia bukannya lagi bakar kemarahan kita tapi terus potong rasa geram kita pasal satu-satu isu. Dari situ banyak saya baiki kelemahan diri. Suami pesan, fikir dulu sebelum bercakap. Jangan ada orang yang terasa dengan percakapan kita.
Terima kasih sebab sabar dengan perangai saya ya bang. Tak pernah nak marah tak tentu hala, sangat sabar orangnya. Jaga solat, adab dan rajin orangnya.
Melayan je permintaan isteri Cakap pasal rajin. Antara projek masa PKP aritu??. Mengecat pintu dan pagar rumah. Melayan saya menanam pokok, ajak pergi hardware cari tanah dan biji benih sayur. Jom katanya.
Terima kasih sebab sokong minat saya . Pandai dia melayan isteri sebab dia pun ada minat juga. Naik basikal plak dah kali ni. Kalau dulu-dulu sukakan superbike. Sekarang lain dah. Tak macam dulu-dulu .
Ini pun dia tanya, nak hadiah apa anniversary ni? Saya takde jawapan untuk tu sebab semua yang saya nak saya dah ada Alhamdulillah. Tak perlu harta yang banyak, janji dapat selalu bersama. Itu dah cukup untuk saya.
Cukupla dulu selalu kene tinggal dan hidup berjauhan dengan suami. Dengan menjaga anak-anak yang masih kecil sendiri. Bila dah dapat hidup sekali bawah satu bumbung, tak jumpa sekejap pun dah rindu hahaha.
BACA > Doa rumahtangga bahagia Tips rumahtangga bahagia Kalau tanya tips pada saya mudah je. Jaga hubungan dengan Allah, Insha Allah Allah pun jaga kita. Jujur dalam perhubungan dan banyakkan sabar dan fahami pasangan.
Hidup bersama ni memang kene bertolak ansur. Kalau kita je nak menang, susahlah nak ada timbang rasa. Ingat senang ke nak adapt dengan orang yang kita tak pernah kenal dalamannya? Memang makan masa.
Saya nak nasihat pun bukanlah pandai sangat. Semuanya atas pengalaman sendiri. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Untuk suamiku, jangan jemu mendidik dan bimbinglah kami semua ke Syurga Allah. Insha Allah aamiin.
The post Anniversary kami, 16 tahun yang manis untuk dikenang appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ajumohit.com/2020/06/anniversary-kami-16-tahun-yang-manis-untuk-dikenang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berbaloi Jual Jus Mangga Demi Ps4 Kini Impian Budak 10 Tahun Ini Jadi Nyata Tambah Manis Idolanya Berminat Sponsor

Berbaloi Jual Jus Mangga Demi Ps4 Kini Impian Budak 10 Tahun Ini Jadi Nyata Tambah Manis Idolanya Berminat Sponsor

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 341 hits
TIDAK sampai sehari kisahnya menjadi tular impian kanak kanak lelaki ini akhirnya tercapai dengan sumbangan daripada penyer4ng Johor Darul Ta zim Safawi Rasid Pada Isnin mStar melaporkan Danish Izzudin 10 sanggup berniaga jus mangga demi me...
10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

10 Tagar Paling Popular Di Facebook Dan Instagram Sepanjang Aidilfitri Tahun Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 395 hits
Meskipun tradisi sambutan perayaan Aidilfitri kali ini terasa sedikit berbeza namun ianya tetap disambut dengan penuh keceriaan Masing masing dilihat tidak ketinggalan berkongsi pengalaman beraya dan memberi ucapan raya dengan pelbagai kete...
Penduduk Temui Rangka Manusia Di Tangki Septik Turut Ditemukan Juga Syiling Tahun 1815

Penduduk Temui Rangka Manusia Di Tangki Septik Turut Ditemukan Juga Syiling Tahun 1815

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 315 hits
Seorang warga dilaporkan telah menemukan 1 rangka manusia ketika di sebuah tangki septik di rumahnya di Kampung Cigorowong Kabupaten Bagor Jawa Barat Dia turut menemukan beberapa barangan antik yang lain bersama sama dengan rangka manusia t...
Mukhriz Hauls Anwar Irb To Court Over Rm5m Tax Assessment

Pkr Coalition Partners Should Challenge Anwar Over Najib

As Jan 6 Najib Rally Heats Up Istana Negara Issues Reminder For All To Respect Federal Constitution Law

Kelebihan Mewarna Terapi Kreatif Untuk Kepuasan Dan Kesejahteraan Emosi

Inventory And Supply Chain Matters

Benefits Of Crab Soup As High Fever Antidote

Enam Cara Untuk Mencegah Ketagihan Vape Dan Dadah Dikalangan Murid Sekolah

Hafiz Suip Biodata Kerjaya Keluarga Kes Penceraian


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Cara Membuat Origami Ddakji Permainan Tradisional Membalikkan Kad Ala Korea

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

Tiket Group Vs Fit Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Perjalanan Anda