Angkat Sumpah Mb Kali Ketiga Cerminan Kegagalan Sultan Nazrin





Istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang ketiga, sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurut baginda, istiadat kali ketiga yang mencatatkan sejarah baru itu tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini.

“Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

“Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, hari ini.



Sebelum pelantikan Saarani hari ini, Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Bersatu telah mengangkat sumpah jawatan menteri besar sebanyak dua kali, pertama pada tahun 2018 selepas PRU14 sebagai ketua kerajaan Pakatan Harapan. Dia sekali lagi pada Mac tahun ini mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua kerajaan Perikatan Nasional pula.

Ahmad Faizal digulingkan setelah gagal mendapat sokongan dalam usul undi percaya di DUN Perak minggu lalu.

Sultan Nazrin bertitah, semua Adun dipilih kerana rakyat mempercayai mereka dan meletakkan harapan bahawa mereka akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal penduduk dan membantu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmtan.

“Sama ada diwakili oleh Adun PN atau PH, sama ada orang Melayu, Orang Asli, orang Cina dan orang India, begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama.



“Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddhist, ialah makhluk ciptaan Ilahi; kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak; kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni,” titah baginda.

Sultan Nazrin dalam pada itu turut menzahirkan titah terima kasih kepada Ahmad Faizal yang telah melaksanakan tugas Menteri Besar sejak 12 Mei 2018 serta kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan atas perkhidmatan diberikan dalam tempoh perkhidmatan mereka.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/angkat-sumpah-mb-kali-ketiga-cerminan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Kali Mb Bertukar Cerminkan Kegagalan Ahli Politik Tegur Sultan Perak

3 Kali Mb Bertukar Cerminkan Kegagalan Ahli Politik Tegur Sultan Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 413 hits
Ia akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan kata Sultan Nazrin Shah
Selepas 3 Pimpinan Ph Pengerusi Umno Perak Menghadap Sultan Nazrin

Selepas 3 Pimpinan Ph Pengerusi Umno Perak Menghadap Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 495 hits
December 5 2020 12 30 PMPengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pagi ini selepas 3 pemimpin PH negeri diterima menghadap IPOH Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta u...
Pas Perak Mohon Ampun Kepada Sultan Nazrin

Pas Perak Mohon Ampun Kepada Sultan Nazrin

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 357 hits
233 total views 233 views today IPOH 11 Dis PAS Perak hari ini menzahirkan permohonan maaf dan memohon ampun kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti itu kerana tidak menghadap bagind...
Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

Sultan Nazrin Titah Parti Politik Cari Formula Terbaik Untuk Bentuk Kerajaan Perak Baharu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 386 hits
nbsp IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik untuk membentuk kerajaan negeri baharu Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata Sultan Nazrin bertitah ...
Sultan Nazrin Kuasa Penentu Masa Depan Kerajaan Negeri Perak

Sultan Nazrin Kuasa Penentu Masa Depan Kerajaan Negeri Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 423 hits
KUALA LUMPUR Tumpuan kini terarah kepada keputusan bakal dibuat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dalam undi usul percaya te...
Tidak Menghadap Sultan Nazrin Akhirnya Pas Mohon Ampun

Tidak Menghadap Sultan Nazrin Akhirnya Pas Mohon Ampun

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 466 hits
MALAYSIA DATELINEKerana tidak menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah seperti mana dititahkan pada Selasa lalu akhirnya Pas Perak meminta ampun kepada baginda Atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pas itu Pesuruhjayanya Raz...
Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov

Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 374 hits
Reedem Kali Ketiga Jawab Survey Yougov Assalamualaikum Alhamdulilah rezeki kali ketiga dapat reedem point jawab survey Yougov ni Cik Ash buat santai santai jawab survey ni kalau ada masa terluang buka dekat handphone jawab survey yang selal...
Mengikut Maklumat Presiden Pas Mohon Menghadap Sultan Nazrin Istana Belum Tetapkan Tarikh

Mengikut Maklumat Presiden Pas Mohon Menghadap Sultan Nazrin Istana Belum Tetapkan Tarikh

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 430 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memohon menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Bagaimanapun sumber yang rapat dengan istana memberitahu bahawa belum ada tarikh yang ditetapkan Semalam Hadi mengirim sepucuk surat ke istana untuk memohon men...
Sultan Nazrin A Pious Leader Need Not Give Bribes Make Threats For Support

Sultan Nazrin A Pious Leader Need Not Give Bribes Make Threats For Support

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 300 hits
Perak ruler Sultan Nazrin Shah made pointed remarks about good leadership today espousing virtues and denouncing ruling through fear or corruption In his speech during the swearing in of Umno s Kota Tampan state assemblyperson Saarani Moham...
Kahlil Gibran In The Eyes Of Ibnu Arabi

The Prophet By Kahlil Gibran

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Proton Saga Terbabas Ditemui Di Dasar Sungai

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hydrohaptics Revolutionizing User Interaction With Fluid Based Feedback

Ini Kesan Buli Di Sekolah Langkah Atasi

Heidi Moru Kita Chord

Aprilian Feat Anggrek Acok Talompek Kato Chord

Consider Flexible Work Hours During Asean Summit Private Sector Told

Malaysian Death Row Diplomacy Lacklustre Compared To Philippines Panel