Angkara Siapa


APABILA tersebarnya video Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin di dalam aksi di ranjang bersama seorang lelaki mirip menteri didakwa dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, semua tertanya-tanya siapakah yang punya angkara?
Bagi mereka yang telah melihat video berkenaan pasti sedar rakaman itu telah dirancangkan berdasarkan posisi yang dipilih dan televisyen dibuka bagi dijadikan sumber cahaya apabila lampu bilik dipadam.
Pihak yang paling disyaki memasang perangkap tersebut adalah para pemimpin pembangkang kerana motifnya sudah pastinya mahu memalukan kerajaan hari ini apabila ada dalam kalangan menteri Kabinet terlibat dengan gejala seks songsang. Lebih menyedihkan lagi ia berlaku di bulan Ramadan.
Lebih khusus ia mungkin dilakukan oleh orang UMNO kerana bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah jatuh akibat perangkap yang sama.
Bagaimanapun faedahnya juga bergantung kepada para pemimpin UMNO untuk memainkan peranan supaya memberi kelebihan kepada mereka dan menimbulkan keraguan serta menjejaskan kredibiliti kerajaan hari ini.
Namun melihat di aspek lain adalah tidak logik juga UMNO untuk menggunakan taktik tersebut kerana ia bukan waktu yang strategik kerana tiada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, kecuali pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi.
UMNO sendiri kini sedang berdepan dengan masalah untuk dan perlu memperkukuhkan parti sebelum menghadapi pilihan raya umum setidak-tidaknya empat tahun lagi. Tempoh berkenaan tidak lama dan walaupun UMNO telah berjaya menyisihkan toksik di dalam parti, tetapi mereka bakal berdepan perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin tertinggi.
Kemungkinan kedua ia dilakukan oleh pemimpin PKR yang menganggap menteri berkenaan sebagai penghalang kepada cita-cita besar mereka iaitu untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri kelapan bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk tempoh setahun lagi sebagaimana yang telah dipersetujui di dalam Pakatan Harapan.
Menteri berkenaan dikhuatiri menjadi insan terpilih bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh Dr. Mahathir.
Calon ketiga yang juga tidak harus diketepikan sebagai orang yang disyaki ialah pemimpin Bersatu yang mahu mengebom PKR yang dilihat terlalu mendesak supaya Dr. Mahathir turun dan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.
Pengeboman itu menjadikan menteri berkenaan sebagai mangsa dan orang di sekeliling sebagai korban yang tidak dapat dielakkan. Matlamatnya untuk menghancurkan PKR apabila barisan kepemimpinan yang mendokong Anwar dilihat mempunyai masalah moral yang sekali gus tidak layak untuk memimpin negara.
Bagaimanapun daripada ketiga-tiga suspek itu yang paling mendapat faedah besar adalah UMNO. Katakanlah bukan mereka yang terbabit di dalam konspirasi ini, tetapi mereka bijak menggunakan kesempatan ini ia akan tetap memberi manfaat besar kepada mereka.
Seperkara yang dilihat sangat mengejutkan adalah apabila suspek yang terlibat dalam adegan lucah itu tampil tanpa rasa malu membuat pengakuan sehingga ramai yang menganggap dia tidak langsung memikirkan soal maruah diri dan keluarga.
Jika sikap sebegini berleluasa di dalam masyarakat ia sangat membimbangkan apabila seseorang tidak lagi rasa malu dengan perbuatan tidak bermoralnya apatah lagi mereka adalah dalam kalangan pemimpin yang mempunyai pengikut serta menjadi ikutan.
Dari satu sisi lagi pihak berkuasa termasuk polis dan jabatan agama kini berdepan dengan cabaran untuk mengambil tindakan segera serta telus kerana secara terang-terangan pesalah telah mengaku perbuatannya di khalayak. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/12/angkara-siapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Angkara Orang Gaji India Keluarga Atoq Gaduh Lepas Raya

Angkara Orang Gaji India Keluarga Atoq Gaduh Lepas Raya

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 739 hits
Lepas bermaaf maafan dan makan lemang adakah keluarga ini akan terus bahagia atau berpecah belah Si bapak dah lari dengan baby pandai main masak masak ke Lebanon selepas pagi Raya Manakala si Mak dan anak lelaki sulong umrah di MekahIni sem...
Tv Plasma Rm3 999 Pecah Angkara Budak Datang Beraya

Tv Plasma Rm3 999 Pecah Angkara Budak Datang Beraya

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 356 hits
JIKA sebelum ini netizen digemparkan dengan berita seekor kucing mati dihentak oleh kanak kanak yang datang beraya kali ini TV plasma berharga RM3 999 pula menjadi mangsa Menurut TV milik saudaranya itu pecah disebabkan anak tetamunya yang ...
Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

Inilah Sebab Aku Tak Suka Budak Budak Ramai Cermin Kereta Pecah Di Raya Kedua Angkara Anak Anak Tetamu Yang Buas

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 582 hits
Inilah sebab aku tak suka budak budak ramai pastu jenis anak buas mak bapak tak reti nak jaga Main baling baling batu kena cermin kereta aku demikian luah seorang pengguna Twitter 6 Jun lalu nbsp Menurut Muhammad Fairus Abu Bakar 27 kejadia...
Guru Kaunseling Cedera Ditikam Murid Angkara Dendam

Guru Kaunseling Cedera Ditikam Murid Angkara Dendam

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 407 hits
GURU lelaki di sebuah sekolah menengah agama di Kuala Langat cedera ditikam pelajar tingkatan lima sekolah itu semalam Difahamkan mangsa yang juga guru kaunseling sekolah itu masih dirawat di Hospital Banting akibat insiden berkenaan Sumber...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization