Anggur Berharga Rm600 Sekilogram Bakal Dihasilkan Di Malaysia


Noorazura Abdul Rahman dan Noor Hidayah Tanzizi  Antara jenis anggur yang ditanam di Gurun, Kedah. - NSTP/Amran Hamid SIFAT semula jadi anggur yang hidup di negara empat musim menjadikan buah ini agak eksklusif di Malaysia yang beriklim panas.
Namun, kini sudah terbukti anggur boleh ditanam di beberapa kawasan di negara ini dengan penjagaan dan kaedah sesuai.
Ini sekali gus mampu dikomersialkan suatu hari nanti berikutan ada spesies anggur mampu dijual dengan harga RM600 sekilogram.
Perlis antara negeri yang maju dalam penanaman anggur, selain ada di Sitiawan, Perak; Sik dan Gurun, Kedah, Terengganu, Pahang dan lain-lain.
Tan Soon Huat, 58, umpamanya antara pekebun yang berjaya menanam 25 jenis anggur di Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, Kedah.
Katanya, antara anggur ditanam seluas satu hektar di kebunnya ialah dari jenis kyoho (Jepun), golden musket dan black beauty dari Israel dan sweet sapphire dari California, Amerika Syarikat.

Tan Soon Huat berjaya menanam 25 jenis anggur di kebunnya di Gurun, Kedah. - NSTP/Amran HamidKatanya, beliau yakin kualiti anggur dihasilkan itu setanding dengan di negara empat musim.
Beliau mahu menjadi orang pertama di Malaysia mengeluarkan benih anggur premium sekali gus dapat dijual dengan harga setaraf dari luar negara.
"Saya mahu pastikan anggur di sini lebih manis dan teksturnya lebih baik daripada negara asal. Kebun saya sudah mengeluarkan buah yang hampir setanding dengan negara asal.
"Anggur jenis shine musket dari Jepun kini hanya didapati di pasar raya besar di ibu negara dijual dengan harga antara RM500 hingga RM600 sekilogram (kg).
Anggur shine musket ini adalah ikon di Jepun disebabkan itu harganya begitu mahal berbanding jenis dari China, Taiwan dan Korea harganya jauh lebih murah.
"Di kebun saya ada 80 pokok anggur jenis shine muscet dan sudah empat kali dituai. Cuma saya belum jual lagi. Sebelum ini ada tanam anggur premium itu tapi semua kurang menjadi.
"Justeru, saya mahu terus buat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk pastikan anggur di sini kurang biji, buahnya manis dengan saiz serta bentuk menarik.
"Saya sudah berjaya hasilkan anggur tiada biji dan rasa manis cuma saiznya tidak sekata. Saya yakin kita mampu hasilkan kualiti setanding di Jepun," katanya.
Anggur dari Kampung Baru Padang Lembu, Gurun, Kedah. - NSTP/Amran Hamid Teknik tanaman 'tidur'
Katanya, sifat anggur sangat sensitif dengan cuaca panas dan udara lembap.
Teknik digunakan dengan memaksa tanaman 'tidur' seperti berada di tahap 'hibernasi' ketika musim sejuk dan 'dibangunkan' dengan anggapan berada pada musim bunga dan musim panas, selain disokong oleh vitamin serta formulasi baja organik.
"Tanaman ini tidak 'menyukai' hujan, jadi saya bina tempat perlindungan dan mengawal jumlah air, buat proses penipisan, pemangkasan untuk memberi ruang tanaman tumbuh.
"Buah dibungkus bagi mengelak serangan haiwan perosak dan kulat.
"Saya gunakan baja sisa pertanian, seperti sekam padi, cendawan, batang jagung dan hampas kacang soya untuk subur serta lembutkan tanah," katanya.

Siti Saloma gigih mengusahakan kebun anggur yang tumbuh subur di Sitiawan, Perak. - NSTP/Noor Hidayah Tanzizi 'Tak kenal maka tak cinta'
Bagi pasangan suami isteri, Siti Saloma Saad, 56, dan suaminya, Shuhaimi Ishak, 56, ternyata tanaman anggur bukan perkara mustahil di Malaysia.
Berkat kegigihannya, sehingga ini sebanyak 500 pokok anggur daripada lebih 20 spesies sudah ditanam di kebunnya, di Kampung Darat Jelutong, Sitiawan, Perak, sejak 2016.
Siti Saloma berkata, kebun seluas 0.4 hektar ditanam di 21 rumah hijau dinamakan Saloma Vineyard & Nursery ini selepas mendapat idea melihat buah itu hidup subur di Afrika Selatan meskipun cuaca panas, ketika suaminya bertugas di negara itu.
Pokok anggur boleh hidup subur di sini dengan pemilihan jenis yang tahan hujan lebat dan cuaca lembap serta panas.
"Saya bermula lima pokok ditanam di pondok hadapan rumah dan subur menjalar ketika menetap di Alor Setar, Kedah.
"Selepas berhenti kerja dan berpindah ke Sitiawan kemudian memulakan tanaman di situ.
"Saya lihat hasil buah lebih banyak dan manis hingga mencecah bacaan 26 brix berbanding hanya 18 hingga 20 brix pada musim biasa," katanya.
Anggur jenis alphonso lavelle dan long white malaga paling manis ketika musim kemarau.
Guna baja organik
Jika di luar negara, berbuah pada musim panas, tetapi di Malaysia sepanjang tahun kerana cuaca musim panas bermula Februari hingga Mei berbanding musim hujan.

Antara proses untuk mendapatkan keratan pokok anggur ditanam di Vineyard & Nusery, Sitiawan, Perak. - NSTP/Noor Hidayah Tanzizi"Pada musim hujan sistem pembajaan diubah untuk mendapatkan buah yang manis dan seminggu sebelum menuai hentikan siraman.
"Kami potong pucuk supaya pengeluaran sentiasa ada dan berperingkat. Jadi pengunjung boleh melihat pokok, bunga, putik buah, pertukaran warna buah dan boleh terus memetik anggur," katanya.
Jerami digunakan menutupi tanah bagi menjaga akar pokok daripada panahan matahari melampau.
"Kita guna baja organik, elak tanah panas dan rumput tumbuh banyak, selain letak serkam bakar," katanya.
Pengeluaran buah semusim sebanyak 80 kg untuk satu bahagian daripada 10 rumah hijau dengan semua jenis anggur dijual pada harga RM30 sekilogram, kecuali shine muscat, iaitu RM50 sekilogram.
Antara jenis anggur ditanam Siti Saloma. - NSTP/Noor Hidayah Tanzizi"Shine muscat sudah dua kali mengeluarkan hasil. Kelebihan buahnya lebih manis berbanding lain, mempunyai tesktur lebih sedap, rangup dan isi lebih penuh dan pejal, selain mempunyai aroma tersendiri.
"Setiap anggur ada aroman tersendiri seperti kardinal beraroma ros, black opal (delima) dan black queen (pisang), tetapi hanya aroma saja dan rasanya tetap buah anggur," katanya.
Kutip buah sambil bersampan
Cabaran utama dari segi kesesuaian cuaca dan memerlukan sistem penanaman, penjagaan, racun dan pengeluaran hasil yang betul sebelum dituai pada musim kemarau.
Beliau juga mengusahakan nurseri tanaman pokok dan bunga, selain menjual keratan pokok, anak pokok anggur, baja dan teh daun anggur serta buah tin.
Ramai pelancong dalam dan luar negara termasuk dari Jordan dan Jerman berkunjung ke kebunnya.
Ketika ini sedang membuat batas dan rumah hijau untuk ladang anggur baharu berskala lebih besar di Ulu Dedap yang mampu menempatkan lebih 2,000 pokok.
Beliau akan gunakan konsep ladang anggur terapung dengan membuat satu parit untuk dua batas bagi memberi peluang pengunjung memetik buah menggunakan sampan.
Ia dijangka beroperasi hujung tahun ini dan pengunjung boleh memetik buahnya nanti.

Buah anggur yang sedia dipetik. - NSTP/Noor Hidayah Tanzizi Info
Antara jenis anggur ditanam:
• Shine muscet dan kyoho dari Jepun
• Golden muscet dan black beauty dari Israel
• Sweet Sapphire dari California, Amerika Syarikat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/anggur-berharga-rm600-sekilogram-bakal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Huawei Bakal Menawarkan Desktop Huawei Matestation S Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Bakal Menawarkan Desktop Huawei Matestation S Di Malaysia Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 476 hits
Huawei Malaysia kini mengacah pengenalan komputer desktop mereka untuk pasaran tempatan iaitu Huawei MateStation S Untuk makluman ia merupakan komputer desktop Huawei MateStation S ini hadir dengan cip AMD Ryzen 5 4600G selain pada masa yan...
Huawei Matepad 10 4 Dengan Cip Kirin 820 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Matepad 10 4 Dengan Cip Kirin 820 Bakal Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 242 hits
Huawei Malaysia dilihat bakal memperluaskan lagi penawaran tablet keluaran meraka untuk pengguna di Malaysia Model yang bakal diperkenalkan kelak adalah Huawei MatePad 10 4 dan ianya dikatakan hadir dengan sejumlah penambahbaikan lebih mena...
Hiburan Lebih Dekat Di Hati Netizen Teruja Jejak Rasul Kali Ini Bakal Papar Pelbagai Kisah Di Malaysia

Hiburan Lebih Dekat Di Hati Netizen Teruja Jejak Rasul Kali Ini Bakal Papar Pelbagai Kisah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 327 hits
Menjelang bulan Ramadan ini sudah pastinya ramai yang ternanti nanti rancangan kegemaran ramai iaitu Jejak Rasul kan Mesti ada yang berfikiran bahawa mungkin rancangan tersebut hanya akan mengulang tayang musim musim lalu memandangkan kita ...
Anak Pelakon Amyza Aznan Bakal Superstar Malaysia Vokal Level Mariah Carey

Anak Pelakon Amyza Aznan Bakal Superstar Malaysia Vokal Level Mariah Carey

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 233 hits
GALAKSI VIRAL Anak pelakon popular Malaysia Amyza Aznan yang bernama Adrian dikatakan bakal menjadi The Next Superstar Malaysia oleh ramai peminat hiburan tempatan baru baru ini Ini adalah disebabkan kejutan kemampuan luar biasa Adrian yang...
Netflix Kekal No 1 Di Pasaran Malaysia Hbo Go Prime Video Bakal Jadi Pencabar

Netflix Kekal No 1 Di Pasaran Malaysia Hbo Go Prime Video Bakal Jadi Pencabar

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 237 hits
Semenjak bermulanya pandemik pengguna semakin beralih ke perkhidmatan streaming dan video on demand sebagai alternatif hiburan selain panggung wayang Justeru itu bilangan pengguna perkhidmatan streaming semakin meningkat pada tahun lalu Men...
Three Malaysians Recognised For Strengthening Collaborative Ties Between The Uk And Malaysia

Three Malaysians Recognised For Strengthening Collaborative Ties Between The Uk And Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 402 hits
The British Council yesterday announced the recipients of the Study UK Alumni Awards 2021 in Malaysia at a virtual awarding ceremony in Kuala Lumpur In total eight UK alumni in Malaysia were recognised for their outstanding achievements as ...
Ilo Places Malaysia In Serious Failure Group For Not Submitting Reports

Ilo Places Malaysia In Serious Failure Group For Not Submitting Reports

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 251 hits
Screenshot of the ILO report The UN body says the constitutional obligation of member states to submit reports is of the highest importance PETALING JAYA The International Labour Organization has placed Malaysia among dozens of countries in...
Pas Sambut Baik Saranan Muhyiddin Pn Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Pas Sambut Baik Saranan Muhyiddin Pn Suatu Tawaran Baharu Buat Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR PAS menyambut baik saranan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional adalah suatu tawaran baharu kepada rakyat Malaysia demi memastikan kebajikan rakyat terjamin mewujudkan kestabilan politik kemakmuran...
Vesbo Malaysia Dinobatkan Jenama Sarapan Terbaik Asia Oleh Luxlife London

Vesbo Malaysia Dinobatkan Jenama Sarapan Terbaik Asia Oleh Luxlife London

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 259 hits
Bubur Sarang Burung Segera Vesbo keluaran Malaysia baru baru ini dipilih sebagai Pemenang Jenama Makanan Sarapan Sihat yang Terbaik di Asia oleh LuxLife Magazine Bubur segera yang dirumus khas dari sarang burung walit mengandungi sumber pro...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024