Angan Angan Pn Makin Tak Kesampaian



Penubuhan Syarikat SG4 Group Sdn. Bhd. hanya berstatus ‘syarikat bernilai RM2’ tanpa apa-apa kepakaran dan pengalaman mengurus keuntungan daripada operasi ekonomi sejak dilancar pada 2 September lalu.
MINDA PENGARANG, 18 Dis – Manusia sememangnya tidak salah malah dikatakan boleh saja bermimpi di siang hari atas apa sahaja hasrat atau matlamat lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal politik dan negara.
Angan-angan Perikatan Nasional (PN) seperti kita semua sedia maklum berhasrat untuk merampas Putrajaya dari tangan Kerajaan Perpaduan dengan membawa Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat utama dalam strategi mereka memang tidak salah sama sekali.
Namun mereka terlupa yang langkah ini menimbulkan keraguan banyak pihak, terutama apabila merujuk kepada sejarah pemerintahan Dr Mahathir yang dipandang gagal dalam aspek pembangunan ekonomi orang Melayu sejak era 1981 hingga 2003 dan pada 2018 hingga 2020.

Sebagai Perdana Menteri selama lebih dua dekad, Dr Mahathir memimpin negara melalui beberapa fasa ekonomi yang penting, namun pembangunan ekonomi untuk kaum Melayu dan masyarakat Bumiputera secara keseluruhannya banyak dipersoalkan.
Tanpa menafikan sumbangan panjang semasa pemerintahan beliau termasuk memperkenalkan pelbagai dasar, termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu, namun, pelaksanaan dasar tersebut seringkali didakwa tidak mencapai matlamatnya sepenuhnya.
Walaupun wujud kemajuan dalam beberapa sektor, golongan Melayu masih berada dalam kedudukan ekonomi yang jauh tertinggal berbanding kaum-kaum lain. Banyak pengkritik berpendapat bahawa dasar tersebut gagal memberi kesan jangka panjang yang dapat memperkukuh kedudukan ekonomi Melayu secara holistik.

Bahkan, ramai yang melihat Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin yang lebih memberi tumpuan kepada pembangunan industri besar dan projek-projek mega berbanding memperkasakan ekonomi masyarakat akar umbi.
Itu belum lagi dikira dasar penswastaan negara yang amt merugikan rakyat dalam jangka masa panjang terutamanya melibatkan sektor penting seperti tenaga, lebuh raya bertol dan pengangkutan.
Menambahkan lagi persoalan ialah kerapuhan sistem ekonomi yang wujud semasa beliau berkuasa, yang turut dipengaruhi oleh faktor ketidakstabilan politik dan ekonomi global.

Dalam konteks ini, meletakkan Dr Mahathir sebagai penasihat kepada PN boleh dilihat sebagai langkah yang bercanggah dan ke belakang dengan matlamat parti itu kononnya mahu menawarkan perubahan dan pembaharuan tetapi tidak akan berjaya.
Kebergantungan kepada tokoh berusia hampir 100 tahun yang telah berulang kali gagal membawa perubahan ekonomi yang berkesan kepada orang Melayu menimbulkan keraguan terhadap komitmen sebenar PN dalam memperbaiki nasib golongan tersebut.
Sementara itu, Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengorak langkah menegaskan komitmen mereka untuk memperkasa ekonomi rakyat Malaysia secara keseluruhannya menerusi penekanan kepada keadilan sosial dan pembangunan inklusif.
Kerangka Ekonomi MADANI membolehkan dasar pengagihan kekayaan lebih saksama dilaksanakan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jauh lebih baik berbanding penubuhan SG4 yang tiada arah tuju sehingga kini.Kerangka Ekonomi MADANI yang diluncur pada Julai tahun lalu sudah jelas tidak dapat ditiru atau diaplikasikan pembangkang dengan buktinya tiada satu pun Belanjawan Alternatif ditawarkan kepada rakyat sejak 2023.
Dalam hal ini, pendekatan PN yang berteraskan kepemimpinan Dr Mahathir dilihat sebagai langkah mundur, yang mungkin hanya akan memperburuk keadaan ekonomi, terutamanya bagi orang Melayu sendiri.
Lihat sahaja apa yang terjadi dengan Syarikat State Goverment (SG4) Group Sdn Bhd kononnya mahu menyaingi kerangka Ekonomi MADANI, namun sehingga kini syarikat kononnya memiliki pegangan sama rata 25 peratus di kalangan empat negeri pembangkang umpama hidup segan, mati tak mahu.

Dengan asas kononnya mahu memberi kekayaan sama rata kepada semua negeri dan membantu Perlis yang jauh ketinggalan, isu utama yang tidak dapat dirungkai adalah apakah Terengganu yang awal-awal lagi berkata hasil negeri tidak termasuk dalam keuntungan syarikat itu, jadi dari mana datangnya untung untuk diagihkan kepada negeri lain?
Bagaimana pula dengan kedudukan syarikat di Kelantan yang tidak banyak beza dengan syarikat di Perlis dari segi pertumbuhan ekonomi negeri? Adakah syarikat itu berdaya maju apabila hanya ekonomi di Kedah dan Terengganu sahaja yang menyumbang kepada keuntungan syarikat itu?
Mahathir terlupa pengagihan kekayaan kepada negeri-negeri dalam SG4 tidak sama pendekatannya dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang lebih bersifat inklusif termasuk memberi kelonggaran kepada PETROS di Sarawak mengurus hasil gas di negeri itu dari tangan PETRONAS.
Lalu apa yang boleh diharapkan daripada pemimpin yang telah gagal malah hilang wang deposit semasa bertanding pada PRU-15 di Langkawi tapi tiba-tiba mahu menjadi ‘jaguh orang Melayu’?






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/angan-angan-pn-makin-tak-kesampaian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makin Kita Berumur

Makin Kita Berumur

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 131 hits
MAKIN KITA BERUMUR Ust Shamsuri Hj Ahmad1 Makin kita berumur solat kita tak boleh lewat 2 Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah 3 Makin kita berumur solat kita kena lebih solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yg sebe...
Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari Ai Generatif Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 13/12/2024 - jumlah : 164 hits
Coursera salah satu platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia melaporkan kenaikan luar biasa dalam minat rakyat Malaysia terhadap kursus AI generatif pada tahun 2024 Dengan lebih 862 000 pengguna berdaftar Malaysia menyaksikan ke...
Makin Mengarut Netizen Meluat Dengan Konten Fattah Amin Pujuklah Fazura

Makin Mengarut Netizen Meluat Dengan Konten Fattah Amin Pujuklah Fazura

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 236 hits
Nampak gayanya netizen meluat dengan konten yang dimuat naik duda sensasi yang juga pelakon Fattah Amin yang sebelum ini menerima banyak pujian di media sosial Terbaharu konten yang dimuat naik bekas suami kepada aktres jelita Fazura telah ...
Ipank Rindu Tak Kesampaian Chord

Ipank Rindu Tak Kesampaian Chord

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 135 hits
E A B E C m F m B E B E A Mengapakah hati gelisah B E Jika rindu tak kesampaian C m F m Niat hati ingin bersama B E Apa daya aku tak kuasa E A Apa benar cinta itu buta B E Tak melihat apa yang kurasa C m F m Kasih sayang yang kuberikan B E ...
Zahnita Terima Tempahan 3 000 Pai Bisnes Pai Home Made Makin Dapat Perhatian

Zahnita Terima Tempahan 3 000 Pai Bisnes Pai Home Made Makin Dapat Perhatian

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 117 hits
Nampaknya banyak syarikat penerbangan murah berebut rebut menarik perhatian pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka Kadang harga ditawarkan nampak seperti tak masuk akal tetapi bagi pelanggan memang sukalah sebab dapat terbang ke de...
Drama Melayu Makin Best Diminati

Drama Melayu Makin Best Diminati

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 379 hits
Sebagai peminat drama melayu saya suka tengok orang ramai beri ulasan terhadap drama drama melayu Kalau dalam LelakiItu banyak disentuh dan dibincangkan bab munahakat tanggungjawab dan keturunan Dalam Khunsa diperbincangkan bab biologi dan ...
Tular Senarai Nama Mangsa Scam Amp Berhutang Lebih Rm350k Makin Ramai Tampil Dedah Penipuan Kim Seri

Tular Senarai Nama Mangsa Scam Amp Berhutang Lebih Rm350k Makin Ramai Tampil Dedah Penipuan Kim Seri

papar berkaitan - pada 16/12/2024 - jumlah : 216 hits
Nama pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea dikenali sebagai Kim Seri sekali lagi menjadi tular gara gara didakwa menipu pelancong yang menggunakan khidmatnya untuk bercuti di negara itu Bermacam cerita dikongsikan oleh individu ya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi