Aneka Resepi Masakan Ikan





ANEKA RESEPI MASAKAN IKAN
Sekarang ni rasa macam nak start pantang makan ayam je.. sebab TB kan ada psoriasis/kulit sensitif.. so.. kena pantang makan benda-benda yang gatal.. hemm.. tapi masakan ikan ni tak berapa banyak.. so TB mati kutu nak masak apa.. tiba-tiba jumpa lak se bundle resepi ni.. so, TB share kat blog dululah.. ada yang TB memang selalu masak resepi tu.. ada yang baru hari ni tahu..contohnya ikan masak paprik tu.. 1st time dengar tau.. kalau hubby teman tengok teman masak yang ni mesti dia akan kata PELIK.. huhu.. hubby teman ni jenis yang tak suka makan pelik-pelik.. so, TB makan sorang ajelah nanti kalau masak yang paprik ikan tu.. hehehehe.. 




IKAN KEMBUNG BAKAR CIK ANA (Puan Ana Mariana Ismail)
Bahan:7 ekor ikan kembung dibersihkancili blend1biji bwg besar*4-5 ulas bwg putih*1inc halia1btg seraimadugaramgulaserbuk kunyitminyak zaitun (minyak masak pun boleh)
Cara:1. Tumbuk semua bahan * hingga lumat
2. Lumur pada ikan dan masukkan cili blend, madu. minyak zaitun, garam, gula secukup rasa
3. Gaulkan rata pada ikan dan perap 30 minit
4. Gunakan daun pisang sebagai alas dan bakar di atas magik pan
5. Setelah masak sebelah, alihkan ikan bahagian sebelah lagi ye
6. Dah siap. Angkat dan hidang dengan nasi panas



PAPRIK IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:10 ekor ikan kembong size kecil - dibersihkan, dikelar 3, digaul dengan garam dan perasa serta digoreng hingga garing, disusun diatas pinggan dan diketepikan4 biji bawang besar - dihiris halus4 ulas bawang putih - dicincang halus3 keping hirisan halia - dihiris halus2 batang serai - dihiris halus4 helai daun limau purut - dihiris halus2 sudu makan pes cili maepranomSedikit air jika perlu - 3 sudu makanGaram secukup rasaGula secukup rasaMinyak untuk menggoreng dan menumisSedikit bahan perasa
Cara:1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar hingga kekuningan dan layu
2. Masukkan serai, halia, dan pes maepranom, kacau hingga sebati dan naik bau
3. Masukkan sedikit air, garam, gula, perasa dan daun limau purut. Kacau hingga sebati
4. Angkat dan tuangkan ke atas ikan kembong goreng yang telah tersedia didalam pinggan
5. Hiaskan dengan daun kemangi, sedia untuk dihidang




SINGGANG PEDAS IKAN KEMBUNG (oleh : Che' Nom)

Masa:Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit Jumlah Hidangan : 4 orang

Bahan-Bahan:4 ekor ikan kembung2 keping asam gelugor1 batang serai, dititikdaun kesum1 inci lengkuas, hiris nipisgaram dan gula secukup rasaBahan kisar halus:3 biji cili merah3-4 biji cili padi1 inci halia1 inci kunyit hidupsecubit belacan
Cara Penyediaan:Rebus air bersama bahan kisar sehingga mendidih. Biarkan mendidih seketika
Masukkan serai, lengkuas, asam gelugor, ikan kembung dan daun kesum
Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Jangan kacau kerana ikan mudah hancur. Apabila ikan sudah masak, angkat dan hidang bersama nasi panas



IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU (Qaseh Asmida)

Bahan2 :Ikan kembung - goreng garam kunyitCili padi3 ulas bawang putih2 biji bawang besar1 inci haliaAir asam jawa4 sudu besar taucuMinyak utk menumisGaram gula
Cara-cara :Goreng ikan. Tumis bawang besar, bwang putih, halia hingga kekuningan. Masukkan cili padi, taucu n air asam jawa
Masukkan ikan, garam, gula. Biar seketika.



ASAM REBUS IKAN KEMBUNG(cik ta abd razak)
Bahan2 :Ikan kembung @ sardin.. 5@6 ekor.
Serai sebatang..ketukAsam keping 4@5 kpgKacang bendiBunga kantan Daun kesumGaramSedikit serbuk perasa(ajinomoto)
Bahan Kisar :Cili kering (lebih kurang 7..8 tangkai... Rebus dulu baru kisar)Bwg besar sebijiSedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit.
Belacan 1/2 inci
Cara2 :Rebus bahan kisar dgn air... Masukkan serai.. asam keping...separuh masak masukkan ikan... Apabila mendidih... Masukkan kacang bendi...bunga kantan dan daun kesum.
Akhir sekali letak garam & sedikit serbuk perasa...
Klu kurang masam boleh tambah asam keping @ buah tomato..
Selamat mencuba..😃


RESEPI IKAN KEMBUNG KUKUS AIR ASAM PEDAS
Bahan :Ikan apa2 yg disukai - lumur ngan sedikit garam kemudian kukus sampai masakAsam jawaAir masakBwg besar,tomato potong daduCili api hiris kecik2Garam*Nak tambah belacan pun takpe
Cara :Campurkan semua bhn ni dlm mangkuk. Gaul2. Kuah jgn cair sgt. Pekat2 sikit baru ummpppp...
Pastu curahkan aje air asam ni atas ikan yg dah siap kukus td tu
Selamat mencuba


IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG (Nor Fahana)
Bahan :2 ekor ikan kembung2 batang serai (dititik)1 biji bawang besar*3 ulas bawang kecil*2 ulas bawang putih*1 inci kunyit hidup*sedikit halia*sedikit air asam jawa1 biji tomato (dibelah 4)garam secukup rasaair secukupnya
Cara :1. Blendkan bahan yang bertanda *. MasukkanBahan yang dikisar, serai, air asam jawa serta air secukupnya ke dalam periuk
2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam. Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api masukkan buah tomato
3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk dihidangkan





IKAN KEMBUNG SUMBAT(Siti Rohanis Mohamad Roze)_
BAHAN-BAHAN:(2 ekor ikan kembung saiz besar)Ikan kembung/cencaru/terubuk/tilapia or ikan-ikan lain yg bersesuaian-letak garam kunyitikan belah belakang senang nak sumbat kelapaDaun kunyit
BlenderSegenggam kelapa parut yg putihSebatang serai(potong)2 ulas bawang merah1@2 biji cili merahSedikit jintan besar (rujuk gambar)Sedikit garamSedikit gulaSedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
Selepas blender gaul rata, rasa secukup rasa dan sumbat dalam ikan tadi..kalau di kampung bakar guna sabut letak dlm jaring bakar ikan..ni duk pekan saya balut dengan daun kunyit tak nak bagi kelapa kuar (ikan dgn benang pun boleh ye 😊). Saya bakar guna periuk ajaib..alhamdullilah..simple dan senang resepinya..



PAIS IKAN KEMBUNG (Cik Cikputeh Puteh)
Bahan3 ekor ikan kembung4 tangkai lada besar merah3 ulas bawang merah1 biji bawang besar2 ulas bawang putihhalia dan kunyit hidup3 batang serai 3 sudu santan kotakSedikit air asam jawaGaram secukupnya3 helai daun limau purut hiris halussedikit serbuk lada
Carakisar kesemua bahan
gaulkan bahan-bahan tadi bersama air asam jawa dan garam,letak sedikit pati ayam
masukkan ikan kembung dan gaul sebati
sediakan daun pisang,susun ikan dan bungkus,pin kan kiri dan kanan menggunakan lidi
panggang atas api sehingga masak



RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA
Tak mampu beli siakap, ikan kembung pon boleh buat 3 rasa. SEDAPPP... boleh try

Bahan-bahan:Ikan kembung 4 ekor2 biji bawang putih - dicincang halus5 biji bawang merah - dicincang halus8 biji cili merah - dicincang halus (kalau suka pedas boleh gandakan cili ataupun guna cili api)2 biji tomato - dipotong dadu2 kerat nenas - di potong dadu2 sudu cili boh3 sudu sos tiram2 sudu sos ikanSedikit daun ketumbar1 sudu besar tepung jagungserbuk kunyitgaramgulaserbuk perasaMinyak
Cara:Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit, cili boh & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih yg dicincang & goreng sehingga separuh kekuningan. Kemudian masukkan bawang merah & goreng lagi sehingga naik bau. Masukkan lada merah yg telah dicincang tadi & goreng seketika. Kemudian, masukkan pula nenas. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, gula, garam, bahan perasa & tepung jagung yg telah dibancuh dgn air. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar



IKAN KEMBUNG PERCIK KELANTANOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak1/2 keping asam keping1 sudu besar gula - kena ada rasa manis1 sudu kecil garam1 batang serai diketuk - tak letak
Bahan tumbuk:1/2 sudu besar cili kisar6-8 ulas bawang merah - kena lebih 2 hiris nipis halia
Cara cara:Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus

Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api

Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat



IKAN KEMBUNG MASAK LEMAK CILI API
Bahan-Bahan :5 ekor ikan kembung yang segar sederhana besar3 biji bawang besar2 helai daun kunyit2 keping asam keping/asam gelugor3 cawan santan pekatgaram secukupnya
Bahan-Bahan Untuk Ditumbuk :
2 inci kunyit hidup2 batang serai diketuk15 biji cili api2 inci lengkuas
Cara-Cara :1Bawang besar,kunyit hidup,serai,lengkuas dikisar hingga lumat.
2Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam santan bersama ikan kembung.
3Gaul sehingga mendidih secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur.
4Masukkan asam keping/asam gelugor serta daun kunyit yang telah disiat.
5Gaul rata hingga mendidih.
6Setelah masak..siap untuk dihidang.



IKAN GORENG MASAK KICAP PEDAS (buatwanita.blogspot)
Bahan-Bahan;- 3 Ekor Ikan (Digoreng)- 2 Sudu Besar Kicap Manis- 1 Sudu Besar Kicap Pekat- 2 Sudu Besar Sos Cili- 2 Sudu Besar Cili Bawang Blend- 1 Ulas Bawang Putih (Dihiris)- 1 Biji Bawang Kecil (Dihiris)- 1/2 Biji Bawang Holland (Dihiris)- Sehiris Halia- Sedikit Serbuk Kunyit- Sedikit Serbuk Lada Hitam- 6 Batang Cili Pedas- Minyak Masak- Sedikit Air- Garam Secukupnya
Cara-Cara;1. Ikan diperap bersama kunyit dan garam kemudian goreng garing
2. Panaskan minyak dalam kuali yang lain dan tumis cili bawang blend
3. Masukkan semua bawang, halia dan cili tumis lagi hingga naik bau
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan sos cili kemudian kacau rata
5. Masukkan serbuk kunyit serta serbuk lada hitam dan kacau lagi
6. Masukkan sedikit air dan garam kemudian masak hingga mendidih
7. Last sekali, masukkan ikan goreng dan gaul sebati



KERABU IKAN KEMBUNG THAI STYLE (maklongskitchen.wordpress)
Bahannya:2 ekor ikan kembong yang telah dimasak diambil isinya sahaja dan disiat-siat1 biji bawang besar dihiris nipis dan dileraikan1 biji tomato dihiris nipis1 batang serai dihiris nipis bulat-bulat2 pokok daun ketumbar dimayang halussedikit parutan kulit lemon
Untuk sosnya:5 biji cili padi dicincang halus atau ditumbuk1 sudu sos ikan1 sudu besar jus lemon2 sudu minyak zaitun1 sdk minyak bijan
Masukkan kesemuanya bahan kecuali bahan sos kedalam sebuah mangkuk dan gaulkan rata. Campurkan kesemua bahan sos kedalam mangkuk kecil dan pukul hingga sebati. Rasa terlebih dahulu. Tambahkan sos ikan atau jus lemon sekiranya perlu. Curahkan sos kedalam mangkuk besar tadi dan gaulkan sehingga rata




KARI IKAN TERMENUNG/ IKAN KEMBUNG (resepicikguani.blogspot)
Bahan-bahannya:10 ekor ikan termenung2 peket kecil serbuk kari ikan - campur sedikit air untuk dijadikan paste1/2 sudu makan asam jawa + 2 mangkuk air3 pelepah daun kari2 biji cili hijau - dipotong 1 inci2 sudu teh halba campur7 biji kacang bendi2 biji tomato - dibelah 21 cawan santan
Bahan tumbuk/ hiris halus:1 inci halia3 ulas bawang putih1 biji bawang besar
Cara-caranya:Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan halba campur hingga bangkit bau
Masukkan paste kari, daun kari dan cili hijau. Tumis hingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan santan. Biarkan mendidih
Masukkan ikan, garam dan sedikit perasa. Biarkan mendidih
Masukkan kacang bendi dan tomato. Biarkan hingga kacang bendi empuk
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan



IKAN KEMBUNG SAMBAL CEKUR (yayansmum.com)
Bahan-bahan :2 ekor Ikan Kembung (disiang dan dilumurkan serbuk kunyit)3 biji Bawang Merah *3-4 biji cekur bersaiz sederhana *5-6 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yg korang nak) *Daun Cekur2 sudu makan santan (YM guna yg kotak je)1 limau purut / air asam jawa pun boleh ajeegaram & gula secukup rasa
Penyediaan :Panaskan kuali,letak minyak masak & goreng Ikan Kembung sehingga agak garing,tp jgn over garing pulak,hehe.Then,ketepikan
Kisar bahan yang bertanda *Panaskan kuali,masukkan minyak dan bila dah panas,masukkan bahan kisar dan kacau.Bila dah pecah minyak, masukkn santan dan kacau lagi.Then,masukkn air limau purut /air asam jawa + garam & gula.Owh ya,hiriskan halus-halus sedikit daun kecur dan masukkn ke dalam kuah.Kacau,then boleh la tutup api
Tuang kuah ke atas ikan goreng.Hiaskn dengan daun Cekur
Senang kan?simple je.Try la!for those yang minat dengan bau cekur ni,mmg best la.Mcm YM ni mmg suka sangat ngan Cekur.Haha.Tapi tu la,susah juga nak dapat Cekur nieh




ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG 
Bahan-bahan Beberapa ekor ikan kembung - (bersihkan boleh pilih nak potong 2 atau tidak)10 batang bendi2 batang serai - dititik1/2 cawan air asam jawa atau 1 keping asam keping1 cekak daun kesumMinyak untuk menumisGaram secukup rasa1 kuntum bunga kantan - kalau tak ada pun tak apaAir secukupnya
Bahan Kisar8 ulas bawang merah18 tangkai cili kering4 ulas bawang putih3 batang cili merah1 inci belacan
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung
Langkah 1 Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi. Tumis sehingga terbit minyak dan harum.

Langkah 2 Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih. Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam.

Langkah 3 Masukkan ikan dan biarkan merenih dan empuk. Masukkan bendi dan bunga kantan. Bila bendi dah hancur atau lebur, ikan kembung asam pedas siap untuk dihidangkan.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.tengkubutang.com/2019/05/aneka-resepi-masakan-ikan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SharingMyCeritera+%28Sharing+My+Ceritera%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Yang Di Cari Terung Bakar Berinti Sambal Belacan Dan Ikan

Resepi Yang Di Cari Terung Bakar Berinti Sambal Belacan Dan Ikan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1624 hits
Nak share resepi punah diet ni resepi paliiinng senang TERUNG BAKAR INTI SAMBAL BELACAN IKAN
Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 687 hits
Hari ni mama nak kongsikan Resepi Ikan Kerisi Goreng Sambal yang mama buat berbuka beberapa hari lepas Mama buat style kering macam di Restoran Selera Kampung yang mama suka tu Sedap bila makan dengan nasi panas you Jom lah tengok resepi Mu...
Resepi Sambal Belacan Isi Ikan

Resepi Sambal Belacan Isi Ikan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 946 hits
RESEPI SAMBAL BELACAN ISI IKANSeronok buat sambal belacan isi ikan untuk kawan2 di tempat kerja Masing2 bawa menu satu mata Mmm pedas2 nak lagi
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 551 hits
Resepi Ikan Masak Asam Pedas Mudah Tentu ramai yang suka makan asam pedas kan Mama dari kecil sampai sekarang memang suka asam pedas Kalau arwah mak masak asa pedas kuahnya agak cair sebab arwah ayah tak suka pekat sangat Sebab tu dari dulu...
Resepi Ikan Siakap Nyonya Rugi Tak Cuba

Resepi Ikan Siakap Nyonya Rugi Tak Cuba

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 438 hits
Credit allrecipes com Tinggal kurang dari dua minggu lagi sebelum menjelangnya hari yang cukup ditunggu tunggu oleh umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri Sebelum anda bayangkan juadah hari Lebaran yang bakal mendatang apa kata anda penuhi b...
Maksud Sukatan Sudu Dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan

Maksud Sukatan Sudu Dan Sukatan Cawan Dalam Resepi Masakan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 4878 hits
Original Content Seringkali kita terjumpa singkatan seperti tbsp dan tsp dalam kebanyakan resepi masakan Apakah yang dimaksudkan dengan sukatan sudu tbsp dan tsp ini Jom kita lihat nota ringkas di bawah Harap selepas ini masakan anda akan l...
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 1175 hits
Resepi Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Nenas Dan Terung Sejak berkahwin dengan orang Pantai Timur ni secara tak langsung daku dah mula kena masak resepi ikan tongkol Kenapa Sebabnya orang pantai timur memang suka kari ikan tongkol Kat sin...
Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 939 hits
Resepi Ikan Siakap Tiga RasaDah bulan puasa ni aku nak share pula memang sedap makan masa nak berbuka puasa tu kan hehe Tulisan dalam gambar di atas tu agak kecil jadi korang boleh besarkan lagi gambar di atas tu kalau nak tengok resepi leb...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon