Anehnya Politik Dr Mahathir


PENGUMUMAN Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan parti baharu mungkin aneh kepada rakyat yang percaya kepada naratif politik umum sejak 2015 bahawa beliau mahu menyelamatkan negara ini dari kleptokrasi.
Namun mereka yang mengenali riwayat politik Dr Mahathir dari awal sangat sinis dengan ceritera beliau mahu menyelamatkan negara daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyelesaikan skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas PRU14, Najib hilang kuasa, ditangkap dan didakwa di mahkamah maka, rakyat biasa menyangka perjuangan Dr Mahathir telah berakhir dan beliau akan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei 2020 yang lalu. Sekali lagi mereka yang memahami politik Dr Mahathir percaya beliau tidak akan semudah itu melepaskan kuasa, apatah lagi kepada seteru utama politiknya, Anwar.
Dalam masa 22 bulan pemerintahannya, Dr Mahathir beberapa kali memberi isyarat kepada orang sekelilingnya bahawa beliau tidak bersedia menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar.
Lalu ‘orang-orang’ yang rapat dengan Dr Mahathir memulakan gerakan untuk memastikan Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri. Semuanya sudah tersusun sehingga terbentangnya permaidani merah menuju Sheraton.
Langkah Sheraton yang sepatutnya menjadi pentas perubahan kerajaan tanpa DAP dan Anwar hilang arah apabila Dr Mahathir tidak hadir.
Dr Mahathir beranggapan beliau akan berupaya menubuhkan kerajaan baharu tanpa Anwar, Najib, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sebahagian pemimpin UMNO yang beliau tidak suka.
Beliau merasakan apabila meletak jawatan maka berbondong-bondong ahli Parlimen Melayu akan merayu kepada beliau agar kembali menjadi Perdana Menteri. Beliau mahu mematikan demokrasi dengan menubuhkan kerajaan semua parti termasuk DAP.
Malangnya itu tidak berlaku. Majoriti ahli Parlimen menolak Dr Mahathir. Beliau hanya menerima tidak sampai sepertiga sokongan. Sebaliknya, kumpulan besar ahli Parlimen terpecah kepada dua pendapat. Sebahagian mahu pembubaran Parlimen, sebahagian lagi mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri.
Ketiadaan majoriti mudah menyebabkan perundingan berlaku lagi. Akhirnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri setelah mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
Dr Mahathir tidak berpuas hati walaupun yang dilantik adalah rakan seperjuangannya yang mengorbankan wang ringgit, tenaga dan tempat dalam UMNO kerana menyokong beliau sepanjang lima tahun lepas.
Dr Mahathir mendakwa kerajaan baharu yang diberi nama Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin berkompromi dengan perasuah dan kleptokrat.
Kebanyakan orang tidak faham mengapa Dr Mahathir mahu marah kerana Muhyiddin tidak pun melantik Najib dengan apa-apa jawatan.
Malahan Muhyiddin tidak pun membebaskan Najib seperti mana kerajaan pimpinan Dr Mahathir membebaskan Lim Guan Eng daripada perbicaraan rasuah dan melantiknya sebagai Menteri Kewangan.
Bersangka baik, Dr Mahathir paranoid dan merasakan Muhyiddin akan menyelamatkan Najib seperti mana Dr Mahathir bantu Guan Eng melepaskan daripada pertuduhan.
Selama beberapa bulan lepas Dr Mahathir berterusan mengulangi mantera bahawa Muhyiddin akan membebaskan Najib. Mereka yang memerhati perjalanan politik Dr Mahathir memahami sangat gayanya.
Tuduhan Dr Mahathir ini bukan ada apa-apa asas kecuali hanya untuk memberi tekanan kepada kehakiman dan Perdana Menteri.
Dengan berterusan membuat cerita dongeng Muhyiddin akan menyelamatkan Najib, maka Dr Mahathir telah cuba mempengaruhi pihak kehakiman agar membuat keputusan yang bertentangan dengan dakwaan beliau.
Justeru apabila pada 28 Julai lalu Najib telah didapati bersalah oleh mahkamah, tanpa berniat menghina mahkamah, rakyat biasa akan tertanya-tanya apakah keputusan tersebut dibuat secara telus atau kerana tekanan Dr Mahathir. Ketika rakyat percaya keputusan tersebut akan membolehkan Dr Mahathir bersara dengan gembira, rupanya ia tidak berlaku.
Jumaat lepas, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu dengan beliau sebagai Pengerusi dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Presiden.
Penubuhan parti baharu ini hanya membuktikan kebenaran pengkritik Dr Mahathir bahawa beliau bukan berjuang untuk agama, bangsa dan negara seperti dalam sajaknya ‘Perjuangan Belum Selesai’.
Terimalah hakikat bahawa Dr Mahathir hanya berjuang untuk kepentingan kabilah dan keluarga beliau sahaja.
* Ab Jalil Backer merupakan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR)
The post Anehnya politik Dr Mahathir appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/09/anehnya-politik-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Mahathir Sampai Ke Liang Kubur

Politik Mahathir Sampai Ke Liang Kubur

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 227 hits
Perjuangannya menentang rasuah salahguna kuasa dan penyamun pengkhianat jual ugama akan dibawanya sampai ke liang kubur Aku bukanlah kaum yang menyekutukan Allah Sesungguhnya solatku ibadahku hidupku matiku hanyalah milik Allah Inilah yang ...
Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

Pertuduhan Rasuah Terhadap Guan Eng Bertujuan Politik Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 280 hits
Bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 16 Akta SPRM berhubung projek terowong dasar laut dan jalan di negeri itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad be...
Apa Keperluan Dr Mahathir Tubuh Parti Baru

Apa Keperluan Dr Mahathir Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 312 hits
Mahathir umum tubuh parti baru ULASANSELEPAS Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima permohonan Muhyiddin Yassin sekaligus menepis saman Dr Mahathir Mohamad dan beberapa yang lain bagi membatalkan tindakan Bersatu memecat mereka daripada part...
Sertai Semula Ph Mahathir Mahu Teliti Kenyataan Anwar

Sertai Semula Ph Mahathir Mahu Teliti Kenyataan Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 286 hits
Mahathir berkata beliau juga belum meneliti kenyataan dibuat Anwar berhubung kerjasama dengan PH
Selepas Tak Jadi Pm Mahathir Mahu Berjuang Untuk Kashmir

Selepas Tak Jadi Pm Mahathir Mahu Berjuang Untuk Kashmir

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 282 hits
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mahu menggunakan masanya untuk berjuang mempertahankan Kashmir selepas beliau tidak lagi menerajui Putrajaya Katanya ketika menjadi perdana menteri beliau tersekat untuk melakukan perkara itu termas...
Mahathir S Party Will Split Malays Further Say Umno And Pas

Mahathir S Party Will Split Malays Further Say Umno And Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 369 hits
The secretaries general of Umno and PAS Takiyuddin Hassan and Ahmad Maslan PETALING JAYA The Malay community will be further divided when a new political party is set up by former PPBM chairman Dr Mahathir Mohamad two senior officials of Um...
Parti Baru Tun Dr Mahathir Akan Gagal

Parti Baru Tun Dr Mahathir Akan Gagal

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 718 hits
Parti baru Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja akan gagal menjadi kuasa penentu tetapi juga akan menyebabkan beliau sendiri hilang terus dari radar politik Malaysia selepas berakhirnya PRU 15 Parti baru ini mahu menjadi blok ketiga yang ne...
Revolt Brewing In Bersatu Johor Defections To Mahathir S New Party Expected

Revolt Brewing In Bersatu Johor Defections To Mahathir S New Party Expected

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 1412 hits
A revolt is brewing in Bersatu Johor according to sources and even party president Muhyiddin Yassin s division in Pagoh might not be safe from defections to Dr Mahathir Mohamad s Despite not even having a name yet one Johor Bersatu senior a...
Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur

Nostalgia Bedak Sejuk

Moto Distracto Steady Garage Customizes The New Honda Motocompacto

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Don T Wait For A Leak Proactive Planning For Oil Tank Replacement

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kelantan Kereta Rumah Ditembak Suspek Diburu Polis

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil

Orang Bukan Melayu Tak Boleh Terima Perikatan Nasional