Anda Peminat Muzik Anda Kena Tahu Ini




Muzik Dalam Perpekstif Imam Al Ghazali.


Imam al Ghazali ada menyebutkan lima faktor yang menyebabkan berpindahnya hukum mendengar muzik/nyanyian daripada mubah kepada haram. Diantaranya ialah:


Penyanyi:
Jika penyanyi adalah seorang wanita yang tidak halal bagi orang ramai untuk melihatnya dan dikhuatiri akan timbul fitnah dari mendengarkan nyanyiannya. Maka punca pergharamannya adalah kekhuatiran akan timbulnya fitnah, bukan sebab menikmati nyanyian itu sendiri. Al Ghazali sendiri berpendapat bahawa pengharaman disini adalah akibat kekhuatiran akan timbulnya fitnah. Beliau memperkuat pendapatnya itu dengan hadith tentang dua orang wanita di rumah 'Aisyah. diketahui bahawa Rasulullah saw. ada mendengar suara(nyanyian) mereka berdua dan baginda tidak menghindar diri daripada mendengarnya. Tentu sahaja tidak ada sebarang kekhuatiran akan terjatuhnya baginda ke dalam fitnah, kerana itu baginda tidak menghindarkan diri daripadanya.


Alat muzik:
Sebahagian alat muzik menjadi simbol kepada kaum pemabuk atau merupakan lambang sesetengah kaum pondan. Alat-alat tersebut ialah seruling, alat petik, dan gendang lesung. Tiga jenis alat muzik ini adalah terlarang. Selain daripada tiga jenis itu seperti kompang, memakai gerincing atau tidak , tabla , memukul batang-batang besi dan lain-lain adalah mubah.


Senikata:
Iaitu jika terdapat di dalamnya kata-kata yang bersifat keji, maksiat, penghinaan, atau sebarang kata yang bersifat mendustakan Allah Ta'ala, Rasul dan para sahabat, seperti senikata dalam sajak-sajak yang di karang oleh golongan syiah yang isinya menghina para sahabat r.a. Maka mendengar lagu atau sajak seperti ini hukumnya haram, dan orang yang mendengar berkongsi dosa dengan orang yang menyanyikan atau mengucapkannya. Begitu juga jika terdapat didalam senikata tentang seorang want tertentu. Tidak boleh seorang wanita disebut-sebut di hadapan kaum lelaki. Adapun puisi-puisi cinta yang menyebutkan tentang pipi, warna kulit, serta sifat-sifat wanita secara am, pendapat yang sohih adalah: tidak diharamkan mengucapkan dan menyanyikannya. Tetapi para pendengar dilarang untuk menghubungkannya dengan seorang wanita yang tidak halal baginya maka dia telah jatuh ke dalam kemaksiatan disebabkan perbuatan menghubung-hubungkan itu.


Pendengar:1 :
Mereka yang dikuasai oleh nafsu syahwat dan gejolak darah muda. Mendengar muzik dalam keadaan tersebut adalah haram baginya, sama ada dia telah dirasuki kesukaan terhadap seorang wanita ataupun tidak. Dalam keadaan bagaimanapun jika dia mendengarkan senikata yang menggambarkan keindahan pipi dan alis mata, atau menceritakan tentang perpisahan dan pertemuan maka syahwatnya bergejolak dan diapun mulalah mengkhayalkan seorang wanita tertentu. Kemudian syaitan akan datang untuk meniup api yang sedang berkobar di dalam hatinya itu. Maka berkobarlah api syahwat dalam dirinya dan timbullah dorongan untuk berbuat kejahatan.


Pendengar 2:
iaitu kalangan awam yang tidak kuat kecintaannya kepada Allah Ta'ala, tetapi dia sangat suka mendengarkan muzik meskipun tidak dikuasai oleh hawa nafsu. Maka mendengar muzik bagi golongan ini adalah terlarang. Pada dasarnya muzik adalah mubah seperti layaknya sebahagian hiburan yang lain. Tetapi jika seseorang menjadikannya sebagai satu adat dan kebiasaan serta menghabiskan hampir semua masanya untuk muzik, maka inilah perbuatan yang bodoh yang harus di kembalikan kepada kefahaman syahadah dan tuntunannya. Terleka dan terlena dalam bermain-main adalah jenayah. Begitu pula dosa kecil, jika dilakukan secara terang-terangan dan berterusan akan berubah menjadi dosa besar dan perkara-perkara mubah yang dilakukan secara terus-menerus pula dapat berubah menjadi dosa kecil.


Di dalam perbahasan di atas Imam al Ghazali mengatakan bahawa alat petik dan seruling merupakan alat-alat yang dapat merubah hukum mubah kepada haram. Pendapat beliau itu adalah bersandarkan kepada sumber syarak yang mengharamkannya. Beliau berijtihad mencari alasan pengharaman itu dan berjaya mentafsirkan dan menerangkannya dengan sebaik-baiknya. Beliau menyimpulkan bahawa syari'at mengharamkan alat-alat muzik di atas bukan kerana kelazatan dan kenikmatan yang dihasilkan. Jika punca pengharaman adalah kenikmatan nescaya haram pulalah seluruh kenikmatan lainnya yang dirasakan oleh manusia. Pengharaman khamar menuntut usaha keras untuk memisahkan manusia dari ketagih. Dimulakan dengan memecahkan botol-botol khamar dan dengan pengharaman setiap perkara yang menjadi lambang kepada kaum peminum, iaitu seruling dari alat muzik petik. Maka pengharaman alat muzik ini adalah disebabkan kerana ia sentiasa mengikut kebiasaan peminum khamar. Demikian pulalah sebab diharamkannya berkhalwat dengan wanita yang bukan muhrim kerana ia merupakan permulaan yang dapat mengheret kepada jenayah.


Pengharaman terhadap beberapa dosa besar membuat diharamkan pula beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya dosa tersebut. Tujuannya adalah untuk menjaga dan memelihara manusia agar tidak terjatuh di dalam mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Maka seruling dan alat petik diharamkan mengikut kepada pengharaman khamar kerana tiga sebab:



Ia membawa seorang kepada meminum khamar, kenikmatan yang dihasilkan oleh alat muzik tersebut dirasakan tidak sempurna tanpa meminum khamar
.Hubungannya dengan budaya minum khamar sangat kuat sehingga dengan serta merta ia mengingatkan kita akan majlis-majlis khamar. Ingatan terhadap khamar dapat menimbulkan ghairah seseorang kepada khamar
.Berjinak-jinak dengan adat dan kebiasaan kaum yang fasik. Adalah terlarang bagi seorang muslim untuk meniru-niru (tashabbuh) kebiasaan mereka, sebab sesiapa yang meniru-niru satu kaum maka dia tergolong kedalamnya.


Selepas ulasan dan perbahasan yang menarik ini Imam al Ghazali berkata "Dengan demikian jelaslah bagi kita bahwa sebab pengharaman alat-alat muzik itu (seruling dan alat petik) bukanlah kerana kenikmatan yang dihasilkannya. Bahkan setiap perkara yang baik dan bagus itu dapat dikiaskan sebagai halal, kecuali jika terdapat di dalamnya sebarang kerosakannya.



Allah swt. berfirman: Katakanlah "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah di keluarkan Nya untuk hamba Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?....(surah al Araaf: 32)


Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Imam al Ghazali. Sebenarnya tidak ada satu hadis pun yang sahih sanadnya dan jelas dan jelas matannya mengharamkan alat muzik dan seruling seperti yang disangkakan oleh orang ramai. Imam Ghazali r.a. menganggap bahawa hadis yang berkenaan dengan perkara ini adalah hadis yang dapat diterima pakai. Oleh sebab itu, beliau terpaksa menafsirkan dan menjelaskannya dengan alasan-alasan seperti di atas. Jika beliau mengetahui sanad-sanad periwayatan hadis tersebut tentunya beliau tidak perlu bersusah payah mengemukakan penjelasan itu. Walau bagaimana pun hujah dan alasan yang di kemukakan itu cukup bermanfaat bagi mereka yang tidak menerima kelemahan hadis berkenaan isu ini.


Di Petik dari buku al Islam wa al Fann Karya Dr. Yusuf al Qardhwy.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rahmanhatim93.blogspot.com/2020/08/anda-peminat-muzik-anda-kena-tahu-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kena Baling Telur Atas Pentas Siti Nordiana Dedah Pernah Dibenci Peminat Tomok

Hiburan Kena Baling Telur Atas Pentas Siti Nordiana Dedah Pernah Dibenci Peminat Tomok

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 629 hits
Mendedahkan dirinya pernah dibenci oleh peminat Tomok sekitar tahun 2004 penyanyi popular Siti Nordiana tampil mengimbas kembali kenangan zaman kemasyurannya bersama Newboyz Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana beliau pernah d...
Hiburan 3 Hari Jumlah Followers Cecah 200k Amerul Afendi Terharu Sokongan Luar Biasa Daripada Peminat

Hiburan 3 Hari Jumlah Followers Cecah 200k Amerul Afendi Terharu Sokongan Luar Biasa Daripada Peminat

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 303 hits
Menzahirkan rasa terharu terhadap sokongan yang diterimya daripada orang ramai khususnya para peminat yang tidak putus menyokong karier lakonannya selepas namanya hangat diperkatakan baru baru ini pelakon berbakat besar Amerul Affendi akui ...
Itu Tak Akan Terjadi Rain Buka Saluran Youtube Peminat Minta Isteri Kim Taehee Muncul Bersama

Itu Tak Akan Terjadi Rain Buka Saluran Youtube Peminat Minta Isteri Kim Taehee Muncul Bersama

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 250 hits
Meskipun sudah popular daripada awal kemunculannya dahulu pada tahun 2001 namun nama Rain kini semakin meniti di bibir rakyat Korea Ini semua disebabkan oleh lagunya Ggang yang diriliskan beberapa tahun lepas kini kembali diputarkan do coro...
Meriah Majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Che Puan Sarimah Berkongsi Gambar Majlis Penuh Istiadat Dengan Peminat

Meriah Majlis Jejak Tanah Tunku Sofia Che Puan Sarimah Berkongsi Gambar Majlis Penuh Istiadat Dengan Peminat

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 242 hits
Personaliti dan juga pengacara televisyen Che Puan Sarimah Ibrahim baru baru ini ada berkongsi beberapa gambar anakandanya Tunku Sofia Najihah yang comel dalam satu majlis Di Raja yang berlangsung dalam satu majlis penuh Istiadat Di Raja Ne...
Ditempelak Michael Ang Peminat Dakwa Fikry Ibrahim Mula Lupa Daratan

Ditempelak Michael Ang Peminat Dakwa Fikry Ibrahim Mula Lupa Daratan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 259 hits
Tampil memberi reaksi kepada kritikan pengarah Michael Ang mengenai dirinya menerusi sebuah video di Instagram semalam pelakon tampan Fikry Ibrahim bertindak meninggalkan komen di entri yang dimuat naik Michael berhubung kenyataan sindiran ...
Bersama Selamanya Peminat Terharu Lihat Girls Generation Sambut Ulang Tahun Ke 13 Bersama

Bersama Selamanya Peminat Terharu Lihat Girls Generation Sambut Ulang Tahun Ke 13 Bersama

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 256 hits
Meskipun masing masing sudah sibuk dengan jadual seni masing masing ahli Girls Generation tidak lupa untuk berkumpul dan menyambut hari bermakna buat mereka bersama Bukan sahaja menyambut hari kelahiran Tiffany bahkan mereka mengambil kesem...
Ji Changwook Buat Kejutan Kerja Di Kedai Serbaneka Ramai Marah Peminat Serbu Tanpa Jaga Penjarakan

Ji Changwook Buat Kejutan Kerja Di Kedai Serbaneka Ramai Marah Peminat Serbu Tanpa Jaga Penjarakan

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 250 hits
Siapa yang sedang menonton drama Backstreet Rookie pasti seronok melihat Ji Chang wook membawa watak yang lain daripada biasa iaitu seorang pekerja kedai serbaneka Bahkan ramai yang mengimpikan agar mereka bertemu dengan lelaki sekacak pela...
Tiada Lagi Seni Album Muzik Di Kunci Skrin Pada Android 11

Tiada Lagi Seni Album Muzik Di Kunci Skrin Pada Android 11

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 247 hits
Mana mana muzik dari aplikasi muzik penstriman audio seperti Spotify atau Tidal 8211 jika dimainkan pada peranti Android kunci skrin akan memaparkan seni album muzik tersebut Tetapi sejak beta Android 11 diperkenalkan ketika menggunakan imb...
Snapchat Menguji Ciri Menambah Muzik Pada Rakaman Seumpama Tiktok

Snapchat Menguji Ciri Menambah Muzik Pada Rakaman Seumpama Tiktok

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 253 hits
Dengan situasi TikTok yang masih tidak begitu kukuh di Amerika Syarikat pelbagai pihak telah mula melihat kepada alternatif perkhidmatan berkenaan Kini dalam usaha menarik pengguna ke platform Snapchat mereka telah menambah sebuah lagi ciri...
Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Forex Trading Basic Training Program Edukasi Gratis Tpfx Pontianak Untuk Gen Z

Malaysia Extends Visa Exemption For Indian Nationals Until 2026

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Sarapan Dengan Anak Bujangku

One Avenue Band Kisah Baru Kita Chord

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi

Keto Diet Manfaat Keburukan Cara Diet Yang Betul

Sarapan Pagi Di Kampung