Anda Pasti Tidak Akan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan Selepas Tahu Terdapat Banyak Manfaatnya
Anda Pasti Tidak Akan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan Selepas Tahu Terdapat Banyak MANFAATNYA! Sudah pasti ramai yang suka minum teh terutama menggunakan tehuncang kerana ianya mudah untuk disediakan tapi korang tahu tak selain teh uncang itu dibuat air ada banyak lagi kegunaannya?? Korang baca ni, pasni pasti korang takkan buang uncang teh yang sudah guna.
Uncang teh yang dah dipakai rupanya ada fungsi dan manfaat berguna kalau korang nak tahu. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :
1)Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh
Ambil uncang teh terpakai korang letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.
2) Menghilangkan Eye Bag
Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur
3) Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan
Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.
4)Mengatasi masalah jerawat
gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika
5)Mencuci peralatan dapur
Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang dah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !
6) Baja tanaman
hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.
7) Menghilangkan Sunburn
Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.
BACA NI!
Kalau Anda Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat? Bukan Susah, Hanya Buat Sebelum Tidur!
Kalau Anda Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat? Bukan Susah, Hanya Buat Sebelum Tidur! Tidur itu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Tidur malam pula selain penghilang mengantuk, memberi manfaat yang cukup besar bagi anda yang ingin kulit cantik dan sihat.
1. Cara Hidup Sihat
Setiap orang daripada kita dianugerahkan dengan kulit yang sihat, cantik dan licin. Jika tidak, masakan setiap bayi itu lahir dengan kulit yang lembut tanpa noda. Hanya apabila kita tidak menjaga cara hidup dan disebabkan persekitaran, membuatkan kulit wajah kita mudah bertukar rupa. Maka timbullah masalah seperti jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya.
2. Disiplinkan Diri
Untuk cantik kita perlu disiplinkan diri dan jangan malas. Merawat kulit tidak hanya pada waktu siang hari sahaja. Sebaliknya, waktu malam adalah waktu puncak dan berperanan besar dalam menentukan perubahan kulit muka terutamanya ketika anda sedang lena diulit mimpi. Justeru, adanya kaitan antara tidur dengan kecantikan.
3. TIDUR SEAWAL JAM 10
Cuba lihat bagaimana keadaan kulit wajah kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup malam atau night life? Rata-rata yang tidak menjaga waktu tidur atau suka tidur lewat mempunyai masalah kulit sembap, kering, tidak bermaya, kulit kendur, tidak anjal dan nampak tua daripada usia sebenar. Walaupun waktu tidur disarankan lapan jam sehari, tetapi ia belum cukup bagus untuk kulit anda. Selain tempoh waktu tidur, pada jam berapa anda masuk tidur juga perlu dititikberatkan.
4. RUTIN CANTIK SEBELUM TIDUR
Tabiat wanita yang suka tidur dengan mekap adalah tabiat yang sangat buruk, umpama mempersilakan penuaan menjengah ke kulit muka. Katanya sebelum masuk tidur, anda seharusnya memastikan kulit muka benar-benar dalam keadaan bersih. JIka mekap masih di muka, ia menghalang kulit untuk menyubur dan sel kulit tidak akan bertukar.
Sumber: Remaja
The post Anda Pasti Tidak Akan Buang Uncang Teh Yang Telah Digunakan Selepas Tahu Terdapat Banyak MANFAATNYA! appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/anda-pasti-tidak-akan-buang-uncang-teh-yang-telah-digunakan-selepas-tahu-terdapat-banyak-manfaatnya/