Anak Rita Memang Minat Bermain Bola Sepak
Aktress Rita Rudaini menjelaskan latihan bola sepak yang diikuti oleh kedua-dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna bukan kerana mahu mereka menjadi pemain bola sepak satu hari nanti.
Sebaliknya, menurut Rita, tugasnya sebagai ibu hanya mahu memberi sokongan kepada minat anak lelakinya itu.
“Hero mommy, saya bukan nak anak saya jadi pemain bola sepak... Saya cuma support minat, saya tak adalah nak ambik serius atau mengamuk kalau anak tak dapat main, nama tak selected... Semua tu bukan hal saya..
“Semua boleh cakap 'anak aku bagus' 'anak aku cerdik' 'anak aku pandai main bola'... Tapi saya tak akan, saya malu nak puji anak sendiri dekat orang.
"Biar orang sahaja yang bagi pujian kat anak saya... anak saya pandai di sekolah ke biar cikgu yang nilai.. anak saya pandai atau tak pandai main bola ke biar coach je yang nilai...
“Tugas saya hanya bagi support,hantar ambik, bagi semangat dan nasihat pada anak... siapa saya untuk tentukan mana 'kedudukan' anak saya?" tulis Rita.
Tambah pelakon filem Mami Jarum ini, dia juga tidak masuk campur dengan urusan anak-anaknya.
“Saya tidak akan masuk campur setiap urusan anak-anak di luar... tanggungjawab kat sekolah pada cikgu, tanggungjawab kat padang pada coach...
"Tanggungjawab di rumah hanya pada saya. Saya support minat mereka, saya serah pada coach...naik nama, syukur...tak ada, cuba lagi, buat yang lebih baik itu pesan saya selalu pada mereka,” tulisnya.
Rita berkongsi luahan rasa itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini tersebut Rita turut memuat naik fotonya bersama anak-anaknya di padang.
Katanya lagi, Rita tidak mahu riyak atau sombong dengan pujian dari cikgu atau jurulatih kerana tidak mahu memberi tekanan kepada anaknya serta mahu mereka melalui proses kanak-kanak dengan normal.
“Ada yang anak baru kecil main bola, mak bapa dah demand dan sombong sebab anak pandai main.. hancur minat anak-anak semua punca dari mak bapa sendiri...
"Kecil-kecil anak dah cakap besar menyombong sebab perangai contoh depan mata. Belum jadi player sebenar lagi hai depan mata macam-macam perangai terkejut saya tengok.
“Pada saya kesiannya anak... Tak kemana kalau berlagak angkuh sombong... Attitude adalah salah satu punca utama untuk turun naik jatuhnya seseorang...
"Wahai parents... lepaskanlah mereka bermain,kecik lagi.. bina attitude anak-anak,ikut resmi padi 'makin berisi makin tunduk' jangan ikut resmi lalang 'semakin tegak tiada berisi'...
"Jauh lagi perjalanan mereka... jaga attitude kita depan mereka kerana kita adalah contoh terdekat dan kita adalah adiwira idola mereka sejak kecil," nasihat Rita.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya terutama di kalangan ibu bapa yang rata-rata bersetuju dengan Rita.
Malah mereka juga sempat memberi kata-kata semangat buat Rita dan anaknya.
Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adajew.net/2019/08/anak-rita-memang-minat-bermain-bola.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29