Amk Sokong Icerd



ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) bersetuju dengan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.
Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, kerajaan perlu memastikan Perlembagaan Persekutuan tidak tergugat jika menandatangani ICERD.
“Jika kita boleh lindungi Perlembagaan Persekutuan, kenapa tidak jika kita tandatangan ICERD. Namun, ia perlulah dilakukan bersyarat iaitu tidak menjejaskan Perlembagaan Persekutuan
“Saya berpendirian ICERD tidak ada masalah dan seperti saya katakan, ialah syarat Perlembagaan Persekutuan tidak perlu diubah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Kongres Nasional Tahunan KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam, hari ini. 
Beliau mengulas pendirian PKR dalam isu ICERD selepas dua sekutu rakan komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Amanah Nasional (AMANAH) menolak untuk kerajaan meratifikasi konvensyen berkenaan.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan kerajaan mencontohi langkah bijaksana ditunjukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu meratifikasi ICERD.
Beliau dilaporkan berkata, tiada keperluan bagi ICERD diwujudkan di Malaysia kerana Perlembagaan Persekutuan sudah menjamin kebebasan beragama dan hak untuk semua kaum.
Katanya, Islam yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan memberi ruang lebih baik dan adil kepada semua kaum daripada ICERD.Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 November 2018 @ 4:07


PERLU PINDA Perlembagaan KE UNTUK HILANGKAN KEISTIMEWAAN MELAYU 

Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!"*

*_Begini jawapannya:_*

*Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.*

*Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan 'lorong' kepada 'avenue' atau 'drive'. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?*

*Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?*

*Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?*

*Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?*

*Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.*

*Sumber rujukan:*

*1. Perlembagaan Singapura ms 158*

*2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265*

Create by: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/amk-sokong-icerd-masa-kenali-siapa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amk Sokong Icerd Nik Nazmi

Amk Sokong Icerd Nik Nazmi

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 236 hits
Wartawan Watan Online Angkatan Muda Keadilan bersetuju dengan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di negara ini Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tiada sebab ICERD diba...
Siapa Yang Sokong Icerd Sah Dia Orang Gila

Siapa Yang Sokong Icerd Sah Dia Orang Gila

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 913 hits
KUALA LUMPUR Mana mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam perkara perkara tertentu sahaja...
Iktiraf Uec Mansuh Sjk Kalau Sokong Icerd Amran Ahmad

Iktiraf Uec Mansuh Sjk Kalau Sokong Icerd Amran Ahmad

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 355 hits
Suara Tanpa Sempadan KUALA LUMPUR Wakil Rakyat DAP perlu bersifat terbuka untuk Sijil Peperiksaan Bersama tidak diiktiraf jika menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kata bekas ahli parti itu ...
Sokong Icerd Pengkhianat Bangsa Agama Ydp Isma P Putih

Sokong Icerd Pengkhianat Bangsa Agama Ydp Isma P Putih

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 323 hits
MANA mana Melayu Muslim yang menyokong ICERD boleh digelar sebagai pengkhianat bangsa dan agama Pengkhianatan mereka akan dicaci dan dilaknat oleh generasi akan datang hingga ke batu batu nisan sebagaimana tokoh tokoh terdahulu yang bersama...
Raja Sara Sokong Icerd Bersyarat

Raja Sara Sokong Icerd Bersyarat

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 307 hits
Sebagai satu daripada calon Melayu yang berjaya memegang jawatan tertinggi Gerakan Raja Sara Raja Petra menyokong ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dengan syarat ia mematuhi Perlembagaan...
Sokong Icerd Apa Pandangan Dap

Sokong Icerd Apa Pandangan Dap

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 285 hits
Dua ADUN DAP desak parti itu bertegasKUALA LUMPUR 11 Nov Dua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP berpandangan jika parti itu mahu menjadi sebuah parti untuk semua rakyat ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untu...
Amk Setuju Ratifikasi Icerd

Amk Setuju Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 387 hits
SHAH ALAM Angkatan Muda Keadilan bersetuju dengan cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum di negara ini Ketuanya Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata kerajaan perlu memast...
Sokong Ratifikasi Icerd Konon Tuntutan Islam

Sokong Ratifikasi Icerd Konon Tuntutan Islam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 336 hits
Mereka yang menyokong Malaysia meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum menggunakan hujah seorang cendekiawan terkenal Turki yang berpangkalan di AS seperti disiarkan FMT Ikuti kandungan F...
Orang Gila Sokong Icerd Pakar Perlembagaan Persekutuan Abdul Aziz

Orang Gila Sokong Icerd Pakar Perlembagaan Persekutuan Abdul Aziz

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 266 hits
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMANKUALA LUMPUR 11 Nov Mana mana pihak yang menyokong Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum diberi amaran supaya tidak sesekali mengaitkannya dengan Perlembagaan Persekutuan dalam p...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur