Amerika Syarikat Perlu Perakui Konvensyen Pbb Mengenai Undang Undang Laut Pakar





KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2020 - Amerika Syarikat (AS) sepatutnya meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS),  sebagai kaedah meningkatkan penglibatannya dalam organisasi antarabangsa serta dengan negara-negara lain yang berpandangan sama mengenai isu Laut China Selatan, kata seorang pakar undang-undang antarabangsa.


Pengerusi merangkap profesor Charles H. Stockton di Pusat Undang-Undang Antarabangsa Stockton di Kolej Tentera AS, James Kraska bercakap pada persidangan tahunan Laut China Selatan, sebenarnya sudah tiba masanya AS bergabung dengan UNCLOS terutamanya jika ia digunakan sebagai kerangka kerja dalam kerajaan AS serta penglibatan antarabangsa.





"(UNCLOS) benar-benar bermanfaat bagi AS. Ia sangat penting kepada ekonomi dan perlindungan kuasa global ketenteraan kita," katanya pada Persidangan Laut China Selatan Tahunan Ke-10, baru-baru ini.


AS tidak pernah meratifikasi perjanjian berkenaan kerana tidak mendapat kelulusan Senat. Perjanjian, yang mula berkuat kuasa pada 16 November 1994 itu mempunyai 168 negara termasuk kuasa maritim utama seperti Rusia dan China.





Kraska berkata undang-undang antarabangsa seperti UNCLOS adalah satu proses kemasyarakatan untuk membuat keputusan berwibawa dan bergantung penglibatan sepenuhnya, yang masih kurang di pihak AS.


Sementara itu, ujar Kraska ada peluang baik untuk pentadbiran AS mengenakan sekatan kepada entiti China berhubung isu Laut China Selatan, terutama selepas AS mengumumkan pendiriannya yang lebih tegas terhadap tuntutan Beijing di kawasan itu.





"Mereka sudah berbincang; dan sejauh mana ia akan memberi kesan bermakna, tentu saja, ia sepatutnya dilakukan pada 2014 dan 2015," katanya, sambil menambah sekatan memberi kesan lebih baik dengan sokongan sekutu dan negara lain yang berpandangan sama.


"Jika anda boleh tarik sekali EU dan Jepun ... Maka anda boleh memberi kesan bermakna," katanya.





Sementara itu, seorang lagi pakar - Ketua program Undang-undang dan Dasar Laut Pusat Undang-Undang Antarabangsa di Universiti Nasional Singapura, Robert Beckman -  berkata beliau dapati lebih banyak negara di Asia Tenggara lebih memberi penekanan terhadap UNCLOS untuk menyelesaikan masalah tuntutan maritim di Laut China Selatan.


Ditanya apakah beliau menaruh harapan terhadap Kod Tata Laku di Laut China Selatan (COC) yang bertujuan menangani dan mengurus pertikaian di kawasan Laut China Selatan, ujar Beckman "pasti" ia idak akan dapat menyelesaikan masalah tuntutan maritim.





Sebaliknya, COC menurutnya akan meningkatkan kerjasama dan hal-hal yang menjadi perhatian bersama antara ASEAN serta China dalam bidang seperti pencarian dan penyelamatan atau melindungi persekitaran marin.  


"Ini akan menyumbang kepada kekukuhan kepercayaan antara satu sama lain. Tetapi yang paling penting, ia dapat menangani kerangka kerja untuk menangani insiden di laut dan mencegah konflik," tambahnya.





Bacaan pertama Teks Rundingan Draf Tunggal mengenai COC selesai pada 2019.


Pada Perundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-26 yang berlangsung 1 Julai 2020, kedua-dua pihak menyambut baik permulaan bacaan kedua teks rundingan itu. 


ASEAN dan China sedang berusaha menyelesaikan rundingan COC menjelang 2021.


Sumber : BERNAMA







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penaminang.com/2020/08/amerika-syarikat-perlu-perakui.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiktok Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

Tiktok Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 234 hits
Pagi ini Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif yang menghalang syarikat dari A S dari berurusan dengan Bytedance dan Tencent dalam masa 45 hari Ini sekaligus akan menyebabkan aplikasi popular TikTok dan WeChat dihalang dari be...
Rundingan Rangsangan Berakhir Dengan Perselisihan Di Amerika Syarikat

Rundingan Rangsangan Berakhir Dengan Perselisihan Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 164 hits
Perselisihan faham timbul antara Demokrat dan Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis mengenai pakej pemulihan ekonomi untuk Amerika Syarikat Situasi semasa di pasaran buruh yang menjadi hambatan dalam rundingan yang dirancang seharusnya ...
Amerika Syarikat Akan Menghalang Lebih Banyak Aplikasi Dari China Kerana Didakwa Mengintip

Amerika Syarikat Akan Menghalang Lebih Banyak Aplikasi Dari China Kerana Didakwa Mengintip

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 282 hits
Pada hujung minggu lalu Presiden Trump berkata pentadbiran beliau ingin menghalang TikTok dari beroperasi dalam masa beberapa hari kerana didakwa melakukan intipan bagi pihak kerajaan China Pagi ini setiausaha negara A S Mike Pompeo menamba...
Adik Presiden Amerika Syarikat Meninggal Dunia

Adik Presiden Amerika Syarikat Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 221 hits
Adik kepada Presiden Amerika Syarikat Robert Trump dilaporkan meninggal dunia pada usia 72 tahun malam tadi selepas mendiang dirawat di sebuah hospital kerana penyakit yang tidak didedahkan Dengan berat hati saya kongsikan bahawa adik saya ...
Samsung Memulakan Ujian Beta Oneui 3 0 Android 11 Terhad Kepada Pengguna Amerika Syarikat Korea

Samsung Memulakan Ujian Beta Oneui 3 0 Android 11 Terhad Kepada Pengguna Amerika Syarikat Korea

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 261 hits
Selepas Samsung Experience Samsung memperkenalkan OneUI yang mana adalah lebih elegan mesra pengguna antaramuka yang mudah digunakan dan lebih ringan Ia juga dilihat mempunyai serba sedikit elemen Android asli yang mana memudahkan Samsung m...
Sweden Ikut Amerika Syarikat India Haramkan Aplikasi Tiktok

Sweden Ikut Amerika Syarikat India Haramkan Aplikasi Tiktok

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 306 hits
Selepas Amerika Syarikat nampaknya Sweden juga mengikut langkah mereka apabila mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok Perkara ini dilakukan oleh agensi penyiaran awam Sweden Televisyen Sweden dan Radio Sweden dengan melarang semua kakitang...
Makanan Laut Sumber Protin

Makanan Laut Sumber Protin

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 290 hits
Makanan laut adalah merujuk kepada semua bentuk hidupan laut yang boleh dimakan terutama ikan dan kerangan Kerangan termasuk pelbagai spesis moluska krustasea dan ekinoderma Termasuk dalam senarai makanan laut ialah mamalia laut seperti ika...
Abk Wni Meninggal Dunia Lagi Di Kapal China Jenazahnya Dilarungkan Ke Laut

Abk Wni Meninggal Dunia Lagi Di Kapal China Jenazahnya Dilarungkan Ke Laut

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 291 hits
Anak buah kapal Warga Negara Indonesia yang meninggal dunia di kapal Cina terjadi lagi Atas kejadian itu Menteri Luar Negeri Retno Marsudi turut prihatin Direktur Pelindungan WNI dan Badan Hukum Kemenlu Judha Nugraha menyatakan Menlu telah ...
Pengajaran Melihat Air Laut Biru

Pengajaran Melihat Air Laut Biru

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 459 hits
Kita lihat air laut berwarna biru dari sudut pandangan jauh Tapi bila kita lihat dari dekat airnya berwarna putih Selama ini diyakini bahwa birunya laut merupakan bayangan warna langit yang juga biru Namun ini adalah persepsi yang salah Men...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas