Amalan Terdahulu Punca Ptptn Terpaksa Berhutang Sehingga Rm40 Bilion


KUALA LUMPUR – Sistem dan amalan pembayaran balik jumlah pinjaman yang rendah sebelum ini menjadi punca Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini menanggung hutang RM40 bilion, disifatkan lebih besar daripada hutang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata amalan terdahulu juga mengakibatkan prestasi bayaran balik pinjaman yang rendah dalam kalangan peminjam.
Menurutnya, amalan berkenaan memaksa perbadanan itu membuat pinjaman lebih besar dengan institusi kewangan bagi memastikannya terus mampu mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu.
Katanya, implikasi daripada amalan lama ini akan mengakibatkan PTPTN menanggung hutang yang tinggi sehingga RM76 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Beliau berkata, masalah itu diburukkan lagi apabila hanya 49 peratus daripada keseluruhan tiga juta peminjam PTPTN melunaskan pinjaman mereka dan bakinya tidak membayar secara konsisten termasuk 19 peratus atau 356,000 peminjam tidak pernah membayar balik pinjaman mencecah RM2.8 bilion.
“Jumlah bayaran balik yang diterima hanya 58 peratus daripada jumlah sepatutnya. Sehingga akhir tahun 2018, jumlah tunggakan pinjaman mencecah RM6.3 bilion. Hanya 32.5 peratus daripada RM56 bilion yang dikeluarkan dibayar balik.
“Ketika ini PTPTN menanggung hutang RM40 bilion, lebih besar daripada 1MDB. Dalam tempoh 10 tahun lagi, hutang yang diunjurkan kami ialah RM55 bilion dan dalam tempoh 20 tahun, meningkat sehingga RM76 bilion,” katanya ketika membentangkan Kertas Konsultasi Rakyat (KKR) di Menara PTPTN, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan; Pengerusi Panel Konsultasi Rakyat, Sheikh Shahruddin Sheikh Salim dan ahli panelnya, Datuk Hussamuddin Yaacub serta Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.
Mastura berkata, pada masa ini PTPTN mengalami masalah kewangan yang serius disebabkan sistem bayaran balik pinjaman yang rendah tetapi terpaksa mengeluarkan pinjaman kepada pemohon baharu.
Katanya, jika tiada perubahan drastik dilakukan, tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi dan mungkin terpaksa ditutup.
“Justeru, idea dan maklum balas yang diterima daripada KKR ini akan dapat membantu PTPTN mencari mekanisme bayaran balik pinjaman yang dapat memastikan kelangsungan perbadanan ini memberi pinjaman kepada pemohon baharu,” katanya.
Justeru, beliau mengakui penguatkuasaan yang lebih tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan setiap peminjam melunaskan pinjaman termasuk mereka yang culas dan tidak pernah membayar pinjaman walaupun satu sen.
“Sekatan perjalanan ke luar negara yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2018 dilihat berkesan untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman.
“Daripada satu juta peminjam yang disekat untuk ke luar negara dengan jumlah pinjaman sebanyak RM20.7 bilion, seramai 640,000 peminjam membayar sebanyak RM2 bilion.
“Ini menunjukkan penguatkuasaan yang lebih tegas amat berkesan untuk menggalakkan peminjam membayar balik pinjaman,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata sekatan ke luar negara di lokasi pelepasan sangat menyusahkan peminjam, sekali gus mendorong PTPTN memikirkan langkah penguatkuasaan baharu yang akan dipertimbang untuk diperkenalkan.
Mastura berkata, hasil perbincangan meja bulat KKR, antara penguatkuasaan baharu yang dipertimbangkan ialah sekatan memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan kenderaan, pendaftaran perniagaan dan sekatan kelulusan pinjaman kepada ahli keluarga terdekat peminjam yang culas.
Sementara itu, Wan Saiful berkata, proses konsultasi rakyat ini bermula hari ini dan berakhir 13 Jun depan bagi membolehkan rakyat memberi maklum balas serta idea mengenai skim bayaran balik pinjaman baharu yang lebih berpatutan untuk dilaksanakan PTPTN serta memastikan perbadanan itu terus mampan menyediakan pinjaman kepada pemohon baharu.
Katanya, proses ini dilaksanakan dalam bentuk kajian dalam talian menerusi laman web rasmi PTPTN, sekali gus memberi peluang kepada orang awam mengambil bahagian dalam proses memutuskan dasar kerajaan.
“Sebanyak 10 idea dihasilkan menerusi beberapa sesi perbincangan meja bulat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ahli kewangan, Ahli Parlimen, agensi kerajaan dan kumpulan mahasiswa antara Januari hingga Mac lalu,” katanya.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/amalan-terdahulu-punca-ptptn-terpaksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Konsultasi Rakyat Ptptn Akan Dibentang Mei

Kertas Konsultasi Rakyat Ptptn Akan Dibentang Mei

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 190 hits
Kertas Konsultasi Rakyat PTPTN akan dibentang Mei Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 May 2019 6 31PM
Cara Bayar Ptptn Menggunakan Kwsp

Cara Bayar Ptptn Menggunakan Kwsp

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 346 hits
bismillah hai semua baiklah untuk hari ini ros nak ajar kaawan kawan step step untuk kita keluarkan duit melalui akaun KWSP kita sendiri Langkah 1 Pastikan semua sudah ada i Akaun KWSP sekiranya tiada boleh lah berbuat sedemikian di dan tek...
Bayar Habis Ptptn

Bayar Habis Ptptn

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 312 hits
Bismillah alhamdulillah syukur selesai hutang PTPTN igt tinggal lagi 2k rupanya 4k selamatlah duit KWSP aku dengan membayar PTPTN terima kasih ya Allah atas nikmat sihat boleh melakukan kerja dan bayar hutang aku dah bebas hutang PTPTN syuk...
Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

Jom Bayar Ptptn Dengan Cara Mudah Melalui Kwsp

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 433 hits
Hai ada penghutang PTPTN tak kat sini Nak langsaikan PTPTN tapi tak tahu cara nak langsaikannya Tidak kira ada gagal atau berhenti atau berjaya menghabiskan diploma ke atas anda layak mengeluarkan KWSP akaun ke 2 Nak tahu cara2nya jom ikuti...
Sekatan Ke Luar Negara Mungkin Diperkenalkan Semula Ptptn

Sekatan Ke Luar Negara Mungkin Diperkenalkan Semula Ptptn

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 450 hits
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai Dalam taklimat media bersama penta...
Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

Cadangan Sekatan Perbaharui Pasport Lesen Dan Cukai Jalan Kenderaan Jika Gagal Bayar Pinjaman Ptptn

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 480 hits
PTPTN sedang mempertimbangkan langkah lain untuk peminjam membayar hutang mereka berdasarkan maklum balas daripada perbincangan dengan pemegang berkepentingan termasuk melarang peminjam ingkar memperbaharui pasport lesen memandu dan cukai j...
Ptptn Pertimbang Sekat Lesen Memandu Cukai Jalan Peminjam Culas

Ptptn Pertimbang Sekat Lesen Memandu Cukai Jalan Peminjam Culas

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 334 hits
PTPTN mempertimbangkan beberapa cadangan penguatkuasaan antaranya sekatan untuk pembaharuan pasport lesen memandu dan cukai jalan Foto oleh Firdaus LatifKUALA LUMPUR 16 Mei Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membay...
Tangan Mangsa Tertimbus Di Lrt Gombak Terpaksa Dipotong Sedikit

Tangan Mangsa Tertimbus Di Lrt Gombak Terpaksa Dipotong Sedikit

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 366 hits
Tangan mangsa tertimbus di LRT Gombak terpaksa dipotong sedikit Seorang warga Bangladesh tersepit tangan dalam runtuhan tersebut ditemui dan dikeluarkan enam jam kemudian
Tak Sampai Hati Tengok Mama Anak Luah Rasa Sebak Lauk Jualan Ramadan Terpaksa Beri Jiran

Tak Sampai Hati Tengok Mama Anak Luah Rasa Sebak Lauk Jualan Ramadan Terpaksa Beri Jiran

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 762 hits
Setiap kali tibanya bulan Ramadan pasti ramai peniaga mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan Namun di sebalik kemeriahan suasana bazar Ramadan terselit satu kisah duka apabila ibu kepada Syaza Nur Sahira Mohd Husni tidak mempe...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan