Amalan Surah At Taubah Ayat 128 129 Rezeki Allah Izin Saya Beramal Dengan Ayat Ini
Assalamualaikum,
Tatkala saya menaip blog ini jam kat laptop ni dah pun tunjukkan 11.50 malam.Jika hari bekerja, masa ni saya memang belum mengantuk.haha.Masa inilah baru ada mood nak bukak laptop dan tengok-tengok kalau ada kerja yang kena siapkan atau nak kena submit esoknya.Nampak nau kita ni suka buat kerja last minute kan.aduh.terkantoi.
Sebenarnya dah lama saya nak share tentang kebaikan atau manfaat dengan Amalan Surah At Taubah ni. Bila mood menaip dan menulis di Blog selalu ke laut, jadi perkongsian tu macam tertangguh.Malam ni saya kuatkan semangat untuk kongsi supaya sedikit sebanyak saya niatkan ia menjadi amal jariah saya ketika di alam sana nanti.aamin.
APAKAH AYAT 128-129 SURAH AT TAUBAT ?
Ada yang menyebutnya ayat Lakod Ja Akum.Tapi nak mudahkan dan nak dapatkan bacaan yang lebih tepat, saya pilihuntuk sebut ayat at At Taubah 128-129
MAKSUD AYAT 128-129 SURAH AT TAUBAH
128. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.129. Jika mereka berpaling (daripada keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy (singgahsana) yang agung.”
KHASIAT DAN KEBAIKAN AMALAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129
CARA AMALAN AYAT 128-129 SURAH AT TAUBAH
1. Bagi saya secara peribadi, banyak pendapat dan pandangan mereka yang amalkan ayat ini untuk mencadangkan pelbagai cara amalan ini. Saya sejak mula mengamalkan ayat ini, sedaya upaya untuk mengulang dan membaca sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu
2. Ada juga Ustaz yang mencadangkan boleh membaca ayat ini sebanyak 11 kali sebelum tidur malam bagi mendapatkan tubuh badan yang segar dan sihat pada keesokan hari sebaik bangun tidur. Kadang bila saya teringat, saya akan buat.Ada masa tak cukup 11 kali dah selamat ke alam mimpi.Namun Allah masih izin untuk saya berasa segar, sihat dan tidak mengantuk walaupun saya tidur lewat. Wallahualam.Cuma saya sangat yakin dengan keajaiban ayat-ayat Quran ini kerana ia adalah Mukjizat yang Allah turunkan kepada baginda Rasulullah
3. Saya tidaklah lama sangat beramal dengan ayat ini, namun saya akui kekuatan ayat ini jika kita istiqamah mengamalkannya.Seingat saya, saya mula amalkan ayat ini semasa kita masih dalam tempoh PKP di negara kita. Itupun secara tiba-tiba, ketika saya sedang melayari internet, entah kenapa setiap kali saya scroll newsfeed di facebook, mesti akan jumpa kebaikan beramal dengan ayat ini.Subhanallah.Selepas itu, saya terus terdetik nak hafal ayat tersebut dan teruskan menjadi zikir harian selepas solat fardhu
4. Alhamdulillah.Allah rezekikan saya beramal dengan ayat ini dan mendapat hikmah, kebaikan serta khasiatnya.Paling penting, buat dan cuba amalkan secara konsisten.Allah tahu keinginan dan keupayaan kita.Sesungguhnya Allah Maha baik dan Maha mengasihani semua hambaNya
PENGALAMAN SENDIRI BERAMAL DENGAN SURAH AT TAUBAH AYAT 128-129
1. Semua urusan sama ada pekerjaan, rumahtangga, anak-anak, keluarga, tubuh badan sihat dan lain-lain yang berkaitan urusan harian saya, semuanya menjadi amat mudah.Saya ulang ya, bukan mudah tapi AMAT MUDAH
2.Jika berdoa secara khusus, doa saya juga mudah dikabulkan. Namun saya yakin, jika saya tak amalkan ayat ini, kehendak dan rahmat Allah tetap mengatasi segala-galanya.Saya yakin akan hal ini
3. Hati dan fikiran sentiasa lapang dan tenang walaupun banyak dugaan atau ujian mendatang. Hal ini banyak dikongsi oleh orang lain yang telah amalkan ayat ini dalam hidup mereka
4. Rezeki sentiasa mencukupi dan tidak akan berasa kekurangan walaupun sedikit. Walaupun hakikatnya kita tahu duit kita dalam dompet atau simpanan kita dalam bank ada baki berapa.huhu
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya perolehi, namun kalian boleh sahaja mencari maklumat berkaitan di alam maya ini.Cubalah dapatkan maklumat lebih details tentang amalan surah ini
Terima kasih jika terbuka hati untuk mendalami dan memahami kebaikan dan khasiat dua ayat dari Surah At Taubah ini.Semoga saudara/ saudari dipermudahkan segala usaha dan amal untuk bekalan di akhirat sana.aamin
Doakan saya
Sehingga bertemu lagi dikesempatan mendatang.InshaAllah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://cikmatahariku.blogspot.com/2023/11/amalan-surah-at-taubah-ayat-128-129.html