Amalan Minum Milo Di Campur Marjerin Bagi Mempercepatkan Proses Bersalin
Assalamualaikum..
Kecoh semalam di wall facebook.Ramai yang share dan VIRAL kan kisah ibu mengandung dengan pelbagai amalan bagi mempercepatkan proses bukaan serviks. Huuuh? Seram kan. Ada yang logik dan tidak logik amalan tersebut.
AMALAN MINUM AIR MILO DICAMPUR MARJERIN
Hah,ini lah yang paling pelik sekali.Tetapi ada sesetengah ibu mengandung sanggup mengamalkan. Hahaha..termasuklah ina sendiri.Kikiki.. Walau tiada kajian doktor dan saintis mengatakan ia sesuatu fakta yang betul.Walau bagaimana pun,Ina sudah mencuba.Ahaks!!
Al-kisahnya..,semasa dalam sarat mengandung.Sewaktu itu, kandungan sudah mencukupi iaitu 38 minggu.Sebagai ibu,naluri seorang ibu kuat mengatakan bahawa sudah sampai masanya untuk ina bersalin untuk kandungan ke-2.Walaupun kelahiran pertama semasa usia kandungan 35 minggu kehamilan iaitu premature baby.
Tengahari itu juga ina sempat membancuh milo tanpa susu atau gula.Maksudnya milo kosong bersama marjerin sahaja.Rasanya…yarkkk.Euwww! Tetapi memikirkan nak mudah bersalin.Ku turutkan juga segala petua.Sebab kandungan pertama agak sukar jalan buka.HUhuhuhu…Sampai satu masa,ketuban hampir kering..
TANDA-TANDA INGIN BERSALIN
Muka pun dah pucat. Cepat penat. Dengan keadaan perut sakit.Semacam ingin period pun ada waktu itu.Kebetulan berlaku pada hari Jumaat.Selesai memasak di dapur.Ina bergegas ke tandas bagi membersihkan diri untuk solat zohor dan alangkah terkejutnya.Buang air besar tanpa sebarang rasa..erm.Harap korang faham lah yea.Hihihihi.
Lain orang..lain kandungan,berlainan simptom nak bersalin yea.Ini berdasarkan pengalaman yang lepas.
SERAH DIRI KE HOSPITAL HTAA
Malam itu juga,selepas isyak.Suami bawakan ina ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).Terpaksa serah diri ke hospital pada malam itu juga.Rupanya pabila sampai di HTAA,selesai daftar dan memeriksa bukaan serviks.Yes! Doktor menyuruh ina terus berjalan ke Labour Room.Kata doktor itu lagi,Puan akan bersalin malam ini juga.Wahhh! Betul-betul nak luruh jantung.
Dalam hati ina,macam tak percaya masa tu haa.Bentak hatiku.. “Apa”? Suami lagi lah terkejut.Dengan anak-anak pun ikut sama malam itu.Huhhh.Waktu itu,sangat risau.Kot suami tak dapat temankan lagi di labour room seperti dahulu.Akibat tidak sempat..
Bukaan serviks ketika itu 5cm semasa serah diri ke HTAA.Malam itu juga pada 1.40 pagi,Ina berjaya bersalin baby perempuan.
Baca entri : Tanda-tanda mengandung baby perempuan
Next entri : Nantikan pengalaman mudah bersalin dengan buah kurma pula..
The post Amalan Minum Milo di Campur Marjerin Bagi Mempercepatkan Proses Bersalin appeared first on Nor Azlina.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/amalan-minum-milo-di-campur-marjerin-bagimempercepatkan-proses-bersalin/