Amai El Viralkan Lagu Hit Thai Labanoon
Kini sedang trending di Tik Tok tentang lagu baru dari duo Amai & Elani, "Kuasa Cinta" (Palung Ngahn Jon) versi Melayu seperti link Official Mv berikut
Lagu "Kuasa Cinta" ini adalah lagu alihbahasa viral Thailand "Palung Ngahn Jon" Labanoon yang mendapat tontonan 243Mil di Youtube dan ditulis semula oleh Amai dan El dalam bahasa Melayu serta digubah arrangements oleh MYAHASOUND STUDIO. Setakat siaran sejak 22.2.2022 jam 2.00ptg dalam masa tiga hari telah mendapat 1 MILLION views di Tik Tok Amai Kamarudin.
Amai & Elani adalah duo suami isteri yang berkahwin sejak 7 Julai 2018 dan mempunyai seorang cahayamata berusia 12 bulan. Kini bergabung menjadi pasangan duet dan bakal mengeluarkan beberapa single tahun ini antaranya lagu "Kuasa Cinta" (cover lagu Thai), "Getaran Asmara" (lagu baru untuk pasaran Indonesia) dan cover lagu Ketika Cinta Bertasbih dalam bahasa Arab.
Latar belakang Penyanyi:Amai Kamarudin - Pelakon, dan model komersial di Malaysia yang aktif sejak tahun 2008 antara filem yang pernah dilakonkan adalah Volkswagen Kuning, 7 hari Cinta di Langkawi dan banyak lagi. Artis yang meminati penyanyi Mawi ini sering memuatnaik video karaoke di laman sosial sehingga menjadi viral dan diundang untuk menarik crowd di banyak majlis dan festival seperti baru-baru ini di event NAT @ Telaga Walk, Langkawi bersama isterinya. Berikutan itu tercetus idea mereka untuk menghasilkan lagu sendiri kerana sering diminta untuk menyanyi di atas pentas bagi menghiburkan pengunjung yang hadir.
Peluang yang ditawarkan oleh Encik Zed dari MYAHASOUND untuk merakamkan beberapa lagu di bawah studio beliau pantas diambil bagi menunjukkan bakat yang ada sehingga menjadi sebuah profesion baru.. Kini memiliki syarikat penerbitan filem, drama dan lagu iaitu MFP M SDN BHD yang berdaftar di bawah FINAS, MOF dan KKMM. Juga pemilik jenama baju UDARA BATIK. Filem yang bakal ditayangkan dan dibintangi oleh Amai adalah filem "Showtime 1958" sebagai watak utama P.Ramlee. Amai juga pernah tercalon TOP 6 ANTAGONIST di Los Angeles Film Festival 2016 menerusi filem Temuan Takdir. Amai baru selesai menjalani pengambaran untuk drama Gerak Khas Undercover Musim ke 5 yang bakal ditayangkan Jun ini
Elani Aidid atau nama sebenar Wan Nur Ilani adalah Pelakon, Penulis dan Penerbit bersama di bawah MFP M SDN BHD. Bakat Elani bermula sejak usia 15 tahun sebagai penulis yang mendapat bimbingan di bawah Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa Dan Pustaka di bawah tunjuk ajar A. Samad Said, Faisal Tehrani dan ramai lagi. Elani adalah graduan Undang2 dari UITM dan memiliki Sarjana Undang-undang.
Bergiat aktif dalam dunia lakonan dan modelling sejak 2017 antara lakonan beliau adalah drama Taman Diva, Gerak Khas Finale, dan terbaru 3 Nota Cinta di slot Akasia TV3. Filem yang pernah Elani berlakon adalah dalam filem Showtime 1958 sebagai Saadiah. Amai dan Elani juga dalam rancangan penerbitan program tv,tele serta filem di bawah syarikat mereka iaitu Millionaire Films.
Lagu Asal : LABANOON (Palung Ngaghn Jon) (Power of Poverty)Penyanyi Asal : Labanoon feat PAOWALEE Tahun : 2015Lirik tulisan Alihbahasa : Amai & ElaniPenyanyi : Amai & ElaniGubahan Semula : MYAHASOUND STUDIODiterbitkan semula : MFP (M) SDN BHD 2022Syarikat : GMM (Thai) & MFP (Malaysia)
Lirik ini mengisahkan tentang KUASA CINTA boleh mengubah seseorang yang lemah kepada berkuasa seperti di akhir musik video Kuasa Cinta, nyanyian Amai dan Elani. Konsep cinta tidak semestinya pada pasangan tetapi luas seperti pada ibu bapa, keluarga dan rakan. Dalam lagu ia mengisahkan tentang lelaki yang merantau mencari rezeki dan merindui keluarganya di kampung halaman
Aku yang lemah yang longlai merinduBisikan yang jauh dari..mata..
Kesulitan ini beri kesusahan...
Cahaya kan tiba senyuman memancar cinta masih ada....yeah yeahhh.
Ramai tak.percaya
Tapi ku.tak.bohong..
Walaupun.sukar ku.kan.buktikan.
Aku tetap.lawan yeahh yeahhh....
Ramai yang kata ku tak mungkin akan berjaya.
Tapi akhirnya pasti ada jalan jua, supaya aku dapat bersama dengan si dia yang aku sayangi..
Kamu yang utama.
Kamu yang kucinta
Tapi jurang kita terlalu besar hingga terpisah...jauh..
Ramai yang kata ku tak mungkin akan berjaya.
Tapi akhirnya pasti ada jalan jua, supaya aku dapat bersama dengan si dia yang aku sayangi.
Verse Lady:Saya yang lemah yang longlai merindu
Bisikan yang jauh dari..mata..
Siang ke malam,aku tidur tak lena,teringatkan kamu di sana.
Gelisah pagi petang menanti,kamu tuk datang membawa cinta.
Ramai.yang kata ku tak mungkin akan berjaya...
Tapi akhirnya...
Walaupun apa saja jurang kita rapatkan terus bersatu walau ape pun menganggu.
Marilah lah kita menikmati cinta yang di bina walau ape pun yang berlaku tetap percaya akhirnya pasti cinta ini kan di rai.
Semoga Amai dan El terus sukses dalam bidang nyanyian yang diceburi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mediaviralnet.blogspot.com/2022/02/amai-el-viralkan-lagu-hit-thai-labanoon.html