Altantuya Minta Polis Siasat Razak Baginda Jika Sesuatu Berlaku Kepadanya Mahkamah Diberitahu


freemalaysiatoday.com
V Anbalagan
-May 18, 2022 6:00 PM
Altantuya Shaariibuu memberitahu polis dia datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang yang dijanjikan Abdul Razak Baginda kepadanya.
SHAH ALAM: Warga Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu menyatakan dalam laporan polisnya supaya menyiasat Abdul Razak Baginda sekiranya berlaku apa-apa ke atasnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Tonny Lunggan berkata, ia adalah salah satu sebab mengapa penganalisis politik itu ditahan pada 7 Nov 2006.

Dia memberi keterangan dalam saman kecuaian yang difailkan terhadap Razak, kerajaan dan dua anggota polis oleh keluarga Altantuya.

Dalam prosiding sebelum ini, Koperal Nurwazlihawa Ibrahim berkata, beliau menerima laporan daripada Altantuya di Balai Polis Tun HS Lee di Jalan Bandar, tengah hari 19 Okt 2006.

Laporan dua muka surat itu berkata, Altantuya telah datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Razak dan mendapatkan wang yang dijanjikan kepadanya dan akan kembali ke Mongolia selepas itu.

Dia berkata, Razak telah mengancam nyawa dan memeras ugutnya melalui beberapa “surat bodoh”.Tonny Lunggan.Tonny hari ini memberitahu mahkamah bahawa polis tidak dapat merekodkan kenyataan Altantunya kerana dia telah hilang selepas itu dan kemudian dilaporkan meninggal dunia.

“Laporan perlu disiasat kerana dia hilang selepas itu. Lebih-lebih lagi apabila sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmma, turut mengaitkan Razak dalam laporan polisnya,” kata saksi ke-26 itu dalam kenyataan saksinya.

Beliau berkata, polis menahan Razak pada 7 Nov dan penganalisis politik itu membuat laporan polis pada 23 Okt bahawa Altanyuya membuat kekecohan di luar rumahnya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 17 Okt.

Tonny berkata, Razak juga menyatakan dalam laporan itu bahawa pada 20 Okt, seorang lelaki dan dua wanita warga asing berada di luar rumahnya dan membuat kecoh.

“Razak, dalam kenyataannya yang dirakamkan pada 30 Okt juga mendedahkan bahawa dia telah memaklumkan kepada Azilah (Hadri) mengenai kekecohan yang berlaku pada 17 Okt lalu,” kata Tonny.

Beliau berkata, siasatan kemudian mendedahkan Azilah dan Sirul Azahar Umar tidak pernah mengenali Altantuya.

“Adalah jelas bahawa Razak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam perbicaraan kes saman kecuaian yang difailkan bapa Altantuya, Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal.

Kepada soalan Sanget Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu, Tonny berkata, beliau tidak tahu mengapa Razak membuat laporan pada 23 Okt sedangkan Altantuya pergi ke rumahnya pada 17 Okt.

Plaintif menamakan Razak, kerajaan serta bekas pegawai polis, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.

Keluarga itu mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya dan menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.

Altantuya dibunuh antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 11 pagi keesokan harinya di hutan Puncak Alam, Selangor. Dia ditembak di kepala sebelum badannya diletupkan dengan bahan letupan.

Razak, yang merupakan pembantu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dia kemudian dibebaskan tanpa pembelaannya dipanggil.

Sirul dan Azilah, yang merupakan anggota polis daripada Unit Tindakan Khas telah disabitkan kesalahan pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya.

Mereka berjaya membatalkan sabitan di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 menukar sabitan dan menjatuhkan hukuman mati. Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan dibuat.

Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Australia, mahupun Azilah, yang dihukum mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.

Perbicaraan di hadapan hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/altantuya-minta-polis-siasat-razak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Diberitahu Pengurusan 1mdb Mesyuarat Di London Bincang Dana Tambahan Rm1 Bilion

Mahkamah Diberitahu Pengurusan 1mdb Mesyuarat Di London Bincang Dana Tambahan Rm1 Bilion

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 155 hits
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa mesyuarat ahli lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad diadakan di London pada 16 Mei 2011 bagi membincangkan mengenai perjanjian pelaburan tambahan RM1 bilion usaha sama 1MDB PetroSaudi mene...
Polis Siasat Dua Remaja Lakukan Aksi Wheelie Dan Scorpian

Polis Siasat Dua Remaja Lakukan Aksi Wheelie Dan Scorpian

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 222 hits
KULIM Polis menahan dua remaja selepas meneliti rakaman video melakukan aksi wheelie serta scorpion ketika menunggang motosikal Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata pihaknya menges...
Polis Siasat Video Lelaki Berjalan Sambil Tunjuk Pistol

Polis Siasat Video Lelaki Berjalan Sambil Tunjuk Pistol

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 261 hits
PETALING JAYA Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki sedang berjalan sambil menunjukkan objek yang menyerupai sepucuk pistol Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mo...
Polis Siasat Kes Suami Isteri Tak Puas Hati Layanan Pemilik Penginapan

Polis Siasat Kes Suami Isteri Tak Puas Hati Layanan Pemilik Penginapan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 228 hits
Polis siasat kes suami isteri tak puas hati layanan pemilik penginapan Polis telah membuka kertas siasatan berhubung rakaman video memaparkan rasa tidak puas hati sepasang suami isteri terhadap layanan pemilik sebuah penginapan di Taiping P...
Polis Siasat Kematian Bayi 11 Bulan Di Rumah Pengasuh

Polis Siasat Kematian Bayi 11 Bulan Di Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 222 hits
Ketua Polis Kajang Mohd Zaid berkata bedah siasat dijalankan di unit forensik Hospital Serdang dan laporannya adalah Pending Laboratory Analysis PETALING JAYA Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia ...
Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

Polis Siasat Video Tular Dakwa Anggota Trafik Iring Kenderaan Milik Anak Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 170 hits
Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota p...
Polis Siasat Video Anak Mp Baling Guna Pengiring Trafik Redah Kesesakan

Polis Siasat Video Anak Mp Baling Guna Pengiring Trafik Redah Kesesakan

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 199 hits
Polis siasat video anak MP Baling guna pengiring trafik redah kesesakan Polis Diraja Malaysia akan merakamkan kenyataan daripada anak ahli parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim berhubung klip video yang memaparkan dirinya memandu sambil d...
Nasi Goreng Kosong Rm6 Polis Siasat Kes Gaduh Di Restoran Nasi Kandar

Nasi Goreng Kosong Rm6 Polis Siasat Kes Gaduh Di Restoran Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 179 hits
Afiq Mohd ShahPOLIS membuka kertas siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran nasi kandar di Bahau Negeri Sembilan yang kejadiannya tular dalam Twitter sejak semalam Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata s...
In Bold Move Razak Tells Court He Won T Testify In Altantuya S Death Negligence Suit

In Bold Move Razak Tells Court He Won T Testify In Altantuya S Death Negligence Suit

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 142 hits
Former political analyst Abdul Razak Baginda says full submissions will be made in due course in a negligence suit brought by Altantuya Shaariibuu s family SHAH ALAM In a surprise move former political analyst Abdul Razak Baginda informed t...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri