Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para Ambiaya
Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para AmbiayaAsalamualaikum & Salam Sejahtera Semua.Salam sejahtera semua, salam kasih sayang dari saya kepada semua penggemar paparan Blog Etuza Warna-Warna Kehidupan. Agak lama sebenarnya saya bersiaran dalam laman sesawang blog. Bagaimanapun sesakali ada juga Etuza meninjau paparan blog yang sering Etuza lihat dan ketahui perkembangan blog rakan blogger di merata tempat di Malaysia khasnya.
Ternyata masih hangat ingatan dalam minda ini, saat Allah berikan kesempatan dan peluang keemasan kepada Etuza dan isteri memijak di Tanah Mekah di Arab Saudi pada tahun 2019 sekitar hujung bulan November hingga Disember 2019. Masih terlalu kuat ingatan dalam minda ini, terasa tidak mahu lupakan kenangan terindah dan amat manis dalam kamus kehidupanku. Ya Allah berilah daku agar sentiasa ingat apa juga memori indah kala di Tanah Haram, depan Kaabah di Mekah dan di Madinah. Aamin, subahanallah.
Saat menuju Tanah Arab Saudi, bas yang kami naiki memasuki ruang Tanah Arab, Etuza terpegun dan terbuai seketika melihat sekeliling jalan kiri dan kanan hadapan dan juga belakang, hanya kelihatan batu batan, pasiran dan semudera bukit yang mempamirkan kerasnya batuan pada perbukitan. Dalam hati Ya Allah inikah suasana halaman Bumi tempatnya para nabi. Sungguh rasa terasa luar biasa, seolah tidak dapat hidup dalam keadaan hanya ada batuan pasiran yang kelihatan tiada tepinya. Subahanallah. inilah kehebatan kuasa Allah menjadiakan Bumi Arab Saudi satu Negara Arab yang terlihat hanya batuan dan samudera pisaran.
Tanpa ku sedar ada menitis air mata di pipi Etuza, sambil berzikir dan tidak henti-henti bersyukur diberi peluang melihat Tanah Arab yang penuh dengan rahsia tamadun Dunia, di mana di sini lah letaknya insan kekasih Allah, insan yang sangat kita rindui walau kita manusia zaman kini yang tidak pernah melihat wajahnya, dialah yang kita rindui Nabi Muhammad SAW. Etuza terbayang saat nabi masih hidup di sinilah halaman di sinilah tumpah darahnya, di sinilah dia NABI SAW bertarung berperang berjihad mempertahankan Agama Allah. Sungguh bila ingat situasi sebegini panas dan terik, berpasir dan batuan melata, alangkah banyak kepayahan cabaran dan halangan Nabi SAW dan pengikutnya bergerak. Tetapi semua masalah itu dapat dihindari oleh Nabi SAW dengan bantuan Allah yang maha kaya. Subanahanllah.
Lihat saja gambar yang Etuza paparkan, samudera pasir dan perbukitan batuan, situasi alam ini, hanya ada di Tanah Arab Bumi Mekah. Di tempat kita hanya bukit yang hijau dengan tumbuhan yang subur. Sangat beza di Tanah Arab. Sebab itu dalam perjalanan sehingga ke Mekah Etuza tak henti menitiskan air mata, tanpa memperdulikan kawan-kawan atau jemaah Umrah yang lain. Etuza faham mereka merasai apa yang Etuza rasakan, dalam hati tidak sabar hendak lihat Kaabah, tidak sabar mahu pegang Kaabah, yang selama ini hanya dilihat melalui majalah agama dan di skrin TV. tetapi kini Etuza rialiti berada depan Kaabah dan di dataran tanah Mekah Masjidilharam. Ya Allah hebatnya kuasaMu beri kami peluang ini. Syukur kami panjatkan kepadaMu ya Allah
Sungguh hebat kuasa Allah, Allah jadikan Tanah Arab ini kawasan yang penuh dengan batuan dan pasiran, tetapi Allah hadiahkan kepada masyarakat Arab kehidupan yang indah di sini. Indah dengan hidup bersama ramai nabi di lahirkan di tanah Arab, indah dan bahagia dapat bersama hidup di zaman para Nabi. Hidup dengan situasi bersama Nabi menunaikan ibadah dan menunaikan ajaran agama Allah. Allah takdirkan adanya Air Zam-Zam yang tidak pernah kering. Allah buka rahmat Bumi Mekah kini maju dan amat harmoni dengan cahaya iman seluruh umat Islam di Dunia.Bumi Mekah barokah dan amat menakjubkan suasananya.
Teman pembaca mayaku, teman bloggerku, marilah berdoa dan berharap sangat agar Allah limpahkan rezeki kepada kita, dapat kita menunaikan Umrah atau Haji yang hanya dapat dilaksanakan di Tanah Mekah Bumi Arab ini. Dapat kita datang melihat halaman rumah, tempat nabi Muhammad SAW beribadah di Mekah di Masjidilharam dan di Masjid Nabawi Madinah. selain itu dapat mendekati makam nabi dan makam dua orang sahabat nabi SAW.
Kata Nabi Saw " Sesiapa yang mengerjakan Umrah atau Haji, sekiranya tidak menziarahi makamku, maka dia bukan umatku" Inilah kata Nabi SAW. Alhamdulillah kami jemaah umrah akhir tahun 2019..diberi masa dan peluang bersolat dekat makam Nabi Saw, menerusi ruang jalan di Raudah. Ya Allah jemputlah kami ke mekah lagi ya Allah. Aamiin
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://madey09.blogspot.com/2021/08/allah-berikan-keajiaban-di-tanah-para.html