Allah Bayar Secara Tunai








Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..


Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.


Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.


Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.


"Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang.."


Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.


Orang tua tu kata..


"Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah.."


Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..


"Makcik..'


Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..


"Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang.."


Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..


"Mak.. Maafkan saya mak ye.."


Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.


Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?


Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, _Subhana Allah_.. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.


Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..


"Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik.."


Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.


Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.


Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..


"Mak.. Maafkan saya mak yeee.."


Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.


Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.


Saya kata..


"Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?"


Dia kata..


"Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye.."_


SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya "Ustaz". Saya kata..


"Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak.."


Dia kata..


"Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan.."


Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..


"Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..".


Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rindu sangat dekat anak dia, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..


"Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..".


Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya..


"Kenapa mak?"


Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.


Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..


"Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..".


Saya pegang dia saya kata..


"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak..".


Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..


"Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak.."


Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.


Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama _Salafusoleh_.


Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..


Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..


_"Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?"_.


Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..


Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..


Apa anaknya kata pada saya..


"I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua"..


3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya..


Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.


Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..


"Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?"


Dia berkata dalam keadaan menangis..


"Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?"..


Saya kata..


"Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?"


Dia kata..


"Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil.."_.


Saya berkata..


"Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu..".


Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..


"Ibu.. Ibuuu... Ibuuuu..".


Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya.. 


Allahuakbarrrrrrrrrrrrr...


Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.


Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.


"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah, iaitu doa seorang ibu"


gambar hiasan 


Klau btol sygkn mak korang. Tolong share kisah ini .








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/allah-bayar-secara-tunai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarikat Bayar Rm52 Juta Tamat Pertikaian Dengan Petronas Gas

Syarikat Bayar Rm52 Juta Tamat Pertikaian Dengan Petronas Gas

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 126 hits
BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd dan Petronas Gas Bhd meterai perjanjian penyelesaian berhubung pertikaian bekalan elektrik BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd bayar RM52 juta sebagai penyelesaian penuh dan muktamad kepada Petronas Gas Bhd KUALA...
Bertahan Di Pentas Siapa Sanggup Bayar 88 Juta Won Untuk Tiket Konsert Mewah

Bertahan Di Pentas Siapa Sanggup Bayar 88 Juta Won Untuk Tiket Konsert Mewah

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 117 hits
Konsert yang menampilkan sebagai penyanyi utama kini menjadi perbincangan hangat dalam talian berikutan harga tiket premium yang mencengangkan Festival muzik yang dinanti nantikan Madly Medley akan berlangsung pada 18 19 Oktober di Paradise...
Bekas Ceo Sime Darby 4 Lagi Diperintah Bayar Rm350 Juta Atas Kerugian

Bekas Ceo Sime Darby 4 Lagi Diperintah Bayar Rm350 Juta Atas Kerugian

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 132 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd Zubair Zubir Murshid bersama empat yang lain telah diperintahkan membayar semula kira kira RM350 juta kepada konglomerat itu sebagai pampasan bagi bayaran salah...
Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 199 hits
Touch n Go eWallet kini boleh digunakan untuk pembayaran gaji pekerja secara sah dan automatik hasil kerjasama strategik antara TNG Digital dan platform HR Kakitangan com Melalui sistem ini majikan boleh menyalurkan gaji terus ke eWallet pe...
Hiburan Ali Puteh Pula Tampil Bersuara Stesen Tv Yang Sama Masih Belum Lunas Hutang Tertunggak Belum Bayar Lagi Setahun

Hiburan Ali Puteh Pula Tampil Bersuara Stesen Tv Yang Sama Masih Belum Lunas Hutang Tertunggak Belum Bayar Lagi Setahun

papar berkaitan - pada 19/7/2025 - jumlah : 133 hits
Selepas Amir Raja Lawak mendesak pihak stesen TV melunaskan hutang kini giliran Ali Puteh pula tampil bersuara dan mendakwa dia juga mengalami nasib yang sama Menerusi Instagram pelawak dan pelakon itu berkata syarikat stesen TV yang sama m...
Arsenal Setuju Bayar Rm364 Juta Untuk Gyokeres

Arsenal Setuju Bayar Rm364 Juta Untuk Gyokeres

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 128 hits
Arsenal setuju bayar RM364 juta untuk Gyokeres GYOKERES enggan kembali menyertai latihan pramusim bersama Sporting FOTO AFP London Arsenal semakin hampir mencapai persetujuan untuk membayar 63 5 juta untuk mendapatkan Viktor Gyokeres dari S...
Kerajaan Tunai Janji Berjaya Kurangkan Hutang Baharu Pm Anwar

Kerajaan Tunai Janji Berjaya Kurangkan Hutang Baharu Pm Anwar

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 101 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan pimpinannya berjaya mengurangkan hutang baharu tahunan kepada RM77 bilion pada 2024 berbanding RM99 bilion pada 2022 Beliau berkata kejayaan itu adalah bukti bahawa komitmen keraj...
Bantuan Tunai Rm300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025

Bantuan Tunai Rm300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025

papar berkaitan - pada 17/7/2025 - jumlah : 160 hits
Bantuan Tunai RM300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 Sebagai makluman kepada semua di sini disampaikan penjelasan yang lebih terperinci berkenaan inisiatif Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 yang telah diperkenalkan oleh pihak Keraj...
Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai

Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Bukan Guru Biasa Bila Rasa Kagum Jadi Cemburu

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Salam Takziah Buat Keluarga Arwah

Web Design Company Selangor Build A Website That Works For Your Business

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tian Chua Tolak Jemputan Hadir Demo Turun Anwar

Small Parties Risk Being Tied To Pn In Opposition Front

Police Beef Up Presence Ahead Of Turun Anwar Rally In Kl

Garuda Muda Lolos Ke Final Indonesia U 23 Taklukkan Thailand Lewat Adu Penalti Di Gbk

Lelaki Hebat Harus Bagaimana

From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies